Wednesday, June 25, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (3) Bersantai di West Lake (Xi Hu),

Sambungan dari: episod (2)


Seharian di Hangzhou, cuaca redup, sedikit mendung, kdg2 panas, berselangseli renyai hujan. 
Aku yang terbiasa melihat langit membiru dengan tompokan putih awan, merindui suasana itu. 
Mujur dikejauhan ada bukit bukau bak selendang biru melatari pentas tasik.. 
Bangunan2 lama yang masih berdiri gagah membayangkan keperkasaan dinasti lampau, perahu2 kecil berkongsi kegembiraan bersama bot besar menyusuri tasik. 
Sungguh mendamaikan. 
Ia pengubat rindu pada alam, warna biru langit, warna senja yang berserakan di dada langit....

*********************************************************************************

Kak Senth yang sakit kepala tadi dah beransur pulih. Jom gerak.... Ok, seperti yang dah diwar-warkan dalam episod 2 tadi, kat Hangzhou Railway Station ni, Station Metro dier kat bawah. So, turun, beli tiket metro for 3 person, scan bag dan tunggu subway datang. Tambang adalah sangat murah. Dalam 1-2 Yuan sahaja untuk satu2 destinasi. Oh ya, ada pengalaman baru dalam tertib menaiki metro di sini berbanding di shenzhen & Ghuangzhou. Di sini (Hangzhou) setiap kali naik metro kena scan bag. Ia sangat menyulitkan (aku rasa), apatahlagi dikala sedang enak membeli ole2, Maka hati2, peluang utk barang tercicir adalah sgt besar.. Nasib baik bukan di Amsterdam, kalo tak memang dah jadi papa kedana dah. (macam penah p, tapi tak. aku penah tengok rancangan scammer, pencopet dier tahap pro gilerrrr, tu yg aku tau), tapi dah prosedur depa, ikut aje la. Perkhidmatan metro juga (kalo tak silap) 1-2 laluan saja yang baru dibuka. Oleh kerana benda ni baru, kelihatan beberapa orang pegawai sedia untuk memberi tunjuk ajar kepada pengguna dalam proses samada membeli tiket atau apa saja kekeliruan yang melanda yang berkaitan perkhidmatan awam ini.

Nak ke West Lake dari HRS, laluannya adalah seperti berikut.......#matai la formal gilerrrr......hahha

Line 1: Chengzhan/HRS- Ding'an Road- Longxiangqiao Station--> Exit C

Station metro di Hangzhou Railway Station juga dikenali sebagai Chengzhan Station.
Bila dah sampai, ambil arah kanan, jalan terus. Sampai satu persimpangan jalan besar belok kanan lagi. jalan terus sampai nampak tasik. Atau kalo susah2 hang p ikut je orang ramai p mana. senang. :) Kami takde sewa basikal, Kak Lia tak pandai bawak katanyer. so, jalan kaki aje la. Tengok sampai mana kaki larat melangkah.

laluan ke West Lake. Sila ikut arah lelaki baju hitam tu. kalo ikut belakang wanita baju biru, anda pasti tersasar.....:)

Kak Lia n Kak Senth
baru sampai pintu masuk, dah kepenatan......:) Me n Kak Lia
anak-anak kecil bermain buih....
Untung depa 2 org ni, salu ader gambaq candid street...:D
Seni tulisan China yang ditinggalkan di lantai tasik, hanya menggunakan air. Sape paham, tolong translate.....

Add caption




Sebenarnya West lake/ Xi Hu, pada asalnya merupakan sebuah lagun. Menurut catatan sejarah, pada zaman pemerintahan Dinasti Qin, Xi Hu masih merupakan teluk yang bersambung dengan sungai Qiantang. Gunung Wu dan Gunung Baoshi pula yang melatari pentas di utara dan selatan Xi Hu, adalah dua tanjung yang melingkupi teluk ini. Setelah sekian lama, akibat revolusi alam, seperti air pasang dan surut, maka terkumpullah pasir dan tanah di dua tanjung tersebut, maka lama kelamaan menjadi dataran pasir. Sejak itu semakin lama daratan ini bertambah besar ke timur, selatan dan utara. Akhirnya menjadikan gunung Wu dan gunung Baoshi berkoloborasi, bersatu menjadi satu, membentuk sebuah dataran yang luas, menjadikan teluk serta sungai Qiantang terpisah. Teluk berubah menjadi tasik, iaitu Xi Hu.

Sejarah nama Xi Hu.

Bagaimana nama Xi Hu lekat pada tasik ni? Menurut sejarahnyer, nama Xi Hu bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Tang. Sebelum dinasti Tang, Xi Hu pernah disebut sebagai Wulin Shui, Ming Sheng Hu, Jin Niu Hu, Long Chuan, Qian Yuan, Qiantang Hu dan Shang Hu. Pada zaman Dinasti Song, Su Dongpo ketika tinggal di Hangzhou, memuji keindahan Xi Hu, sehingga beliau mencipta sebuah puisi,

Cahaya riak air terlihat indah, 
pemandangan gunung di kala hujan terlihat remang-remang; 
membandingkan Xi Hu dengan Xi Shi, 
riasan tipis maupun tebal semua sama indahnya.”

Begitu la indahnyanya West Lake sehingga disamakan keindahannya dengan kecantikan wanita jelita pada zaman dahulu yang bernama Xi Shi. 




seni bina boat bercirikan tamadun china. Ambik tang atap je, sudah. Ader apek tu dier aje nak beposing kat situ....xbg peluang langsung...:(
Bunga-bunga yang tinggal. lawa bunga putih tu
kenangan bersama sign love.....;)


Dier nak taruh "Jangan" tapi sbb pelat, tersebut la "Jingan ambil Boat saye"...:D







saja kacau daun...:D



ini la dia penulis tu....



Minion pun ader...
Hello Kitty tak ketinggalan.....bersantai di Xi Hu.....:)

Ni kalo org tengah hangat bercinta, elok la naik bot ni....romantik katanyer......:D
Ramai betul orang p pagoda tu. Aku nak p pun jadi tawar hati, bukan aper takut runtuh...hehheh.....#perasan berat macam dinasour

Aku yang kehilangan dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu.....
Di sini, kami terserempak dengan orang Malaysia. Sekadar senyum & angguk kepala. Melayu. memang begitu. Opppsssss.......! hehheh.......Aku teringat, masa p Shenzhen tahun lalu. Ader orang cina dari Sarawak tegur kami di Window Of The World. Punya la dier teruja bila jumpa orang Malaysia di tempat orang, jelas terserlah kegembiraannya....:) berbeza situasinya ketika bertemu orang melayu di 5 Rams Statue, Guangzhou. Kami senyum, ingat nak menegur. Sekali kakak tu lalu depan kami, buat2 tak nampak senyum pun tidak. Terus senyumku terkaku di situ......hehheh....Juga berbeza situasinya ketika terserempak dengan melayu di Shanghai Science & Technology Museum. Kak Senth yang memang peramah, menegur "banyak shopping", dier senyum ajer tapi tak jawab. Thanx, senyum pun dah cukup bagi saya. mungkin awak tak dengar kot...;)


Nak buat pelaburan besi buruk.....tunggu aku jadi OKB...
Asal muka Kak Lia tu macam org nak nangis??? hhheheh.......sakit kaki dah tu, penat bejalan...
Deretan basikal sewa....
Sebenarnyer kami nak cari Hangzhou Phoenix Mosque. Kalo naik metro, ia terletak selang 1 station aje dgn Longxiangqiao Station. Maknanyer dekat2 aje dengan West Lake. Jalan2 tapi tak jumpa. Akhirnyer kami patah balik ke metro station (Longxiangqiao), beli tiket untuk ke Ding'an Road Station. Ok Jom gerak....ader orang dah nak menangis sebab sakit kaki....:D :D :D

Bersambung.......

* Creadit to:
http://www.belajartionghoa.com/asal-usul-xi-hu-west-lake/

4 comments:

PutriMaryam said...

pegi time summer ke ni?? apapun gambar semua cun2..

niena said...

aha tp hujan renyai2 masa tu. langit pun nampak putih aje.

Anonymous said...

alhamdulillah sepanjang di sana tak hujan.. wow cantiknyaaa penuh teratai kat xihu..
time pergi waktu winter pokok semua togel.. ingat nak naik boat tu jugak tapi sorang RMB60 makanya kawan2 tak mau. sebab CT patah balik ke hangzhou slepas habis menjoli di shanghai hahaha itu yang poket semua menipis. kalo ikutkan RMB60 tu murahla jugak naik boat tradisional tu kan..

dalam hati sentiasa rasa nak repeat ke hangzhou
mailaah jalan jalan sini :D
Siti Yang Menaip

niena said...

jom Ct kiter repeat balik ke HZ..:)

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...