2hb Dec 2015
Walau dapo kami tadi pada mulanya agak bingung2 (maklum la jumpa tuan baru, tak serasi lagi ;p), tapi alhamdulillah dah nyalakan dier dengan mancis, tak meragam dah. Sempat la juga memanaskan air dalam periuk. Aku pula hantu nescafe, sesuai sangat la dengan cuaca sejuk2 manja gini. Terasa nikmat...Orang lain pun sama, masak untuk makan tenghari. Di kesempatan yang ada, kami buat apa2 yang patut sebelum bergerak semula ke destinasi seterusnya. Amik balik beg yang di letak di bawah, bawa masuk dalam motorhome, (letak bawah nti camane nak amik barang. Sukar sungguh rasanya). Dah susun2 dengan baik, ok dah.., susun makanan, kumpul duit. Oh...ya kami memang dah setuju sebulat suara dari Malaysia lgi untuk kumpul duit NZD. Sepatutnya dalam $268 sorang. Tapi sebab kami tak bercadang untuk masuk mana2 tempat yang berbayar, so jumlah dikurangkan. Sape teringin nak masuk mana2 tempat yg dicadangkan oleh Trip Kekawan, ble je masuk dan bayar sendiri
Bayaran Awal: $260
Motorhome Auto: 250/6 = $36
Campsite: $82
D1: Twizel: $18
D2: Moke Lake:$10
D3: Te Anau : $26
D4: Gore Dolamore : $10
D5: Oamaru:$28
Minyak: $100
BBQ: $30
Lain2:$12
Duit ni semua bagi pd zymah selaku bendahari kami. Dier la yg akan mengurus segala macam urusan kewangan. Bayar $12 tu utk beli barang dapur. Kalo teringin nak makan buah2an, jajan, burger, minuman dll, itu duit masing2. Aku salu beli buah2an buat stok dlm perjalanan. Segar dari ladang katanyer. Aku kan suka mengunyah....:D. Selesai segalanya kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. EA kata dah ble gerak dulu, tak yah tunggu depa yang naik Jet Boat. Ok kami gerak skg.....:)
Mendamaikan. Jalan lenggang. kiri kanan pokok menghijau berlatar belakangkan gunung yang tinggi.. |
lembu meragut rumput. Baka lembu gini ble nampak kat Kundasang...:) |
Bunga kuning ni bunga liar. kat mana2 ader je. Rasa nak ambik bawa balik dan tanam. Yang ini aku rasa anak sungai, tapi air nya tak de, so bunga kuning tu be maharajalela, tumbuh sakan kat situ...:D |
Menurut Kajian, NZ antara negara yang terletak di kedudukan yang agak terpencil iaitu di tenggara Australia. Akibat keterpencilan atau keterasingannya itu berlangsung agak lama, maka lama kelamaan NZ membangun menjadi satu lokasi strategik untuk habitat pelbagai jenis fauna terutamanya burung. Depa (burung) hidup aman damai dan membuat sarang di tebingan batu tepi laut atau di hutan yang tak berapa nak belantara. Tapi populasi depa ni makin merosot dan paling menyebakkan ada diantaranya telah pupus bila manusia menemukan habitat depa. Berada dlm kategori negara beriklim sederhana walaupun katanya NZ merupakan gerbang menuju ke Antartika melalui Cristchurch. Ini disebabkan oleh pengaruh kebenuaan dan NZ terdedah kepada angin selatan yang dingin. NZ jarang sekali mengalami kejatuhan suhu di bawah paras 0* atau naik melebihi 30*C. Tapi keadaan iklim sebegini berbeza merentasi kawasan, dari kawasan yang lembap hinggalah separuh kering. Christchurch merupakan kawasan yang paling kering di Nz, manakala Auckland pula merupakan bandar paling lembap. Antara perkara paling unik ialah NZ merupakan negara terawal menerima cahaya matahari di dunia. Lebih awal dari Negara Jepun. Ini disebabkan oleh kedudukannya yang dekat dengan garisan Greenland @ Tarikh Antarabangsa.
Padang ragut untuk si biri2 |
cantik....rumput pendek, hijau. agaknya sbb apa rumput tak tinggi?? Sbb....cuaca sejuk kot...:) |
pokok tirus hidup subur |
memeriahkan hp zymah |
abaikan reflection kt cermin tu...aku mmg amik gambo dr kte |
kami berlatar belakangkan Mt. Cook.... |
bunga alphine tumbuh subur. mulanya aku ingatkan lavender rupanya bukan... |
Cilok Gambo dr FB Trip Kekawan..;) |
aku tak rasa air tasik tapi pasti sejuk. Aku sedikit mengigil kat sini, maklum la tak biasa dgn cuaca sejuk gini, padahal kalo org tempatan sendiri sejuk berangin gini, biasa2 je pd drg. |
kelihatan sisa glazier di puncak gunung |
In ke gereja kat lake Tekapo tu? |
kami yang kesejukan |
pintu masuk ke campsite |
En. Zikri, Kak T dan Kak Cath mengalu2kan kehadiran peserta trip kekawan... |
Tak tau pun kalo bangunan atas tu gereja kat Lake Tekapo. Yg tepi tasik tu. Gambo atas. Kalo tgk kat internet, ini antara lokasi yang cantik utk amik gambo, lagi2 kalo waktu senja. Hantu2 tak de jangan takut...ekekek. Singgah sini sebab nak beli barang dapo kat kedai runcit dekat Twizel. Dalam Iti, trip kekawan kata kalo sampai sini dalam jam 5pm ble pegi terus ke Solmon Farm, tapi sbb kami sampai dah petang jadi tak p Solmon tu. Abih je membeli belah kat kedai runcit kami terus pegi ke Twizel Holiday Park Campsite. Bayaran untuk campsite ni adalah $18 (dewasa), $11 (kanak2 11-12 tahun), baby-Free. Campsite ni di lengkapi dengan bilik mandi berasingan antara lelaki dan wanita. Share dgn semua orang. Dapur juga ada, ble p masak kat sana kalo nak. Selesai pendaftaran kami mula masak, mandi, makan dan kemudian tdo....Penat. Aku rasa yang paling penat pastinya driver kami....ekekke...sebelum tido sempat lagi berangan2 Untungnya jadi orang sini petang2 ble jogging, atau sekadar jalan kaki atau sekadar duduk2 ambi angin petang. Teringin pula nak berhijrah ke sini. Ader sesiapa sudi ajak kiter berhijrah ke sini?? ekekkekek... kita mulakan hidup baru kat sini katanyer.....:p Cehh...Gagal!! Macam skrip drama melayu je :p!!
Bersambung.....
Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_New_Zealand
http://media.newzealand.com/en/story-ideas/background-lake-pukaki-and-mt-cook/
Bersambung.....
Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_New_Zealand
http://media.newzealand.com/en/story-ideas/background-lake-pukaki-and-mt-cook/