Wednesday, July 20, 2016

Kembara New Zealand (3): Ke Rakaia Gorge

2hb Dec 2015
Rabu

Hari yang sama. Dari deport motorhome tadi kami meneruskan perjalanan ke check point 1. Dalam Iti yang dibekalkan oleh Trip Kekawan, ari ni akan pergi ke Rakaia George- Lake Tekapo- Lake Pukaki- Twizel Holiday Park Campsite. Inshaallah akan menempuh perjalanan sepanjang 300km dengan menggunakan route 77- Inland Scenic Route ari ni. Aku teruja sangat dapat jejak kaki ke NZ, maklum la baru penah jejak kaki ke negara om puteh...ekekek...aku mulakan dengan moment sepanjang perjalanan ke Rakaia Gorge..


Menuju ke Rakaia Gorge. Mengambil masa kira2 1 jam perjalanan dari Christchurch. Simpang depan tu menuju ke arah airport. Kiranya tadi kalo terus bergerak dari airport kami cuma perlu ambil arah kanan menuju ke Rakaia. Ini masih dalam kawasan bandar. Nampak ader banyak kete, tapi masih dikira lancar dan ok je. Driver di sini aku rasa kebanyakannya agak mematuhi undang2 jalan raya. Apa taknyer kalo buat salah je akan ader driver lain call polis & sat lagi akan ader la polis mengekor. Kami memang selalu diingatkan tentang hal ni oleh En Zakri sbb bayaran samannyer agak besar. Minta dijauhkan....

Macam nak balik kampong je suasananya....:)
Motorhome group Kak T depan ni. Depa kat dalam tu 5 orang je sbb sorang tarik diri. tapi sayang deposite tak dapat balik. Kalo dapat anugerah Motorhome terbersih dan terkemas, depa la yang menang agaknyer. Memang bersih, sentiasa bersapu siap mop lagi dan ble solat atas lantai. Oleh sbb depa 5 orang je, maka kerusi tengah tu depa kekalkan sebagai tempat makan. Tak tukarkan jd transformers. Kat sini dah mula tak nampak banyak kete...sesekali berselisih dgn kete dan motorhome lain. Yang menariknya kalo berselisih je dgn motorhome dr syarikat yg sama depa mesti nyalakan lampu 2x sebagai isyarat "Hello"...sporting sangat :)


54 km lagi
Tiba di Rakaia Gorge nanti ader aktiviti naik Jet boat menyusur sungai Rakaia katanyer. Jika berminat ble la join. Aku dah berkira2 untuk mengurangkan seminima mungkin segala aktiviti yang melibatkan kewangan. Hehehhe......Fakir sungguh rasanyer. ala kalo nak merasa naik "Jet boat" kat Sabah pun ader. Dah puas dah naik boat yang tak berapa nak laju tapi menyusur sungai juga....ekekek ....#ayat penyedap hati. Kalo korang kaki hiking, banyak masa, ada duit lebih, aktiviti hiking mungkin sesuai dan agak menarik. Yang ini stamina kena mantap, kaki kena kuat sebab kita akan melalui beberapa kawasan hutan dengan ditemani pokok2 renek sebelum mendaki. Sepanjang perjalanan akan dihidangkan dengan pemandangan yang cantik, akan jumpa bekas runtuhan benteng, akan melalui glasier, jumpa tapak lombong arang batu dan sebagainya. Untuk sebarang tempahan, ble hubungi:-

Methven i-SITE Visitor Centre
160 Main Street
Methven
Phone 03 302 8955

Lembu meragut rumput
Pemandangan menarik di sepanjang perjalanan. Rumput pendek ke hijauan sujana mata memandang

Gunung ganang
lembah nan indah. laluan menuruni bukit untuk sampai ke bawah sana. 

aku ingat dah sampai rupanyer belum lagi...:)


Horeee...sudah sampai akhirnyer. Kami ambil gambar lebih kurang. Airnya berwarna putih susu- kehijauan,  mungkin sbb hujan, sbb aku tengok kat video, ada kalanya air sungai berwarna biru jernih. Angin agak kuat kat sini tapi tak sejuk sangat. Sementara depa naik jet boat kami amik kesempatan utk masak air tapi malangnyer dapur tak ble guna. Kena ada mancis utk hidupkan api. Masalah tu kami dah bagitau pada EA dan dier pun dah tolong untuk cuba hidupkan, tolong bagi mancis. OK dah tu alhamdulillah... Dah mula dah dengar ader yang merungut. Mula tu dengar aje, tapi bila dah sentiasa di ulang suarakan, macam perlu ditegur dan perlu diperbetulkan. Malu kiter kalo terlalu banyak merungut. Bukan tak ble nak komplen sangat tapi salah tempat, kalo nak komplen rasanya kat depot tadi adalah tempat yg paling sesuai. Tapi masa tu tak pasang api lagi. Mana nak tau dapo ni elok ke tak. Cuma apa yang boleh diambil ialah sentiasa berfikir positif, ini la rezeki kita jadi terima aje la.


Rakaia Gorge Bridge berlatar belakangkan Mount Hutt
Jet boat Tours
Selain dr aktiviti jet boat dan hiking ni, ble juga pg mancing. sediakan pancing sebelum hujan :). Tapi untuk trip kekawan depa cadangkan untuk naik jet boat ni. Tak paksa, kalo nak naik la kalo tak, lepak2 di pinggir sungai pun ok. Angin agak kuat sini tapi tak sejuk sangat. Kalo nak naik Jet boat ni, bayarannya adalah NZD50 (dewasa), kanak2 NZD30. Kami tak naik sbb....sayang duit. hehehh.... Aku cadangkan jika ada banyak masa, ada duit lebih...ble la join aktiviti la. Aku dah tengok video nyer. Best gilerrrr.....rasa macam nak tercampak aje dr boat ni, laju! Tapi jangan risau driver boat memang seorang yang pakar dan berpengalaman tak de sangkut punya. inshaallah...



Ble tengok Video ni...:D...dapat dari Youtube..


Bersambung.....

Tuesday, July 19, 2016

Kembara New Zealand (2): Bermulanya Siri Kembara bersama Trip Kekawan.....

2hb Dec 2015

Pagi yang enak tapi sejuk...domestic arivval hall sdh mula bz. Tengok orang lalu lalang, mengantuk gilerrr tapi macam tak berapa ngam nak tdo dgn orang yang lalu lalang depan ko. Apa tak ngantuk, kat Malaysia baru jam 2 am kot... ZzzzzZZZZzzz...Nampak mentari dah mula nak up, memang cantik tapi sejuk... dalam keadaan macam ni aku berharap sangat wakil trip kekawan tu datang awal. Bosan gilerr dari semalam dok kat sini. anak2 selamba je tdo atas lantai mesti depa rasa macam kat rumah....:). Untung anak2 zaman skg kecik2 dah merasa pg mengembara. Kalo berkemampuan bagus juga cara ni, bila anak2 dah biasa tengok dunia luar minda mereka akan lebih terbuka, berani memberi pendapat & yakin diri. Bukan kata yang tak mengembara dr seawal usia tu tak bagus....kami2 ni pun dulu lambat juga keluar dr kepompong tapi masih ble berfikir di luar kotak. cuma pandai2 cari cara nak kembangkan minda dengan caara positif....:)

Akhirnyer sekitar jam 9 waktu NZ, En. Zikri pun datang....beliau minta wakil 2 orang setiap group untuk ikut depa p depot motorhome. Untuk group kami kak Has n Zymah yang p. Benar la, sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Lepas depa p, kami yang tinggal ni kena tunggu lagi. Lama gilerr, aku ingat dalam jam 11 baru depa datang semula ke airport, memandu motohore dengan gaya mutu dan keunggulan sekali. Hahahhahah.... Tapi faham sungguh urusan pengambilan motorhome tu bukannyer mudah dan dapat selesai cepat lagi2 kami dalam satu kumpulan yang agak besar. Aku ingat ada lebih dari 15 motorhome yang dibooking oleh trip kekawan utk sesi kembara kami (2hb-9hb Dec 2015). Semua dokumen yang diperlukan sdah di sediakan dari Malaysia, kad kredit (Kak Lia yang ada kad kredit tak jadi p, so kami ader Zymah, alhamdulillah juga ader geng yang guna kad kredit, bukan macam aku yang sakai sangat, 1 kad kredit pun tak ada, kad pengenalan je ader...:p), lesen, pasport, wang tunai NZ250 sbb tukar motorhome dr manual ke auto, tapi sebenarnya depa mmg tak dak yang hok manual punya, yg tinggal hanya auto).

Motorhome ni masa kiter amik memang dah ader minyak penuh so tak yah kalut. Jalan terus aje.....Dari airport tadi kami balik semula ke deport utk jumpa group Kak T, jalan seiring dan senada, katanyer....:D

mula berkemas masuk "rumah" untuk sepanjang 1 minggu ni.
Ini kira 1st time aku naik motorhome. Agak teruja plus sakai sket...:p. Aku ingat geng aku yang lain ni pun sama tak penah naik motorhome. ker ader yang penah naik motorhome buatan sendiri? Ker sakai juga tapi buat2 releks...Hehehhe...Walauapapun memang sangat menyeronokkan. Buatannya cantik, kemas dan selesa. Salu tu tengok aje dokumentari kat astro pasal campervan, motorhome, ferryhome (ader ke yg ni...;p)...kali ni baru nampak yg real punya. Masa ni kami tak jumpa lagi group Kak T sbb depa kan bermalam kat motel, so dr sana depa semua bergerak ke deport. Senang la kan, maka depa tunggu kami kat sana.

apollo
Ruang dalam. Ruang atas yang ader tuala tu  ble buat tempat tdo kalo malam. 2 orang ble tdo sana. 3 orang pun ble, tapi sejuk gilerrr kalo malam. 
Cantikkan. Ini ruang dalam motorhome. Sepanjang perjalanan aku duduk kat depan jadi Co-Pilot. cuma 1 kali tu tukar driver dan tukar sekali co-pilot. Sudahnyer membebel tak pandai nak tengok GPS dan tension si kawan satu lagi asyik marah...:p Ok je.... memang 1 minggu ni aku la yg akan duduk sini jadi co-pilot sepanjang masa. Lagi satu, ini port yang paling strategik utk amik gambar. Bukan susah mana pun, tugasnya cuma:-

1. Setkan GPS (setiap lokasi yang nak dituju)
- Mulanya aku pun tak pandai guna . Tak yah malu, aku memang mengaku ini 1st time aku jumpa GPS (maklum la baru keluar dr gua semalam :p). Tapi Zymah ajar aku dengan baik (sbb depa yg pg depot semuanya di ajar masa tu), tak tau dia ulang balik tanpa meninggikan suara. Alhamdulillah bila praktik kan ble buat.

2. Lepas set kena sentiasa peka setiap kali cik GPS bersuara. Sesekali ko jeling2 je GPS tu. Hahahah.....Kalo dah nak dekat simpang dier akan cakap masuk simpang kiri ke kanan. So bagitau je kat driver, lagi berapa meter hang kena masuk simpang depan (kiri-Kanan) sambil tangan ko tunjuk arah simpang nak masuk tu. :D .Ok part yang tangan mengawang tu tak wajib. Itu sebagai pelengkap kepada pemahaman driver ko je. Kalo dier jenis yang tak panik atau bingung dia tau arah kiri atau kanan tanpa perlu ko menyemak mengawangkan tangan.. ekekekke.... Zymah ok, dier paham kiri-kanan, aku je saja nak senaman tangan...;p

3. Bila dah parking, ok tugas ko ialah off kan GPS tu. Yang ni aku tak tau wajib ke tak tapi dah biasa setiap peralatan kena off lepas guna.

4. Tugas2 lain
- Sentiasa ajak driver bercakap. JANGAN TIDO!!...tapi sesekali aku terbabas juga! hehehhe..tak tahan ngantuk giler! Tak sama kot jam tido aku kat Mesia...;D
- Kalo ko sedang makan jajan ko pun kena tanya driver sekali, "ko nak makan @ nak minum? Kalo dier kata nak, ko kena ambilkan dan tolong bukak kan.....Baik tak aku sebagai co-pilot?ekekekke.....tapi aku salu join kak Has makan kuaci, so Zymah tak ble la makan...:D :D :D
- Sesekali ko kena amik gambo masa dier tgh drive, juga gambo kat luar tingkap. ekekekk....dier pon nak simpan kenangan kan. Guna hp dier adalah sebaik2nyer. nanti kalo dier berehat ble dier tgk2 balik :)
- Co- Pilot tak ble panik kalo salah jalan atau terlepas simpang, cakap dengan nada biasa (jgn tinggikan suara kang driver tersalah pijak break, kiter juga yg tersadung ke depan...ekekekek....) kat driver, ok ko releks....pandu terus sampai roundabout, pusing balik...bla...bla...bla.... Ikut je arah cik GPS tu, sbb kalo tersalah simpang dier akan bagitau petujuk jalan baru, situ2 juga...so tak yah panik.

Dalam kami 6 orang ni ader beberapa orang yang ble bawa kete auto kecuali aku. Aku terus terang aje, seumo hidup memang tak penah pegang auto punye gear. Bukan atas alasan rabun ke, tak berani bawa ke tp mmg tak pandai nak bawa. Karang aku drive, memang ke gaung la kiter ye....So driver ada 2 saja iaitu Zymah dan Kak Yan. Dua2 ni ok ble jadi pelakon fast furios.....teror giler walau naik bukit, menuruni curam, tepi tasik...semua ok.

Ruang belakang. Yang ni boleh di transfomer kan jadi bumble bee katil...Masa nak tukar tu, dah banyak tangan yang buat memang tak ble juga buka. Keras gilerr. Akhirnyer terpaksa minta tolong dari group lain tolong bukakan. adik tu buat kejap aje. 
singki dan tempat memasak. Aku kalo part mengemas, bersihkan singki dan dapur ok aku ble buat tapi jangan bagi aku cuci pinggan bekas ko makan. Masing2 cuci sendiri, sudah. Sebab aku sendiri pakai tupperware bawa dr Malaysia. Pakai juga pinggan dalam ni tp jarang. Nikmat sekali rasanya makan dalam tupperware sendiri rasa macam kat dapo umah aku je...wpon sebenarnyer makan kat motorhome ni....
Permulaan perjalanan ni agak lucu aku rasa, bila ingat balik. Hehhehe (skg la br rasa lucu, masa kejadian aku rasa agak pelik, heran, ajaib- asal ko macamni? hantu mana yang tengah menyampok kami ni, ker ader hantu Malaysia ikot dalam motorhome ni) Takut atau terlebih teruja..tak tau la. Semua pun tak ble, duduk belakang tak ble, padahal itu kerusi kot, aku tgk org lain duduk belakang juga. Ader banyak lagi la perkara pelik tapi malas nak cakap. Tapi ader beberapa perkara juga yang aku setuju. Contohnyer Yang part tak ble guna tandas tu aku setuju sangat. Memang kami tak guna pun. Walaupun sekali. Ker ader yg penah guna diam2...? ahaaa, baik cakap ;p....Sape berkeras juga nak guna ko dumping sendiri. Proses dumping tu pula kena keluar duit so pakai duit sendiri...hehhehe....Jadi tak de sorang pun guna. Walaupon ader juga yang tak puas ati. ekekek......macam2 ragam kan. biasa la mengembara berjemaah gini la situasinyer.

Kadang2 kalo orang diam tak menjawab bukan bermakna dier suka @ dier redha dengan rela apa yang kiter buat tapi lebih kepada tak nak gaduh2. Ader seminggu kot kiter akan bersama2. Sebagai seorang yang dah dewasa pandai2 la kawal emosi, cuba berfikir rasional dan berfikir di luar kotak. Tak semua org ble terima cara kita, jadi seorang yang flexible dan bertolak ansur.  Kalo plan A tak ble, kita amik plan B dan keputusan yang diambil perlu la dapat persetujuan ramai. Benda ni semua tak perlu cakap kot, kita semua ble fikir...tapi tak tau la pada awal pengembaraan ader2 je tapi sbb masing2 diam benda tu tak jadi besar. Emm.....Ok lupakan kita dah minta maaf masa hari raya aidilfitri hari tu, jadi jangan ulangi di masa akan datang...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

Bersambung.......

Kembara New Zealand (1): Tiba di New Zealand

1 Dec 2015

Setelah mengharungi penerbangan selama 3 jam 30 minit (lebih kurang) di atas awan, akhirnya kami tiba di Christchurch Airport... Yahooo.... aku bantai tdo aje sepanjang perjalanan. Bukan ble buat apa pun, Tgk luar hanya ada awan, buku? aku tak bawa, buat berat aje. Beza masa antara Australia dengan sahabar baiknyer New Zealand adalah 3 jam (Beh kurang). Urusan kastam & Imigresen berjalan lancar tanpa halangan. Kiter dah buat ikut aper yang Tok Guru pesan. Maka, inshaallah semuanya ok...:) Aku bawa je makanan dalam 1 beg sederhana besaq, bawa juga nescafe, bawa biskut berasaskan coklat, bawa beras, makanan tin, bubur dalam paket, maggie (wajib)....tapi semuanya aku declare dalam 1 kertas panjang menjela...Ok yang tu tipu ;p....1 helai je seblah menyebelah. Oh ye, sardin aku kena buang la masa nak checkin kat airport Melbourne. Sebab aku tak simpan dalam beg msk kargo. Aku ingat sempat nak makan sambil tunggu masa nak berangkatkan, emhhh....tapi sbb kandas kat kaunter sbb kena bayo AUD 100, lupa nak makan. Padahal aku ada bawa nasi tu. Nasi yang Kak Nana masak semalam. Lebihan...eh elok lagi. Jangan membazir :D

di perkarangan airport, saje membuang masa. Malam ni checkin sini kot, buat2 la mcm rumah sendiri ye.....:p
Malam ni nampaknyer kami akan berkampong kat airport ni. Dah nampak dah 2, 3 group yang join sekali trip kekawan. Depa pun sama tdoq sini juga. Kami lepak kat level int. arrivals hall tu sbb katanya En. Zikri akan jumpa kat sini. Aku tengok ramai je yg lepak kat situ termasuk la geng mat salleh yg siap bentang tilam 4 segi, bukan sleeping bag ye. Itu aku tau la bentuknyer. Ini tilam, bila dia lipat jd 4 segi besaq tapi yang bagusnyer tilam dier tu senang nak kemas, macam beg doremon aje. Hehhe...teringin pula nak beli. Tengah malam tu ader beberapa pegawai suh kami naik ke domestic arrivals area. Katanyer kat atas lg selesa. Padahal depa tak nak para pelancong yg baru tiba nampak " kebersepahan" para gelandangan seperti kami berada di mana2 ruangan tersebut, hingga menampakkan kesemakan......ehehehh.....sorry eh kalo korang pun termasuk dalam cop "gelandangan". Eh sambung cite pasal tilam Mat Salleh, dier pun kena halau juga. Pastu aku tengok dier lipat 2 tilam tu, then tutup  macam beg. Yang bagusnyer ader pemegang pula tu, kalo tak tengok dier baring tadi, mesti tak perasan yang dier usung tu tilam. Cuma itu la besaq gedabak cuma nipis a. alaa.....macam kiter usung frame kanvas, macam tak biasa pula...:p

pelbagai info berguna
Kat atas ni memang selesa, sebab kat atas ni juga ader cafe. Tapi bila cafe tu buka tak selesa dah nak terbaring kat sofa nan empuk. Terpaksa cari port lain. Kat atas ni juga ader tempat utk charge hp. Bagus. Malangnyer tak ada wifi free. Kedekutz. Bila tak dapat tido plus sejuk, mula la teringin nak minum ayaq panas, dengan tebal mula mintak ehsan air panas kat cafe. Nak bayar tapi dier tak nak. Moga murah rezeki ko nak....:) Ble la makan maggie dan nescafe buatan sendiri. Alhamdulillah......

sekitar ruang ketibaan antarabangsa
Zymah n Pinguin :D

selepas di halau...ekekek
Kami beramai2
Kami ahli sukan negara..wekekekke.....

P/S: Sebelum meneruskan cerita ni dengan lebih panjang lagi elok la aku memohon maaf terlebih dahulu kepada kawan2 andai cerita ini nanti akan menyinggungkan perasaan kalian. Memang akan ada banyak luahan perasaan/ teguran. Agak pahit tapi itulah kenyataannya. Setiap kita ada kelemahan dan kekuatan masing2, dan mungkin ada ketikanya antara kita terkhilaf sesuatu, rakan disekeliling la yang bertanggungjawab menegur dan membetulkan agar kita sentiasa berada dalam landasan yang betul. Bila mengembara, perkara paling penting, kena jaga hubungan persahabatan agar siri kembara itu menjadi menarik seperti yang kita harapkan. Tak ada istilah ketua. kita semua adalah ahli. Cuba bertolak ansur sesama rakan, berfikir di luar kotak/ positif, berbincang dengan baik. Aku sangat mengalu2kan teguran dari rakan2 jika aku tersilap sesuatu tapi mohon jangan dengan cara yang kasar. inshaallah teguran itu ble diterima dengan hati terbuka....
Bersambung.......:)

Travelog New Zealand- Australia (9): Hari Terakhir di Melbourne

1 Disember 2015
Selasa

Hari terakhir di Melbourne. Group Kak T dah berangkat semalam ke NZ. Mulanya kak Has plan nak bergerak awal ke airport, tapi bila kak T wsap, kat NZ sejuk gilerr, kami memutuskan utk bergerak ke aiport pd jam 12.00. Pagi ni kena cari long john dulu di QueenVictoria Market (QVM). Kami berkemas awal, check out, simpan barang kat stor kemudian naik tram ke QVM. Senang aje tunggu tram kat collin St. Stop 2, depan hotel tu je  dan selang beberapa hentian baru turun. Oleh sbb aku, kak Has n kak Yan tersilap turun di hentian ke 4, maka kami jalan kaki menuju ke QVM. Nak jalan kaki dari hostel ni pun ble sebenarnyer, kalo macam kiter jalan kaki mengambil masa 15 minit. Kalo Mat Salleh 6 minit :). Ader je group aunty2 dr Malaysia selamba je jalan kaki dr hostel. ok je.. Aku cadangkan kalo tak mengejar masa, hanya sekadar santai2, elok la jalan kaki sbb kalo jalan kaki ni kiter lebih cepat kenal jalan, lorong, bangunan dan sebagainya...:)Tak sempat amik gambo depan bangunan sbb sampai2 je masuk tempat buah2an ni, tak jumpa pintu gerbang :D

Pasar yang bersih
Wah best nyer tengok buah2an segar bugar. Rasa nak beli aje pelbagai jenis. Tapi apa kan daya, bila memikirkan akan ader "road block"kat kastam nanti, tak jadi la. Banyak sebenarnyer aku nak rembat tapi kalo nak beli skg kena angkut pula ke NZ, bertambah la pula berat beg, jadi aku sabarkan hati, nanti masa balik kami akan singgah sini semula 1 hari sebelum balik KL. Jd masa tu la kiter abihkan duit. Misi ari ni cuma beli long john cap ayam ;p dan aku beli beberapa biji buah epal utk makan kat airport nanti. Seb baik perut aku ni jenis tak meragam minta makan itu ini bila mengembara, makan simple2 pun ok, jadi utk persediaan beli buah utk alas perut.


Dalam pada tu sempat lagi aku mengira2 hari apa masa balik sini nanti.. Sebab, kalo nak mai QVM ni bukan ble main terjah je tak tengok hari, nanti rugi je datang, alih2 tutup. QVM ni buka setiap hari kecuali hari Isnin & rabu. Juga tutup pada masa cuti umum.
                                                             
Masa beroperasi:

Tues & Thurs: 6am – 2pm
Fri: 6am – 5pm
Sat: 6am – 3pm
Sun: 9am – 4pm
*Specialty Shopping *
Tues & Thurs: 8am – 2pm
Wed: 5pm - 10pm
Fri: 8am – 3pm
Sat: 8am – 3pm
Sun: 9am – 4pm


antara patung yg comel

omelnyer...emhhhh....
Sekumpulan pelajar sukan bersama cikgunya....
Dah dapat apa yang dicari kami pun balik semula ke hostel untuk ambil barang dan bergerak ke airport. Ini kali pertama kami menaiki Virgin Air, jadi kena datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Flight kami dijadualkan berlepas pada jam 3 pm. emmmm.....ader masalah sebenarnyer...:(. Tapi tak pe la, sebagai pengalaman dan pengajaran, lain kali dah tau dah & inshaallah sejarah tak kan berulang. Cite nyer macam ni, kami dapat tiket super saver. Sangat murah. Aku ingat dalam RM 200++ seorang. Masa dapat emel dr Virgin Air, Kak Has dah forward kan pada kami dan minta kami check balik. Mana la tau ader benda yang terlepas pandang ke apa kan. Tapi masa tu masing2 sibuk jadi benda tu berlalu begitu saja tanpa sempat dilihat. Ingatkan depa bagi free luggage 30kg utk semua rupanyer langsung tak de, macam AA juga kena beli asing. Jadi kena bayar soran AUD100. Gile mahal....nak nangis rasanyer. Nasib baik aku tak beli banyak tadi kat Vic. Market. Ader la juga duit lebih. Heheheh....ini la namanya pengembara fakir...;p Bila jadi perkara macam ni sangat menguji... semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling memahami. Aku ingat diantara kami, sorang pun tak de nak meletakkan kesalahan tu pada bahu sape2. Sungguh.. Memang dalam hati kami berempat rasa... aduhhhh sayangnyer duit (hehheh.... dan agak panas pd cik kat kaunter yg sinis sungguh) tapi setiap kami saling bagi motivasi, "ok...takpe bukan rezeki kiter, mesti ada hikmah disebaliknya". hehehhe....jadi bila macam ni, sesi kembara seterusnya akan lebih santai dan gembira.

Bila berlaku macam ni, kita la sesama kawan yang akan bahu membahu saling membantu dr segi kawalan emosi dan sebagainyer. Masa tu ader juga group yang bakal menyertai Trip kekawan tapi depa tak de tanya apa masalah dan sebagainyer, padahal ader je kat kaunter sebelah. Takut kami nak pinjam duit kot. Memang tak la kan. Harap2 tak de la dalam hati ni pegang prinsip "aku2 kau2".. Nak senyum kat orang pun berat sangat. emm......

Hargailah kawan2 disekeliling kita, walauapa pun dia punya karektor sebab kita sdh kenal kawan kita secara fizikal dan hatinya. :)


Thursday, April 14, 2016

Travelog New Zealand-Australia: (8) Menyusur Sungai Yarra..

Bersambung dari Part: 7

Sungai Yarra

Hari yang sama.

Oleh sebab depa tak naik2 lagi ke bilik, aku amik keputusan untuk mengambil angin petang dan menyusur Sungai Yarra. Jam masih awal lagi dan sangat rugi kalo aku biarkan masa berlalu begitu saja. Nak layan mata mengantuk, bila2 pun ble. Nanti balik Kampong aku cover balik masa tido yang tak menentu kat sini. Cewahh...ble gitu?? ekekke.....

Turun dari hostel, aku pilih haluan kiri untuk menuju ke Sungai Yarra. Aku ble pilih jalan mana yang aku suka, sebab aku dah hafal. Cewahh...agak berlagak kat situ. ekekek...bukan la. Ini sebagai motivasi kepada diri sendiri. Aku bawa bekal pamphlet, jd aku tau kedudukan sungai Yarra beberapa blok dihadapan sahaja dari Ibis hostel ni. Jadi, biar lorong mana ko amik yang penting terus ke hadapan, pasti akan sampai ke tebingan sungai. Cuaca agak mendung, dah terlanjur aku turun, aku berharap sangat...sangat...sangat agar hujan tak turun.

Bangunan berciri klasik yang masih dijaga rapi
Betul la, dengan cuaca.. bukan lawan untuk kita berkompromi. Tiba di perkarangan Fed Sq. angin kuat dan hujan turun agak lebat. :(( aku tunggu sat hujan teduh. Nampak nun di seberang sana ader mentari dicelah2 awan. Ok...ader harapan untuk aku meneruskan perjalanan. Dah tak ramai orang di perkarangan Fed Sq. masa ni, mungkin sebab dah nak petang, atau sebab hujan atau sebab hari ni hari keje??

diperkarangan Fed Sq. Kalo hujan dan berangin, fungsi payung tu macam dah tak berguna. Betul...rasa mcm berlawan dengan angin. biasanya angin akan menang :D

Melbourne City Town Hall
ACMI
Seberang nun...damai aje....tempat orang beriadah
Pemandangan Southgate area dari tebingan Sungai Yarra
Bangunan Arts Centre dari kejauhan. 
Jika berkeinginan, berminat juga jika ada duit lebih, boleh juga singgah ke Art Centre ni. Terdapat bannyak persembahan dijalankan di sini, daripada teater, muzik, tarian, sarkas, opera & sebagainya. Ble rujuk web https://www.artscentremelbourne.com.au/ untuk jadual persembahan dan harga tiket. Aku tak mai singgah sbb memang tak dak berhajat. Kalo masuk juga abih la lariiii bajet yg sudah sememangnya ciput sebab kat sini bukan saja boleh menonton persembahan tapi ader banyak kedai yang boleh merambangkan mata bagi kaki2 shopping ;p























Alhamdulillah hujan dah mula reda, aku pun mula bergerak ke seberang sana. Mula2 turun ke tebingan sungai. Rupanya kawasan ni laluan untuk jogging atau berbasikal atau laluan pejalan kaki. Dan katanyer kadang2 ader juga aktiviti berkayak dijalankan di sini. Sayang, masa ni tak de apa2 aktiviti berlangsung di sini. Aku bergerak ke yarra footbridge. Kebetulan pula terserempak dengan si DD (rakan yang sama2 ke GOR ari tu). Malas nak kacau DD sbb aku tengok dier tgh bz "bersiaran langsung" dengan video nyer...:)

Yarra Footbridge
Berdekatan dengan Jambatan ni juga, terletaknya jeti bagi Melbourne River Cruises. Jika berminat menikmati keindahan kota Melbourne dari sisi Sungai Yarra boleh la mendapatkan tiket di office depa yang berhampiran dgn anda. Office depa ada kat Flinder St., Federation Wharf dan Southgate Promenade. Ble booking online juga.








Burung bersantai di tebingan Sungai Yarra



Sungai Yarra berlatar belakangkan bangunan pencakar pangit di CDB

rangkaian landasan keretapi di Melbourne

arca di Birrarung Marr
Dari Southgate area aku menyusur ke haluan kiri, sebab kat situ lebih santai dan ada banyak taman. Kadang2 aku berselisih dengan beberapa orang yang berbasikal, jogging dan dating juga...ekekke....santai aper kat sini, jauh dari gangguan orang yang lalu lalang, tapi sebenarnyer agak bahaya utk berjalan sendirian dalam gelap. Tapi dah terlanjur berjalan agak jauh aku teruskan ajer la. Aku sebenarnyer takut hujan turun sebab tak bawa payung & mcm tak banyak tempat nak tumpang berteduh. Akhirnya aku tiba di Swan St. Bridge. Di sebelah timur jambatan ni terletaknya Sidney Myer Misic Bowl. Jika berjalan ke depan sikit akan jumpa Royal Botanical Gardens & di sebelahnyer terletak bangunan rumah kerajaan. Kalo tak memikirkan hari dah nak gelap, nak ajer rasanyer berjalan hingga ke Morell Bridge tapi apakan daya, akur saja la hingga ke Swan St Bridge dan berjalan terus untuk kembali ke pusat bandar. Ader juga hujan turun tapi renyai2 manja. alhamdulillah.

St Paul Cathedral di waktu malam
Flinder St. di kala malam..
Akhirnya aku sampai di bilik. Alhamdulillah selamat dari hujan. Jika berkesempatan ke Melbourne aku syorkan keluar la bersiar2 amik angin di waktu malam. Suasananya lebih ummhhh, lebih menawan, lebih mengoda.....Kami sembang2, rupanya depa bukan p naik bas city sighseeing tu sebab mahal. Depa lama jalan2 kat bawah cari kedai monopod. Ohhh...ye la semalam kan pegi GOR, payahnyer selfie guna tangan, nampak muka besaq. Masing2 mengelak nak pegang phone bila tiba nak menyelfie...ekekekek. Ahernyer Kak Nana berjaya membeli monopod, ehhhhh....panggil ape ek? stick ke? I org kampong, mana tau pasal benda2 ajaib ni. Wekekekekke.....aku panggil monopod ader org marah. Aku pun confius, apa salah aku???? #sambil hentak2 kaki!! :p Satu aku tabik ngan Kak Nana. Dia seorang yang selamba dan muka tebal. hehheh....jgn marah Kak Nana ya. Aku ngan kak Nana sama je, "Spanyol" kami ke laut banyak. Ntah2 Kak Nana lagi ok. Zymah kata masa nak beli monopod tu, Kak Nana nak tya camane nak guna. Dier p belasah aje cakap melayu pd penjual tu, tapi yang peliknyer penjual tu pun paham. Sampai kat NZ monopod tu tak ble guna. Aduhaiiii...hehhehe! Bukan rosak tapi tak pandai nak guna ke aper.. ntah. Cane eh Kak Nana? hehehh.....

Kalo berhajat nak naik bus city sightseeing ble p kat web depa untuk skodeng harga tiket dan jadual perjalanan.  http://www.citysightseeing.melbourne. Ader pakej untuk 24 jam dan 48 jam. Semalam aku tengok kat blog mana ntah, ader harga AUD 19/= per1. Perrghhh...cuba ko tukaq duit Mesia....Rm55++ beb. Ni tgk kat web depa ni pula kalo yg 24 jam punya pakej AUD 35/=adult. 48 jam: AUD45/=. Emhhh....Time kaseh. Cik Nanie kalo rasa diri adalah pengembara fakir, baek tak yah. Rasa agak mahal. Sungguh. Jalan terbaik adalah naik tram percuma no 35. 

Malam tu aku ngan Zymah turun balik cari Cyber cafe untuk print tiket flight kami. Kat Ibis hostel tu ader juga komputer siap dengan talian internet katanyer. Meh aku bagitau, kalo berhajat nak cari info kat internet atau nak print tiket macam kes kami ni, aku syorkan elok la hang turun bawah aje. kat bawah sepanjang beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu ader beberapa CC yang tak makan duit hang secara percuma. Betul.. Kat Ibis hostel tu makan masa 1 jam looding tak abih2, buang duit aje. Aihhh la.... sabaq2.... kat CC beberapa blok dari pintu Ibis hostel tu, kami masuk tak sampai 1 jam urusan selesai. Alhamdulillah....

Bersambung.....




Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...