Monday, December 28, 2015

Travelog Australia-New Zealand: (1) Budak Kampong Mai Aussie...

27-28 Nov 2015
Jumaat: Day 1

Cuti Sekolah datang lagiiiiiii......horeyyyyy!!!! Alhamdulillah ader rezeki untuk mengembara lagi. Kali ni ke New Zealand pula, tapi sebelum tu mai singgah Melbourne dulu. Dah alang2 transit ambik la masa 2, 3 ari lepak kat sini. Sambil menyelam minum air, katanyer....ble ke guna pribahasa ni? ekekkekek.....Amboiii...tajuk bukan main, mohon maaf kawan2, jangan sentap naa....."Budak Kampong" tu merujuk kepada aku sendiri, tidak melibatkan kawan2 semua, sebab apa, ini la kali pertama aku mai negara 4 musim yang rakyatnya kebanyakannya orang2 putih. Salu tu p juga negara yg ada salji tp rakyatnya yg mata sepet macam aku....hehehh. Jadi banyak teruja aku untuk trip kali ni....:D

dah nak fly ke Melbourne. Byk pulak org msia 1 kapal kali ni.
Geng Trip ke NZ kali ni ramai sebenaqnya. Ader 11 orang....Perghhh ramai, tapi best. Seingat aku ini lah trip kembara aku bersama kawan2 yang paling ramai sekali. Biasanya tak sampai 10 orang. Tapi 11 orang tu dipecah 2 kumpulan. 1, geng aku 6 orang, 1 lagi geng kak T, 5 orang. Kenapa dipecah 2 kumpulan? sebab ini ader kaitannya dengan trip ke NZ nanti. Yang itu kiter citer kendian la, nanti aku ketandusan idea pula bila masuk cite NZ. Geng aku terdiri dari Kak Hasnah, Kak Yan, Kak Siti Hana, Azymah, Kak Nana dan aku. Masing2 dr lokasi yang berbeza. Aku tiba di KLIA2 pd hari jumaat dari Labuan. Zymah dah p lebih awal dan bermalam kat rumah adik, katanyer petang nanti dier mai KLIA2. Kak Nana dari KK, Kak Has, Kak Yan n Kak Siti dr Tawau. Semua pun amik Flight jam 10 (kecuali Kak Yan lewat sket) dr lokasi masing2. Petang tu kami semua dah berkumpul di KLIA2 sbb malam nanti Flight kami ke Melbourne. Dalam kami 6 org ni, Kak Yan dan kak Siti Hana adalah rakan baru, (Kepada aku) kiranya baru kali ni pernah mengembara bersama. Dengan Kak Nana, ini kali ke3, dulu pernah travel sama2 p HK dan Korea. Dua2 Join Agent. Kira ini 1st time dier join kami mengembara dengan bajet ciput. hehheh.....Ok kita tengok cemana nanti...Kak Has & Zymah dah tak payah nak di perkenalkan lagi. 1 Kawan lama, 1 lagi sama tmpt kje. Jun lalu kami sama2 mengembara ke Hanoi...:)

Mai Aussie & NZ ni banyak persediaannya. Baca kat blog orang yang dah mai sini, rata2 mengatakan, nak masuk 2 negara ni agak ketat peraturannya, terutamanya soal makanan yang di bawa. Tapak kasut pulak tak leh ader sebarang tanah dicelah2 gigi tapak kasut. Depa nak jaga alam sekitar dan haiwan, katanyer....Dah memang kebiasaan bagi kami akan angkut makanan dari Malaysia, walau kemana berpergian kecuali kalo nak p Indon xyah lah, :D, walaupun katanyer kat Melbourne senang je nak cari makanan halal, ada 2,3 buah restoran halal sekitar CDB. Tapi bagi aku yang fakir (amik ayat Hazwan...:D), elok la bawa bekal. Untuk NZ wajib bawa sebab dah dipesan oleh "Tok Guru". Amik nasihat orang, kami pun buat 1 food declaration, sape punya dia buat sendiri. Aku sebenaqnya dok risau bila katanyer sume produk yang diperbuat daripada tenusu, teluq dan coklat tak ble bawak. Ye la aku paham teluq ayam yang ori tu tak ble bawak masuk tapi kan segala biskut malaysia yg ada dipasaran, ramuannya semua ada susu, coklat, teluq.....Haiiiii.....byk kali juga aku kemas, keluaqkan balik, kemas, keluaq balik...bukan apa aku ni habit suka mengunyah, makanya kalo tak dak makanan ringan dalam simpanan, agak gelisah juga la. Fikir punya fikir ader juga, 2...3 ketul biskut coklat aku bantai bawa. Harap2 lepas....Petuanya kena senyum seindah suria, bak kata otai2 yang penah ke sini. ekekekek.....Oh ya 1 lagi Visa- ETA (betul ke ejaan aku?) juga wajib ada, sekalipun kiter hanya transit 4 jam dan cuma lepak di airport je. Yang ini diuruskan oleh kak Hasnah. aku lupa tanya cemana dier buat, samada dari Cik Intan kiter atau website kedutaan Australia sendiri tapi bayarannya cuma  RM20. Ader cakap kalo buat online dr website kedutaan Australia mahal sebab bayarannya guna duit Aud. Dengarnyer kalo buat kat Agent travel ble mencecah ke RM30-RM80, katanyer...Gila mahal!!

Flight kami berlepas pada jam 10.30 malam dan dijadualkan tiba di Tullamarine International Airport pada jam 9.20 pagi (waktu Aussie) pada 28 Nov. Mengambil masa kira2 8 jam 30 minit, perjalanan dari KL. Kalo ikut jam Malaysia kita patutnya sampai lebih kurang jam 6.30 pagi tapi sebab Aussie punya waktu, lebih awal 3 jam ++ dari Malaysia, maka kiter sampai pun agak2 mentari dah menyengat. Bila sampai di Tullamarine Airport, memang betul la kata otai2, agak ketat pemeriksaannya. Sebelum sampai kat imigresen, ader beberapa orang pegawai yang akan check kiter punya borang Ketibaan, Depa akan tanya samada kita ader bawa makanan, jika ada, apa dier. Cakap ajer la aper yg kiter bawa. Depa ni cuma nak pastikan ruangan declare dalam borang ketibaan tu betul ke tidak yang kita tik, kiranya nak memudahkan urusan di bahagian kastam nanti, kalo salah dia akan betulkan. Seingat aku salah satu pertanyaan dalam borang ketibaan tu, ader tak bawa produk/ makanan samada yang dimasak @ belum yang berasaskan tumbuhan. Kami tik pd ruangan "no". Pastu bila pegawai tu tanya kami jawab ader bawa nasi goreng brahim. Apa tu nasi??? Lupa pula yang depa ni org putih...:D Pastu terangkan la nasi tu ialah beras-beras tu datang dr padi....wakakakk....Katanya, lain kali pastikan hangpa tik pada ruangan "ÿes" sbb nasi berasaskan tumbuhan. Baiklah.....:D  Orangnyer tak de la garang, peramah aje. Kemudian p pula cop pasport, amik bagasi kemudian baru masuk kat kastam. Kat sini baru la beg kita di scan  dan borang ketibaan tadi diambil. Depa tengok sekali gitu2 aje (borang ketibaan), kemudian lepas....alhamdulillah....Mungkin depa dah biasa org Malaysia salu bawa makanan. Oh ya, ader juga beberapa org (bukan geng kami) yang kena suh p 1 ruangan, tempat untuk depa selongkar beg. Mungkin dlm borang declare tu depa ada tik diruangan "ÿes" atau dlm beg depa ader kasut, atau mungkin ader bawa ubat2an...Food declaration tu pun depa tak tengok. Tapi sila pastikan buat ye walaupun depa tak minta, sbb bila kiter buat, ini menunjukkan kiter prihatin dan patuh pada depa punya peraturan. Katanya Milo 3 in 1 pun dah lepas masuk skg ni, tp tak penah cuba lg sbb baru tau disaat2 aher. Terbaca dlm blog org yang pegi penghujung 2014. So pastikan semua makanan di satukan dalam 1 beg supaya senang nanti sekiranya diselongkar. Aku Sebenarnyer takut tetiba masa kat kastam tu ader anjing. Gila besaq, tinggi dier punya anjing, bukan ketot mcm kat Malaysia ye....Aku nampak dier mengekor Pak Polisi tu tapi nasib baik jauh.....

Ambik bagasi
Oh Ya kalo korang bawak kotak, kotak tu tak kan berada di tempat yang biasa kita ambik bagasi tu. Masa pegi ni Kak Has simpan barangan makanan dalam kotak, tunggu punya tunggu memang tak ader, takut juga kalo tertinggal atau lepas terbang ke mana2 destinasi. Ini penting.....makanan itu nyawa kita maaa, lari bajet kalo itu hilang! ekekkek......ble je share makanan, lebih dr cukup sebenarnyer tapi ko tak sedih kalo barang hilang. Lagi2 makanan. Dekat kepala ni dah terbayang2 betapa sedapnya makan kuaci di kala kesejukan dalam caravan...;D. Kalo aku, meraung okey sebab aku pencinta makanan! Pastu Kak Has tanya kat kaunter, ohhh rupa2 nyer nak claim kotak lain tempat nyer. Nunnnn...dihujung sana, tempatnya juga agak tersorok. Aku pun tak pandai nak terangkan, tapi kami claim bagasi kat tiang no 4-5, jadi kaunter claim kotak tu dekat hujung tiang no 4 ni. Alahh...payah2 tanya ajer kat kaunter. Senang.

kami tengah tungguh hari siang.....ekekek...tak de, ni sajer tak nak gopah2. Ader yang nak layan wsap, maklum la wifi free.....dan kak Nana pegi toilet agaknyer. 
Selesai segalanyer, kami pun beransur pergi. Cadangannya memang nak naik skybus. Jadi, dari bangunan ketibaan ni, keluar- ambil arah kiri, jalan terus sampai la nampak kaunter tiket skybus yang berwarna merah menyala. Dari jauh dah nampak dah pondok tiket skybus ni, memang tak sesat punya. Kami wakilkan Kak Nana p beli tiket. Untuk lebih jimat, kami siap2 beli tiket return dengan harga (AUD) $30. Kalo beli single tiket akan lebih mahal iaitu $18. Jadi? ko nak jimat ke, nak buang duit?? ekekkeke......Bila kiter dah beli tiket skybus ni, ia sebenarnya dah inc. dengan skybus hotel transfer. Senangkan....takde la bersusah payah kiter naik turun tram dengan memikul beban bagasi di belakang kiter. Itu sangat tak baik untuk rakan2 yang baru nak mencuba kembara bajet ciput.....ekekekke.....Selesai beli tiket, kiter pun tunggu bas. Selang 20 minit akan ader bas datang dan pergi. Perjalanan dari airport ke Melbourne city mengambil masa 20-40 minit bergantung kepada kesesakan lalu-lintas. Skybus ni akan berhenti di Southern Cross Bus (SCB).

Kak Nana jadi wakil berharap.....
Harga tiket ada tertera di hadapan kaunter...
Tengah tunggu bas
Tiba di SCB, turun ajer dari bas, dah terpampang depan mata, kaunter skybus hotel transfer. Letaknyer di sebelah kiri skybus tu landing. Apa  yang perlu kiter buat ialah, pergi ke kaunter tu dan bagitau pada petugas nama hotel kiter menginap. Itu saja, kemudian kiter tunggu la sehingga pemandu bas memanggil nama hotel. Dah depa sebut nama hotel, pandai2 la angkat tangan...ekekekke....kendian naik la bas tu. Perjalanan menuju ke hotel mengambil masa 15 minit, lebih kurang. sambil2 tu kiter jepret la yang mana patut...

kaunter skybus hotel transfer
bas hotel transfer parking depan kaunter tu je. 
muka tak mandi...wekekekkek
Unik. Arca bas terbalik. Mungkin depa buat ni untuk mengenang kembali peristiwa bas terbalik di kawasan ni agaknyer...ekekkek....sowie, main2 aje..;p
Flinder St. Station dan Free Tram No.35
Flinder St Station di waktu siang...
Sepanjang berada di sini, kami menginap di Ibis Hotel. Ditempah awal melalui agoda. Kedudukannya sangat strategik, betul2 berada di jantung Kota. Di hadapan hotel ni pula ader hentian tram. Akhirnya bas menurunkan kami di satu simpang dan menunjukkan arah menuju ke Ibis Hotel. Oh Ya bas ni tak akan turunkan kiter betul2 di hadapan Ibis Hotel ye sebab tak ada parking untuk bas di hadapan hotel. Makanya, pemandu bas turunkan kami di simpang betul2 sebaris dengan hentian tram Elizabeth St., Selang 2 bangunan dari Ibis Hotel. Kami pun berjalan kaki menuju ke Ibis Hotel. Tiba di situ naik ke tingkat 1 sebab kaunter receptionist ada di Tingkat 1. Selesai urusan Checkin, kami diberikan 2 bilik (3 orang sebilik), 1 di tingkat 3, dan 1 lagi di tingkat 5. Depa pilih tingkat 3. Bila tengok Bilik di tingkat 5 ni ader tingkap dan ble tengok pemandangan di luar sana, alhamdulillah ble cuci mata. Bilik di tingkat 3 pula ader tingkap tapi bila tengok luar tingkap sume nampak tembok batu je. Jadi pastikan minta bilik di tingkat 5 ke atas jika berjiwa syahdu macam aku...ekekek....

Ibis Budget Melbourne CBD  
Address: 97-103 Elizabeth Street, Melbourne VIC 3000, Australia
Phone:+61 3 9642 0064


Ihsan Cik Goggle: bangunan Ibis Hotel CDB
Signboard Ibis Hotel CDB-Tiba di sini pusing kiri-masuk dan naik atas
Ihsan Cik Goggle: masuk dalam ni kemudian naik ke tingkat 1
Ihsan Cik Goggle: kaunter receptionist
Ihsan Cik Goggle: mesin jual minuman
Ihsan Cik Google: Komputer tak guna..penah guna sebab nak buat check in tiket airasia kak Nana. Looding tak abih2 sampai duit abih. 1 jam pun tak siap2. Akhirnyer kami turun di Cyber Cafe bawah hotel. Senang je dapat online...urusan tiket siap print selesai dalam masa 1 jam. 



Ruang dapur Hotel di Tingkat 1
Kat Tingkat 1 ni, selain dari urusan checkin terdapat juga bilik penginapan, laundry, dapur, komputer, printer dan mesin menjual minuman. Kat dapur ni ble masak air panas, bakar roti dan sebagainya...kami tak penah lepak kat sini, sebab kat bilik pun ader pemanas air. Dah dapat bilik kami pun beransur naik ke bilik masing2 dan berjanji untuk bertemu semula di tingkat bawah pada jam 2 petang untuk sesi ronda2 kotaraya...Oh ya bilik ni kecik aje, sesuai dengan nama budget tu.....Harga semalam ialah $67. Agak mahal jika kita buat tukaran, jadi tutup mata aje dan andaikan 67 tu bersamaan RM67...Untuk kami kira murah sebab di bahagi 3. Total untuk 4H3M ialan RM270 seorang. Mahal ehhhh?? Ble la tu, sekarang musim panas, harga hotel pun naik mendadak...Ader tandas dan bilik mandi dalam ni. Ruang tandas adelah kecil sangat tapi untuk Kak Nana masih selesa lagi, kan kak?? :D

Ihsan Cik Goggle: Ruang Bilik kami lebih kurang macam ni. Kecik ajer. aku pilih tingkat atas. kak Nana dan Zymah share katil bawah
Ihsan Cik Google: Tandas. Sebelah singki tu bilik mandi. 

Bersambung......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...