Thursday, February 16, 2023

Bercuti ke Turki: Red Tour Bersama Mr. Yunus (Part 5)

15 Dec 2023 (Khamis)

Salam dan Hi...

Hari ke-2 kami di Cappadocia. Jika semalam kami ambil pakej Green Tour dengan Mr. Yunus, hari ni pula ambil pakej Red Tour. Bezanya ialah, Green Tour meliputi lawatan lokasi yang berdekatan, manakala Red Tour meliputi lawatan di kawasan yang jauh-jauh. Pagi ni kami mulakan dengaan aktiviti sarapan pagi di rooftop.

Pokok ni kalo berdaun mesti cantik
Bangunan di hadapan tempat penginapan kami
Kami bersama owner cafe
Menu pada hari ke-2...sama je
Tempat pemanas klasik tapi menarik
Lokasi pertama yang kami pergi hari ni ialah Cavusin Castle. Tapi kami tak pergi dekat ke istana Cavusin, hanya ambil gambar dari jauh sahaja. Çavuşin ialah salah sebuah kampung yang terdapat di daerah Avanos. Bahagian kampung yang lebih tua terletak di bahagian atas kawasan bebatuan yang boleh dilihat dari jauh. Kebanyakan rumah moden dibina lebih dekat dengan jalan utama. Pada tahun 1960-an, penduduk kampung telah ditempatkan semula kerana bimbang rumah lama mereka yang ada di bebatuan akan runtuh. Kini Cavusin kurang menerima pelancong tetapi tetap ada yang memilih untuk menginap di Cavusin terutama di bahagian perkampungan lama di atas bebatuan. 

Perjalanan menuju ke Cavusin
Ada pakej naik MTV juga dari sini
Cantik
Rumah moden adalah rumah baru 

Pasabaglar Open Air Museum

Lokasi ke-2 yang kami lawati hari ini ialah Pasabag Open Air Museum. Dikenali sebagai Lembah Paderi yang meliputi kawasan yang sangat luas, dikelilingi oleh batuan cerobong berbentuk cendawan. Lembah Pasabaglar sering dikunjungi pelancong kerana pemandangannya yang unik dan mempunyai aura mistik. Menurut ceritanya, pada zaman dahulu pendeta kristian tinggal dan berkerja sebagai mubaligh di Pasabaglar. Para paderi telah membuka kawasan penempatan dan gereja di lembah sepanjang hidup mereka. Terdapat sebuah gereja, dipercayai dibina 1000 tahun dahulu. Gereja yang terletak di dalam batuan cerobong berbentuk cendawan ini la yang menarik minat pelancong untuk melawat nya.
Beli tiket dulu di sini
Tiket berharga 65 lira
Dah beli tiket, masuk dari sini.....
Menurut cerita mitos, batuan berbentuk unik dibina oleh pari-pari yang membina rumah mereka di bawah tanah, maka dari situ la ia dinamakan 'cerobong dongeng'. Tapi sebenarnya ia adalah hasil dari hakisan angin, air dan perubahan cuaca. Cerita sejarahnya sama dengan rumah2 batu di kawasan lain di cappadocia. Lembah Pasabag terletak berhampiran dengan Muzium Terbuka Zelve dan Lembah Devrent,  tapi untuk lawatan hari ni kami hanya pergi ke Pasabag dan Zelve. Untuk melawat ke semua kawasan di Pasabag , kita perlukan 45 minit dengan berjalan kaki. dibuka jam 800- 7.00 petang. 

Bersambung....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...