Saturday, February 15, 2020

Niena Di Japan: Gotemba Dalam Kenangan......(Part 13)

18 Dec 2019
Rabu
Hari Ke-10

Hari ke-10. Macam tak lama lagi nak balik......😰

Ok hari ni, cadangannya kami akan ke Gotemba Premium Outlets. Tempat yang memang aku tunggu2 nak pegi. Aku dan S dah berangan nak rembat kasut time happy hour, macam Kak Zaleha dapat ari tu. Malam tadi KH dah pesan kita gerak dalam 8 am katanya. Sempat pula kami malam tadi pegi cuci baju kat tingkat 3. Mesin tu kecik, jadi kena masuk baju sikit2, pusing punya lama. Siap set jam, pukul 2 turun bawah pegi tengok baju. Turun2 pintu pula kunci, call depa tak berangkat. Jam 2 kot...orang semua lena diulit intan. Naik balik, sambung tido... lepastu subuh2 bangun amik baju. Jadi pagi ni, rasa macam badan melayang2 tak cukup tido. Tapi sebab terbayang kasut di Gotemba terus semangat datang balik..😝

Kali ni aku sembang berdasarkan gambar je....Tulis panjang pun bukan ader yang baca. Kan....😢😅
Simple tetapi menarik. Memetik kata2 Remdambul: "Bahagia itu tidak semestinya sentiasa mendapat yang terbaik, tercanggih dan terulung, TAPI bahagia itu adalah apabila kita tahu memilih apa yang kita mampu dan kita suka apa yang kita dapat".
dari hostel menuju ke Stesen metro
Nak pegi Kanda Station, dari sini ambil Ginza Line
  • Asakusa Station: Ginza Line (Local Shibuya, 6 stops)--> Kanda Station: Chuo Line( Rapid Ome, 3 stops, Platform 6)--> Shinjuku Station
  • Shinjuku Station: JR Shonan- Shinjuku Line (Via Tokaido Line)--> Kozu (Kanagawa) Station
  •  Kozu Station: JR Gotemba Line--> Gotemba Station
  • Gotemba Station: Ambil shuttle bus menuju ke outlets
 Kos sehala ialah $1980 yen bersamaan RM 74.58 sehala. Kami guna JR Pass sepenuhnya.

Sampai kanda station kena jalan kaki pula menuju ke JR Station
Suasana tenang di pagi hari. 
Gotemba Premium Outlets (GPO) merupakan antara salah satu tempat untuk bershopping paling popular di Jepun. Ia terletak di Bandar Gotemba, berdekatan dengan Gunung Fuji, tidak jauh dari Hakone. Ianya terkenal kerana terdapat lebih 200 kedai, restoran, food court dan high ferris wheel setinggi 50 meter. Kalo ko rasa macam penat berjalan kau naik la ni dulu, boleh hilangkan penat. GPO menawarkan pilihan item daripada fesyen, sukan, peralatan rumah, makanan, elektronik dan lain-lain. Pendek kata sekecil2 barangan harian hingga lah kepada barangan mewah semuanya boleh di dapati di sini. Harga? Yupp...mungkin tak la murah gilerr kan tapi kualitinya inshaallah puas hati! 
Mencari lagi
Perjalanan menuju ke Shinjuku
Dah sampai ke Shinjuku. Ini nak naik train Tokaido line menuju ke Kozu pula. 
Lempar pandangan ke luar tingkap ...layan perasaan. Perjalanan yang lama, memakan masa 1 jam lebih
Sebenarnya ada banyak cara untuk membolehkan kita sampai ke sini selain menggunakan train. Boleh rujuk: https://www.japan-guide.com/e/e5213.html untuk maklumat lebih lanjut...
Tiba di Kozu Station, tukar train JR Gotemba pula....Macamana nak cari platform? Ikut je signboard macam kat dinding tu....
Tiba di Gotemba Station...
Train dah sampai jom naik....
Mana satu nak pegi kiri ke kanan?
Tengok ni dari sini pun boleh pegi Kawaguchico. Maknanya tempat ni berdekatan sahaja. Aihhhhh......2021 kita kasi jadi ya!
Kami nak cari kat mana bus stop untuk p Gotemba, mengekor je kat mana ramai orang turun. Budak2 sekolah tu ramai turun ikot sini.....
Kami
Sunyi je kan...
Yokoso Gotemba!
sempat selfie kat sini
Tak nampak signboard atas tu tadi sebab memasing mata terpasak kat kedai Family Mart....Lapar! Aku pun sama, kau tau tak ini la hari pertama aku merasa makan Onigiri sepanjang 10 hari di sini. Selalu aku pandang aje, Sebab takut tak masuk tekak. Ari ni sebab lapar kan, rembat juga 2...
Nampak bas dari jauh nak pegi dah....
Kawan aku siap lambai tangan minta di tunggu....😅
Tak ader! Kau lambat kau tunggu lagi 15 minit....😅
Sambil tunggu bas seterusnya, kami duduk makan Onigiri yang dibeli tadi buat pengalas perut. Baru perasan jauh juga la Gotemba ni. 1 jam lebih perjalanan nak sampai sini. Sambil2 sembang tu tiba2 KP tanya, "Eh, mana beg galas aku?". Kami masing2 tertumpu kepada dia. "Ingat balik di mana ko singgah tadi, ada pegi toilet ka?" "Nda, aku pegi Family Mart saja tadi". "Ada apa dalam beg ko tu P?, tanya KH. "Ada buah pisang dan pasport saja". Ahh..sudah! Nyawa tu... Dalam masa yang sama bas ke-2 sampai.....KH terus cakap, jom balik...tak jadi pegi Gotemba, kita selesaikan dulu ni. Semua angkat punggung, memandang bas dengan wajah kehampaan...😎✌
Bye bas....Bye Gotemba...Lain kali kita jumpa lagi.....
KH memulakan perjalanan balik. 
Dalam hati berdoa, moga2 ada la jumpa beg KP di sekitar sini. Mungkin kat Family Mart ke.....ada juga harapan untuk pegi semula ke GPO. Tempat pertama yang kami cari ialah ke Family Mart. KP tanya ada tak beg tinggal di mana2? Tak ada kata jurujual tu. Sah....Tiada lagi GPO, tiada lagi kasut, Tiada lagi Winter Coat..Yang ada kini, jalan pulang menuju ke Kozu. Bila baca banyak komen kat RTJ berkenaan barang hilang (Tolak JR Pass, kalo itu hilang, inshaallah kau tak kan jumpa lagi), 90% kemungkinan besar, kau akan jumpa balik barang tu. Mengingatkan ini, KP rasa agak lega sikit. Dia kata rasanya beg nya tinggal di dalam train dari Kozu tadi. KP tadi tertido dalam train, dier duduk sorang jadi masa bangun tu, dier tak perasan beg dier di tepi. Kadang2 takut kan nak lepaskan beg dari badan, takut kita lupa nak ambil balik. Biasanya aku sangkut kat depan badan bila duduk atau mesti silang tali beg tu dekat kaki atau tangan. Takut lupa. Hari tu Z pun lupa beg, tertinggal kat Restoran Naan tu. Nasib baik A dan KH perasan dan tolong amik. 
Baru teringat ada pisang dalam beg, tu makan pisang sambil tergelak. hehehh
Kembar, Warna baju, tudung semua sama....beg je tak sama 
Menunggu train menuju ke Kozu
Kawasan kejiranan berdekatan JR Gotemba. Tenang aje. 
Semua tunduk atau tidur di dalam train...
Tengok wajah Pakcik ni, macam wajah orang kita juga. Kesian. Nampak keletihan. Teringat ayah kita di kampung.
Yang ini driver train. Depa bagitau ada beg tertinggal dalam train dari Kozu ke Gotemba. Dia ambil catatan dan berjanji akan cuba bertanyakan pada rakan-rakannya. Depa kata kalo ada gambar driver train tadi tu kan senang dier nak kenal. 
Aku tengok gambar yang aku amik, mana la tau ader terambil gambar driver tadi kan. Oh, rasanya gambar ni boleh membantu. Gambar yang terpantul pada cemin tu. Rasa2 kalo kawan kerja kita sendiri, tengok gambar kat cermin tu boleh kenal ke tak? Lepastu depa tunjuk gambar ni pada si gadis pilot. Ya memang dier kenal...
Dier pun bagi kami, nota ni....Tambah lega hati KP. Depa tanya train ni akan terus pegi ke Numazu Station ke? Si gadis kata ya. Ingatkan pergi Kozu.
Semanis senyuman pakcik2 ni....
Tiba di Numazu Station. 
Tingginya la aihh....tangga ni. Nasib baik tak de bawa beban berat. Yang tak berhalangan ambil masa untuk solat sebelah vending machine tu
Detik2 mendapatkan kembali beg.....Alhamdulillah semua ada dalam tu, pisang dan juga pasport. 
Balik semula ke Tokyo
Numazu Station: Tokaido Line (Local Atami)-->Mishima Station(Tukar train)-(Tokaido Sanyo Shinkansen-Kodama-->Tokyo Station (Tukar train)-(Yamanote Line: Local for Ueno, Platform 4, 4 stops)--> Ueno Station

Perjalanan dari Numazu ke Asakusa mengambil masa kira2 1 jam 30 minit. Sebab dah petang, orang dah baik kerja, kami terkandas dalam kesesakan orang ramai masuk dalam train. Merasa juga la berhimpit, rasa macam sardin dihimpit kiri kanan, dah la kau pendek, bawah ketiak orang je kau mampu berdiri. 😅😅😅 Tapi bila tengok wajah depa kan, macam tak de perasaan je, kosong, tak ader menjeling, tak ada mencebik, tak ada wajah marah. Biasa je, buat hal sendiri. Kadang bila pendek ni rasa ada juga kelebihan, dalam berhimpit2 tu.....kau tak de rasa nak jatuh sebab kiri kanan depan belakang semua jadi benteng! 😅 Oh ya kami singgah di Ueno untuk pegi makan Kebab Turki, tempat makan semalam. 
Tunggu train
Perghhh.......ramai. Tapi elok je tersusun kan....
Berhimpit
Tiba di Tokyo Station, tukar train menuju ke Ueno pula
Dah penuh tak boleh masuk dah
Tersinggah pula ke Shibuya. Kenapa ye? Saja nak tengok kemeriahan malam di Shibuya Crossing
Mural comel di Shibuya Station. 1 tu je bukan mural....

Tiba di Ueno, nak makan je ni....
Tak dan amik gambar dah, masing2 lapar.....
Selesai makan, balik terus ke Asakusa. Kena kemas barang sebab esok dah nak ke Nagoya!
Banyak kali KP minta maaf. Walaupun kecewa tapi ok je la KP 😄. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita fikir positif aje. Kali ni tak boleh pergi, lain kali inshaallah ada rezeki kita pegi lagi.....Dalam kepala ni memikir dah, sebelum tido nak kena kemas barang dalam beg, harap2 baju dah kering...

Bersambung......

Rujukan:

Thursday, February 13, 2020

Niena Di Japan: Ronda2 Kota Tokyo (Part 12)

17 Dec 2019
Selasa
Hari ke-9

Aktiviti hari ni tak berapa nak rushing sangat. Jadi kami santai aje, keluar agak lewat...makan2 dulu kat hostel, sembang2....Pastu kalo dah bekumpul ramai2 tu sembang bukan main panjang, tak sedar masa berlalu....😅 Nak pegi dekat2 ni je sekitar Akihabara, pastu nak pegi shibuya Crossing tu, nak rasa bersesak2 dengan orang ramai....😅 Itu pun nak rasa ke? Yeee.....sebab dier punya "rasa" tak sama dengan bersesak di tempat lain. Hehheheh....Payo! Keluar aje pagi tu, hujan renyai2 merai'kan kehadiran kami....Seingat aku sepanjang kami berada di Japan, baru hari ni hujan. Alhamdulillah rezeki Allah SWT bagi....
Hujan
Basah bumi Asakusa. Sedap tidoq malam tadi sampai tak dengar bunyi hujan. Agaknya malam tadi hujan lebat...Kami nak ke Akihabara. Jadi kena pegi ke stesen metro bangunan sebelah tu. 
Sudah sampai
Kena turun ikot tangga belah kanan tu
Sebelum turun, ehh....jumpa pula money changer, so depa p tukaq duit dulu. 
Sementara tu aku p luaq amik gambaq. Cantik bas dier
Masih hujan
Asakusa Station: Ginza Line (Local Shibuya, 5 stops)--> Suehirocho Station--> exit 1

Apa yang aku faham dan lihat, bila kita berada di Japan, internet adalah salah satu benda penting yang perlu ada. Nampak je aku tulis perjalanan kami dari satu tempat ke satu tempat naik train mana satu, itu semua hanya sebagai rujukan, kita tetap kena tengok kat goggle map juga, bila tiba di sana. Ini terpakai untuk kami yang baru pernah pergi ke sana sahaja. Tak terpakai untuk yang selalu pegi,  yang dah selalu pegi tu tak payah tengok map pun dah tau train mana satu nak naik untuk pegi satu2 tempat kan....😅 Sebab di situ banyak giler train dier. Bingung jap kakak dibuatnyer! Berbeza dengan China, biasanya kami buat catatan awal macamana nak pegi ke satu tempat tu, dan kemungkinan besar catatan awal tu boleh diguna pakai di sana tanpa merujuk kepada goggle map lagi. Dulu2 kan macam berkira sangat nak beli sim kad China....semua bergantung pada wifi free yang selalu ada di mana saja bandar di China. 😅 Dalam kalangan kami ni ader beberapa orang yang kiranya otai Japan, yang dah pergi lebih dari 1x. Jadi depa la yang tukang tengok map 😁 Kami mengekor aje. Sesat pun ikut juga. Dah kau tak nak tolong tengok map, jangan memandai marah pula. Enjoy je...Bak kata Tok Jack sesat itu pengalaman.😆 Aku amik gambaq. Banyak je gambaq candid, video depa yang lucu2, cuma  tak tempek kat sini je, takut kena marah. Kau tau la gambaq candid macamana kan. . 😅Sebagai penulis blog (picisan sahaja), gambar adalah benda penting aku perlu ada. Bila menulis baru aku buat rujukan berdasarkan gambar, perjalanan kami hari tu, untuk dijadikan bahan menceceh kat sini. 
Pokok berdaun kuning
Kami
 Tiba di Suehirocho Station jalan kaki dalam 5 minit, ikut je singnboard dan cari exit 1. Sampai2 je......teruja lagi sekali tengok pokok berdaun kuning berbaris cantik di jalan raya. Kebetulan pula jumpa kedai menjual aksesori Iphone, jadi tersinggah lama sikit kat sini. Rakan kami KC nak tukar casing iphone dier yang pecah jadi ambil masa sikit nak siapkan. Sementara tunggu tu kitorang ambil gambar. Kawan kami ni setiap 2 tahun akan pegi Japan untuk tukar apa saja yang berkaitan tentang Iphone dier... 😅 Pada aku dia seorang yang hebat, tetap pendirian dan bercitarasa tinggi. Barangan Japan kot, semua ori. Begitu la, masing-masing ada cara tersendiri untuk membahagiakan diri. Kita tumpang gembira bila rakan kita gembira mendapatkan apa yang dia suka. 😀
Lambakan patung comel anime
Nasib baik aku bukan peminat anime kalo tidak memang rambang mata nak pilih. 
Sementara tunggu Iphone KC siap, kami ambil gambar d sini
Akihabara berasal dari perkataan Akiba yang pada mulanya ia dinamakan sebagai "Akibagahara", namun dipendekkan dan akhirnya menjadi Akibahara sahaja. Pada tahun 1869, tepatnya sebelum abad ke-20, kawasan Akihabara mengalami kerugian yang sangat besar apabila selalu berlakunya kebakaran. Api cepat merebak kerana terdapatnya bangunan kayu dan dibina sangat dekat antara satu sama lain. Ini tak boleh dibiarkan, maka pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan mengarahkan para penduduk untuk mengosongkan tanah seluas 30,000 meter persegi. Maknanya tiada sebarang penempatan dibenarkan dibina di sini. Ini adalah langkah keselamatan agar api tidak merebak ke bandar Tokyo sekiranya berlaku lagi kebakaran di masa akan datang. Setahun kemudian, Maharaja Meiji memerintahkan agar dibina sebuah kuil di atas tanah kosong tersebut. Pada zaman Edo, masyarakat setempat salah faham tentang kuil tersebut, mereka percaya bahawa kuil tersebut dipelihara oleh Dewa Akiha Daigon-gen yang mampu memadamkan api. Sejak dari itu masyarakat setempat menamakan kuil dan kawasan sekitarnya sebagai Akiba-Sama atau Akiba-San yang bermaksud "Tuan Akiba". Itu la asal usul nama Akibahara. 

Gambar ihsan: https://www.japan-guide.com/e/e3003.html
Yodabashi-Akiba
Ini kat Big Camera. Aku suka tengok gambar kat bawah tu, bersungguh A terangkan kepada rakan2 kelebihan Thormas buatan Japan. Hehehh.....
Bagaimana Akihabara mendapat julukan sebagai Akihabara Electric Town? Ia bermula Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir, apabila pihak kerajaan memutuskan untuk menjadikan Akihabara sebagai satu tempat khas untuk menjual barangan elektronik. Akihabara dianggap sebagai pusat budaya popular Jepun moden dan daerah membeli belah utama untuk permainan video, anime, mangga, peralatan elektronik dan komputer. Untuk mengangkat Akibahara menjadi pusat teknologi dan perdagangan elektronik global, maka pihak kerajaan aktif membangunkan kawasan sekitarnya yang mana kini berdiri pusat seperti Yodobashi Akibahara Crossfield dan lain-lain. 
Gambar ni aku suka sangat. Macam ader cerita dalam gambar tu kan. Mengambarkan sebuah keluarga bahagia. Si ayah sedang membuka permainan yang dibeli dari vending machine sambil diperhatikan oleh 2 orang anaknya. Si Ibu pula bertindak merakam momen tersebut. Juga salah satu cara membahagiakan diri dan keluarga....😊 Kenangan bersama anak tu yang mahal harganya. Kan... 
Jika dulu aku suka minum coke, peminum tegar la kiranya. Ingat lagi kalo nak p kuliah, singgah dulu kedai "Kita" nak beli coke, siap bawa bekal. Padahal dalam tu punya banyak gula dan bermacam bendalah merosakkan. Tapi sejak dah insaf ni 😊, itupun sebab perasan bila minum jadi sakit kepala,  aku dah berhenti dalam 80%. Alhamdulillah Allah SWT tegur dengan lembut, bagi aku berhenti minum coke. Tapi sungguh aku suka minum tu, aku tak suka pula nak kumpul2 botol dier.
Payung comel. Sebelah tu, payung samurai. Kalo balik malam2, sorang2 pula tu, kau galas payung Samurai tu kat belakang, penjahat pun lari dier ingat kau bawa Samurai betul! 😅

Dah puas meronda, kami lajak pula ke Shibuya. Pegi sana Naik JR pula.

Akihabara Station: Yamanote Line (Local For Tokyo/ Shinagawa, 12 stops, Platform 3)--> Shibuya Station--> Exit Hachiko

Perjalanan mengambil masa kira2 30 minit dan kos sehala ialah $200 Yen. Tapi kami guna JR Pass je. Shibuya adalah sebuah kawasan pusat perniagaan utama yang menempatkan 2 stesen keretapi paling sibuk di dunia iaitu Stesen Shinjuku dan Stesen Shibuya. Shibuya juga antara salah satu lokasi pusat fesyen Jepun yang terkenal terutamanya bagi golongan muda. 


Salah satu cerita terkenal mengenai Shibuya adalah kisah tentang Hachiko, seekor anjing yang setia kepada tuannya. Hachiko datang ke Tokyo bersama tuannya yang bernama Eizaburo Ueno, seorang Profesor di Tokyo University. Setiap pagi Hachiko dan Ueno akan berjalan kaki bersama menuju ke stesen train. Hachiko hanya akan menghantarnya di situ sahaja dan kemudian akan kembali semula ke stesen untuk menjemput bertemu tuannya pada petang hari. Pada suatu petang- 1925, seperti biasa Hachiko datang ke stesen train, namun Ueno tidak kunjung tiba. Rupa2nya Ueno sudah meninggal dunia akibat pendarahan. Akhirnya Hachiko dipelihara oleh sebuah keluarga yang menyayanginya. Namun Hachiko tetap menjalankan rutinnya setiap pagi dan petang akan berkunjung ke stesen train, kalo2 Ueno muncul kembali. Kesetiaannya itu menjadi kekaguman kepada orang ramai. Oleh itu, pihak berwajib membina sebuah arca Patung Hachiko, bersebelahan dengan stesen dan Hachio Square. 
Akhirnya kami tiba di salah satu destinasi terkenal di Tokyo iaitu di Shibuya Crossing. Ia merupakan persimpangan lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Ia terletak di hadapan stesen Shibuya dan stesen Hachiko. Dikatakan apabila tiba masa puncak, dianggarkan kira2 1000 hingga 2500 orang akan berada di persimpangan ini untuk melintas jalan. Semua kenderaan akan berhenti apabila lampu merah menyala, bagi membolehkan orang ramai melintas jalan dengan selamat. Orang ramai akan menyeberang jalan dengan laju atau berlari anak dari pelbagai arah. Formasi yang sangat cantik dan sempurna jika dilihat dari kedudukan yang tinggi. Oleh kerana namanya yang terkenal, ia sering dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem, dokumentari dan lain2. FF: Tokyo Drift antara filem yang dijalankan di sini selain Lost in Translation dan Resident Evil. 
Akhirnya kami berpisah haluan di Ueno. Yang tiada berhalangan, terus balik ke hostel untuk solat dan makan di sekitar hostel. Yang lain meneruskan perjalanan ke Ameyoko. Ameyoko merupakan market street paling sibuk di laluan Yamanote Line. Ameyoko adalah ringkasan dari nama "Ameya Yokocho". Selepas perang dunia Ke-2 berakhir, Ueno menjadi tempat lambakan pasaran gelap selepas semua kedai di Akihabara diarah pindah ke sini. "Ame bermaksud: Amerika, kerana terdapat banyak barangan dari Amerika dijual di sini. selain itu ia juga bermaksud lorong kedai gula2 kerana manisan tersebut banyak dijual di sini. Terdapat pelbagai produk seperti pakaian, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah ratus dijual di sepanjang Ameyoko street. Waktu beroperasi adalah pada jam 10 pagi hingga ke 800 malam. Namun bergantung kepada pemilik kedai yang biasanya menutup kedai lebih lewat apabila melihat pelanggan masih ramai.

Kat sini ader gerai makan halal. Orang turki punya. Kalo tengok kat gerai dier banyak juga gambar2 orang Malaysia yang makan kat situ antaranya Zizan. 

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...