6 Jun 2015
Masih hari yang sama. Selesai aje sesi merembat 2, 3 ketul ole2 dari Sapa, kami beransur pulang ke Hotel. Jam sudah menginjak ke angka 2, ngam2 masa untuk lunch, patut la perut ni dah berkeroncong minta diisi. Sempat pula terserempak dengan mat salleh yang sama2 ke Kg. Cat2 tadi. Depa dah siap mandi2 dan turun untuk meneruskan sesi ronda Pekan Sapa. Kami pula baru nak balik hotel...:D. Kami naik ke hotel untuk mengemas barang. Siap2 mandi, solat, rehat kejap dan makan. Kali ni kami makan kat restoran hotel. Dah siap bawa beg, terus checkout sebab petang nanti kami akan pulang semula ke Hanoi menaiki keretapi malam pada jam 8.
Hidangannya seperti biasa, maggie cup, nescafe 3 in 1, ikan bilis goreng yang masih berbaki sket :) dan kerang kari tin. Owner hotel bertanyakan kami samada nak order apa2 dari depa. Kami katakan jika tidak keberatan bole bagi telur rebus saja, dengan senang hati depa bagi telur rebus. Oh ya masa kat sini kami dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di puncak gunung Kinabalu. Kesian. Takziah kepada mangsa yang terlibat.
|
menu rutin jika travel... |
Selesai makan, aku dan zymah turun semula, untuk sesi merembat kasut Hiking, katanya nak mendaki gunung Kinabalu, satu hari nanti.....:D. Kak Hasnah sempat berpesan balik semula pada jam 4 sebab jam 5 nanti van hotel akan hantar kami ke Lao Cai. Tengah leka tengok2 kasut terjumpa la pula Ham Rong Tourist Mountain, salah satu tempat tumpuan pelancong. Pada asalnya kawasan ni merupakan sebuah resort, kemudian di tukar fungsi kepada kawasan pelancongan. Ble tengok seluruh kawasan Pekan sapa dan Gunung Fansifan dari sini. Menurut kata Supermeng, bayaran masuk adalah 70, 000 dong. Oleh sebab kami kesuntukan masa, kasut pun tak dapat lagi, kami tak singgah pun. Tengok2 gitu je dari bawah, nampak macam semakin mendaki. Kat sini pun bayak orang jual2 pakaian, cenderahati, makanan dan sebagainya. Tempat ni dekat je sebenarnya dari tempat kami menginap, belok kanan jalan terus. sepanjang perjalanan tu tengok2 la setiap lorong di sebelah kanan, kalo nampak ramai orang berjualan di situ la tempatnya.
|
Peta Hamrong Resort |
|
Bayaq dulu kalo nak masuk |
|
beg |
|
nampak mamat baju hitam duduk tepi tembok tu? kat situ la tangga menuju ke kampung cat2. Jalan pintas dari hotel yg kami menginap. |
|
aku rembat salah satu kasut ni. sama pulak tu dgn zymah punya. harga usd 20 |
Dah dapat kasut kami kembali ke hotel. tepat jam 4.30, ada masa lagi utk rehat2 jap. tepat jam 5 dah ada van hotel sampai untuk menghantar kami ke stesen keretapi Lao Cai. Pada awalnya kami dapat tiket train menuju ke Hanoi pada jam 9.20, tapi ditukar lebih awal sebab takut terlambat sampai ke Hanoi pada keesokan harri nya sebeb flight kami ke KL akan berlepas pada jam 10.
|
stesen keretapi Lao Cai yang baru tapi masih belum digunakan. Jika dah siap sepenuhnya, ia hanya berhadapan dengan stesen bas |
|
kami menanti train sampai |
|
Tiket kami |
|
Kak T sakit kepala |
|
naik train |
|
masing2 muka penat |
|
dalam train |
|
katil bawah |
|
dalam train |
Malam tu semua tidur lena dalam train. Kepenatan setelah 2 hari mengerah tenaga berjalan kaki menikmati keindahan alam semulajadi di Sapa. Kami tiba di Hanoi, pada subuh 7 Jun. Hujan renyai2 menyambut kami. Tak lama kemudian tiba si comel menyambut kehadiran kami dan menghantar kami pulang ke May De Ville Hotel. Mandi manda, sarapan dan kemudian dihantar pulang menaiki van hotel ke Airport, pemandunya boleh berbahasa meleyu sedikit sebab katanyer pernah bekerja di Malaysia.
|
Pemandu bas yang peramah dan boleh berbahasa melayu. |
|
pagi di airport Hanoi |
Terima kasih daun keladi kepada rakan2 sepengembaraan kali ni, yang memberikan kerjasama yang sangat tip top. Trip kali ni sangat enjoy, penat...hehehheh, dan tidak ada sebarang keluhan dari mulut masing2. Semuanya menerima dengan hati terbuka setiap kekurangan yang ada. Walaupun kita dapat penat tapi dibayar dengan turunnya berat badan....;p. Serius beb balik dari sini aku turun 3kg. alhamdulillah....Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap laku sepanjang trip ini.
Jumpa lagi di trip akan datang...
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment