Friday, June 17, 2022

Menjengah ke Selatan: Part 1

Demam Konsert Search Rockin on Rooftop masih terasa. Jadi sempena itu kita ambil 1 lagu search "Melastik ke Bintang" sebagai tajuk cerita kita kali ni..😅Aktiviti kita setiap kali cuti sekolah macam biasa, jalan2....Kali ni kami memilih ke Selatan. Secara peribadi, aku dah lama teringin ke Selatan, dari tahun lalu lagi. Tapi atas beberapa sebab rancangan Melastik ke Selatan itu di tukar ke utara. Maka kali ni kita kasi jadi...... Cuti kali ni agak panjang dekat 2 minggu juga sebab Borneo cuti sempena Keamaatan & Gawai. Sebenarnya Labuan tak terlibat dengan tarikh ni sebagai cuti umum tapi sebab penduduknya ramai dari Sabah, maka sekolah ambil cuti berganti. Seminggu selepas buka sekolah, aku sekolah hari sabtu! Rasakan...!!😁
Sebagai mukadimahnya, hari ni tak banyak benda aku nak cerita. Cuma nak selit beberapa gambar yang diambil dari dalam train. Perjalanan dari KL- Kulai, mengambil masa kira-kira setengah hari. Dari Kl Sentral ke Gemas naik ETS. Bertolak dalam jam 12.19 tengahari, sampai Gemas jam 2.52 petang. Dari Gemas tukar train Intercity menuju ke Kulai, bertolak jam 3.20 petang. Jam 7 pm baru sampai ke Kulai. Kat Gemas tu aku suka style dier, keluar dari ETS...terus je masuk train Intercity tu, dier parking sebelah menyebelah je, tak kalut nak angkut beg, turun naik tangga. Dalam train intercity ni walaupun dia agak lambat tapi tetap rasa selesa, sejuk, ada toilet tapi tak ada surau. Nak solat boleh kat cafe, kebetulan cafe tak beroperasi masa tu. Kos hangus untuk tambang train sahaja pada hari tu ialah:

KL-Gemas (ETS): RM31/ Gemas- Kulai (Intercity): RM19= RM50

Stesen keretapi Bekok
Sekolah
KT kat stesen keretapi Bekok, train berhenti kejap...
Perjalanan kali ni kami memilih menaiki train. Biarpun mengambil masa yang lama untuk sampai, tapi tak apa, enjoy je...sebab dah ada pengalaman naik train ke utara. Kenapa tak memilih naik flight terus ke Johor, lebih jimat masa? Selain kerana agak mahal, flight Labuan-Johor seingat aku tak ada (Betulkan kalo aku silap). Kalo nak, kena pegi dari KK. Jadi Train adalah pengangkutan terbaik setakat ini. Apa beza ETS dan Intercity? Bezanya ETS tu laju, dier berhenti di stesen/ bandar besar je. Intercity pula dia akan berhenti di semua stesen...jadi agak lambat nak sampai. Route ke selatan untuk ETS, hanya sampai ke Gemas sahaja. Tapi mungkin lepas ni, track ETS ke selatan bakal siap lagi setahun 2. Inshaallah.....Di lain waktu nak cuba pula naik train ke Pantai Timur!
Sebenarnya ini kali ke-2 aku jejak kaki ke Johor. Kali pertama pada tahun 2015. Balik dari NZ, kami bertiga ambil flight balik: NZ-Melbourne-Bali-Spore. Geng lain singgah Bali, kami bertiga tercicir dari geng lain terus ke Spore. KN terus ambil flight Spore-KL. Aku dan Z dah pokai 😆, masuk Malaysia terpaksa naik bas. Aku ingat naik bas tu seindah memetik bunga2 di pagi hari rupanya.....kerjanya seberat menanam padi! Senang bila bawa diri je, berat bila ada karung guni yang perlu digalas dibelakang!😅Sampai beg aku tertinggal dalam bas, nasib tak hilang....panjang ceritanya, malas nak tulis je kat sini. Tapi itu la namanya kenangan sepanjang perjalanan. Manis untuk dikenang!
Merasa minum kopi Kluang dan Bun yang viral tu!!
Bersidai tunggu grab sampai

-Jumpa lagi-

Aktu tinggalkan dengan video ni sempena Demam Konsert Search ROR....😅

Special thanx to: Bigmedia TV

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...