30 Feb 2022
Baca---> Part 1
Selesai beli barang di Bataras, baru la kami mula naik ke Mensilou. Saya sebenarnya ada beberapa kali ke Kundasang dan menginap di sekitar Kg. Mensilou tapi saya kurang cam dimana kedudukan Big Rock Homestay (BRH) ni. Penanda aras saya sebenarnya adalah simpang 3 (yang saya kasi bulat warna merah dalam gambar di bawah) yang banyak sign board homestay di letak di tepi jalan. Oleh kerana Big Rock Homestay ni berada di bawah, (masa saya tengok map tu) sebelum Kiram Homestay....maka saya tau, kedudukannya mesti la di area simpang 3 Kg. Mensilou. Jadi saya kena ambil jalan lurus tanpa masuk ke simpang yang saya tanda anak panah oren. Co-pilot saya memang sudah buka waze dari awal lagi....tapi masih juga kami tersesat. Tau kenapa? Rupanya jalan lurus selepas simpang 3 tu......ada banyak lagi simpang kecil2....sampai pening si waze tu cari jalan, dia bilang sudah sampai...tapi tiada pun kami jumpa nama BRH. Saya terlajak sampai JW Homestay. Kalo saya terus lagi tu pasti saya jumpa Lamin Kopio Homestay. Ini pun cantik juga tapi sudah penuh masa saya tanya tu. Kemudian saya patah balik bila saya rasa macam salah jalan sudah ni. Saya sendiri macam tidak sanggup mau teruskan perjalanan sampai ke hujung sebab jalan dia tu...masyaallah!! kesian si Myvi...Saya rasa macam berada di dalam kapal yang terumbang ambing di pukul ombak besar! Bila patah balik, ada orang yang kibar ayam panggang di tepi jalan, kami tanya dia. "Dik tumpang tanya, mana Big Rock Homestay ya?" "Tidak tau kak". Aduhhh.....macamana ble nda tau ni. Tapi mungkin juga dia bukan penduduk asal Kg Mensilou. Kami tidak putus harapan, Cewahh..... ๐ Ada kakak2 duduk di beranda rumah sedang bersembang sama jirannya. (Memandai saja saya bilang jirannya, entah2 itu ahli keluarga dia dalam rumah tu juga...๐) "Selamat Petang, kak tumpang tanya di mana Big Rock Homestay ya?" "Oh...di simpang sebelah ni saja, yang ada Rose Homestay tu...masuk di situ". "Ohh...ba terima kasih". Terus la kami masuk simpang Rose Homestay.
|
Sementara tunggu rumah siap dibersihkan |
Rose Homestay pun ada saya tanya tu masa mau cari homestay. Tapi nda jadi saya ambil. Ingat ya, kalo mau cari homestay, baca dulu review dia. Jangan sampai kita kecewa di kemudian hari ๐. Saya ingat dari Rose Homestay tu dekat sudah mau sampai, rupanya uihhh...jauh lagi, dan satu kejutan lagi buat saya. Tadi saya kira jalan utama di luar tu sudah cukup dia punya gelombang tsunami. Rupanya, jalan yang ini lagi kejam! Kamu pernah ka tengok gambar bulan? Ya begitu la dia punya jalan. Heheh.....Untuk makluman jalan masuk ke BRH ni agak berbukit sedikit dan jalan agak sempit. Jadi berhati-hati memandu, kena fokus dan pandai pilih jalan/ laluan. Silap sikit temasuk kita dalam kawah. Sebenarnya kalo jalan baik dan rata, tidak jauh ba ni dari simpang tu. 2 minit boleh sampai tapi sebab jalan dia kurang mantap...jadi kena bawa perlahan. Jangan marah ya org Mensilou. Saya bukan mau kasi salah kamu. Kita ni apa juga rakyat marhaen, kalo kana kasi bagus jalan, kita terima....kalo tidak pun terpaksa juga kita terima. Tapi untuk pihak yang berkenaan, pandang2 la juga rumput di bumi ni. Tapi saya mau maklumkan juga sebenarnya jalan di dalam ni (area BRH) bukan semua juga berlubang, ada juga yang ok walaupun masih jalan grabel dan sebenarnya tiada masaalah bagi kereta 4x4, lori, van....yang masaalah tu bagi kita yang punya bot kecik. Eh membebel pula......๐
|
Bulatan merah tu adalah penanda aras saya. Anak panah warna oren akan membawa kita terus ke atas area Kiram Homestay....sebelum sampai Kiram tu banyak lagi homestay, cthnya Sulap, Blue mountain, D'Sayang Lodge dan banyak lagi di laluan anak panah oren tu. |
Kamu perasan ka saya selalu sebut Kiram? Sebab Kiram kan antara homestay yang popular, sudah pasti itu juga jadi penanda aras saya bila saya ke Kundasang. Kalo orang bilang...bawah lagi dari Kiram. Ok itu bermakna di area Kg Mensilou. Kalo dia bilang atas lagi dari padang golf, itu bermakna, kita kena jalan terus melepasi Kiram. Pernah satu masa dulu saya menginap di area Mensilou dan saya kecewa sama homestay yang saya duduk tu, jadi petang tu kami jalan2 membawa rasa konon....kami jalan ambil angin naik (memandu) atas, sampai saya jumpa Jamsari, Kiram, Padang Golf, pegi sampai Pusat Dakwah Islam. Tapi lepas itu saya berhenti sampai situ saja sebab saya ingat jalan mati, masa tu saya tengok jalan dia grabel, saya pun patah balik. Kemudian saya masuk lagi pigi Mensilou Nature. Tapi tidak sampai hujung sebab ada pekerja tu bilang, ada jalan runtuh di depan. Jadi saya punya penanda aras di atas ni ada 3: simpang 3 kg. mensilou, Kiram dan Padang Golf.
Akhirnya kami sampai. pagar buka tapi sunyi sepi. Saya keluar dari kereta dan bagi salam sambil mengintai di pintu, sebalik cermin gelap. Saya ingat rumah besar tu ada reseptionist dia, rupanya tiada orang. Tidak perasan rupanya pintu tu ada mangga...๐ Saya pun call tuan BRH..saya bilang saya sudah sampai depan rumah tapi tiada orang. Dia kata ada pekerja dia di sana (di kawasan rumah ni) nanti dia call, katanya. Tidak lama tu ada pekerja dia datang dr belakang rumah. Saya maklumkan yang saya ada booking untuk menginap di sini. Dia tanya nama....tapi dia bilang tiada nama kakak ni. Saya tunjuk msg saya sama owner BRH. Dia bilang nanti dia call dulu dia punya boss. Lepas tu baru dia bilang ohh, ok kak ada nama kakak di sini. Tapi boss dia lupa bagitau yang ada orang akan menginap pada hari tersebut. "Dik boleh ka kami Checkin awal?". "Rumah belum siap tu kak, tadi ada guest baru keluar jam 12". Saya datang dalam jam 12 lebih mau dekat jam 1. "Ohh...tidak apa la boleh ka kami duduk di sini dulu sebelum boleh masuk?"...."Boleh kak"...Jadi kami pun duduk di beranda rumah besar tu. Kami selesaikan urusan pembayaran dan sebagainya sebelum adik tu kelan kabut kasi bersih rumah yang bakal kami duduk.
|
Gambar dari owner BRH |
|
Pintu masuk ke BRH. Gambar ni di ambil dari dalam kawasan homestay. |
|
Ada parit kecil di belakang batu tu. Air dia mengalir bersih tapi nda la sampai boleh minum. Rumah yang warna kelabu tu saya rasa rumah orang tapi saya tidak pernah nampak penghuninya. |
|
Ini rumah No. 1, BRH |
|
Ini rumah No 2, yang kami duduk, comelkan. |
|
Tempat Parking untuk rumah no 2, Gambar ni di ambil dari tingkap bilik yang saya duduk. Di sebalik bukit di belakang tu, ada gunung Kinabalu sebenarnya tapi sebab berkabus jadi tak nampak. Kamu tau ka itu bukit apa? Mulanya saya ingat itu la meragang. Rupanya bukan, itu Mensilou 3 Sixty. |
Big Rock Homestay ni sebenarnya ada 2 rumah. 1 rumah besar, 1 rumah kecik comel 2 tingkat. Kami pilih rumah kecil 2 tingkat ni. Boleh muat 12 orang bilang owner tu, rumah yang bakal kami duduk ni. Sambil2 adik tu selesaikan urusan checkin, kami tanya di mana gunung kinabalu. Dia kata di belakang rumah. Boleh nampak dari bilik. Masa kami sampai ni, memang tidak nampak tu gunung sebab berkabus. Sambil tunggu rumah siap kami ambil gambar dulu di sini. Penting ni kenangan....Tidak sampai jam 2 selesai sudah si adik kasi bersih rumah. Kelan kabut dia kesian. Kami tanya sudah di tukar ka semua cadar dan sarung bantal. Sudah bilangnya. Tapi bilik besar yang di atas tu macam nda ditukar sarung bantal nya. Ada bau....๐
Kau tau la perempuan kan, sensitif dia punya hidung! ๐
|
Bilik 2 (tingkat atas) |
Rumah yang kami pilih ni ada 1 bilik di tingkat bawah, dengan queen bed, ada toilet, jadi 2 orang boleh masuk sana. KH & KHana duduk di situ. Di tingkat atas ada 2 bilik. 1 bilik agak besar ada queen bed, saya ajak KT duduk sekali di bilik tu tapi dia tak mau, sebab malas nak turun naik. Ingat tak tadi saya cakap tangga dia curam. Sepanjang 2 hari kami duduk sini memang jarang la KT dan KH naik ke atas ni kecuali KHana sebab kalo solat dia tumpang bilik saya. Jadi KT pilih tidur kat ruang tamu, di ruang tamu ni ada kerusi panjang yang boleh diguna untuk tidur. A, pilih bilik kecik di tingkat atas, ada twin bunk bed. Dua bilik di tingkat atas ni menghadap ke arah gunung. Jadi pagi2 atau waktu petang boleh nampak gunung kinabalu dengan jelas. Di tingkat atas juga ada balkoni, kecil menghadap ke Jalan raya. Tapi dari balkoni ni pun boleh nampak gunung juga. Tapi sayangnya pintu ke balkoni ni berkunci, tidak tau la kenapa dikunci. Tapi tidak apa juga sebab lepak2 di bilik pun ok sambil tengok gunung. Rumah ni juga ada 2 toilet, 1 tadi di master room, satu lagi dekat dapur. Dekat master room tiada water heater. Toilet dekat dapur ada tapi tidak berfungsi pada hari pertama. Hari ke2, ada owner datang kasi bersih halaman rumah, jadi kawan saya bersembang dengan dia sambil dia maklumkan pasal water heater, jadi dia kasi baiki water heater tu. Petang nya kami boleh sudah mandi guna air panas.
|
Tangga dia curam, tidak begitu sesuai bagi yang sudah berumur. kanak2 juga, perlu hati2... |
|
Toilet, tapi kecik sangat ni...payah mau mandi |
Sebelum ni tau cemana kami mandi? Saya tidak tau orang lain, tapi saya sendiri, jam 4.30 am lagi saya bangun untuk masak air panas. Petang pun sama. Tidak tahan owhh mandi air sejuk dari gunung lagi tu. Dorang yang lain ni semua kebal seperti badang, mandi guna air sejuk! ๐
. Kelengkapan dapur seperti dapur gas, aisbox, tempat BBQ (beli arang sendiri), pinggan, cawan, kuali...semua ada. Cuma satu saja...dia punya kelengkapan dapur pingan mangkuk, kuali tidak cukup. Mungkin si adik boleh senaraikan apa yang tiada jadi owner boleh beli. Contohnya kami mau siang ikan, tapi pisau tiada. Kami p surung si A untuk tanya pada si adik mau pinjam pisau.....cawan juga tidak cukup, Pinggan ada tapi saya rasa perlu ditukar sudah tu, begitu juga dengan sesaban (chopping board) hitam sudah. Saya faham mungkin masa PKP ni tidak ramai yang datang menginap, jadi ada baiknya, semua kelengkapan pinggan mangkuk, cawan, pisau, sudu, dan lain2 di simpan dalam 1 box besar. Bila2 ada penginap yang datang dia akan ambil ja terus dalam box. Terjamin bersih, selamat. Kalo takut hilang, kenakan deposit tinggi, kalo barang cukup, deposit akan dipulangkan. Macam hotel buat tu.
Maaf ya kakak (owner BRH), saya tulis di sini agar dapat ditambahbaik dari masa kesemasa. Sebenarnya homestay ni, pada saya ok, suasananya tenang, sejuk, tidak bising, keadaan rumah ok. Owner pun baik dan peramah. Cuma itu saja sedikit2 kekurangan harap dapat dibaiki. Pada saya kalo homestay tu ok pada semua perkara, pasti ramai yang akan balik semula, walaupun jalan raya nya bergelora ๐. Oh ya satu lagi saya mau bagitau, walaupun di atas ni sejuk tapi kalo jemur kain cepat kering sebab angin dia kuat. Jangan lupa bawa sepit dan hanger..๐
Sudah selesai semua perkara, KHana, mulakan tugas menyiang ikan. Kesian dia terkial2 menyiang ikan sebab pisaunya kecil...๐
Tapi tetap selesai juga ba kerja nya. Begitu la otaikan... Masing2 pilih tugas, saya sendiri tukang potong sayur, kadang2 tukang goreng telur juga kalo A sibuk..๐KH tukang bakar ikan dan kadang2 tukang masak sayur, A tukang masak nasi dan goreng telur, KT tukang cuci piring. KHana selain tukang siang ikan, dia juga kadang2 tukang masak sayur dan sotong. Saya ni sejenis yang suka minum air panas, biarpun tengahari. Jadi saya masak la air.. Rupanya tiada eletrik pula. Nasib bukan masak nasi. Saya tidak pasti kalo di sini selalu blackout, tapi sepanjang 2 hari di sini asal tengahari jam 1-2 atau 3, tiada eletrik. Nda tau kenapa. Jadi kawan saya si A ni kan kerja SESB, jadi dia call kawan dia tanya kenapa ni tiada karan! ๐
|
di belakang BRH....ini kawasan lapang tempat budak2 main. Semua penginap dari mana2 homestay boleh jalan2 di sini. Tempat strategik untuk ambil gambar gunung |
|
Dari sini nampak D'Sayang Logde |
Petang dalam jam 430 PM, saya nampak dari jendela, si Aki sudah mula memunculkan diri. Kabus sudah mula hilang. Saya ajak dorang jalan2 ambil angin di luar. Dari homestay kami jalan kaki ke sebelah kiri. Baru pula saya tau, The purple Homestay, Hazelyn Homestay berada di area ni.....Sebenarnya di belakang (selepas The Purple) ni ada lagi homestay, tapi tiada pula keluar nama homestay dalam goggle map... Kami jumpa ada si kakak sama anak dia duduk di tepi batu, dia kata dia kerja di homestay belakang tu, macam dia ada sebut "Nasional".....
|
Jalan menuju The Purple Homestay. Rata saja kan Tapi selepas The Purple, tidak sesuai bagi bot2 kecil.... |
|
Ini pun saya ada tanya, tapi sudah penuh masa tu. |
|
Kopi Valley.... |
|
Cantik Kopi Valley ni. Saya rasa tempat penginapan. Mulanya kami ingat ada tempat mengopi......cari2 tidak jumpa. |
|
Sehingga la kami terjalan sampai ke sini. Kami sebenarnya mau mengopi, bah kan nama dia Kopi di depan nya, mesti ada cafe ni, bisik kami dalam hati. Saya bilang "Eh gate dia buka la.....mungkin dia bagi orang masuk ni". Kami pun masuk, wow......teruja kami, cantik! macam kau di Jepun ba....๐ |
|
Mencari kedai kopi |
|
Kalo kita berada di dalam ni kan.....macam kau tidak sangka jalan di luar tu seperti kau di bulan. Tidak lama ada anjing menyalak. Terkejut kami, terus kami keluar ๐
|
|
Ini bukan basikal saya ya. Ini kepunyaan kanak-kanak di Kg ni. Dia p main basikal di sini jadi kami pinjam, mau begaya konon berlatarbelakangkan si Aki..๐
|
|
Dalam IG sengaja saya kata dorang dari Tawau bawa ni basikal...๐
|
Kemudian kami patah balik. menuju ke jalan utama pula.
Selepas BRH, di sebelah kanannya ada beberapa lagi homestay.
|
Puncak Refflesia Mesilou |
|
Depan Puncak Refflesia, sebenarnya mau ambil view gunung tu. |
|
TJ Homestay |
|
Rumah warna kelabu ni Cinta Villa Homestay |
|
Rose Homestay |
Selepas Rose Homestay ni kita berada di jalan utama sudah. Memang banyak la homestay di sini...Pilih saja mana yang berkenan di hati, sesuai dengan bajet.
|
Sebelah gambar ni sebenarnya adalah office Maragang Hill. Cuma dia tutup jam 4.30 kalo tidak silap. Saya lupa ambil gambar, rasa macam ada cari2 tidak jumpa pula. Bukit belakang tu Mesilou 3 Sixty, tiap2 pagi dan petang saya selalu nampak ramai orang di pondok atas tu. Macam memanggil2 saja untuk saya naik ke atas sana juga. Sabar kau ya...Esok kami mendaki ๐
|
Homestay yang berada di jalan utama ni memang sangat strategik mau nampak gunung. Tidak payah kau pergi jauh keluar saja dr pintu nampak sudah. Untung kalo menginap di sini. Di sini juga la yang saya cerita semalam ada orang jual sayap ayam panggang. Laku jualan dia, sebab awal dia tutup. Di bawah ni antara homestay yang berada di jalan utama, yang betul2 menghadap ke gunung. |
Sulap Homestay. Ni sulap 1, yang ke2 lagi.....nanti saya kasi tunjuk gambar. Di sulap 2 tu pun banyak lagi dia punya homestay.... |
|
Kupi-Kupi and Stay. Ini pun saya ada tanya tapi tidak jadi ambil. Tengok kakak tu duduk2 di beranda sambil menikmati pemandangan gunung. Tidak perlu dorang keluar jauh2, cukup di beranda saja! |
|
Mid Village Homestay. Ni ada 2 buah rumah....1 buah rumah lagi masuk dalam sikit. Sebelah dengan homestay Mid Village ni ada Kivatu Homestay, tapi lupa saya ambil gambar. |
Di dalam lagi ada homestay macam Midori, Lamin Kopio, JW Homestay....cuma kami tidak jalan kaki ke sana saja. Kemudian kami jalan lagi sampai la simpang 3 kg Mesilou tu. Mau tengok gunung jelas betul dari sini.
|
Terpaksa saya edit ni gambar, angin kuat....tidak sempat saya tarik tudung. Kamu tau ka tu Philip Garden cantik betul. Cuma paling murah harga dia RM600...Kalo ramai2 boleh la kan... |
|
Mun & Syarif Homestay. Yang ini kedudukan dia di jalan simpang 3 kg. Mesilou, Lepas Warung si Damak. Jalan yang mau naik ke Kiram sudah. Saya ada tanya ni masa saya cari homestay tu hari tapi dia bilang dorang belum beroperasi. Yang ini pun strategik betul....Cantik kalo ambil gambar di jalan. Macam kau terasa, Menuju Puncak...bersinar cahaya... |
|
Bukan kami saja yang teruja. Geng di belakang tu pun, dorang datang 1 van tu untuk ambil gambar di sini. |
Terjemahan Perkataan:
Kibar- kipas
Bersambung....
No comments:
Post a Comment