Friday, December 25, 2015

Hanoi: (10) Meneliti Wajah Pekan Sapa

Bersambung dari: part 9

Masih hari yang sama. Tak lama kemudian Van pun sampai, hanya beberapa kumpulan saja yang akan kembali ke hotel. Geng Mat Salleh tadi akan bermalam di Kampung Ta Van. Sepanjang perjalanan balik ke hotel naik van baru terasa ketinggian bukit bukau di situ. Kalo aku yang drive rasanya berdebar2 juga dgn jalan raya yang tak bertar...Aku dah tak larat ambil gambar..korang bayangkan aje la. :D

Tiba di hotel kami diberikan 2 buah bilik. Sebeleh menyebelah ajer. Biliknya sangat luas. dengan katil 2 buah. 1 single bed, 1 lagi queen. Aku rasa bilik ni utk family kot, tapi kat bilik sebelah pon gitu juge. Ntah la...Serius beb, kalo kongsi 4 orang pun memang lebih dari selesa. Terasa rugi tapi sudah berlalu, tutup mata aje la. Tapi bilik ni tak de aircond ye, ko nak aircond aper lagi kalo dah memang tempat tu sejuk??? Kebal betul kulit ko ye, kalo nak minta aircond bagai....wekekkek.....Kawasan tanah tinggi la katakan. Alam semulajadinya masih dara, udara segar, kabus tebal....harap keadaan ni akan kekal tak tergugat dek arus kemodenan. Dengarnyer kalo tiba musim sejuk, ader kawasan di Sapa yang turun salji...wahhhh......

Dapat aje bilik terus bersihkan diri, mandi, solat dan kemudian makan kat bilik sebelah. Hidanganya macam biasa nasi goreng Brahims, ikan bilis goreng berlada dan ayam kari tin. Oleh sebab bilik tu cuma ader cerek, kami rendamkan ajer bungkusan nasi goreng brahims dalam cerek tu. Boleh la daripada makan nasi sejuk. Sedap juga makan gini kalo jauh diperantauan. Cewahhhh.......:D tapi kalo kat rumah, korang hadap tak kari ayam tin ni? Serius beb, aku tak penah beli ayam kari tin wpon tinggal sorang, lagi selera makan nasi kosong campur ikan bilis goreng. Yummmyyyyyy.....

Dah kenyang perut aper lagi, mata pun bagai ditarik2 untuk tido. :D....tapi Kak Hasnah kata, elok p jalan2 kat pekan Sapa dulu, kang kalo lewat hujan la pula. Betul juga lagipun depa nak p urut kaki. lenguh katanyer....Aku sebenarnyer nak p skodeng kat mana letaknyer Cozy Sapa Hotel II. Katanyer berdekatan gereja. Tapi nampak kawasan ni makin meninggi. Depa pun macam malas dah nak p jengok lagi ke atas. Dah penat berjalan 17 km katanyer....:D

Nak turun ronda Pekan Sapa
wanita Hmong
Untuk menuju ke lokasi di bawah (dalam gambar), dari hotel tadi kami terus ambil arah kanan, sebab arah kiri kami dah tengok dalam perjalanan menuju ke Kampung Ta Van tadi. Bila sampai ke atas, nampak la bangunan gereja yang sering disebut2 dalam blog para backpacker. Berdekatan dengan gereja ni terdapat sebuah dataran, mungkin bila ader keramaian, dataran ni akan digunakan. Aku sebenarnyer nak cari tasik yang Supermeng cakap dlm blognyer, tapi tak jumpa la meng, ataih lagi kot naa??

Gereja yang sering disebut di dalam blog
Dataran . Nampak kabus tebal tu?




tempat anak muda beriadah



skirt
2 Persimpangan. Sebelah kiri akan membawa terus kita ke mapung Cat2. 

topi

kraftangan depa


lambakan bag berjenama The North Face & deuter buatan Vietnam. Memang cukup murah.






wanita Hmong berjualan di kaki lima. kalo kiter ke bawah lagi, itu akan membawa kita menuju ke kampung Ta Van.

wanita Hmong dan anaknya
bangunan di sekitar Pekan Sapa
Jepret dari bilik hotel
 Akhirnya kami beransur pergi meninggalkan dataran untuk mencari tempat mengurut kaki. Depa jumpa yang murah USD7-8 kalo tak silap seluruh badan. Aku tumpang tengok aje, tak biasa la ader org urut2 kiter. Geliiii.....baru orang sentuh leher dah menjerit geli. Cemana tu?? wekekkeke......Baru aku perasan 70-90% bangunan kedai dan hotel di Pekan Sapa memang tak ader kipas dan aircond. ader kipas tapi depa tak pasang kecuali jika perlu contohnyer nak hilang kan bau. Selesai saje sesi berurut, kami pun pulang. Memang sangat penat, katil dan bantal bagai melambai2.............

bersambung.........

1 comment:

Supermeng Malaya said...

tasik tu bawah lagi la.. sebelum simpang ke gereja tu... maybe berkabus tak nampak le tu kot...

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...