Sunday, June 19, 2022

Menjengah Ke Selatan: Tanjung Piai, Johor (Part 3)

 1 Jun 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari pertama kami di Johor. Dah janji dengan adik (owner kereta sewa), minta dihantar awal kereta tu kira2 jam 7.30 pagi. Dia siap tanya, "Akak nak pegi mana sebenarnya"? Dia pun hairan agaknya , apa la minah ni kalut nak pegi mana awal pagi giler nak kereta. Heheh....Aku lupa tentang jam semenanjung dengan Borneo tu tak sama. Sorry Dik, kalo kat Borneo 7.30 pagi tu dah kira cun untuk memulakan perjalanan. Kalo kat sekolah, 7.30 pagi tu dah berlalu masa pertama PDP, tapi kalo di semenanjung 7.30 pagi tu ibarat jam 6.00 pagi di Sabah. Orang baru nak buat sarapan, ada yang mungkin baru nak bangun pagi.....Bila adik tu agak terlewat, dier msg kira2 jam 8.00 pagi, sampai kira2 jam 8.30 pagi tu, kira ok la...difahami. Aku ingat dia pun tak mandi lagi masa hantar kereta tu....dia cover dengan hisap rokok..😀✌
Perjalanan dari Bandar Indahpura ke Tg. Piai mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Driver kami Z, memandu dengan berhemah sekali. Tg. Piai merupakan satu lokasi penting bagi lawatan kali ni. Kira wajib pegi la. Oh ya mungkin ramai yang hairan, kenapa menginap jauh giler dari lokasi yang memang jadi tumpuan pelancong. Kalo ada ya, entah2 aku sendiri je yang perasan orang hairan...🙈 Ok tak pe....lanjut! Masa buat iti aku dah fikir-fikir pengangkutan utama kami ialah train. Jadi apa2 hal pokoknya kena dekat dengan stesen train. Lokasi jauh tak apa, kereta boleh disewa. Lagipun kita ramai, kos ble patak-patak. Bagi sama rata...😀
Kat luar 
Kaunter tix. RM5 bayaran masuk untuk dewasa.
Dah sampai Johor, rugi la tak pegi Tanjung Piai kan....Ini kerana ia adalah kawasan atau tanah paling selatan di Benua Asia. Terletak pada latitud 01.16 *Utara dan longitud 103.30.46 * Timur, menjanjikan panorama indah dikelilingi dengan hutan dara paya bakau yang masih tidak tercemar dan tidak tergugat dengan rancaknya pembangunan di kawasan berhampiran. Berdiri di mercu tanda yang dibina khas di jeti ini, membolehkan kita melihat bangunan pencakar langit di Singapura yang mana ia terpisah oleh Selat Melaka dan juga sebahagian kepulauan Indonesia. Di perkarangan pintu masuk, satu lagi mercu tanda dibina daripada gentian konkrit mesra alam berdiri setinggi 20 meter tinggi dan berkelebaran 10 meter, berwarna kelabu. Ia mengambarkan tentang kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya yang jelas dapat di lihat apabila berada di jeti.
Di permukaan mercu tanda, kelihatan 2 pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir cantik bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai, yang mana ia mengambil sempena Paku Piai yang didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelancong. Untungnya ketika kami pergi ke sini adalah hari Rabu, hari orang bekerja...makanya tak ramai orang yang berkunjung ke sini. 
Menurut masyarakat setempat, Tanjung Piai dulunya adalah sebuah kawasan berpasir tebal dan tidak berlumpur seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Difahamkan pihak British pernah berkunjung ke Tg. Piai dan berpendapat bahawa kawasan ini sesuai untuk dijadikan sebagai pelabuhan. Namun akhirnya, setelah mengambil kira beberapa faktor, mereka rasa ianya tak sesuai, maka akhirnya rancangan membuat pelabuhan itu di pindah ke Singapura dan mengarahkan kawasan ini di tanam dengan pokok bakau sebagai penghalang dari hakisan ombak. Kini Tanjung Piai telah diiktiraf sebagai Tanah Ramsar atau Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa.
Tak tau nak goreng apa dah, gambaq last...👇
Puluhan motor polis....baru sampai ni
Bukan selalu jumpa motor polis banyak2 macam ni, posing la sat kan...padahal tuan punya ada kat belakang tu 😆

-Jumpa Lagi-
Macam biasa aku tinggalkan dengan video ni. Mentari Merah Diufuk Timur 😍
Special thanx to: Abdul Rizal Abdul Rahim
Abdul Rizal Abdul Rahim

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Piai
https://www.sinarharian.com.my/article/54114/BERITA/Warna-warni-Kehidupan/Menyelusuri-sejarah-Tanjung-Piai-mukim-Serkat

2 comments:

muhammad solehuddin said...

nice info!! can't wait to your next post!
visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/

adi mulia said...

Thank you for nice information. Please visit our web:
www.uhamka.ac.id

adi mulia
adi mulia

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...