Tuesday, November 11, 2025

Melancong ke Yunnan: Beli Teh China..(Part 3)

 14 September 2025 (Ahad)

Sambungan dari cite Shilin Stone...

Selepas dari Shilin Stone Forest, Mr. Duke tanya, nak makan tak? Wehh.. serentak kitorang jawab "Nakkk"....😆Lapar sangat nampaknya. Ini terbukti bila kitorang tak sempat pun nak ambil gambar luar dan dalam kedai. Yang aku sempat ambil gambar makanan yang ni je, padahal banyak je makanan yang kitorang order. Restoran yang Mr. Duke bawa kami ni ialah sebuah restoran halal. Ruang dalam restorannya, boleh dikira besar tapi tak ada orang. Hanya kami pelanggan yang ada di situ. Mereka bagi buku menu tapi kami semua tak boleh baca tulisan China, dan mereka juga tak boleh berbahasa Inggeris. Mr. Duke yang fasih berbahasa Inggeris cuba menterjemah kepada kami. Dan yang bagusnya, tukang masak tu panggil kawan kami untuk tengok sendiri sayur yang ada kat peti, main tunjuk je. Alhamdulillah, menu hari ni dapat diterima oleh semua orang dan sedap pula.
Yang ini sedap, lebih kurang macam ikan bilis goreng. Rangup!

Yang ini pun sedap. Aku selalu tengok Youtube Yennie di China, dia kata ini menu popular di China. Telur goreng campur dengan tomato. 
Yang ini kawan aku order. Kitorang semua makan nasi putih
Selesai makan, kami terus dibawa menuju ke kedai teh, kawan aku Icha nak beli teh. Biasanya kalo kita join travel agent, salah satu tempat yang depa bakal bawa kita ialah ke kedai macam ni la kan. Tapi Mr. Duke ni tak, dia bawa kami ke sini atas request customer sendiri. Itu yang bagusnya Mr. Duke ni. Dia bawa kitorang ke kedai kawan dier.

Bangunan kedai teh. Kat sini banyak jual herba, teh dan rempah ratus cina.
Ni kedai kawan Mr. Duke
China mempunyai sejarah budaya minum teh yang panjang. Bila ianya bermula, sukar untuk menentukan tarikh yang paling tepat. Secara umumnya, terdapat teori berkenaan era pencetus budaya minum teh dan bukti menunjukan bahawa budaya ini dibawa dari China dan merebak ke negara lain. Faktor penanaman teh yang secara tidak langsung, terdapat banyak di China juga menyebabkan ramai yang percaya bahawa budaya minum teh dicipta oleh orang China. Namun begitu, pada tahun 1823, seorang pegawai British telah menemui pokok teh liar di India. Mungkin India juga salah satu antara asal usul bermulanya teh.
Pelbagai jenis teh ada di sini. Bersih dan tersusun kemas. 
Teh yang ni tak sama dengan yang kat atas tu ya. Ni jenis lain
Terdapat beberapa teori tentang asal usul teh yang paling awal di China. Seorang sarjana, menegaskan bahawa pokok teh berasal dari Xishuangbanna, Yunnan. Melalui penyelidikannya, beliau mendapati bahawa teh Mengshan ditanam semasa Dinasti Han. Di China, budaya minum teh bermula daripada golongan bangsawan dan bijak pandai, kemudiannya menjadi ikutan rakyat biasa. Begitu pentingnya teh dalam budaya China, sehingga ia disenaraikan sebagai antara 7 keperluan hidup pada zaman tersebut, antaranya ialah kayu api, beras, minyak, garam, kicap, cuka dan teh.
Ni yang bentuk kiub. 
Menurut rekod, penanaman teh mula berkembang dari Dinasti Han ke Dinasti Tang dan Song. Sepanjang tempoh ini, penanaman dan penggunaan teh menjadi lebih meluas. Teh menjadi minuman harian bagi semua golongan dan penanamannya merebak ke pelbagai wilayah di seluruh China. Pada zaman dahulu, penanaman teh akan menjalani beberapa proses seperti pemilihan dan penanaman benih teh, menjaga pohon teh dan kemudiannya apabila telah matang, daun teh akan dituai. Semua ini dijalankan oleh para petani, dari penelitian kualiti tanah, keadaan iklim dan kawalan perosak. Apabila daun teh telah siap dituai, ia akan diproses menggunakan kaedah tradisional. Untuk meningkatkan kualiti dan rasa teh, proses peneringan dan penapaian daun the juga menggunakan kaedah tradisional.
Boleh beli untuk ole2 juga
Kami minum teh
Ni kawan Mr. Duke. Dia sedang menyediakan pelbagai jenis untuk kami rasa. 
Di China, menjamu tetamu dengan minum teh, sudah menjadi seakan-akan kewajiban bagi tuan rumah, sebab dalam tradisi cina, untuk menghormati, mengembiraakan tetamu adalah dengan menghidangkan teh, bukan wain. Teh juga menjadi pembawa kepada budaya dan kesenian tradisional cina, dimana setiap aspek kehidupan pasti eleman teh itu tidak ketinggalan, misalnya dalam majlis perkahwinan, kesenian, nyanyian, novel, opera pasti ada cerita tentang teh. 
Setiap orang dihidangkan teh dalam gelas kecil
Dia tuangkan teh kepada kami semua
Selesai minum, depa pilih teh yang dibeli. Ramai yang beli teh untuk yang ada penyakit darah tinggi
Dia ambil teh guna sarung tangan untuk jaga kebersihan dan letak dalam paket. kemudian timbang ikut berapa kita nak. 
Teh dalam bentuk kiub
Proses membayar
Bergambar di hadapan kedai teh
Semua dengan beg teh masing2. Aku dan Imah je tak beli sebab aku tau aku tak kan minum nanti, membazir je. 
Ehhh....ada lagi rupanya gambar depan kedai ni 😀
Pelbagai jenis teh
Kat luar bangunan kedai teh
Tak ramai yang datang ke mall ni. Yang ada hanya peniaga tapi sekarang kan orang beli guna online jadi tak perlu pegi kedai pun. Alasan ke-2, pastinya warga Kunming sendiri tau kat mana kedai teh paling murah tetapi berkualiti, jadi depa ada pilihan kedai mana nak pegi. 
Bas Mr. Duke. Besar dan bersih
Cantiknya kereta....
Kemudiannya, Mr. Duke hantar kami balik semula ke hotel. Beliau berjanji untuk menghantar kami ke train station esoknya. Jadi petang ni, kami jalan2 saja di sekitar hotel. 





Disebalik bangunan tua, bangunan moden juga turut dibina
Kunming Old St. ni merupakan satu2nya kawasan bersejarah yang masih ada. Ia terletak di tengah bandar Kunming, dengan susun atur bangunannya masih lagi kekal sejak ia dibina pada zaman Dinasti Qing. Sebahagian bangunannya berusia hampir 900 tahun, yang mana setiap struktur bangunan menjadi saksi sejarah, kisah silam bandar ini. Kunming Old St yang telah dibaik pulih pada tahun 2006 dan dibuka semula pada tahun 2018. Kawasan ini menempatkan 8 unit perlindungan warisan budaya, malah mengandungi 20 bangunan purba yang masih terpelihara hingga kini. Terdapat beberapa jalan yang berada di zon perlindungan, antaranya ialah Jalan Guanghua, Qianwang, Yongdao dan Zhijie. Di antara jalan yang ada di Kunming Old St, Jalan Guanghua merupakan salah satu jalan terpenting. Ia mewakili lanskap jalan tradisional Kunming. Pelancong boleh menikmati masakan tempatan, barangan antik dan kedai yang sudah tua.
Rujukan:
http://www.tuochatea.com/history-of-yunnan-tea.
https://www.yunnanexploration.com/what-is-yunnan-tea.html

Bersambung...

Bye
Niena T
💓

Melancong ke Yunnan: Naik Train dari Kunming ke Lijiang (Part 4)

15 September 2025 (Isnin) Salam n Hi. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Lijiang. Barang2 sudah siap dikemas malam tadi, ting...