31 Mei 2024
Salam & Hi...
Hari terakhir di Tokyo. Cadangnya hari ni nak pegi ke Ueno, tepatnya ke Ameyoko Shopping Street yang juga dikenali dengan nama panjangnya sebagai Ameya Yokocho. Jadi digabungkan jadi AMEYOKO. Comel pula nama tempat ni kan....?"Ameya". Kalo korang ada kawan nama Amera, boleh la korang panggil dia Ameya...😀. Kiter panggil tempat ni Ameya la kan. Comel! Ameya St. ni bermula sebagai pasar gelap paling penting selepas Perang Dunia ke-2. Selepas dirasmikan pada tahun 1946, ia berkembang menjadi salah satu destinasi shopping paling sibuk dan ikonik di Tokyo.
Keihin-Tohoku Line (Line biru muda): Nishi- Nippori St- Ueno St. >>>
Jalan kaki ke Ameya St.
 |
| Kami di hadapan Ueno St. |
 |
| Kebetulan ada expo di dalam bangunan Ueno St. |
 |
| Masuk ke Area Ameya |
 |
| Pagi-pagi masih kong lagi kat Ameya ni |
Bagaimana Ameyoko dapat nama? Ada 2 teori. Pertama: Dalam bahasa Jepun "Ame" bermaksud gula-gula. Apa pula kaitannya tempat ni dengan gula-gula? Nyambung gak? Nyambung dong.... Di zaman kegemilangannya, kat sini terdapat lambakan kedai gula-gula. Walaupun pada ketika itu gula merupakan bahan komoditi terhad selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2. Teori ke-2: Kat sini terdapat satu lorong yang dinamakan sebagai America Yokocho. Ia terkenal kerana menjual barangan lebihan tentera Amerika. Selain itu banyak juga barangan barat dijual seperti coklat Hershey, pemetik api Zippo dan cermin mata Ray-Ban yang sukar didapati pada ketika itu, tapi boleh dicari di sini.
 |
| ABC-Mart ni juga antara kedai yang boleh dikatakan murah juga harga barangan yang dijual. |
 |
| Kawan aku pernah dapat winter coat murah kat sini. Cantik... |
Seiring berjalannya waktu, Ameya beralih dari pasar gelap kepada destinasi membeli belah yang sah. Peniaga menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan semasa, dari menjual gula-gula dan barangan Amerika, mereka beralih kepada menjual pelbagai produk lain seperti makanan laut segar, makanan kering, kosmetik, pakaian dan barangan am. Pendek kata, apa yang ingin dicari semua ada di sini. Kini Ameya St. mengekalkan suasana pasaran terbuka dan meriah. Terdapat kira-kira 400 kedai dan gerai di sepanjang landasan keretapi antara Ueno St dan Okachimachi St. Kalo datang ke Tokyo jangan lupa singgah ke sini tau. Kalo rajin mencari, memang akan dapat barangan yang murah dan berkualiti. Waktu beroperasi ialah dari jam 10:00 pagi hingga jam 8.00 malam dan banyak peniaga memilih untuk menutup kedai pada hari rabu. Tapi jangan risau, waktu buka dan waktu tutup kedai2 di sini sebenarnya bergantung kepada owner kedai. Tidak ada hari yang mewajibkan untuk Ameya St. menutup operasi sepenuhnya.
 |
| Kedai Magazines yang WAJIB kami pergi jika datang ke Tokyo. |
 |
| Beg Anello kat sini boleh dikatakan murah harganya, original dan kadang2 edisi yang dijual di sini tak ada di Malaysia. |
 |
| Rambang mata jika kau peminat Anello |
 |
| Uishhh...bergaya sungguh dia |
 |
| Yang ini kat kedai lain. Buah delima tu harganya 1000 yen. Bersamaan dengan RM 27 ++. Kalo nak makan jangan convert, beli je. Tapi kalo masih boleh ditahan rasa kepingin tu, tunggu balik Malaysia baru beli 😁 |
.jpg) |
| comel.... |
 |
| Kat sini pun banyak restoran, tapi malangnya gak ada tanda halalnya. Tapi memang ada kat area Ameya ni ada gerai makan halal. Biasanya kedai makan Pakistan. Tahun sebelumnya kitorang ada makan kat gerai makan tu tapi mungkin malam je depa buka. |
 |
| Akhirnya kami ke Halal Sakura Restoran iaitu restoran yang menghidangkan hidangan tradisional Uzbekistan. Katanya terdapat 7 hidangan Uzbez yang menawarkan rasa dan teksture unik dan menyelerakan. Bagi peminat kambing dan masakan pedas, di sini memang pilihan terbaik. Tapi aku tak makan kambing, |
.jpg) |
| Pintu masuk ke Halal Sakura Restoran. Cantik bangunannya. Macam kapal.. |
 |
| Ihsan Google: Bangunan Halal Sakura Restoran. Bangunan ini bukan untuk Halal Sakura je ya, tapi ada banyak kedai lain lagi dalam bangunan yang sama. |
 |
| Ihsan Google: Ruang dalam restoran. di tingkat 2 |
 |
| Ruang soalat juga disediakan |
.jpg) |
| Aku makan roti nan celup kari je. Menu lain, aku dah tanya perut. dia kata tak dan nak proses 😀Oh ya satey kambing tu kawan aku punya. Aku bukan peminat kambing, makan sikit secubit ble la...kalo makan bercubit2 tak ble dah.... |
.jpg) |
| Dah selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Kemana? Ke Asakusa. Saja jalan2....Bersih je kan tempat dorang ni. |
.jpg) |
| Menuju ke Station train |
 |
| Icha beli teh, kat kedai teh tu ada aiskrim matcha, kitorang pun beli. |
.jpg) |
| Depan kedai teh.. Kat sini kami terpisah dengan 3 orang kawan. Depa pegi cari souvernir |
--Tamat--
Bye
Niena T
💓
No comments:
Post a Comment