Tuesday, February 22, 2022

Mengejar si Aki: Berayun ke Langit- Mesilou 3 Sixty Peak.... (Part 4)

 31 Jan 2022

Masa kami bersembang2 petang tu sambil menonton TV, bilang KHana..."Kita ni duduk2 saja begini ka, tidak jalan2 lagi?" Macam siuk (seronok) pula bersantai sambil tengok TV...hehhe.. Saya tengok jam. Pukul 4 lebih sudah. Saya bilang "bah bersiap la"... Memang petang ni kami merancang pigi naik ke Mesilou 3 Sixty (360). Tapi sebelum tu pigi tempat lain dulu. Sebab kalo naik ke 360 tu, mau kena ada/ nampak sudah si Aki, baru cantik ambil gambar. Saya tengok goggle map, Mesilou Highland Strawbery Farm tu macam dekat saja. Jadi kami ke sana dulu.

Mesilou Highland Strawbery Farm & Cafe (MHS)

Jarak dari Big Rock Homestay ke MHS ni ialah 950 meter, 4 Minit saja melalui Jalan ke Padang Golf. Kedudukannya atas sedikit dari Sulap...di simpang sebelah kanan. Ada signboard di luar. Tapi tempat ni tidak nampak dari luar, kena masuk ke dalam sedikit. Biasanya ada pekerja dia jaga di luar, yang akan bagitau kita samada parking di dalam sudah penuh atau belum. Kalo penuh kena parking di luar dan kita jalan kaki ke dalam. Jalan masuk ke dalam ni tidak juga rata sangat, macam biasa la bergelombang. Tapi masih boleh terima. Cantik tempatnya. 
Kalo pagi2 nampak gunung Kinabalu, gagah betul di belakang sana.
Wajib ambil gambar sini...
Cafe dorang....di belakang cafe ni ada dorang punya kebun strawberry. Macam2 baka ada, dari Australia, Jepun, Korea pun ada....
Rumah oren tu pun dorang punya juga ni....
Macam tempat orang putih ba kan. Cantik...Kamu nampak ka rumah putih di belakang tu? Itu D'Sayang Lodge.....Yang itu bilik2 saja. Tapi ada lagi 1 D'Sayang Homestay tapi tempatnya bukan di area ni tapi di bawah dekat simpang 3 Kg. Mesilou tu, yang itu boleh memasak.
Rumah biru ni saya rasa bukan untuk disewakan. Mungkin rumah tuan punya tempat ni atau rumah pekerja. Itu bunga2 dorang jual ya. 
Kami depan cafe
Ini salah satu tempat penginapan yang strategik untuk melihat gunung Kinabalu ya. Tidak tipu ni...dia punya lokasi juga dekat dengan Mesilou 360 tu. Jalan kaki pun boleh. Rumah dia pun cantik, tengok dari luar pun tau selesa ni. Tapi harga dia saya tidak pasti la pula, kamu boleh cari no tel dorang di FB. Bayaran masuk ke sini ialah RM3 sahaja. 
Port ambil gambar. Tapi hati mau kental dan kebal seperti aisberg. Depan ayunan ni cafe, jadi kau bayangkan saja la bila duduk di sini semua mata tertumpu pada kau. Terasa seperti artis...😝 
Saya pun ada ambil gambar di sini. Tapi saya ni pemalu tetapi ada sedikit perasan. Saya rasa banyak mata memanah pada saya, masa duduk di sini (Padahal tiada pun orang pandang, orang sibuk mau makan...😝), jadi saya senyum tu terasa cangung dan muka rasa tebal 1 inci. Saya tengok pun macam juga bukan saya tapi macam Miss Universe 😝, saya takut terRIAK, jadi biar la saya simpan sendiri. Kalo nasib baik kamu boleh tengok gambar saya yang seperti "Miss Universe jatuh longkang" tu di IG saya...Nanti saya bagi link IG saya ya...😆

Jangan kamu meluat ya, saya bergurau saja ni, Biasa la saya ni penulis baru nak up, sengaja buat lawak supaya panjang celoteh saya. Jadi tidak la gambar saja di tengok, tetapi ada juga terselit sembang2 santai. 😅
Di belakang saya tu kebun strawberry...Tapi masa kami pigi ni tiada buah strawberry dia. Mungkin belum musim atau baru kena tuai...Baru saja kami konon2 mau petik strawberry, bikin kudapan sambil tengok TV malam nanti...
Dalam kebun, kemas dan teratur guna kaedah fertigasi.
Saya tidak pasti ini baka dari negara mana
buah yang tinggal
Bunga strawberry
saja saya ambil gambar mana tau satu hari nanti saya mau berkebun strawberry...
Lawatan sambil belajar

Mesilou 3 Sixty Peak

Ini la dia aktiviti yang kami tunggu2. Dari kemarin lagi bagai melambai2, bikin saya rasa tertanya2...."Apa ba dorang buat di atas tu?" Jadi lepas kami pigi di MHS tadi kami terus pigi sini. Tempat ni dekat betul dengan MHS. 2 minit saja sudah sampai, kami parking kereta di tepi jalan. Terus pigi tempat pendaftaran dia. KHana tidak ikut, dia tunggu di kereta saja. Bukit ni tidak begitu tinggi, jarak dia dari bawah tu sampai puncak lebih kurang 600 meter la. Lokasi dia bersebelahan dengan Mesilou Hill. Saya tidak pasti bila dia dibuka tetapi KT pernah pigi sini beberapa tahun yang lalu. Saya rasa sebelum PKP, mungkin pada tahun 2019. Jadi baru sangat tidak juga, adalah dalam 2,3 tahun sudah. Betul kan sekiranya saya silap ya kawan2. 
Kawan saya bergambar berlatar belakangkan gunung kinabalu yang masih berkabus
Starting point dia di sini..
Sebelum naik WAJIB membayar dulu di sini dan scan Mysejahtera
Ambil gambar sini dulu. Jangan lupa bawa air ya. Kalo rajin bawa la jajan2, tapi macamana mau kurus kalo asyik makan saja??
Tangga untuk di daki
Pemandangan cantik dari atas. Gambar ini diambil separuh perjalanan sebelum sampai atas. 
Rumah comel di atas bukit. Untuk dia setiap hari boleh tengok orang-orang di bawah sana....
Beberapa homestay nampak dari sini...
Kalo mau hiking di sini, boleh datang bila-bila saja tanpa perlu booking macam ke Maragang tu. Sebab bukit ni tidak begitu tinggi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Masa kami naik ni ada juga saya tengok kanak-kanak naik sini....tapi mungkin pertengahan jalan, bapa dia la yang dukung kan. Orang tua yang masih kuat kekuda dia pun boleh naik tapi kalo sakit kaki/ lutut tidak digalakkan. Kalo kamu tengok gambar yang saya post di atas tu, ada tangga kan? Sebenarnya tangga itu hanya separuh perjalanan saja....selepas itu tiada sudah tangga kayu tu. Kena hati2 saja la, terutamanya selepas hujan mesti tanah dia licin. Saya sendiri banyak kali berhenti, menghilangkan kapus-kapus (termengah-mengah). Sambil-sambil tu saya ambil gambar, kemudian minum air...Kalo yang biasa hiking 30 minit boleh sampai sudah di puncak. Tapi kalo macam kita-kita ni 45 minit la....😆
100 meter mau sampai puncak, tiada sudah tangga kayu...
Berkabus....
Mungkin kami ni terlalu awal sampai sehinggakan si Aki masih diselubungi kabus. 
Bersebelahan dengan Mesilou 360* ni terletaknya padang Golf. Tapi kita tidak dibenarkan melangkau ke sebelah sana biarpun dekat sangat. Ada cctv dia kali ya....
Anjung Tinjau. 10 orang saja boleh naik sini dalam satu2 masa.
Di puncak Mesilou 360* Peak ni, selain dari pemandangan yang cantik, terdapat juga anjung tinjau. Boleh nampak pemandangan 360* dari segenap penjuru. Cewahh....Kalo kamu lupa bawa air, jangan risau ada orang berjualan makanan ringan di sini, contohnya kopi panas....mungkin maggie pun ada. Masa kami naik ni sudah petang, kawan saya tanya ada apa yang di jual, dia kata tinggal kopi panas saja. Dorang pun mau berkemas sudah. Saya tidak pasti kalo di atas ni boleh berkhemah, tapi tiada air la pula. Penjual tu pun mungkin angkat air dari bawah. Tapi ada 1 lagi aktiviti yang sangat istimewa di sini, iaitu ayunan (buaian) gergasi. Sesuai kepada mereka-mereka yang berhati waja, tidak penakut dan gayat seperti saya. Kamu tengok ni kawan saya 2 orang ni memang wanita besi berani 😅 Saya abadikan detik2 mereka berayun di sini ya....😁
Ada ciri2 keselamatan dia ya. Inshaallah......
Ehhh....terRomantik pula....😂 Ada orang tolong pasang dan bukakan nanti belt dia tu ya...
Kawan saya tu check dulu pemegang tu terlock sudah ka belum....
Muka cuak mau kana ayun. Sedang baca doa ni, jangan kacau......saya suruh dorang ✌ pun tidak dilayan 😅 Oh ya.....ayunan (buaian) ini tidak auto terayun ya, ada tukang tolak dia. Hehehh.....Kuat ni si adik baju hitam. Sebelum kawan saya ni ada 2 orang lelaki yang dia tolak ayunan, dia sendiri rasa kepenatan tapi kuat la dia tolak...
Ni orang yang sebelum kawan saya kena ayun. Sampai buka selipar dia, sebab takut terpelanting.....hehhe
Ni dorang kawan saya. Sesuai tajuk dia Berayun ke langit....kalo kamu tidak gayat, masa kana ayun tu sila buka mata. gunung kinabalu tu seperti boleh digapai. Jangan cuba2 tengok di bawah dan jangan fikir bukan2....😁
Banyak ni orang berbaris menanti giliran. Bayarannya RM5. Dia akan tolak ayunan ni dalam 10 kali, begitu la. Tapi kalo kamu mau berhenti lebih awal dia akan berhenti. Tapi adik ni memang sporting.
Selesai sudah...
Senyum sudah tercapai impian berayun ke langit......😅


Orang ambil gambar kami, aduh kesian tidak nampak tu signboard dia

Bersambung......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...