Laman Diraja
Sudah sampai ke Pontian, masakan tidak singgah ke Laman Diraja. Ini salah satu tempat menarik yang perlu dilawati apabila sampai di sini. Ia merupakan sebuah dataran cantik yang terletak di tepi pantai. Ia bukan sekadar dataran riadah biasa-biasa tetapi ada sesuatu yang menarik di sini, iaitu mercu tanda mahkota kesultanan Johor. Sebab tu mungkin ia diberi nama "Laman Diraja". Selain boleh bersantai sambil menikmati angin laut, kita juga boleh mengambil gambar berlatar belakangkan mercu tanda Pontian yang ikonik ini. Apalagi jika datang pada waktu malam, dataran ini semakin cantik kerana bermandikan cahaya lampu pelbagai warna. Di Laman Diraja Pontian juga terdapat trek berjoging sepanjang 500 meter, menjadikannya kawasan riadah tumpuan ramai pada waktu petang dan hujung minggu.
Trek pejalan kaki, bersih dan teduh dihiasi pepohon disepanjang jalan. |
Mercu Tanda yang diambil dari Mahkota diraja... |
Tidak adil kiranya kita tidak berbicara tentang sejarah Pontian. Pontian dikatakan berasal dari perkataan ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kechil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.
Rakan-rakan bergambar berlatarbelakangkan mercu tanda |
Kat belakang tu laut |
I love Pontian |
Forest City
Lokasi ke-3 yang kami singgah pada hari tersebut ialah Forest City. Forest City terletak di Kampung Tanjung Kupang bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pada asalnya kawasan ini merupakan hutan paya bakau yang didiami oleh penduduk tempatan yang bekerja sebagai petani dan nelayan di Kampung Tanjung Kupang. Kemudiannya diambil alih oleh pihak berkenaan untuk dibangunkan sebagai sebuah pembangunan kediaman bersepadu dan bandar persendirian. Sasaran projek ini sebenarnya adalah kepada warganegara China kelas atasan yang ingin melabur kekayaan di luar negara. Forest City menawarkan hartanah pinggir laut yang agak berpatutan berbanding bandar besar di China seperti Shanghai.
Menghampiri bandar ini kami agak teruja melihat bangunan2 tinggi. Bukan bermakna tak pernah tengok bangunan pencakar langit tapi ia membayangkan kepada kami seolah-olah berada di negara China. Bila baca maklumat di medso tak mustahil la bangunannya seperti di China kerana penglibatan syarikat2 gergasi China ke atas pembangunan di Forest City bukan kaleng2. 60% saham untuk projek ini dipegang oleh mereka! Bangunan2 pencakar langit yang nampak mewah biarpun dari jauh d Tanjung Piai tadi, yang pada mulanya kami ingatkan adalah Singapura, rupanya meleset sama sekali.
Walaupun projek ini diangkat sebagai projek mega, namun ia terpalit dengan beberapa isu terutamanya yang berkaitan dengan alam sekitar., tekanan sumber air tempatan dan sisa kumbahan Oleh kerana projek ini dibangunkan diatas tanah paya bakau maka aktiviti penambakan tanah lembap di pinggir pantai telah dilakukan. Ini memberi impak negatif terhadap ekosistem, penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan petani menyatakan bahawa mereka mengalami pengurangan hasil tangkapan. Menurut akhbar, Forest City dibangunkan di atas kawasan yang dilindungi iaitu Environmentally Sensitive Area (ESA), Peringkat 1 yang mana tiada pembangunan dibenarkan kecuali aktiviti pelancongan alam sekitar yang berimpak rendah, aktiviti pendidikan dan penyelidikan sahaja dibenarkan.
Puteri Harbour
Destinasi terakhir hari ni ialan ke Puteri Harbour. Tempatnya cantik, dengan bot2 mewah berlabuh di jeti, tapi sayangnya kurang meriah. Banyak kedai yang tak dibuka, satu2 nya yang memberi sedikit sinar ialah restoran yang masih bertahan sehingga kini. Aku ingat satu ketika dulu tempat ni menjadi tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar negeri. Kami mengambil sedikit masa di sini untuk menikmati suasana senja. Rakan-rakan mengambil peluang bermain motosikal elektrik yang disewa RM15 untuk sejam. Aku sekadar berjalan sambil merakam gambar pemandangan di sini. Katanya di sini ada jeti Feri untuk menuju ke Batam, tapi aku tak pasti di kawasan mana sebab tak nampak.
Agak melucukan yang ini.. Agak sukar KT melipat kakinya. Kanak-kanak mungkin sesuai duduk di hadapan ni. |
Akhirnya KT mengalah, dia sewa 1 lagi motor |
Rujukan/ Special Thanx To:
https://ammboi.my/tempat-menarik-di-pontian/
https://armadiahmad.com/2018/09/17/sejarah-daerah-pontian/