30 Mei 2014 (Jumaat)
Assalamualaikum n Hi.....:)
|
Berbekalkan buku panduan, kami nekad pergi....(Cehh.....pg China je ponnnn....) |
Penat masih terasa dek semalam terkejar2 keluar dr Pulau. Citenyer chengini, masa beli tiket ferry Feb lalu (Februari okehhhh....awal giler aku beli, takut keabisan punyer pasal) , aku tak pasti cuti sekolah bape ari bulan. kan Sabah cuti 30hb tu sempena Hari Keamataan. 30hb, 3pm flight ke HZ. That means 29hb aku kena ada kat KK walau aper cara sekalipun. Yang kosong hanya pd Jumaat 30hb. Aku beli je, terus aku hello bro aku n kami deal, dr KK dier bw kete. parking di Menumbok, Then aku yg akan bw kete dier balik KK semula. Dier pula akan bermalam d Labuan n bw kete aku balik KK. Selesai. Laa....rupanyer 28 dah mula cuti sekolah. Hampehh....kalo tau awal kan senang, ble bermalam kat Kg. Yg buat aku terkejar2, aku dh pesan bro aku, dtg Lbn awal sket dlm thari, sbb aku kena balik kg dulu then baru pegi KK 29hb tu juga. Tunggu punya tunggu petang baru sampai. emm.....sampai kat Kg aku bergegas kemas barang, sempat la juga dinner baru pg KK. Sampai KK 11pm. Penattttt.....
Ok....bangunnnn.......! hahahh....mcm kat sek la pulak. Ari ni kami akan terbang ke Hangzhou. AA dah ada route from KK- Hangzhou. ker dah lama?? Aku yg tak tau kot...;D Trip kali ni dianggotai (cewahh.....:D) oleh kami ber3. Kak Senth, Kak Lia n Aku. Geng lain, entah kemana...hilang terus dr radar. Kak Enai: sukar dijejaki...org xde hp tu. Aku tabik pada kekebalan dier tak de langsung memiliki HP. Teringat 1 cerita. Kwn kami sorg ni pun kaki jalan jugak. dier penah join kwn dier bercuti ke.....aku tak ingat kemana. Beijing ke Rome. dengan tak de hp, dier hanya berhubung dgn kwn dier tu guna fb n email je. tiba masa berangkat, kwn dier ni dok risau dah mcmana nak cr dier. dah la tak penah jumpa. sib baik dier panjang akal, kak enai dok tunggu kat kaunter check in. Ahernyer jumpa. Ini membuktikan bahawa HP bukan la segala2nya dlm hidup tp AKAL. Ingat tu anak2.... ;). Kak Yatie, ibu dier oprate mata, so xdpt pegi. Kak Amysah, geng baru dlm kaki jalan. Kalo pg jauh dier tak join kot n kebetulan masa tu dier pg makassar ader saudara dier naik pelamin. Kak Beth, yg tu pun tak p, dier join kalo p indonesia, vietnam je. Kak lia, 1st time pg China...lain2 trip ke shenzhen, Ghuangzhou dier tak p. Nak tengok cane dier punyer ketahanan mental n fizikal dlm mengharungi perjalanan seorang backpacker.
Persediaan dh buat awal. Beli tiket, booking hostel, buat Itinerary. Iti, kak Senth yang buat dlm bentuk data kasar, pastu dier pass kat aku utk murnikan lagi. Maka tugas aku ialah untuk cari maklumat tentang satu2 tempat nak p tu, macamana nak p dr satu tempat ke satu tempat. Kat China ni senang sbb depa ader metro. perjalanan menjadi mudah. ikut je signboard, maka komunikasi like ayam-itik dapat dikurangkan. Selepas peristiwa MH370, dalam rasa teruja, ader juga takut2. Takut pd penerimaan depa pd org Malaysia, takut naik flight tapi bila dah baca experience Ved (kwn kat FB), Ved pun baru pg mac-april 2014, takut tu berkurangan. Inshaallah semuanya akan ok....;)
From KK-Hangzhou, perjalanan mengambil masa 4 jam lebih kurang. So sampai Hangzhou Xiaoshan International Airport, 8.45 pm. Aku tak amik gambo airport HZ, hp low batt-nyawa2 ikan, kamera dok kat dlm beg. Malas nak amik. Bila tiba d airport, aku ingatkan besaq... rupanya tak la besaq giler. Org pun tak ramai, mungkin flight from KK is the last flight, for the day. agaknyer la.
|
Menanti penuh sabar.... |
|
Dah sampai.....tunggu bag pula. Sayang tu, penuh makanan....:D |
Ok selepas ni, destinasi perhentian kami ialah Zhijiang Railway Hotel.
Zhijiang Railway Hotel
No. 8, Chengzhan Public Square
ShangCheng District- Hangzhou Main Train Station
Hangzhou China 310009..
Nape pilih hotel ni? sbb....kami tiba kan dah malam. kalo jauh susah lagi nak cari. Lokasinyer berdekatan, maka senang nak cari. Dlm blog yg aku baca, kaunter tiket bas airport terletak btul2 dpn arrivals gate. Cari punya cari, tak jumpa beb. Eh, mana pulak dier p? ahernyer kami tanya kat amoi money changer tu. Dier kata "hang p kat domestic arrivals, kat situ kaunternyer"....haha......dah pandai cakap melayu... hahah....Ok, yg ni aku tipu. Minah tu, sebut "domestic arrivals" sambil tunjuk ke sebelah kanan. aku baca blog khayze, depa p 2013. Tempatnya, memang di situ la. Mungkin dah bertukar.
|
Laluan ke domestic arrivals area. |
Keluar dr pintu ketibaan antarabangsa tu, ambil arah kanan. Jalan terus sampai tiba di domestik arrival area. Kaunter tiket ader dlm tu. Dapat tiket. keluar. P kat bas warna putih (Hangzhou International Airport). Tunjuk tiket kat org yang pakai baju putih. Susun beg (sila susun elok2, kalo tak nak kena marah....;D). Orang tu bg tag, jgn bagi hilang, kang tak ble tuntut beg. Then naik bas. pilih je mana kosong.
|
Depan Information Center ni terletaknyer kaunter tiket bas airport |
|
Kak Senth beli 3 tiket. Y20 per-1 |
|
Dalam Bas
Ketika bas memulakan perjalanan, ader minah bertugas (siap pakai uniform) sebagai jurucakap. tapi semuanya dalam bahasa mandrin. Aku ingat, dier cakap tentang dimana bas itu akan berhenti. ader juga orang beli map dengan harga Y1. Tak paham.... so, diam2 sudah... #sambil membaca guidebook sendiri....:p. Aku hilang kiraan masa yang diambil untuk tiba di Hangzhou Railway Station. lama juga berada dlm bas. 1 jam juga kot.
|
|
Jgn bg hilang tag ni, turun kang dier amik balik |
|
selfie me n kak lia. |
Dalam 1 jam gitu, bas pun berhenti. Minah bertugas td melaungkan sesuatu dlm bahasa mandarin. Depa turun. Ramai. aku tinjau kat luar tingkap, habuk tak nampak. bas tu berhenti kat tepi jalan. Kak Senth kata kalo stesen ketapi mesti besaq, ni tak nampak aper pun. selamba badak lagi kami tukar tempat duduk ke depan. bas mula bergerak. Kak Lia lambai minah tu, tiba2 Minah tu tanya, speaking Mandarin...wahahhah.......Mungkin dier tanya, U mau turun mana owh? Kak Lia kata "Hangzhou Railway Station". Terus Amoi tu menjerit kat driver bas suh berhenti. aper lagi, kami kelam kabut turun. hahahhaha......rupanya dah sampai. Kami bagi balik tag. amik bag. say tq kat amoi td. sambil tanya, mana bangunan railway station. dier tunjuk ke arah belakang bas. Tochae2.....
Ok jalan terus je, ikut
kata hati arah yang ditunjukkn oleh si amoi td. sambil mata melihat nama bangunan2. kot la nampak. kami sepakat untuk cari bangunan Hangzhou Railway Station. Dekat setengah jam jugak la cari, tanya kat hotel dekat2 situ, langsung depa tak tau. Akhirnyer kami nampak nama bangunan Hangzhou Railway Station. kami menuju ke sana. Kak Senth nampak logo hotel. Alhamdulillah ahernyer jumpa.
|
ni dier hotel tu |
|
Lobby hotel. Hotel ni luas dan besaq. Macam 4* kan. tp harga smlm standard dlm RM80++. |
|
Amoi dr Malaysia yang kepenatan.....;) |
|
Kak Senth, menguruskan semuanya. |
Minah kat kaunter tu tak berapa nak faham, yang kami dah booking hotel by agoda. panggil kawan dier, pun sama jugak. sib baik ader uncle ni datang tolong. Uncle ni tourist from Indon. Thanx Uncle...:)
|
Uncle ni dr Indon. datang tolong kami. |
|
Dr. bilik Hotel: Malam di Hangzhou |
Selesai akhirnyer......dapat bilik tingkat 8. Naik. berehat......ZZZzzzzZZZZZZzzzzzzzZZZZ
Bersambung.......
6 comments:
hehe CT tengah godek2 komen lama terjumpa komen Nanie di blog CT dulu.. tringat mesti Nanie dah jalan ke hangzhou.. tu yang CT datang korek blog Nanie.. nak baca pengalaman Nanie pulak..
KK-Hangzhou 4 jam sahaja ya.. KL-Hangzhou 5 jam gitu.. rasanya flight dari KL lagi lambat sebab CT sampai pukul 11.45 malam. memang bayang bus pun tak ada hihi kenalah ambil taxi sebab hotel agak jauh sebab nak dekat dengan metro. apa2 pun yahoooo.. da sampai hangzhou =)
mailaah jalan jalan sini :D
Siti Yang Menaip
alhamdulilah Ct. sampai juga akhirnya kami ke sini. tapi rasa tak puas sbb tak abih jelajah lagi west lake.
assalamualaikum..
sya hadjnah.google ternampak blog awak stay hotel ni. bilik dia boleh fit in 4orang stay x.coz sya amik twin room je
Salam Hadjnah. Bilik dier ok juga selesa untuk kami 3 orang. 4 orang pun saya rasa masih ok lagi.
tq.btw, sya book melalui ctrip online. allowed booking 2pax(twin) room je..bleh ke "sludup" lg 2 org..hehe.
kalo seludup2 tak pasti pula. heheh....Kalo berani ble kot. sbb hotel ni lobi dier besar dan lift dier sebelah kiri dan kanan. :)
Post a Comment