Tuesday, July 23, 2013

China_Mei 2013: (2) Tersalah Station dan Misi Mengenal jalan......

29 Mei 2013

Sampai aje ke Lohou Station, kami pun menapak keluar. Aku tanya KH, betul ke kiter turun di sini..? KH kata, seingat dier bukan di Lohou, tp kena tukar line 1 lagi, baru sampai ke hotel tu.....mcm ader bunyi shaibu...heheheh....ok...ok...tak pe. kiter tgk dulu aper ader kt sini, sbb aku tgk alamat hotel tu, ader perkataan Luaho.



Dongmen Central Road Garden Inn

2066 Dongmen Middle Road, Luohu-Dongmen, Shenzhen, China 510100



Kan......?? Kami keluar ikut kata hati (hehehhe.......) keluar di pintu D.....ehhhh...sekali kan.....pandang kiri kanan, pandang KH, KH pandang aku...dua2 gelak...kak macam tak penah nampak ni jalan kan? iyaaaa.....betul la nanie d shaibu tu, aku ingat sdh.....ok...ok ndapa kita duduk2 dulu sini. Hehhe......kalo stesen tu betul, sepatutnyer kami menapak keluar ikut tangga tinggi then keluar nampak pokok2, bangunan2. Yang ni tangganyer ader signboard HONG KONG.......dah sah salah. Tapi ader baiknyer juga kami tersalah stesen ni. Sbb aper tau......maser tgh lepak hilangkan penat tu kami nampak bangunan Shenzhen Railway Station. Di tingkat atas, bersebelahan ajer dgn bangunan Luohu Station ni. Atleast kami tau di sini letaknyer SRS utk ke Ghuangzho esok...:). Tapi ntah......nape tak beli terus tiket.....Hehhehe.....sbb kami ader beg kot, malas nak mengangkut sana sini. berat.


Dah hilang penat kami pun mengalas beg masing2 untuk membeli token baru. Urusan pembelian token dilakukan oleh KH. Aku tukang gambo. yg 2 org lagi pengawal bertauliah.....hehheheh....joke je, jan mara ye....Kali ni kami beli tiket dr. Luohu terus ke Shaibu. Harga tiket ntah aku tak ingat....tp tak mahal mana.....setiap 1 stesen tu Y1/ Y2 aje.

Luohu-Laojie (sampai Laojie kena tukar line 3 (Blue: Longgang Line)- Shaibu

Walaupun masyarakat China kebanyakan nyer tak leh cakap Bahasa Inggeris, tapi kiter tak yah risau giler pasal subway ni, sbb kan....kat stesen ni masih ada signboard dlm BI. Kiter ikut jer laluan, insyaallah sampai...:). Kalo kiter tengok kat SS. Map ni ader beberapa stesen khas untuk pertukaran line atau dlm bahasa mudahnyer nak betukar subway. Contohnyer stesen Laojie ni. Oleh sebab itu la, pd waktu puncak, stesen ni sangat padat dengan orang. Poning kepalo den deh, tengok orang berlari n berjalan pantas.....uhhhhh... 


Dari Luobou Line (Hijau), kami bertukar ke Longgang Line (Biru) untuk dapatkan metro ke Shaibu. Gambar atas ni adalah laluan menuju ke Longgang Line. Sangat menarik, stesen metro di Shenzhen ni bertingkat2. Nak menuju ke satu2 line, senang je....samada naik atas atau turun bawah. lagi satu kat lantai ader banyak petunjuk arah siap dengan warna Line. Jadi tak sesat punyer......
Nampak je stesen ni bertingkat2 kan...tapi kami langsung tak dengar bunyi bising metro sedang lalu atas gerabak. Sungguh moden...Bangunan ni dibina dibawah tanah. Maka tak heran la kalo nampak tangganyer tinggi giler.....Patut la org china kebanyakan slim2 belaka. kaki pula cantik je sbb tiap ari senaman naik tangga....:) Akhirnyer kami sampai ke stesen Shaibu...:) Horeeeeeyyyyyyy!!!


nak g hotel Garden Inn tu klua ikut pintu A1



cilok from goggle. Ini la hotel Garden Inn tu.

Ader 3 jejantas kat area ni, dr stesen Shaibu td. Kalo tak silap ini jejantas pertama. Dalam keadaan kiter pandang PHut tu, belah kiri ader 2 lagi jejantas. Memudahkan para pengguna menyeberang jalan dengan selamat untuk pg ke Dongmen Street.
Nak cari Hotel ni senang je. Dah sampai stesen Shaibu, klua ikut pintu A1. Pastu naik tangga tinggiiiiiiiiiiii. Dah kluar nampak bumi.....jalan terus je hala ke depan. Jalan dlm 5 minit kalo gaya santai. kalo gaya laju dikejar anjing...ader la dlm 3 minit. heheheh........Kalo tak jumpa juga hotel ni, sambil korang jalan tu, tengok ke kanan, kalo dah nampak Pizza Hut, Watson......dah dekat dah tu n cepat2 tgk kiri pula. hotel ni berdepanan dgn Pizza Hut n Watson, dipisah jalan raya je. Betul2 depan hotel ni ader Bus stop n tangga jejantas....

Klo korang dah nampak Pizza Hut tu cuba toleh belakang pula, kat situ la letak nyer Garden inn Hotel. Betul2 depan tangga n Bus Stop tu.....
oh ye, kami booking hotel ni guna agoda. Mudah. Tak nak tanggung risiko, bilik hotel penuh. Kali ni dapat bilik tingkat 6. Sangat bagus sbb dapat wifi free. Dulu dapat tingkat 9, tapi line wifi tak berapa nak bagus. Hotel ni antara yang termurah dan dekat sangat dengan Dongmen Street. Seberang jalan dah sampai Dongmen Street...harga bilik semalam dalam RM 88- RM 109 (belum termasuk charge perkhidmatan agoda). Ruangan dalaman bersih, selesa. Kategori 1-2*. ble la....cuma pintu bilik mandi hanya guna kain lagsir...hehhh. Sebenarnyer ader banyak hotel sekitar Dongmen. Sunon Hotel pun dekat juga. Yang ini mungkin 3-4*. Sangat selesa n mahal sket.

Setelah berehat2 sebentar n menunaikan perkara wajib, kami pon turun semula. Nak membeli tiket train ke Guangzhou katenyer...... Pengalaman mbaca blog org, maka dinasihati mbeli tiket lebih awal, takut tiket habis n adalah sangat penting untuk kiter tau jalan nak ke stesen tu spaya esok tak la kelan kabut lagi mcari. Train d China bertolak tepat pada masa nyer ye. So, jan amik risiko...:) Ntah cemana bole kami pegi sampai Futian Checkpoint utk beli Tiket Train. hehheheheh.....Tambang ntah berapa xingat. Yang bez nyer tu, setiap pertukaran line, tak perlu lagi beli token baru, janji masa beli tu kiter click destinasi terakhir yg nak dituju.

Shaibu- Hongling-Huaxin-Lianhuacun-Children's Palace (Tukar subway ke Longhua Line: Merah) - Gangxia North- Convention & Exhibition Center- Fumin- Futian Checkpoint



Di Stesen Futian Checkpoint.
Oleh kerana Futian Checkpoint ni dibahagian penghujung destinasi maka tak ramai sangat org kat sini. kami tanya kat kaunter CSC, kat mana beli tiket. katanya di Luohu. So, kami pun berpatah balik. salah2 jalan macamni ader baiknyer juga. Ble tgk kawasan lain dr yg biasa kiter pg. kalo ikut agent tak merasa la pg jauh sampai Futian ni. hehehe.....aku rasa ader sesuatu yg menarik di sini sbb aku ader nampak pamplet tentang kesenian China. Cuma kami tak singgah meneroka sbb tujuan utama, urusan pembelian tiket Train perlu diselesaikan dahulu sblm tibanya malam....

Shenzhen North Station tu satu line dgn Futian tp kami tak singgah di situ, sbb minda dah terset nak beli tiket d Luhou. Tak berani beli kat situ sbb takut nanti sampai Guangzhou kat stesen lain pula. Payah pula mcari jalan g hotel. Perjalanan semua ikut buku....xberani lg nak corner sana sini.....:D!

Futian Checkpoint- Fumin- Convention & Exhibition Center (tukar Luobao Line: Hijau)- Gangxia- Huaqiang Rd- Science Museum- Grand Theater-Laojie-Guomao-Luohu.

Tak ramai org di kaunter pembelian. Mungkin bukan musim perayaan atau bukan musim cuti sekolah...
Sampai je kat Luohu, tak yah kluar dr bangunan. Dlm ni ader kaunter pembelian Tiket Train ke mana2 destinasi seluruh China. Cewahhh......Nak beli tiket kena guna pasport ye.....Tambang Shenzhen-Guangzhou berharga Y79.50 (RM39.75). Perjalanan mengambil masa kira2 1j30m.

Boss tengah bagi2 pasport setelah dapat tiket. alhamdulillah.......

Yahoooooo....sdh dapat tiket. Huruf D tu jenis train. O5= mksdnyer gerabak 5. nti nak naik train sila pastikan kiter berada di gerabak yg betul. 

 Menurut aper yg aku baca, Train di China terbahagi kpd beberapa jenis mengikut kelajuan. Ia dimulakan dengan permulaan huruf, yang mana huruf ini merujuk kpd kelas yang berbeza.

G=High Speed Unit. Ketapi berkelajuan tinggi untuk perjalanan jauh. Cth Shanghai-Nanjing. Lajunyer ble mencapai 350km/h....bayangkan! hebat tak hebatnyer. minta2 la jangan berlaku apape. Berkecai beb.....

C= Intercity EMU. Pun laju juga tapi digunakan hanya untuk perjalanan yang lebih dekat. cth, Beijing-Tianjin.

D= Electric Multiple Unit (EMU)/ Hexiehao/Harmony atau juga dikenali keretapi peluru di China. Sederhana laju walaupon digelar keretapi peluru. Lajunyer tak la mcm peluru.....hehhehe. aku rasa dia compare dgn train Z tu. kalo tu mmg patut la dier kalah laju. sbb Z tu train jenis lama. ok yg ni la yg kami naik. kelajuannya hanya 250km/h. Tetapi jadual perjalanan sangat kerap untuk pergi ke destinasi bandar2 utama. cth, Beijing-shanghai. Shanghai- Suzhou dan lain2.

Z n T= Direct express n Express. Masing2 mempunyai kelajuan 160km/h- 140km/h. salah satu train yg ble digunakan sekiranya train moden atas tu dah abih.


Selesai urusan pembelian tiket kami balik semula ke shaibu. Kali ni pegi makan di restoran Pak Aji (Kembar Usz. Azhar Idrus). Letaknyer di sekitar Dongmen Street. Menu yang aku pilih tak lain tak bukan nasi putih bersama telur masak tomato. Kenyang je perut terus kami berjalan santai d Dongmen Street. Tujuannyer untuk memberi gambaran kpd Kyan n KNoor tentang selok belok DS, supaya nanti drg ble g sendiri shopping apape yg patut...:) Memasing tak nak beli lg sbb nak k Gz esok. Satu hal pulak nak mengangkut barang...

Kepenatan melanda, kami terus balik hotel untuk berehat. Esok bersedia untuk menempuh perjalanan ke Gzh. Tempat yang tak penah dijejaki.....harap semuanya ok. Jumpa nanti di entry akan datang. 
Salam Ramadhan........

* Malas tepek gambo rest muslim Pak Aji, sbb dah ader kat entry sblm nye.....kalo sudi jom le singgah ke (KLIK)....Makaseh...:)




No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...