Tuesday, June 19, 2012

Kau Perahu Yang Tertidur Pada Matahari....


Photo By: Nanie Amat
Kg. Layang-Layangan, Labuan F.T

KAU PERAHU YANG TERTIDUR PADA MATAHARI

Dan kau tak pernah letih dimabukkan ombak
atas kesetiaan pada gemuruh peluat yang membunuh gusar pada gelombang
taufan, kau dikalahkan kerana
selalu tidak mengerti bahawa tali temali
yang dihulur kedasar lautan itu adalah
suatu doa yang apabila diucapkan
awan enggan menemanimu lagi
dan matahari juga akan merungut
kau tersisih lalu selembut bayu.

Memang lautan adalah nyawa
untuk karang-karang mengintip ikan
juga mengalun lagu samudera
dicelahnya rumpai menari
melenakan mutiara di batu-batu
adalah kau selalu mengucapkan
salam kepada penyu yang tiba
dari pelayaran jauh dan kemudian
nyenyak pada dasar pasir dekat terumbu.

Lalu, kedatangan sampan dan pelaut
adalah teman kalian yang selalu sahaja
ia bosan jika terdampar di pantai,
walaupun kadang ia terlena atau mengigau sepanjang
musim tengkujuh kerana jemu duduk di pasir.
Ia adalah resah jika ikhitiar kehidupan
untuk dapur sang nelayan tidak berasap dan menanak nasi
untuk sesuap mulut mereka yang lapar,
sedang yang menyedari kesulitan ini menganggap tangsi yang dihulur menduga rezeki di dasar laut itu bakal diberati harta kapal karam atau permata. 

Maka,
resahlah ia andai sering sahaja terdampar diselutt debu,
sedang kalau mahunya ia mengelonsor sahaja,
biar hanya mencicip anak ombak yang belajar mendaki daratan.

Kau itu sampan yang terkadang terbiar di pantai,
reputmu menjadi hitam dan kemudian menjadi puing yang lautpun enggan menerimamu kepingan yang pecah lalu menghantar kau terdampar,
sekurang-kurangnya kau rumah anak ketam yang baru belajar mengolek bebola kecil dekat lubangnya.

Kau sampan yang berjasa pada hayatmu yang selalu bermain nasib di lautan,
kadang kau pecah kerana enggan kembali ke daratan,
lalu karam, dan pelautmu kau biar tenggelam.


Yatim Ahmad
Kota Kinabalu



No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...