Friday, October 12, 2018

Kembara Medan: Pasar buah Kebun Strawberry (Part 12)

16 Dec 2017
Hari 3
Pasar Buah Berastagi

Alang2 ke Berastagi jangan lupa singgah ke Pasar Buah. Kat sini la tempatnyer untuk kiter cari ole2 khas Berastagi untuk dibawa balik ke Malaysia. Pasar atau dalam bahasa Medan disebut pajak ini terletak di seberang Tugu kota Berastagi (jika dari arah Medan, pasar terletak di sebelah kanan tugu Berastagi). Macam2 dijual kat sini dari pakaian hingga la kepada buah-buahan. Tapi kat sini kiter lagi tertumpu kepada buah-buahan. Ader pisang kaki, (ehhh...aku baru penah nampak buah pisang kaki kat sini), Jauhnyer la sampai ke Medan baru jumpa Pisang Kaki...., bunga-bungaan, keropok, jus dan macam2 lagi. Nama je pasar buah tapi 2 dalam 1. Itu la keunikan Pasar Buah Berastagi.

Kak D memilih Pisang kaki
si Comel....

Berastagi yang bermaksud "kedai beras", adalah sebuah kota dan daerah Kabupaten Karo yang terletak di persimpangan jalan utama yang menghubungkan dataran tinggi Karo Sumatera Utara ke kota pesisir Medan. Pekan Berastagi terletak sekitar 66 kilometer (41 batu) selatan Medan dan kira-kira 1,300 meter (4300 kaki) di atas paras laut. Kawasan ini menjadi penting apabila peneroka Belanda di Sumatera membuka sekolah asrama pada tahun 1920-an.
Hijau...

Kak D beli benih bunga......aku tukang amik gambar bunga...heheh
Ble naik kuda juga kat sini...
Berastagi yang terletak di kawasan Gunung Barisan  mempunyai suhu tahunan sekitar 18 ° C (64 ° F). Pada siang hari suhu naik lebih dari 25 ° C (77 ° F) tetapi pada waktu malam hingga awal pagi ia boleh turun hingga serendah 12 hingga 16 ° C (53 hingga 61 °), ia juga boleh mencapai 9 ° C ( 48 ° F) semasa musim hujan. Cuaca boleh menjadi cerah pada waktu siang tetapi mungkin menjadi berkabut dan kadang-kadang dengan hujan lebat pada waktu senja hingga malam. Oleh kerana kawasan ini terletak di kawasan tanah tinggi maka sumber ekonominya tertumpu kepada sektor pelancongan dan pertanian iaitu buah-buahan dan sayuran suhu sederhana. Tanah subur dari letusan gunung berapi ribuan tahun lampau menghasilkan tanaman yang subur buat penduduk di sini.
Ahli pengakap muda....hehe
Buah-buahan tempatan mewarnai pasar buah Berastagi
Buah salak, aku cinta banget ni buah salak


Selain bijak mengatur ayat, seorang peniaga kena pandai memainkan ekspresi wajah,


Kebuh Strawberry

Ok yang ini kitorang singgah tumpang begambar je. Hehehh... Kesian kan. Macam tak mampu je kekdahnyer. Tempat ni cantik, hijau, katanya kalo nak makan, kau petik sendiri....tapi jangan lupa bayar... aku tak minat sangat makan strawberry ni tapi kalo limau manis, ok jangan ditolak, itu mmg aku cinta banget, tapi malangnya perjalanan balik ni langsung tak jumpa kebun limau. Bukan rezeki namanya....



Ok itu je 3 gambar.....aku ketandusan idea nak menggoreng citer ape dah ni. Tolonggg.....

Bersambung....

Saturday, September 8, 2018

Kembara Medan: Bukit Gundaling (Part 11)


16 Dec 2017
Hari 3
Gunung Sinabung dikejauhan
Selepas menikmati sarapan pagi yang simple, kami memulakan perjalanan ke Bukit Gundaling. Bukit Gundaling adalah salah satu kawasan pelancong yang terletak di bandar Berastagi, terletak kira-kira 60 km dari bandar Medan. Asal usul nama Gundaling yang diberikan oleh masyarakat tempatan mempunyai sejarah tersendiri. Ia disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Kisahnya bermula sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan. Kononnya, pada zaman dahulu ada seorang pemuda Inggeris yang tinggal di Berastagi sebagai penyebar agama nasrani. Suatu hari ketika berjalan-jalan di sebuah bukit, dia bertemu dengan seorang gadis yang berasal dari daerah ini. Gadis yang ditemuinya itu memiliki rupa paras yang cantik dengan rambut panjang terurai, tutur bahasanya sopan dan lembut, membuat pemuda ini terpesona dengan gadis tersebut.
Tugu yang menjadi mercu tanda Berastagi






memulakan perjalanan
























Disediakan tempat berehat
Dipendekkan cerita, mereka bertegur sapa dan bersembang panjang di atas bukit tersebut, hingga tak sedar hari sudah menginjak ke senja. Si Gadis terpaksa pulang. Si Pemuda merelakan walau hatiinya terasa berat melepaskan si gadis pergi, namun janji untuk bertemu di lain waktu, mengubat hati si Pemuda. Sejak itu mereka selalu berdating di atas bukit tersebut, dari pagi hingga ke petang. Orang tua si Gadis berasa curiga, sebab depa suruh g ladang tak nak, malah tersenyum2 sendiri, "ehhh...disampuk hantu ke apa ni?", berangkali itu telahan di hati si ibu. Maka Orang tua si gadis, diam2 mengekor kemana si gadis pergi dan alangkah terkejutnya depa sebab anaknya berdating dengan lelaki asing yang tak dikenali. Si ayah marah, maka si gadis diheret balik ke rumah.

Hallo Sinabung... Nampak je dekat, kata si Agung sebenarnya gunung tu agak jauh.

Mungkin ini gambaran Pemuda tersebut.
Maka sejak itu si gadis tidak dibenarkan keluar rumah tanpa kebenaran, kalo nak keluar juga kena berteman. Orang tua si gadis mengambil keputusan untuk mengahwinkan si gadis dengan sepupu terdekatnya. Si gadis sedih, apa lagi si pemuda yang menangung rindu sebab dah lama tak jumpa si gadis. Satu hari si pemuda nekad datang ke rumah si gadis pada malam hari, tapi tak ketuk pintu ye, dier panggil dari tingkap je. Si gadis mengadu kisah dia yang akan dikahwin paksa dengan sepupunya itu. Si pemuda terkejut lalu mengajak si gadis lari. Maka berjanji la mereka untuk bertemu di Bukit itu keesokan harinya. Namun malang tidak berbau, niat mereka itu diketahui oleh orang tua si gadis, maka hari itu juga si gadis dikahwinkan denga sepupunya. Si pemuda yang resah gelisah menunggu si gadis yang tak kunjung tiba, berjalan mundar mandir tanpa sudah sambil memanggil2 "darlingggggg"......."darlingggg"....namun darlingnya itu tidak juga datang. Perkara yang sama diulang setiap hari, akhirnya si pemuda putus asa dan dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Berastagi dengan luka yang mendalam. Sebelum pergi si pemuda memandang sayu ke arah bukit, tempat kali pertama dia bertemu si gadis, sambil mengucap "Good Bye Darling"..... Dia menjerit perkataan tersebut berulang kali sehigga la bukit tersebut hilang dari pandanganya. Oleh kerana masyarakat setempat tak faham makna ayat tersebut maka mereka mengubahnya kepada "Gundaling" dan nama itu kekal hingga kini.
gerai
kami bertiga. Untungnya pagi tu cuaca cerah, nampak lah Sinabung di kejauhan    
kereta kuda
Sekejap je kitorag kat sini. Bila jalan2 kat sini tak de la sejuk mana. Rasanya ada kawasan yang sejuk. Contoh macam kiter g Kundasang. Dulu2 Kundasang tu sejuk tapi sekarang dah tak sejuk melainkan kalo malam. kalo siang, nak rasa sejuk naik g ladang lembu. Ok jom kiter g Pasar buah pula....

Bersambung....

Rujukan:
http://misterbatak.blogspot.com/2013/02/asal-mula-bukit-gundaling.html

Kembara Medan: Pagi di Grand Orri Hotel (Part 10)

16 Dec 2017
Hari: 3
Malam tadi sampai sini dah gelap, jadi tak nampak apa melainkan beberapa buah bangunan dipersekitaran hotel ni. Di depan kami berdiri sebuah bangunan hotel 3 tingkat. Dari luar hotel ni agak sunyi dan lenggang. Tak banyak kereta yang parking kat situ malam tadi. Hanya kami dan sebuah kereta avanza. Bilik ni agak ok, 1 Queen bed dan ada extra bed. Ader balkoni. Ader kettle....ok la. Hotel ni rasanya hotel lama, bathroom design dier agak klasik, water heater dier ader penunu bunsen, terkejut aku, ingatkan, nak terbakar. LOL 😂 terus aku jerit panggil kakak berdua tu, nasib sempat rembat tuala, kalo tak depa tengok wayang free 😝🙈 kebaruan betul kan!

Subuh di Berastagi
Perkarangan hotel (1)
Perkarangan hotel (2). Kat belakang tu mungkin kawasan perumahan. sama je design...
Dijepret dari balkoni
Terletak di Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara, hotel ini punya lokasi yang strategik iaitu menghadap ke Gunung Sinabung. Berdekatan dengan beberapa tempat percutian yang menarik iaitu Taman Nasional Bukit Barisan, Air Terjun Sipiso-Piso dan banyak lagi. Menyediakan perkhidmatan akses wi-fi secara percuma, tapiii..... hanya di kawasan tertentu contoh di lobi hotel. Di dalam bilik ngak ada rasanya. Semua bilik ader aircond, ader TV, almari, kerusi untuk ko duduk2 minum petang katanyer, tuala. Hotel ni pun ader restorant sendiri, kalo agak2 malas nak keluar ble je hello2 kat orang dapur mita antaq lunch ke dinner ke. Kawasan ni sedikit sejuk tapi belum ble lawan kesejukan di Kundasang.
Kami di hadapan bangunan hotel
cafe di belakang kami.
Bunga oren
Berastagi merupakan bandar kedua terbesar di Tanah tinggi Karo, selepas Kabanjahe City. Bandar yang terletak kira2 66 kilometer dari Bandar Medan ini diapit oleh 2 gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Berhampiran Gunung Sibayak, terdapat kolam air panas semulajadi. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi, maka suhu dikawasan ini juga agak sejuk dan secara tidak langsung mengangkatnya salah satu kawasan pelancongan yang popular di Sumatera Utara. Apa tidaknya, dah la sejuk, jaraknya yang hanya 66km dari Kota Medan ini memungkinkan untuk pelancong tempatan mahupun luar untuk datang ke sini, walau hanya di waktu hujung minggu.

Bunga Kobis
asal nampak maca geram je kami 2 tu? hehheh
masa kami pegi ni, nampak orang baru tanam bunga baru, beberapa bulan kemudian Sani up gambar kat taman ni, cantik dah, bunga2 dah tumbuh...
Bunga lonceng....penah jumpa sekali kat Jogja. Agaknya tumbuh tempat sejuk je agaknyer....ke aku je baru jumpa kebetulan pula tempat sejuk???
Selain kerana jaraknya yang dekat dari Kota Medan tadi, di kawasan ini juga terdapat banyak wisata yang boleh dikunjungi, contohnya Bukit Gundaling, Desa Peceran, Taman Alam Lumbini, Muzium Pusaka Karo, Gunung Sibayak dan banyak lagi. Kedudukan strategik ini lah yang menjadi kecenderungan untuk Berastagi dijadikan sebagai tempat persinggahan. Misalnya kalo nak mendaki ke Gunung Sibayak yang hanya berjarak 7 km dari Berastagi ni, maka para pendaki memilih Kota Markisa ini, sebagai tempat transit sebelum memulakan pendakian menawan puncak Gunung Sibayak yang berketinggian 2.094 meter dpl itu.
uiitttt...kepit aper tu? hehehh....
travel buddy ku yang sporting
Gallery image of this property
ehsan goggle
Tak de gambar bilik, sbb malam tadi penat gills...lupa nak amik gambar. Pagi ni pula, bilik dah tak kemas 😎 Dari jauh kami nampak Agung dah melambai. Meh, Breakfast dulu.

Bersambung....

Rujukan:
http://simalungunau.blogspot.com/2014/01/sejarah-berastagi.html

Sunday, September 2, 2018

Kembara Medan: Dari Holbung ke Berastagi (Part 9)

15 Dec 2017
Hari: 2

Air Terjun Efrata 
Puas menakluk Holbung kami turun. Turun dari Holbung agak mencabar juga untuk mereka yang mengalami sakit kaki. Kalo tak, ok je....tapi tak pe, turun perlahan2 ya jangan laju2 sangat. Jaga kaki tau, sebab lama lagi kembara kiter ni. Lokasi kami seterusnya ialah ke Air terjun Efrata, 20 minit perjalanan dari Holbung. Kami meneruskan perjalanan. Sebelum tu singgah dulu di Masjid Al-Mubarokah, yang kiter nampak dari puncak Holbung tadi. Kebetulan kami sampai ada 3 orang Pakcik, ingatkan orang kampung sini, rupanya bukan. Katanya mereka datang, atas jemputan, ada orang kampung yang meninggal, jadi mereka datang untuk membantu urusan pengkebumian. Beberapa bulan kemudian selepas kami ke sini, ada satu rombungan dari Malaysia yang buat Program amal di Masjid ni alhamdulillah. Moga hubungan ukhwah itu berterusan.

Kak T dihadapan Masjid
Ruang soalat wanita
Ruang solat lelaki
Sisi depan Ruang solat lelaki
Orang kata kalo kiter tak singgah Efrata, serasa gak lengkap ya kembara kalian. Jadi kena datang sini,  sebab kedudukannya yang agak dekat dengan Holbung. Di luar sana awan sudah menampakkan tanda2 akan turunnya hujan. Sekejap lagi, insyaallah. Dalam hati aku berdoa, moga-moga diberikan kami peluang untuk bertemu muka, menikmati keindahannya, disuntik sedikit kenangan di Efrata, walaupun sekejap. Efrata merupakan salah satu air terjun di tepi tasik Toba yang punya keunikan tersendiri. Terletak di Desa Sosor Dolok, Kecamatan Harian, Kabupaten Samosir, Sumatera Utara ini, bakal menawarkan keindahan alam semulajadi, segarnya air terjun dan udara yang sejuk, sangat sesuai bagi warga kota yang katanya mau lari dari ke"stress"an kehidupan di Bandar.
Di hadapan pintu masuk ke Air terjun Efrata . Kualiti gambar tak berapa ok. Sat aku pinjam Miss Qubicle punya gambar.
Credit Photo By: https://qubicle.id. Pinjam photo kamu ya. Trimas....Pemandangan lebih jelas dari photo Miss Qubicle ni. Cantiknya kat atas sana, dengan pohon cemara lurus tinggi.
Bergelut dengan titis hujan renyai, kami menjepret air terjun Efrata menggunakan HP.
Angin sedikit kencang membawa titis2 hujan. Agung memulakan langkah, kami mengekor dari belakang. "kakak, cepat...nanti kita kehujanan...". Kami mempercepatkan langkah. Semakin menghampiri lembah air terjun, tempias air makin menampar wajah kami. Aku terpaksa menyorokkan kamera disebalik tudung. Hanya sony yang sempat kurembat. Nasib baik. "Uhhh...airnya agak keruh, barangkali di atas sana udah hujan", jerit si Agung, mengatasi bunyi air yang menderu deras dari perbukitan. "Cepat kakak, saya ambilkan gambarnya sebelum hujan". Automatik kami mencari lokasi rasanya yang paling menarik dan yang penting tak basah terkena tempias air terjun.
Kalo tak hujan air kat sini akan jernih biarpun berwarna coklat dan kiter boleh berjalan sampai ke batu2 tu, mandi manda pun boleh.
Taraaaa.....emmhh, Itu je la yang kami dapat. Tak pe lain kali ble datang lagi...Hehhehe. Air Terjun Efrata mempunyai tumpahan air yang deras malah katanya lebih deras lagi dikala musim hujan. Berketinggian sekitar 25-26 meter dan lebar 10 meter, mendapatkan sumber airnya dari pegunungan Bukit Barisan. Jika korang datang sini, terdapat satu gerai makan di pintu masuk, jadi kalo lupa bawa makanan ble la membeli di sini. Selain itu disediakan juga kemudahan tandas dan pondok. Ketika kami sampai tak ada seorang pun pengunjung yang datang, mungkin sebab hujan.
Kami yang ke hujanan....
Automatik. Kaki tetap silang, walau hujan...😂😝
Keburu kami berposing di sini, Elok je selesai dan masuk ke dalam kereta, hujan turun dengan lebatnya. Ahamdulillah...Terima kasih ya Allah.
Istimewanya Air Terjun Efrata ini adalah air yang berwarna coklat kemerahan kerana tanah di atas bukit adalah tanah gambut. Di sepanjang aliran air kelihatan remang2 kehijauan, pokok paku hutan. Tetiba terliur pula nak makan pakis, heheh...... Ini la yang menjadi ikon kepada air terjun Efrata.
Sepanjang perjalanan masuk ke sini tadi kelihatan ladang kopi tumbuh segar. waktu kecik dulu pernah tengok pokok kopi, sekarang ni tak ramai dah yang tanam. Tinggal dulu ya Efrata, lain hari insyaallah kami akan mengunjungi mu lagi....😊

Menara Pandang Tele
Lokasi seterusnya ialah ke Menara Pandang Tele (MPT). Berjarak 4.6 km dari Efrata, hanya mengambil masa 14 minit je untuk sampai. Untungnya dalam perjalanan menuju ke MPT, hujan tiba2 berhenti lalu, mentari muncul lagi....Alhamdulillah, juga diberi lagi kesempatan. Menara Pandang Tele merupakan menara yang tingginya terdiri dari empat tingkat dan masing-masing tingkatnya memiliki jarak pandang yang berbeza. Setiap tingkat dibina berkonsep terbuka, kita bebas membuang pandang keluar tanpa dibatasi apapun, tapi tingkat paling atas dibina lengkap dengan dinding kaca dan dari sini kiter dapat melihat seluruh pemandangan Tasik Toba dan Pulau Samosir dengan jelas. Sisi lain, baragkali pihak berwajib memasang dinding kaca agar tidak ada perkara tidak elok berlaku di sini. Walauapapun, Wisata ini juga harus dikunjungi ya, terutama bagi penggemar fotografi kerana dari sini, kalian bakalan dapat angle menarik Tasik Toba.

Ini mungkin Bukit Barisan. Kelihatan air dari tanah tinggi menuruni bukit.
Pemandangan dari atas menara
Gunung Pusuk Buhit
Menara Pandang Tele, terletak di Jalan Tele, Kecamatan Harian, Daerah Samosir. Satu-satunya jalan darat yang menghubungkan Pulau Sumatera dengan Pulau Samosir. Dari atas menara ni kiter akan dapat melihat panorama Tasik Toba dan sekitarnya dikejauhan dan sebagian daratan Pulau Samosir kelihatan jelas dari menara ini. Di sebelah kiri terdapat Gunung Pusuk Buhit yang katanya lokasi pertama, nenek moyang suku Batak membuka petempatan. Manakala disebelah kanan, kiter akan melihat barisan pegunungan yang menjulang dan rumah penduduk di kaki gunung.

Kak D
Kami-1
kompilasi gambaq Kak T yang sedang menikmati keindahan alam
Sebenarnya tak banyak benda aku nak cite pasal Menara Pandang Tele ni. Oleh sebab dari sini kiter boleh nampak Gunung Pusuk Buhit, meh aku citer pasal ni. Nama dier pun agak unik dan kalo tak sebut pelan2, lidah ko bakal terpeleot, silap2 tersebut benda lain. Ko jangannnn....haaa! Pusuk Buhit atau dalam bahasa batak bermaksud "pusat bukit", merupakan salah satu gunung di pinggir barat Tasik Toba Dan ia juga merupakan salah satu gunung berapi selain G.Sibayak, Sinabung, Sorik Merapi yang terdapat di Sumatera Utara. Memiliki ketinggian 1972 mdpl. Ia Mencakup beberapa perkampungan disekitarnya seperti Kecamatan Sianjur Mula-mula dan Kecamatan Pangururan. Kabupaten Samosir. dari menara ni, nampak je macam dekat...tapi sebenarnya kedududkan nya agak jauh. 

Kami berlatar belakangkan Gunung Pusuk Buhit.
Kami di atas menara
Gunung Pusuk Buhit merupakan salah satu tanah tinggi sisa dari letusan gunung berapi Toba Purba yang sangat dasyat. Letusannya dikatanya mencatat sejarah sebagai yang paling besar dalam sejarah dunia. Setiap kali ia (Gunung Toba) meletus, maka akan muncul kawah atau gunung atau bukit baru. Menurut sejarah, di gunung inilah buat pertama kalinya, Deak Parujar, (dewi penciptaan orang Batak), memulakan  kehidupan. Kemudian ia menurunkan tanah leluhur ini kepada generasi seterusnya iaitu Raja Batak. Raja Batak inilah yang kemudiannya dianggap oleh generasi awal memulakan peradaban modern masyarakat Batak.
di perkarangan Menara
Depan Gerai makan yang terdapat di sebelah MPT
Raja Batak pada mulanya membuka kampung di Sigulatti, sejarah perkampungannya itu masih boleh dilihat sampai sekarang, iaitu rumah adat Batak yang dibina oleh pihak kerajaan atas dasar ingin menjaga sejarah peradaban awal masyarakat Batak. Kemudian Raja Batak membuka perkampungan baru, di lembah Gunung Pusuk Buhit. Kampung tersebut ialah Sianjur Mula-Mula dan Sijambur Mula Toppa. Kampung tersebut terletak di garis lingkar pergunungan Pusuk Buhit. Tepatnya di Sebelah Barat (Sianjur Mula-mula) yang di kuasai oleh Raja Guru Tatea Bulan, anak perama raja batak dan di Sebelah Timur (Sianjur Mula Topa) yang dikuasai oleh Raja Isumbaon anak kedua si raja batak.

itu dier restorant bersebelahan MPT
saje posing depan restorant, sementara tunggu si agung g toilet
Kak D Berlatarbelakangkan Tasik Toba yang kelihatan dari jauh
Hari makin lewat petang, akhirnya kami menamatkan lawatan di Menara Pandang Tele, tak de sesi jepret sunset bagai sebab hari nak hujan. Jalan pulang menuju ke Berastagi agak berliku dan agak sempit, lebarnya kira2 3 meter sahaja. Agung memandu dengan cekap, jadi kami tak risau. Inshaallah... Perjalanan balik ni memakan masa kira2 3 jam dengan jarak 106 km. Dipertengahan jalan, kadang2 terhidu bau durian. Agung kata memang ada durian tapi dalam hutan. Kami kata jom singgah....dier gelak je, katanya ada harimau kat dalam hutan tu, "kakak berdoa aja, agar ada rezeki kita jumpa durian jatuh di tengah jalan, nanti Agung akan berhenti kita kutip". 😂


Perjalanan yang agak jauh, membuatkan si Agung agak banyak bercerita. Mungkin dier nak hilangkan mengantuk agaknyer. Kami layan kan je. Aku syak Agung ni takut hantu kot....hehehehe. Ader satu masa tu, (hari dah gelap sangat, tak nampak apa kiri kanan. Kadang2 terserempak 1,2 kete tapi jarang2), dier pesan,"kalo nampak apa2 jangan tegur ya". Katanya jalan di situ agak bahaya. Jalan yang kami lalui sebenarnya pinggir bukit. Dalam 3 minggu yang lalu berlaku kecelakaan di situ. Di sebelah kanan, jurang dalam. Di sebelah kiri kami lereng bukit berbatu. Jika berlaku pergerakan tanah, batu2 akan jatuh menghempap kereta, "gak bisa lari kita kak"."Aduh, gawat ini...", balas kami agak seram. Tambah pula hujan turun ketika itu, sudah pasti jalan menjadi licin. Dalam hati masing2 berdoa agar perjalanan balik ini dipermudahkan. Lagi satu cerita hantu yang dier cite, tentang sebuah bas yang bawa penumpang. Jalan agak gelap dan pemandu hanya mengikut saja cahaya lampu kereta di depan. Tiba2 kereta kat depan tu hilang. Pemandu Bas bingung lalu turun dari bas. Alangkah terkejutnya dia bila dilihat mereka berada di dalam hutan bukan di atas jalan raya. Sudahnya mereka tunggu sampai pagi di situ untuk meminta bantuan. Nasib baik ramai, kalo sorang tadi????

Akhirnya kami selamat sampai ke Berastagi. Agung ajak makan dulu sebelum ke hotel.. Tak ada gambar yang diambil sebab dah malam. Macam biasa kalo kat Indo, tak sah kalo tak de hiburan dari pengamen. Aku tak layan dah, kusyuk makan sebab lapar.  😂 Jom tengok...

 Bersambung.....

Rujukan:
https://www.pedomanwisata.com/wisata-alam/air-terjun/air-terjun-efrata-salah-satu-tempat-wisata-terbaik-di-samosir
https://qubicle.id
https://www.semedan.com/2016/08/menara-pandang-tele-menikmati-panorama-danau-toba-dari-ketinggian.html 
http://sohibnature.blogspot.com/2014/09/mendaki-gunung-suci-pusuk-buhit.html

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...