Friday, November 7, 2025

Melancong ke Wilayah Yunnan: Hello Kunming.. (Part 1)

12 September 2025
(Jumaat)

Salam n Hi...
Cuti sekolah kali ni kami mengambil peluang untuk bercuti ke China. Tepatnya ke wilayah Yunnan. Route menuju ke China kali ni agak panjang. Kota Kinabalu- Singapore- Bangkok- Kunming. Merentasi 3 negara!! Tak alang2 route kau pilih, padahal nak rembat tiket paling murah 😝. Perancangan sudah dibuat awal. Sesuai ahli yang bakal join trip kali ni, KH menjalankan tugasnya menempah hotel di 3 lokasi yang berbeza di China, membeli tiket train dan mencari ground tour. Masaalahnya tiket flight belum dibeli, kita nak dapat harga tiket termurah. Tunggu punya tunggu, harga tiket tak turun2, malah terus menaik. Kadang2 benda ni ikut rezeki la juga kan? Ada masanya 2 minggu lagi nak terbang, tiket flight turun menjunam, ada masanya, macam ni la, dapat harga tiket mahal. Itu la namanya rezeki... Nak tak nak, terpaksa juga beli sebeb hotel, tiket train semua sudah dibayar, walaupun terpaksa banyak kali transit. Tapi ya sudah la, nikmati saja perjalanannya. Tempoh Perjalanan saja dikira 2 hari ya...😁Pengalaman macam ni kadang2 best juga, boleh tengok airport negara kita singgah. 
Dalam perjalanan menuju ke KK. Jem teruk di area Bononi, Papar sebab Pan Borneo masih dalam pembinaan. 
Perjalanan kami bermula pada 12hb September iaitu hari jumaat. Makanya aku balik sekolah terus memecut ke KK. Flight kami dijadualkan, terbang pada jam 10++ malam dari KK Airport dan ini sedikit melegakan sebab ada ruang yang panjang untuk aku bersedia. Aku dari Labuan memerlukan kira2 5 jam untuk sampai ke KK melalui jalan darat. Kenapa aku guna jalan darat? Sebab balik nanti aku akan singgah ke kampung halaman di Beaufort sebelum balik ke Labuan. Oleh kerana aku dah balik kampung seminggu sebelum cuti, makanya aku terus guna jalan pintas terus ke Kuala Penyu dan akan tembus ke Membakut. Penjimatan masa berlaku di situ sebab aku skip Beaufort. Aku sebenarnya agak risau dengan cuaca. 2, 3 menjak ni, cuaca agak berangin dan hujan. kau tau la, kita nak naik flight ni, perkara paling menakutkan ialah hujan dan angin. Gambar kat atas tu aku ambil di area Papar, mendung hitam je, itu bermakna di KK hujan lebat bakal turun. Di KK nanti aku akan tinggal kereta kat rumah Kak Lia. Masih ada masa untuk aku tumpang mandi dan solat di situ tapi dalam perjalanan, K. Lia kata kat rumah dia tak ada air. Maka aku mengambil keputusan untuk singgah ke rumah adik di Kinarut untuk mandi dan solat di situ dan kemudian terus ke rumah K. Lia. 
Sampai dah di KK Airport, alhamdulillah....
Dipendekkan cerita, dah jumpa geng kaki jalan. Kenalkan, Kak T, Kak Cath, Aziah...yang kat belakang tu aku tak kenal, tapi layan je depa nak masuk sekali dalam frame. 
Ni pun ahli geng kaki jalan juga. Kak Has, Icha, Rose dan, Imah. 
Masa check-in luggage di KK Airport, pegawai kat kaunter scoot airlines tu maklumkan (sebab dia tau flight kami seterusnya selepas ke Singapore ialah ke Bangkok), kami kena isi borang arrival card lebih awal sebelum masuk ke Thailand nanti, untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk. Nak mudah guna QR Code ni atau boleh je cari link kat Cik Google. Oh ya dari KK ke Singapore, kitorang naik Scoot airlines. Style dia macam AA. Tambang murah dan tidak ada makanan disediakan secara free. Kalo nak makan, kena beli. 
Sambil2 tunggu flight sampai, kawan aku tunjuk duit Swiss. Cantik. CHF 20 bersamaan duit Malaysia ialah RM103.00 wehhh.....Mahal nya la aiihhh. 
Dah lama sebenarnya kami tak ke China. Kali terakhir kami ke Xian pada tahun 2017, Jadi kali ni jom la ke Yunnan sementara visa China masih free untuk warga Malaysia. Yunnan ialah sebuah wilayah yang terletak di Barat Daya China, bersempadan dengan Guizhou, Sichuan dan Tibet. Berkeluasan 394,000 km persegi dan mempunyai 47.2 juta penduduk (setakat tahun 2020). 
Tiba di Singapore airport kira2 jam 12.30 malam. 
Malam ni kami tidur je di airport, alah...macam tak biasa. 😅Tapi sebenarnya tak ada la tidur nyenyak. tidur2 ayam je. Penerbangan seterusnya menuju ke Bangkok adalah pada jam 6.30 pagi esoknya 13hb September. 
Sebahagian besar bentuk muka bumi Yunnan  adalah bergunung-ganang, terutamanya di sebelah utara dan barat. Satu rantaian gunung tinggi merebak ke seluruh wilayah kerana Yunnan terletak di pinggir timur, dimana banjaran Himalaya mula meninggi. Ia telah ditolak ke atas sejak zaman pleistosen dan berterusan hingga ke hari ini. kawasan tanah tinggi Yunnan merupakan dataran tinggi batu kapur dengan bentuk muka bumi karst dan sungai yang tidak dapat dilayari, mengalir melalui ngarai yang dalam di celahan gunung ganang. Karst ialah benteng alam yang terbentuk akibat larutan batuan seperti batu kapur oleh air. Retakan pada batuan, akibat pergerakan tektonik menjadi laluan air yang menyebabkan retakan mejadi lebar melalui proses pelarutan. Proses pelarutan ini akhirnya membentuk sistem aliran air bawah tanah, gua dan lain-lain. Menurut bacaan di wikipedia, Yunnan merupakan wilayah ke- 4 di China yang kurang membangun, namun jangan tak tau, Yunnan mempunyai rizab aluminium, plumbum, zink, timah, nikel dan tembaga paling besar di China! Titik paling tinggi di Yunnan ialah puncak Kawagebo yang terletak di utara Yunnan, tepatnya di Dataran Tinggi Diqing. Ketinggiannya mencapai 6740 meter manakala titik terendah terletak di Lembah Sungai Merah berhampiran sempadan Vietnam. 
Tiba di Suvarnabhumi Airport. Dari Singapore, kami menaiki China Eastern Airlines (CEA) menuju ke Bangkok. Masa perjalanan mengambil masa kira2 2H22M. 
Tiba di Bangkok jam 8.05 pagi. Banyak lukisan di pamerkan di dinding bangunan sepanjang perjalanan masuk menuju ke immigration
wah buah-buahan nadir pun ada


Oh ya, aku tak tukar pun duit baht. Bijak kan....Tapi aku ada duit dalam wise card. ada la dalam RM 300. Cukup untuk makan sebenarnya. Cuma kad wise tu tak diterima di restoran halal kat airport ni. 
Kami makan tengahari di sini. Menurut carian di google terdapat 1 restoran halal di medan selera Magic Food Point yang terletak di Aras 1 berhampiran Pintu 8.
Nama restoran ni ialah Restoran Sareefah. Bila sampai di sini, baru kami tau, nak makan kena beli kupon. Kupon tu dijual di kaunter berdekatan pintu masuk tadi. Kupon tu pula wajib dibayar menggunakan wang tunai. Nasib baik Icha ada sedikit duit tunai Baht. Makanan di Restoran Sareefah tu berharga 60 baht. Icha ada 180 bath, maka dia pinjamkan kami 60 baht. Aku dan kak T share makanan. Boleh la. KH, R, I dan KC makan kat Restoran vegetarian di Tingkat 4. 

Akhirnya tiba masa untuk kami terbang ke Kunming iaitu pada jam 1.55 petang menaiki CEA. Perjalanan mengambil masa kira2 2H10M 
Yunnan mempunyai pelbagai iklim yang berbeza mengikut lokasi, namun secara umumnya Yunnan beriklim sederhana dan nyaman. Lebih panas daripada kebanyakan wilayah lain di China. Kunming merupakan bandar yang beriklim paling selesa sepanjang tahun, sama seperti cuaca di musim bunga. Di musim sejuk pula, iklimnya kekal sederhana dan ini menarik ramai pelancong. Namun iklimnya berbeza daripada subtropika di bahagian selatan hingga iklim alpine di bahagian utara. Yunan juga merupakan wilayah yang kaya dari segi biologi dan budaya. Oleh kerana Yunnan mempunyai pergunungan yang dilitupi salji dan persekitaran tropika sebenar, maka ini menjadi faktor tumbuhnya pelbagai jenis tumbuhan yang luar biasa. Semasa tibanya musim panas, Dataran tinggi Tibet, bertindak sebagai penghalang kepada angin monsun dan hal ini memerangkap kelembapan di wilayah di Yunnan. Kelembapan yang berpanjangan ini la yang merangsang pertumbuhan pelbagai spesies tumbuhan.
Akhirnya kami tiba di Kunming Airport kira2 jam 5. 20 petang. 
Kunming airport
aku dan KT
Ketika masih berada di sini, secara tak sengaja kami bertemu dengan Mr. Duke. KH nak cari teksi, dia tanya kat security yang ada di situ, tapi orang tu payah nak menjawab, tiba2 datang Mr. Duke menyapa KH, jadi depa pun bincang2. Rupanya Mr, Duke ni pun bekerja sebagai guide. Dia membangun business bersama isterinya. Hari yang kami sampai ni, kebetulan dia tak ada customer jadi dia sengaja datang ke airport, mana tau dapat rezeki atau paling tidak penumpang yang memerlukan transport untuk menuju ke hotel. Oleh kerana dia ada bas, dan dia free untuk esoknya, maka KH terus deal untuk jalan2 di Kunming 1 hari dengan dia. 
OTW ke Kunming Old Town
Dalam bas Mr. Duke. Besar bas ni dan sangat selesa.
Tiba di Old town Kunming. Mr. Duke kata hotel kami terletak di celah bangunan kedai. Kalo malam, dekat hotel tu macam ada pasar malam, jadi kereta payah nak masuk. Dia turun kan kami di sini dan bagitau jalan menuju ke hotel. Tak jauh pun sebenarnya
Ini lah dia Mr Duke. Sebelum beredar dia ingatkan sekali lagi untuk bersedia pada jam 7.00 pagi di bawah hotel untuk memulakan perjalanan. Dia minta kami bersarapan terlebih dahulu sebelum bergerak.
Lalu ikut lorong ni. ini pun deretan restoran tapi non halal. Jalan sampai hujung bangunan, belok kiri akan jumpa pintu hotel. 
Comel motor dan basikalnya. 
jalan terus sampai hujung sana
Sampai dah kat pintu hotel. Hotel penginapan kami terletak di Tingkat 1

Ni name card Mr. Duke. Kalo korang berhajat nak ke Kunming boleh la contact beliau. High recommended!! Rasanya dia juga ble bawa trip sampai ke Lijiang, Shangrila dan Dali, kalo tak silap.
Walaupun Yunnan mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung ganang, namun sektor pertanian juga turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Yunnan. Hanya 5% tanah rata digunakan untuk pertanian. Tanaman utama di sini ialah padi, jaung, barli, biji sawi, ubi keledek, kacang soya, teh, tebu, tembakau dan kapas. Yunnan juga menghasilkan tanaman kopi. Kebanyakan kopi yang ada di China diperolehi dari Yunnan. Penanaman kopi secara besar-besaran di Yunnan bermula pada tahun 1988. Selain itu Yunnan juga terkenal dengan teh  yang berkualiti, terutamanya teh Yunnan. Teh hitam Yunnan, yang dikenali sebagai ' Dianhong '  ialah teh teroksida sepenuhnya yang ditanam di kawasan tanah tinggi di kawasan pergununga, kira-kira 1000 meter hingga 2000 meter dari aras laut. Rasanya yang unik menjadikannya teh yang popular dan sering dicari. 
receptionist di T1.
Totoro Elf Hotel, Kunming. Sangat selesa. Bilik kami terletak di Tingkat 5. Selesa untuk 3 orang, cuma tempat solat tu sedikit sempit, tapi ok la. 
Lepas simpan barang kami turun ke bawah untuk makan malam. Hanya kami berlima yang keluar makan. Yang lain malas dah turun sebab hujan lebat. 
Oleh kerana aku bukan peminat mie, maka aku share makanan dengan A. Malam pertama kami makan di sini, rasa kuah mie dier sedap. Kali ke-2 makan tak sedap pula.
Ni kawan aku punya. Kat sebelah hotel tu ader restoran halal. Ada beberapa kedai yang menjual makanan halal. Malangnya kat area hotel ni tak ada yang jual nasi. Selesai makan kami naik ke hotel

Bersambung...
Bye
Niena T
💓

No comments:

Melancong ke Yunnan: Naik Train dari Kunming ke Lijiang (Part 4)

15 September 2025 (Isnin) Salam n Hi. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Lijiang. Barang2 sudah siap dikemas malam tadi, ting...