Part 8: Klik Sini...

30 Mei 2024
Hari ke-2 kami di Tokyo. Perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi. Seperti semalam kami berjalan kaki dari hotel menuju ke Nishi-Nippori Station. Perjalanan menuju ke Imperial palace mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki train (betulkan jika salah)- Yamanote line. Yamanote line adalah salah satu daripada rangkaian pengangkutan yang dikendalikan oleh JR East. Berikut adalah laluan train yang kami naiki menuju ke istana. Bayaran menaiki pengangkutan awam adalah menggunakan suica card.
(Yamanote line: Nishi-Nippori Station- Tokyo Station--> jalan kaki 12 minit menuju ke Istana
 |
| Tokyo Station. Cantikkan....? Kat dalam ni ada tempat solat tau. Surau la, kalo tempat kita. Walaupun kecil tapi boleh la, asalkan ada. |
 |
Tokyo Imperial Palace (Kōkyo) yang terletak di Chiyoda, Tokyo, adalah kediaman utama para shogun Tokugawa yang memerintah Jepun dari tahun 1603-1867. Mempunyai keluasan sekitar 341 km persegi, di atas tapak lama Istana Edo. Di dalamnya terdapat beberapa bangunan utama termasuk istana, kediaman peribadi keluarga, arkib, muzium dan pejabat pentadbiran. Semasa Era Shogun Tokugawa memerintah Jepun dari tahun 1603-1867, tapak istana pada mulanya merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1457 oleh Ota Dokan. Apabila Tokugawa Leyasu mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau memilih lokasi ini untuk diangkat sebagai pusat pentadbiran Jepun pada tahun 1603. Beliau kemudiannya memperluaskan Istana Edo menjadi kubu paling besar pada zamannya, yang mana ia dikelilingi oleh oleh parit dan tembok batu yang besar bagi tujuan keselamatan.
|
 |
Bersama- sama rakan-rakan. Sebenarnya kami duduk berehat sekejap kat sini sebab kepenatan. Heheh... Jauh juga tau jalan kaki ke sini, panas pula tu. Nasib bawa bekal epal...
|
 |
| Dah nampak dah tu ciri2 bangunan istana. Tapi ini bukan istana tau. Ini baru dia punya benteng.. |
 |
Sejarahnya bermula dengan Istana Edo yang pernah menjadi kediaman Shogun Tokugawa Yoshinobu. Namun pada tahun 1868, Shogun Tokugawa digulingkan dari tampuk pemerintahan melalui pemulihan Meiji dan selepas itu kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Maharaja. Selepas Maharaja Meiji naik takhta, baginda kemudiannya memindahkan ibu kota dan empayar Jepun dari Kyoto ke Istana Edo yang kemudiannya diberi penjenamaan semula iaitu Istana Tokei-Jo. Tokugawa Yoshinobu, iaitu Shogun terakhir diarahkan mengosongkan istana dan Maharaja Meiji berpindh masuk ke Istana Edo pada tahun 1868. |
.jpg) |
| Tempat ni luas maka banyak kali berhenti. Ambil gambar sambil makan-makan. |
.jpg) |
| Yang kat belakang tu pun bukan bangunan istana ya. Aku tak pasti apa tapi mungkin menara pengawal. Eh...ada ke menara pengawal 3 tingkat je? Tapi tak mustahil sebab kawasan ni tinggi. Aku tengah tengok Gegar Vaganza ni, hilang fokus sket....😀 |
.jpg) |
| Kalo musim gugur, pasti tempat ni cantik giler.... |
 |
Sepanjang pemerintahan era Meiji, kebanyakan struktur asal Istana Edo, musnah akibat kebakaran dan gempa bumi. Kemudiannya Maharaja membina semula istana baru dan siap sepenuhnya pada tahun 1888. Setelah menikmati kegemilangan Istana Diraja yang baru selama hampir 57 tahun, malangnya sekali lagi istana era Meiji musnah teruk dalam serangan bom udara Pihak Bersekutu ke atas Tokyo semasa Perang Dunia ke-II. Kemusnahan teruk ini memaksa Maharaja Hirohito, mengumumkan penyerahan Jepun dari tempat perlindungan serangan udara yang terletak di bawah tanah di perkarangan istana.
|

 |
Selepas Perang Dunia II berakhir, istana moden yang baru telah dibina semula di tapak yang sama. Pembinaan utama istana (Kyuden) dan kediaman peribadi maharaja telah selesai dibina antara tahun 1964 dan 1968. Bangunan istana moden ini direka bentuk dengan gabungan seni bina Jepun tradisional dengan pengaruh barat yang mana dapat dilihat pada bumbung besar, tiang, dan rasuk. Manakala pengaruh barat dapat dilihat pada ciri-ciri konkrit bertetulang kontemporari. Kawasan timur istana dinamakan semula sebagai Taman Timur (Higashi-Gyoen) dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1968. Kini Istana Maharaja Tokyo berfungsi sebagai kediaman rasmi dan pejabat bagi Maharaja Jepun dan keluarga diraja. Tidak semua kawasan istana dibuka kepada kunjungan umum. |
 |
| Tinggi betul temboknya |
 |
| Kat Jepun akan selalu jumpa lukisan macam ni kat lantai dijalanan |
 |
| Depa tak pandai makan rebung agaknya, tinggi dah rebung tu, tak ada siapa amik. |
 |
Sampai sini kami menyerah, tak nak dah pegi sampai tengok istana. Tapi sekarang rasa menyesal pula. Dah sampai kenapa tak pegi je kan. Sekali seumur hidup. Tapi tu la menyesal kemudian dah tak ada gunanya... 😎
|
.jpg) |
Pintu keluar
|
 |
| Kemudian kami balik semula jalan kaki ke Tokyo st. |
 |
| Cantik ruang dalam bangunan Tokyo St. ni |
 |
| Kami sebenarnya nak cari mushola kat dalam ni. Kita kena cari ruang JR East Travel Service Centre. Tak jauh dari pintu ni sebenarnya. ianya terletak di sebelah kiri pintu ni |
 |
| Ok ni dia office nya. sunyi je, memang tak ada orang pun |
 |
| Kat pintu tu ada tulis prayer room. |
 |
| Tempat solatnya kecik je, boleh muat 3 orang kalo badan kecik dan ianya digunakan untuk lelaki dan perempuan. Masa kami sampai ni kebetulan tak ada orang, dah nak balik baru ada orang datang nak solat. |
Bersambung...
bye
Niena
💓
No comments:
Post a Comment