Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
share: FB
*********************************************************************************
Sedih tengok gambar seorang lelaki tua mengesat air matanyer. Tentu dia juga seorang ayah. Teringat abah aku kat kampung. Dulu abah aku garang, suka merotan n aku tak rapat ngan abah dulu, juga aku kurang bercakap sbb aku takut abah garang. Tapi aku ingat maser nak naik tingkatan 1 abah aku la yang dulu belikan aku beg n selimut utk di bawa ke asrama. sedih sangat....:(
Bila adik bongsu aku lahir, abah aku dah mula berubah. Dari garang jadi lembut sket. Sebab mak aku lahirkan adik aku yang bongsu tu susah sangat. mak aku besalin kat rumah. Baby dah lahir tapi tembuni tak kuar. Kami menangis maser tu. ahernyer mak aku di bawa ke hospital, nasib baik tak der aper2 yang berlaku. Mungkin itu sebab abah berubah menjadi tak garang.
Kini bila dah dewasa, aku nampak abah aku seorang yang pendiam, tak banyak cakap. Tapi kadang2 tahap kerisauan n keberharapan nyer tu lagi tinggi dari mak aku. contoh, baru2 ni aku suh adik aku g labuan antar barang. adik aku tu dah besar 19 tahun dah. so aku rasa dier tak takut punya nak g labuan sorang2. pastu adik aku kata abah nak ikut sebab dier takut adik aku sesat @ di colek orang. hehehhe....tapi kan aku lagi risau kalo dier jalan sorang2. Kat pekan Beaufort tu walaupun kecik tp salu ader org2 tua yang kena tipu, kena pukau n duit drg kena amik. Aku salu pesan kat adik aku, kalo abah jalan g beaufort temankan la dier. Kesian, nanti ader org mengambil kesempatan.
Bila duduk jauh dr keluarga, teringat kat mak ngan abah kesian sangat, kadang, nangis gak sorang2. Ari tu adik aku cerita pasal ader orang kat kampung (kira saudara jugak la, tp jauh, aku tak kenal). mak drg dah meninggal dunia, pastu nak salahkan abah drg pulak sbb mak drg dah meninggal tu. Pastu mcm nak balas dendam drg tak hiraukan, tak bg duit belanja kat mak abah drg. aduhhhh...ader juga org mcm tu. Semoga aku tidak bersikap sedemikian rupa........
Sayangi Ayah juga ibu tanpa membezakan kasih sayang antara keduanya...