Saturday, June 21, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (2) Cerita 2 Jam di sekitar HRS

31 Mei 2014 (Sabtu)

Assalamualaikum n Hi.....
Jumpa lagi...;) Selamat Menyambut Hari Keaamatan buat rakan2 yang merai'kannya. Siang agak awal memunculkan dirinya. Hari ni bangun awal, walaupun semalam tdo lambat. Sayang hotel ni tak de wifi free, Kalo tak ble la update...paling kurang pun ig ke, whatsapp ke, wechat ke.........fb toksah cakap la, depa ader weeboo je. hehheh.....Lepas subuh, sambung tido2 ayam jap.......aku nak jepret sunrise sebenarnyer tapi, bilik kami membelakangkan mentari, maka tak de peluang la. Sebelum berpergian kemana-mana, kena beli tiket train ke Shanghai untuk esok. Takut nanti kehabisan. Mengikut iti, ari ni kami akan ke West Lake, mercu tanda bagi Hangzhou. Wajib pergi. Kak Senth sakit kepala. Dier sarankan kami p saja dulu ke West Lake, sebab dier rasa sakit kepala n tak ble join. Bahaya utk org yg ada darah tinggi. Aku fikir2 sat. Emm......rugi. Dier dah p sejauh ini, sayang kalo tak explore Hangzhou. Cuma sehari je, esok dah berangkat ke Shanghai.

"Ok, Kak Senth, hang p bawa tidoq dulu dalam 2 jam. Sementara tu kami p beli tiket train ke Shanghai. Jam 10 nanti kami naik balik, kalo tak ok jugak, baru kami p sendiri."

Aku ingat dier perlukan rehat n tdo yang cukup. Kalo kami masih di situ dier tak ble tdo sbb bising. kan aku ngan kak Lia bersembang.....hehheh.


(1) Kota Hangzhou
Hangzhou merupakan ibu kota bagi wilayah Zhejiang yang terletak di tenggara China. Jarak antara Hangzhou-Shanghai ialah 150 km atau kira-kira satu jam memandu kereta. Berbeza dengan Shanghai yang sentiasa sibuk, Hangzhou terkenal dengan kecantikan yang luar biasa dan keanggunannya. Ada Pepatah Cina yang popular berbunyi begini "di atas ada langit, di bumi ada Hangzhou dan Suzhou." Mengambarkan tentang betapa inahnya bandar Hangzhou.....

Kedamaian, keindahan, ketenangan yang ada di Hangzhou West Lake (Xi Hu) dan bukit-bukau antara faktor yang bertanggungjawab menarik ramai pelancong berkunjung ke sini setiap tahun. Selain West Lake, terdapat juga tempat yang memaparkan kepentingan budaya dan sejarah, seperti Grand Canal dan Six Harmonies Pagoda, alam semula jadi yang menarik, seperti Sungai Qiantang dan Kuil Lingyin. Ini semua adalah destinasi yang pasti menjanjikan keseronokan dan kepuasan berganda kepada anda. :) 

(2) Hangzhou, di siang hari
Depan lift.
Breakfast ala kadar, kami turun. Menurut blogger Khayze, kaunter tiket terletak di luar stesen train. Keluar dari hotel, kami berjalan terus kehadapan. Malam tadi, ketika sampai, aku ingatkan gerai makan kaki lima di hadapan hotel, sbb nampak ramai org,  rupanya tempat tu merupakan ruangan menunggu bas. Kat sini sebenarnyer dah ader signboard arah kaunter tiket. Letaknya di atas, maka kami terus naik. Ramai betul orang, dengan beg2 dan guni2 besaq. Aku syak depa ni meniaga. 

Kaunter tiket.
Amoi yang dok kat kaunter tu, muka masam manjang n kasaq. Siap bagi jelingan maut ok. Dier main baling je pasport n duit lebih. aku dah perati dier dr org yg Q depan kak lia lg. aku syak dier tak sempat lagi join kursus "GIGIT CHOPSTICK" kot. 

Ni dia, Bangunan Kaunter Tiket di tingkat atas, luar bangunan ye.
Selesai. Alhamdulillah dapat tiket jam 11 am, esok 1 Jun. Ader lagi yg lebih awal sebenarnya tapi tak de seat. Maknanya berdiri sepanjang jalan. Kak Lia tak nak. Kalo aku, ok je. 1 jam, kacang. #hamboiverlagak! aikkk....betul aper, ble cepat sampai n banyak masa untuk explore kota Shanghai. Yuyuan Garden menanti katanyer.....hahah...tapi, tak ble pentingkan diri sendiri. Pegi berjemaah mesti bertoleransi. Ingat kawan2......;). Tapi secara jujurnya, pendapat aku, aku lebih suka bertolak awal sebenarnya. Jam 8 adalah yg paling ideal bagi aku. Sebab, aku fikir tempat tu tempat yg tak penah kiter pg. Cepat bertolak, cepat sampai. Maka, akan banyak masa untuk kita mengatasi masaalah sekiranya ada. Aku dapat pengajaran berharga masa trip ke Guangzhou dulu. 1 jam lebih berlegar2 mencari hotel, yang dah ader depan mata tapi tertutup oleh hijab. Itu kelebihan n kebaikan pergi sendiri. Kita belajar dari pengalaman dan cuba untuk memperbaiki setiap kesilapan yang pernah kita lalui, dimasa akan datang. Inshaallah.....:) 


Sekitar Hangzhou Railway Station. 
Laluan untuk brg kargo.
Aku ajak kak Lia explore dulu bangunan station train ni. Aper2 hal senang, tak kelam kabut. lagipun byk masa lagi sebelum jam 10. 

Soft Seat Waiting Room. tp aku tak nampak org masuk ikot pintu ni. 
Turun bawah ni station metro, juga bas dan teksi.
penunjuk arah memudahkan segalanya.

kalo nak naik metro, bas, teksi di sini lah tempatnyer. Di tingkat bawah ni juga, ruangan ketibaan bagi penumpang2 keretapi dari pelbagai destinasi. 
Ok selesai. Jom Kak lia kita p tengok tempat bas kiter berhenti semalam. Aku nak tau berapa jauh kami berjalan kaki semalam. 


kat mana2 saja, akan ader kamera. nampak tak mata iguana tu? ;)

Ni dier bangunan hotel tu. Hotel ni sebenarnyer ader 2 sayap. sayap utara n sayap selatan. Gambaq atas ni sebelah utara iaitu di bilik tempat kami menginap. 

laluan yang kami tempuh. malam tadi tempat ni gelap, menakutkan tapi ader juga org yg lalu,  ketakutan mengendur sket
Lagi bangunan hotel n kawasan persekitaran HRS. Yang tinggi tu hotel, depan bangunan yang sama tinggi dengan KFC tu la station train. Dekat kan. Patut la dlm agoda tu dier tulih 0 km saja jarak hotel dengan station. 


Ketika tengah jepret2, ader sorang apek ni tengok kami. Aku ingat dier nak tolong ambil gambar kami. Aku pun bagi kamera kat dier. Dah set ni, bagi dier nampak muka kami kat skrin kamera. Hasilnya.......






























Ek elehhhhh.........Apa la Apek ni....abih dipenggalnyer kepala aku. Sabotaj ke aper? Pastu Apek ni cakap dlm bahasa mandarin, suh tunggu. Dier pg ke satu tempat. "Kak Lia, jom kiter blah jom. ntah2 nak jual barang......" Pastu aku nampak Apek ni datang berlari2 anak sambil cari2 kami. Laaaa......rupanya nak amik topi dier. Kesian la pulak. Kami kembali semula. Dier nak begambar dengan kami ni. Ok Pakcik, tengok cemana saya amik gambo...

Amboi begaya pakcik ni. Tadi pakcik penggal kepala saya, sekarang saya amik badan pakcik je.......adil. kaki bagi makan kat ikan. hahahha....... 
Bak Merpati 2 sejoli......:D
Sebagai kenang-kenangan. Kak Lia n Pakcik. Yang ni aku rasa lawak giler, perasan tak depa berdiri cemana. hahah......Kak Lia tu sebenarnya berusaha nak menjarakkan diri. Tengok tu dah jadi minah senget. Tapi Pakcik ni makin dekat. hehhe.......Tak pe la Kak Lia, bukan selalu...:D. Pakcik ni ader cakap pasal topi tu tapi tak paham, dier speaking China. Pastu dier cakap dier keje kat....tunjuk kat logo baju dier. Ok Pakcik kami pergi dulu......Bye...

Sungainya yang bersih. Perasan tak ader orang tdo kat kerusi tu...


Dah lama tak jumpa public phone, tu yang rasa teruja

Bangunan Zhijiang Railway Hotel kelihatan dari jauh. Nampak sayap utara n sayap selatan. Kami duduk di sayap utara tingkat 7. nampak tak yang 3 segi tu. itu lah bangunan station ketapi.

menanti 30 jam sebelum jam 10 untuk naik ke bilik....:)
Bersambung.......

7 comments:

Unknown said...

cantik plk pic di atas sesudah di touch up kan

niena said...

hehhe....pasti. mo tunggu kak lia, respond tgk dier punyer gambar ngan si apek tu....:D!

PutriMaryam said...

salam perkenalan...fly dari KK ke pi Hangzhou ni??? pic lawa2....and good info too...

niena said...

Salam Perkenalan Putri. Thanx sudi singgah :). Aha... flight KK-HZ.

Anonymous said...

ada banyak stations jual tiket tren ke shanghai hehe..
station yang CT pergi tu baru and besar nye subhanallah.. tak tahulah berapa tingkat dan nampak kemas..
aaaa west lake =') jatuh cinta abadi dengan tempat tu..

mailaah jalan jalan sini :D
Siti Yang Menaip

Johny said...

Senang membaca blog

niena said...

Terima kasih Johny, sudi singgah ke blog saya...:)

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...