Sunday, October 6, 2024

Summer di Japan: Dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Part 1)

 23 Mei 2024 (Khamis)

Salam. Hi Semua....

Aku memulakan perjalanan dari Labuan Ke KL pada  23 Mei 2024 (Khamis). Makanya aku ambil cuti sehari awal pada 24 Mei (Jumaat). Kembara kami kali ni terdiri dari 6 orang iaitu KH, KT, KC, I, A dan aku. 3 daripada kami mengambil flight dari KK-Shanghai- Narita. Kami bertiga pula (KH, A dan aku) mengambil flight dari Kul-Manila- Narita. KH dah sampai awal di KL dan menginap di Kota Warisan. Kami juga akan menyusul sama. Oleh kerana flight aku dan A hampir sama sampai di KL, maka kami berjanji akan jumpa di KL dan naik grab sama2 ke Kota Warisan, malam nanti. 

Flight kami ke Manila esok 24 Mei 2024 adalah pada jam 2.10 pagi. Mesti ramai yang pelik, kenapa nak kena amik flight ke KL awal gilerr? Sebenarnya dalam siri perjalanan jauh, aku memang biasa amik flight ke KL awal sehari, dan alasannya memang aku dah ada maklumkan dalam cerita kembara yang lepas2. Tapi tak apa untuk pembaca baru, aku cerita balik, kenapa mesti ambil flight awal ke KL, alasannya ialah: untuk mengelakkan pelbagai risiko pembatalan flight di saat akhir atas sebab cuaca dan sebagainya. Aku amik flight MAS dari Labuan pada jam 6.00 petang. Sampai di KL kira2 pada jam 8.30 malam.

Dah sampai....
Kena pegi ke KLIA2 dulu

Dah jumpa A, kami tengah tunggu grab nak ke Kota Warisan

24 Mei 2024 (Jumaat)
Oleh kerana kami sampai malam tadi, kami sempat berehat panjang siang ni. Sempat jalan2 di area Kota Warisan. Ini kali pertama aku ke sini. Selalunya kami menginap di Tune Hotel je. Menarik la, banyak kedai2, tempat makan pun banyak pilihan, dobi banyak...macam2 lagi la. Yang penting aku jumpa kedai M&B tu. Dulu ada kat KLIA2 sekarang dah tutup. Aku sempat basuh baju dan jemur di bilik tau, dan kering pulak tu..😅Kalo boleh malas nak bawa baju kotor, tu yang basuh dulu. Sebelum ke airport, kami sempat makan malam di Kota Warisan dulu. Aihh... banyak betul makanan yang menarik hati di sini, cuma perut je tak cukup ruang nak sumbat. Dah cukup rehat yang panjang, kami pun memulakan perjalanan ke KLIA..
Dah sedia memulakan perjalanan menuju Tokyo malam ni....
Replika kapal terbang di KLIA
Naik bas ke KLIA2. 
Flight kami ke Manila adalah pada jam 2.10 pagi, 25 Mei 2024. Nampak tak aku habiskan masa satu hari di Kota Warisan. Hehheh... Sebenarnya boleh je, kalo aku nak ke Kul 24hb Mei (Jumaat). Lepas balik sekolah tu terus terbang ke Kul. Sampai Kul dalam jam 8.30 malam dan tunggu flight seterusnya pada jam 2.10 pagi, Tapi masaalahnya, aku pasti tak dapat rehat yang cukup. Mandi pun tak. Ni nak transit lama di Manila pula karang. Kalo dah mereput di airport memang tak ada nya nak baring kuak lentang punya. Paling tak kau tidur sambil duduk. Macam tak biasa kan...😜 Siang tadi dah dapat rehat yang cukup, inshaallah mereput di Manila nanti tu tak ada rasa apa la. Kacang aje 😛

25 Mei 2024 (Sabtu)
Kali ni kami pilih Philippine Airline. Makanan dalam flight menuju ke Manila. KH dah request Halal food sebelum kami terbang. Rasa dia? emm...boleh la. Tapi masih tak boleh lawan nasi lemak Pak Nasir. Roti tu aku simpan tau, buat makan kat Manila Airport nanti...hehhe
Penerbangan dari Kul- Manila mengambil masa kira-kira 3 jam 55 minit. Kami sampai di Manila dijadualkan pada jam 6.05 minit pagi. Transit 8 jam 25 minit sebelum terbang ke Tokyo pada jam 2.30 petang. Kita beli tiket return Kul-Manila-Tokyo-Manila-Kul dengan harga RM1,877, inc. luggage 30kg. Tiket ni dibeli pada bulan januari. Aku tak pasti murah ke mahal tapi ok la kot dengan harga tu, dan yang pastinya, ini la yang paling murah antara yang lain. Akhirnya kami sampai di Manila Airport. Waktu Manila sama dengan Waktu di Malaysia. 
Sementara menunggu flight seterusnya pada jam 2.30 petang, kitorang lepak di sini (gambar atas) sambil makan maggie.  Hehehhe.....Pilihan kerusi pasti la hujung2 yang tak ramai orang. Kat Manila Airport ni ada jual mangga jeruk yang sedap. Kat kedai ni ada jual. Tapi aku tak ada langsung tukar duit peso ya. Heheheh.....Sebab aku tak berhajat untuk membeli sesuatu di sini. 
Hallo Royal Brunei....
Manila Airport ni kecik je sebenarnya, tapi aku rasa ok je. Menurut pembacaan kat Manila Airport T1 ni ada prayer room,  iaitu di level 4, West Wing, bersebelahan dengan bilik gereja kecil. Tapi masalahnya kitorang tak jumpa. Sudahnya kami solat di ruang tersorok di sebelah kedai. Tak menganggu laluan orang dan ada juga orang yang tido kat situ. Masa menunggu flight kami pada jam 2.30 tu, ada juga yang kami nampak orang solat di celah2 kerusi di ruang menunggu, tapi kat tepi2 dinding la, juga tak menganggu laluan orang. Kawan aku makan jajan, yang dibawa dari Malaysia. 
Cantik
Menunggu flight kami di gate 14 yang dijadualkan berlepas jam 14.30 petang
Ni pula makanan dalam perjalanan menuju ke Tokyo. Roti ni pun aku simpan, kot lapar nanti kat Narita Airport, boleh la buat alas perut sementara menunggu ke pagi esoknya.
Hallo Japan...
Penerbangan menuju ke Narita dari Manila Airport mengambil masa kira-kira 4 jam 30 minit. Perbezaan waktu antara Manila dengan Tokyo ialah 1 jam, iaitu Tokyo awal 1 jam berbanding Manila. Kiranya bila kami sampai di Tokyo pada jam 8.00 malam, bermakna di Manila masih lagi jam 7.00 malam. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai di Narita.
Singgah sat amik gambar
Gambar kami semua di sini....Geng 3 orang lagi dah sampai awal sebenarnya. Jam 2 petang lagi dah sampai. Tapi depa pegi jalan2 di luar....
cari port lepak
Kat sini tempat beli tiket bas ke mana2 destinasi termasuk la ke Kawaguchi
Di Narita Airport ni ada disediakan prayer room. Lokasinya ialah di level 1. Nampak signboard atas ni? Prayer room tu terletak di sebelah kanan yang ada simbol bulat tu...
Bersebelahan dengan kaunter yang bertulis "NAA"..
Ruang dalam musola
Sangat selesa....kat dalam ni ada disediakan tempat mengambil wudhu. Jadi senang tak payah pegi toilet. Tempat amik wudhu tu betul2 terletak di sebelah kiri selepas kita masuk dalam ruangan ni.
Malam ni mereput dulu di airport. Esok pagi kami akan bergerak ke Kawaguchi....Selain kami ramai je yang tido atas kerusi. Jadi kami pun join sekali... Heheh. Tak payah cari hotel. Jimat...
Bersambung....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...