Monday, November 10, 2025

Melancong ke Yunnan: Shilin Stone Forest (Part 2)

14 September 2025 (Ahad)

Salam n Hi...

Hari ke-2 kami di Kunming. Lokasi yang akan kami lawati hari ni ialah ke Shilin Stone Forest. Kami turun awal ke bawah hotel. Semalam Mr. Duke pesan, sarapan dulu awal pagi sebelum kita bergerak pada jam 7.30 pagi. Restoran halal ada di sekitar hotel. Ada 1 yang buka. Aku macam biasa bawa bekal jajan dalam beg dan semestinya air nescafe juga. Aku tak makan berat pagi2, jadi yang order makanan hanya Icha. Kat China ni pula, rata2 restorannya, tak ada air yang boleh diorder. Bukan macam kat tempat kita, tak nak makan boleh order air. Kat sini tak ada air, kalo nak order air, dia tunjuk air mineral atau air soda dalam botol.

Icha order Dim Sum

Sekitar hotel
Untuk hari ke-2 ni, kami hanya melawat kawasan di sekitar Kunming sahaja. Kunming merupakan ibu kota dan bandar terbesar di Yunnan, semua pusat pentadbiran terletak di sini. Berada pada ketinggian 1900 meter dari aras laut dan ia terletak ditengah Dataran Tinggi Yunnan-Guizhou. Oleh kerana Kunming merupakan ibu kota Yunnan, maka pusat ekonomi juga tertumpu di sini. Ia juga dipengaruhi oleh faktor geografinya yang bersempadan dengan beberapa negara di Asia Tenggara, secara tidak langsung ia menjadi hab pengangkutan di Barat Daya China. Misalnya China dihubungkan melalui laluan keretapi Vietnam-Loas atau melalui jalan raya Myanmar dan Thailand. Kedudukannya yang strategik ini juga menjadikan bandar Kunming sebagai pusat perdagangan komersial penting di Asia Tenggara.

Tiba di Shilin Stone. Mr. Duke parking kereta dia dan bawa kami berjalan di lorong2 kedai. Dia tunjukkan kami toilet, jika ada sesiapa nak masuk toilet, sila la. Selesai semuanya dia bawa kami berjalan menuruni tangga. 
Gambar atas: Mr. Duke hantar kami sampai ke sini. Kami diminta berbaris untuk menunggu giliran menaiki shuttle. Tiket masuk berharga 175CNY, sudah dibeli melalui online oleh Mr. Duke semalam. Jauh juga sebenarnya, dari tempat parking tadi menuju ke gate sebenar hutan ni. Kalo berjalan kaki, berpeluh juga la.
Gambar bawah: Sudah sampai di Stone Forest. Dari sini kami memulakan perjalanan mengelilingi hutan ni.
Cantik bunga teratai ni
Shilin Stone Forest yang berjarak sekitar 78km dari Kunming boleh dicapai dengan pemanduan sekitar 1J30M. Terletak di Dataran Tinggi Yunnan, tepatnya di daerah Autonomi Shilin Yi. Ini la satu-satunya lokasi bentuk muka bumi karst yang terletak di dataran subtropika. Stone forest mempunyai bentuk muka bumi karst yang paling unik di dunia kerana sejarahnya yang panjang, berskala besar dan kaya dengan pelbagai bahan mineral, flora dan fauna. Karst ialah lanskap atau benteng alam yang terbentuk akibat proses pelarutan batuan yang mudah larut seperti batu kapur oleh air di permukaan atau di bawah tanah. Karst biasanya mempunyai ciri-ciri seperti terbentuknya gua, lubang benam, sungai samada di bawah tanah atau di permukaan dan batuan kapur.
Stone forest terbentuk kira-kira 270 juta tahun yang lalu, yang pada asalnya merupakan laut cetek. Mendapan batu pasir yang banyak ditindih oleh batu kapur yang akhirnya terkumpul di lembangan. Akibat terdedah kepada hakisan angin dan aliran air, akhirnya mendapan ini terangkat membentuk lanskap tiang batu kapur yang menjulang tinggi dan tajam. Melalui proses evolusi geologi yang panjang, akhirnya meninggalkan lanskap geologi yang berharga. Stone forest mepunyai keluasan sekitar 1,100 kilometer persegi. Selain pemandangan semula jadi yang unik dan menarik, Stone Forest juga menarik ramai pelancong untuk menikmati budaya etnik Yi yang iaitu legenda Ashima.
Lagenda Ashima mengisahkan tentang seorang gadis Sani yang cantik, berasal dari kaum Yi (Orang Sani adalah salah satu dari cabang etnik Yi). Ashima dilahirkan dalam keluarga miskin, walaupun begitu, dia merupakan seorang yang bijak dan rajin membantu ayahnya mengembala biri2 sejak berusia 12 tahun. Suatu hari, dipergunugan, Ashima menyelamatkan seorang kanak2 lelaki yang tersesat ketika memetik buah-buahan liar. Kanak2 lelaki itu bernama Ahei. Ahei merupakan anak yatim piatu berusia 12 tahun. Untuk menyara hidupnya dia terpaksa bekerja keras untuk tuan rumah. Ashima bersimpati dengannya lalu membawanya pulang ke rumah. Ibu bapa Ashima juga menyayangi Ahei. Mereka membesar bersama lalu jatuh cinta dan akhirnya berkahwin dan hidup bahagia. Malangnya takdir tidak menyebelahi pasangan bahagia ni. Azhi, anak tuan rumah yang jahat telah menculik nya, namun Ahei berusaha menyelamatkannya. Dalam perjalanan pulang, Ashima lemas dalam banjir dan berubah menjadi batu. Kisah ini menjadi simbol kebebasan memilih pasangan dan hidup bahagia dalam sesebuah perkahwinan.
Biasanya orang Sani akan meraikan perayaan kebangsaan mereka iaitu Pesta Obor pada 24 Jun setiap tahun lunar. Mereka akan mengambil bahagian dalam persembahan tradisional seperti gusti, pertarungan lembu jantan, memanjat galah, permainan naga, tarian singa dan Tarian Bulan A-xi. Pada ketika ini, Stone Forest akan kelihatan hidup dengan suasana meriah, menjadikan kawasan itu lebih menarik daripada biasa.
Kami menghabiskan masa sekitar 5 jam di sini. Tempat ni sangat luas. Tak semua tempat kami jelajahi sebab ada yang kena naik tingga. Jadi kami berjalan2 di tempat yang larat nak pergi je. 
Di pintu keluar ada kedai menjual barangan cenderahati dan buah buahan
Buah yang warna oren ni buah kundang agaknya ya...
Ada beberapa buah-buahan yang tak pernah kita nampak ada dijumpai di sini. mungkin ini antara buah-buahan nadir di China.
Buah warna ungu tu macam terung tapi bukan. yang sebelah kiri tu pula, kat tempat kita panggil buah letup2 kan? Betulkan jika salah... Tapi sebenarnya aku pun tak pernah makan buah letup2. 
Buah ni aku tak tahu namanya tapi makan macam tu je. 
Sebelum balik Mr. Duke ambil gambar kami di sini untuk kenang-kenangan...
Ni sebelum naik shuttle bus. Ambil gambar sebagai kenangan....
Wajib juga ambil gambar single...😝

Bersambung....
Bye
Niena T
💓
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Stone_Forest

No comments:

Melancong ke Yunnan: Naik Train dari Kunming ke Lijiang (Part 4)

15 September 2025 (Isnin) Salam n Hi. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Lijiang. Barang2 sudah siap dikemas malam tadi, ting...