Monday, January 18, 2016

Travelog Australia-New Zealand: (2) Ronda2 Kota Raya- Melbourne City

28 Nov 2015- Sabtu
Day 1

Sambungan Dari :Part 1

Hari Yang sama. Dah sampai bilik, perkara pertama yang dibuat ialah membersihkan diri. Dari semalam tak mandi, uollsss... Agak2 bau aper? Bau kambing biri2 atau masih bau perfume?? ekekekke.....Aku pakai balik baju tu semula sebab nak jimat baju bersih. Lagipun masih bau wangi....:p Kak Nana terus keluarkan rice cooker dan memasak nasi. Nasib baik Kak Nana rajin bawa, kalo ikutkan aku memang tak lah. 1: sebab aku memang tak ader rice cooker kecik. 2: Aku rasa agak berat & mengambil ruang yang besar dalam bagasi aku yang sememangnya dah sedia comel. 3: Sebab kalo aku balik dr mengembara & singgah KL, kewajipan aku ialah membeli ole2 untuk keluarga dan juga novel. Jadi, kalo ble barang2 yang dibawa hendaklah seminima mungkin dan mengikut keperluan. Barang makanan, bawak banyak tak pe sebab itu akan menjadi semakin berkurangan bila balik nanti. Lagipun kalo mengembara, aku jenis yang tak kuat makan. Asal maggie/ bubur, Indocafe 3 in 1, jajan ader...cukup lah :D

Oleh sebab kami tak bercadang untuk singgah ke mana2 Restoran di sini, sebelum keluar kami siap2 makan bekal yang dibawa. Dipendekkan cerita, depa geng bilik bawah pun ketuk pintu bilik. Depa kata kami lambat beberapa puluh minit...hehhe....maklum lah jam dah bertukar, belum serasi lagi dgn jam kat Melbourne ni. Kalo ikut plan asal, katanya nak jalan2 pegi tengok Bangunan State Library Of Victoria, yang terkenal dengan Arca mortar board tu. Memang aku dah berangan nak amik gambaq sambil baring kat situ. Ko mampu bina angan2 gedik gitu??? Ekekkeke....  Pegi RMIT University, saje tengok2 dan perasan2 jadi student kat situ....Katanyer antara bangunan TERUNIK kat sini.........Pegi Shrine of Remembrance, lepas tu pegi St Kilda nak tengok penguin pulang petang....mesti comel kan..

Petang ni kira nak jalan kaki je pegi Library. Kalo menurut King Ayie, Keluar aje dari Ibis Hostel ni, ambil arah kiri, jalan terus kemudian ambil arah kanan. Tengok Map agar tak sesat katanyer....Aduhhhhh....cane tu?? Map ader tapi macam blur2 sket nengoknyer, kerrrrrr......ko tak tau baca map nanie??? ekekekekk.....Ok takpe kiter cuba aje dulu ikot kiri.. Malangnyer, di hadapan Ibis Hostel ni ader 1 kedai minyak wangi (MYCHEMIST) yang memang terkenal dengan kemurahannya. Murah dalam erti kata duit AUS. Kuat sungguh tarikan perfume tu, aku ajak, "Eh, jom pegi kedai tu", depa semua setuju tanpa sebarang bantahan. Ajaib sungguh...ekekek...Kat kedai ni sempat la aku rembat selipar jepun 1, Tak mahal $4 aje. Penting ni, nak p toilet kang cane kalo takdak sepatu jepung. Sempat juga rembat 1 perfume....Dah, itu aje. Takot tak cukup duit beli buah epel....ekekkek.

Dipendekkan lagi cerita (;p), selesai aje sesi merembat 2, 3 barang di kedai Mychemist, memang sah kami tersesat nak menuju ke Library. Kalo ada GPS kan senang. Ini, pusing2...tak jumpa. Sebenarnyer nak jalan2 sekitar Melbourne city ni senang ajer, kedudukan bangunan tersusun bersegi 4.... Tapi sebab ini 1st time datang sini, kira... sakai la kejap kan, rasa macam... eh asal tempat ni macam sama aje, ker pusing2 tang tu jugak?? :D, Tapi akhirnya jumpa juga setelah bertanya kepada orang yang lalu lalang kat situ.

Jumpa dah...
Tak jadi nak buat gaya baring gedikss. Maluuuu...ekekkek.
Bila dah sampai sini, tengok2 ramai betul orang bersantai, ye la library kannn...lagi2 hujung minggu, Pastu wifi free, ble la update facebook, instagram, wsap segala. Tak jadi aku nak buat pose baring gediksss atas mortar tu...ekekekek.....Nanti org cop aku GILA!! Kami tak masuk pun dalam Library, lepak kat luar aje. Seronok juga tengok gelagat orang ramai yang lalu lalang, yg duduk atas rumput melayan anak2, baca buku. Kat Lbn ni, rasa macam jarang sangat la nak duduk ataih rumput, aper lagi nak berbaring2, kang tengah baek punya baring sambil baca buku tetiba ade taik kucing atau anjing bawah baju. Haruuuu!! Lagipun kat tempat kje aku mana ade padang, semunyer simen. Ader rumput pun agak2 malu ajer nak tumbuh. Aper taknyer, baru nak tumbuh tengok dunia, dah ader tapak kasut pijak.. Alahai kesiannyer..

Berlatar belakangkan bangunan State Library Of Victoria
Cara nak mai State Of Library dari Ibis Hostel CDB guna kekdah jalan kaki. 

Keluar aje dari hostel tu, ambil arah kiri. (Kalo ke kanan kita akan terus menuju ke Flinder St.) Jalan terus sampai jumpa Elizabeth Pharmacy. Bila tiba di sini, kita akan nampak ader 1 traffic light. Ok jalan sket lagi menuju ke block depan tu, kedai nama Galleria. Tiba di sini, pusing kanan, kiter akan nampak kedai 7elevan di seberang sana. Pergi ke kedai tu. (jangan lupa tengok kiri kanan ketika melintas jalan..:)). Jejak aje kaki di depan kedai 7E, ambil pula arah ke kiri. (Ke kiri yang menuju ke kedai My Chemist). Jalan terus sampai jumpa kedai Optus dan di sini kiter akan jumpa lagi 1 traffic light. Di traffic light ni kiter akan nampak bangunan klasik yang ader bertulis H&M, ok- lintas jalan dan pergi ke arah tu. Jejak aje kaki di seberang sana yang ader bangunan H&M tu, ambil arah kanan. (kanan- menuju ke kedai Myer-Zara- Swarovski-Petra). Jalan terus sampai kepenghujung blok ni, iaitu di kedai Bradman's (kedai beg bersebelahan kedai petra tadi). Kat sini kita jumpa lagi traffic light. Depan traffic light tu ader kedia Daiso, menyeberang jalan dan pergi ke arah tu. Tiba di kedai Daiso ambil arah kiri. Dari sini jalan terus saja, sampai la jumpa Library, bangunannya sebelah kanan.

Aku tak pasti kalo naik tram macamana tapi ader 1 hentian tram yang berdekatan dengan Library ni iaitu hentian Swanston St. Tapi aku sarankan lebih baik jalan kaki sekiranya larat sbb ini akan lebih membuka mata kita untuk mengenal jalan2 utama, bangunan & sebagainya..:). Tapi kalo tak larat bole je naik tram, free aje.

Aku ingat bangunan RMIT yang ini yang berdepan dengan Library tu rupanya bukan. Berlatarbelakangkan bangunan RMIT University yang sangat unik. Rasa macam ader transfomer je belakang aku..
Menurut kata King Ayie, Library tu berhadapan dengan RMIT. Masa sesat tu jumpa la bangunan RMIT yang atas ni. Cari2 tak jumpa juga Library tu. Rupanya dihari lain masa jalan kaki tu, baru perasan bukan 1 rupanya bangunan RMIT ni, ader banyak sebenarnya. Salah satu yang atas ni. Kebanyakan bangunan miliknya mempunyai rekabentuk yang cantik & unik. Yang ini aku agak terpegun & sangat tabik pada idea, keterbukaan dan kekentalan arkitek dier. Bukan calang2 orang berani menampikan design berani mati macam ni....ekekek....my dear friend, JSB.. ader terfikir tak nak buat design diluar kotak macam ni?? ;) Patutlah orang kata RMIT ni antara university seni bina yang popular di Australia. 

Lagi gaya gediks
Bangunan di kiri ialah kedai H&M,  jalan lurus di belakang kami akan membawa kita ke penghujung blok di mana terletaknya kedai Bradman's. Macam panas tapi sebenarnya panas2 berangin. sebab tu Pokcik tu relex aje duk tengah panas.
ni dekat2 Mychemist tu juga
tengah baca map, tapi balik2 sesat...:D
Part paling aku suka, menyendeng kat geng kaki selfie






bestnyer duduk2 atas rumput kan....kalo kat sini, hati2 duduk atas rumput, takut terduduk atas taik anjing








seni sulaman benang kat pokok tu. cantik.
kete kuda, nak naik sila bayo.
Cik kak tunjuk skill menunggang kuda
Cinderella dengan kete kudanya...ekekkekek....(sori sis, main2 bah kita...)

Akhirnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Sungai Yarra. Senang aje. Patah balik hingga ke kedai Daiso tadi, kemudian jalan lurus hingga la jumpa bangunan St. Paul's Cathedral. Bangunan ni terletak berhampiran dengan Flinder St. Station, Federation Sq. dan Melbourne Visitor Center. Sungai Yarra terletak di belakang Federation Sq. tu.

Bangunan ACMI
















Bangunan Federation Square dari dekat
Fed Sq. ni juga antara bangunan yang aku agak kagum, tapi tak sampai terpesona. ekekke....aku ader la terbaca kat 1 artikel ni kan pasal bangunan fed Sq. ni katanya, ter..... arghhh...aku sebenarnyer malas nak sebut, tapi dalam bahasa sopannya, "agak biasa2 saja". Gilerrr ko nak kondem idea orang. Khabarnya, setelah cadangan pembinaan bangunan Fed Sq ni diluluskan, 1 pertandingan merekabentuk telah diadakan dan ia mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Dalam 177 penyertaan, design ini lah yang telah dinobatkan sebagai pemenang dan seterusnya berdiri seperti yang kiter lihat hari ni. Bangunan ni unik & berseni sebenarnya walaupun bila tengok sekali lalu ia nampak bersegi saja tapi banyak main bentuk geometri di situ. Dataran lapang di sebelahnya sering diadakan apa saja acara, konsert, pameran, festival dan sebagainya. Pssstttt....seperti di bangunan Flinder St, disini juga ader wifi free....ble la lepak sat sambil layan fb :)

Bangunan Flinders St. Station dari hadapan
berlatar belakangkan bangunan Flinders St. Station
St Paul's Chatedral
MVC- Bersebelahan dengan Fed Sq. 
Flinders St. Station
Flinder St Station
Sg Yarra
Kat Sungai Yarra
Oleh sebab masa pegi ni baru nak masuk musim panas, maka siangnya lebih panjang dari malam. Jam 8 masih siang. Terkejut aku. Ekekke....Macam tak penah belajaq Geo kan. Aku blajaq dan aku mengajaq juga psl kejadian siang dan malam yang tak sama panjang di hemisfera utara & selatan ni, tapi merasai yang sebenar2nya, yang ori punya versi, ini la dia kali pertama. ekekke....kesiankan. Orang kampong baru nak rasa jejak kaki negara omputeh. :D. Sakai sket. Takpa nanie, pelan2 kiter kutip dan belajaq dari pengalaman. Ini saja yang kami mampu pegi hari ni. Tak tau sebab aper tak p St. Kilda dan Shrine of Remembrance, depa penat nak bejalan agaknyer. Emm....okey...esok masih ader. Kiranya ari ni kami wajib jumpa Group Serangkai Mawar (geng Kak T) sbb yang mengurus trip ke GOR esok tu Kak T. So serba sket kena tau jam berapa kena ader kat lobby. Tanya kat kaunter depa tinggai bilik aper, ketuk2 pintu takdak respon. Tak balik lagi ni dr jalan2. Pastu simpan nota bawah pintu bgtau psl bilik kami. Malam tu ader la kak Hana ketuk pintu kami kata esok kena ader kat bawah jam 7 pagi....Baru ble lena tdoq.

Bersambung.....


Maceh pada kawan2 atas sumbangan gambaq hang yang cun melecun...:)
#KakT#Zymah#KakYan#KakNana#KakHasnah

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...