Saturday, February 8, 2020

Niena Di Japan: Tasik Kawaguchi (Part 11)

16hb Dec 2019
Ahad

Hari-8

Akhirnya kami kembali ke stesen Kawaguchiko. Destinasi seterusnya ialah ke Tasik Kawaguchi pula. Ke sana kami akan menaiki bas. Dah beli awal pagi tadi sebelum pegi ke Fujiyoshida, dengan harga 1500 yen bersamaan dengan harga RM 56.49. Tiket yang kami beli ialah Saiko Sightseeing Bus (Green Line). Sebenarnya tiket ni boleh guna untuk 2 hari tapi sebab kami balik hari ni jadi hanya boleh guna untuk sehari. Sayangkan....?? dan sangat Sayang bila tau Gotemba tu dekat je dengan Kawaguchiko ni!!! 😭 Kalo pegi lagi di lain waktu kena peruntukan masa lebih lama di sini dan terus ke Gotemba. 

Tiket bas
Sementara menunggu bas sampai, dan tunggu KP beli tiket, kami lepak di dalam stesen Kawaguchiko. Di luar sangat sejuk, dalam ni hangat sikit. Oh ya aku lupa nak cakap, KP tak join kami ke Fujiyoshida tadi sebab kebanyakan aktiviti tadi memerlukan kami mendaki, jadi KP hanya tunggu di hotel dan dier checkout lambat sikit. Jadinya ke Tasik Kawaguchiko ni dier akan join sebab bentuk muka buminya rata sahaja. Giteww.... Hentian bas Terminal 1 ni terletak di hadapan bangunan Stesen Kawaguchiko ni, keluar saja terus jumpa. Kat Terminal 1 ni ada 3 jenis bas yang akan singgah ambil/ turun kan penumpang iaitu 1 Red Line: Kawaguchiko Sightseeing Bus, Green Line: Saiko Sightseeing Bus, Blue Line: Narusawa/ Shojiko/ Motosuko Sightseeing Bus. Apa bezanya antara 3 bas ni? Red Line hanya akan berhenti dari stesen 1 (Kawaguchiko Station) hingga la ke stesen 20 sahaja. Manakala Green Line akan berhenti di stesen 1 hingga stesen 62. Blue Line pula akan pergi ke Narusawa, Shojiko dan Motosuko area sahaja. Jadi pastikan jangan salah naik bas ya.
Dalam bangunan stesen Kawaguchiko
Menghangatkan diri....😅
Bangunan depan ni ialah Kawaguchiko Station
Terminal 1 ni kecik je kan....yg ada no 1 tu. 
ramai yang tunggu bas
Ini la dier Terminal 1. Samada Red, Green atau Blue Line semua kat sini. Macamana nak kenal itu bas kiter? 1, daripada warna bas. Kalo Green Line warna bas pun pasti warna hijau. Yang ke 2, ada pekerja dia akan pegang note, macam yang mamat comel tu pegang. 
Ini bas kami....
Tasik Kawaguchi terletak di sempadan antara bandar Fujikawaguchiko dan Minobu di selatan Yamanashi berhampiran Gunung Fuji. Ia merupakan tasik kedua terbesar di antara 5 tasik yang terdapat di sekitar Gunung Fuji. Walaupun mengalami musim panas, namun di Tasik kawaguchi, suhunya tidak la terlalu panas dan apabila tibanya musim sejuk, suhu menjadi semakin sejuk dan berais. Tasik Kawaguchi juga terletak bersempadan dengan Taman Negara Fuji-Hakone-Izu. Pada asalnya Tasik ni tidak mempunyai saluran semulajadi menuju ke mana2 sungai atau laut. Ini menyebabkan sentiasa berlakunya banjir di sekitar penempatan di pinggir tasik. Untuk mengatasi masalah banjir, maka pihak kerajaan membina terusan menuju ke Sungai Sagami dan siap pada tahun 1914. Sejak itu tiada sudah tu banjir....Naa, keluar slang sabahan sia!!😜
Gerai No. 1 jadi pilihan
Turun di checkpoint 48
Gerai No. 1, sangat peramah dan pandai cakap Melayu
Buah apple yang besar

Oleh kerana kami kesuntukan masa, maka kami sepakat untuk berhenti di checkpoint 48 iaitu di Saiko Iyashi-no Sato Nemba sahaja. Nemba merupakan sebuah kawasan yang terletak di pinggir barat laut Tasik Sai (Saiko) salah satu daripada 5 tasik yang terdapat di sekitar Gunung Fuji. Kalo tengok peta ia berdekatan dengan Tasik Kawaguchiko. Turun dari bas, masing2 menonong menuju ke gerai menjual makanan. Ini salah satu kenapa kami singgah di sini sebab ada gerai makan halal di sini. Ada banyak  deretan gerai yang mempamerkan tanda halal-muslim di sini, tapi yang membuatkan kami yakin pada gerai pertama ni ialah adanya logo RTJ kat situ. Tak banyak pilihan tapi cukup la untung kenyang. Ada nasi dan ada ayam. Boleh tahan sedap! Dah lapar kan.... Ada juga ikan bakar tapi kecikkk. Gantung! 😅
nugget ayam tu sedap
Kat sini juga ada di sediakan tempat untuk bersolat. 
Bagi pencinta alam, Iyashi no Sato sangat berbaloi untuk dilawati. Ia merupakan sebuah bekas perkampungan pertanian yang terkenal dengan rumah tradisionalnya dari zaman Edo lagi. Pada tahun 1966, berlaku ribut taufan yang dasyat sehingga memusnahkan kampung Iyashi. Setelah 40 tahun berlalu, rumah berbumbung tradisional ini dibina semula dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai muzium hidup yang mana ia membuka pintu kepada para pelancong yang ingin mempelajari budaya dan membeli pelbagai kraftangan tempatan. Kita juga boleh mencuba menghasilkan kraftangan tempatan dibantu oleh para penduduk kampung. 
Macam tak ramai tapi ada je orang...
Gambar atas: tanaman labu..
Gambar Bawah: Gunung Fuji di kejauhan
Rumah tradisional
Kampung Iyashi no Sato yang dikelilingi oleh hutan Aokigahara, menjanjikan pemandangan menarik ketika tibanya musim bunga dan ketika musim luruh. Warna2 alam menyebar disepanjang pepohon hutan, ditambah pula imej gunung Fuji dapat dilihat jelas dari sini ketika cuaca cerah. Ketika kami berada di sini, keadaan kampung agak sunyi biarpun ramai pelancong yang datang dan pergi. Mungkin sebab musim sejuk sudah mula, kegiatan pertanian juga tidak serancak ketika musim panas. Kita juga boleh masuk ke dalam rumah yang memang dikhaskan untuk ruang pameran. 

Waktu beroperasi:
Mac-Nov: 900 am- 500 pm
Dec- Feb: 930- 430 pm (Rabu tutup)

Bayaran masuk:
Dewasa: $350 yen
Kanak2: S150 yen

Parit yang bersih
menenangkan....
satu hari nanti jika berkelapangan, akan ku abadikan ianya di dada kanvas, menjadi puing2 kenangan,
yang bertebaran di langit minda.....😅
Menuju jalan pulang
kedai

Terdapat lebih 20 buah rumah tradisi yang dibina semula di Iyashi no Sato. Kebanyakannya menerapkan gaya kabuto-zukuri yang mana bumbung rumah diperbuat daripada jerami yang kelihatan seperti topi samurai. Setiap rumah yang didirikan memainkan peranan masing2. Ada yang berfungsi sebagai muzium, restoran, gerai, kedai atau galeri yang menempatkan seni dan kaf tradisional di wilayah tersebut. Boleh juga menyewa dan memakai pelbagai pakaian kimono atau pahlawan samurai di sini. 


Kalo kat sini ader homestay, berani tak malam2 tido sini  

berlatar belakangkan Hutan Aokigahara


Pernah dengar tak cerita tentang hutan Aokigahara? Hutan yang terletak di utara gunung Fuji, yang mempunyai pemandangan indah di Jepun. Hutan yang terkenal sebagai tempat untuk membunuh diri! Aokigahara merupakan hutan purba yang dikatakan tempat berkumpulnya roh2 manusia oleh penduduk tempatan. Bentuk muka buminya agak berbatu dan sukar ditembusi peralatan penyodok. Dikatakan bahawa sesiapa yang berada di dalam hutan tersebut akan merasa seperti satu keganjilan, keseorangan biarpun kau masuk berteman, rasa diperhatikan, suasana yang sunyi, tiada angin, gelap, senyap sepi dari kicauan burung dan unggas, malah cahaya matahari juga tidak menembusi kawasan lantai hutan. Secara geografinya ini mungkin disebabkan oleh ketebalan hutan yang mana pokok konopi yang tinggi menjulang menghalang cahaya matahari menembusi lantai hutan. 

Seolah-olah putaran masa berhenti bila mana kompas juga tak berfungsi. Jarum kompas sentiasa bergerak kemana2 tanpa arah tujuan. Ramai yang tersesat, rasa berlegar2 di tempat yang sama padahal kau rasa dah berjalan jauh ke dalam hutan. Oleh kerana lanskapnya yang menyeramkan, ramai yang memilih hutan ini sebagai tempat terbaik untuk membunuh diri. Dikatakan hutan Aokigahara merupakan lokasi unuh diri ke-3 paling popular di dunia selepas Jambatan Gerbang Emas di US dan Bloor Street Viaduct, Kanada.


Meniti di perjalanan ini
tanda perpisahan semakin mendekat
ku abadikan ssetiap sudut di lensa kameraku
agar nanti ianya dapat mengubat rindu di hati
Ramai yang memilih untuk mengakhiri hidup mereka di sini kerana sudah tidak mampu menahan beban yang semakin memberat. Kebanyakannya mengantung diri. Dari hari kehari semakin banyak ditemukan jasad tak bernyawa sampaikan pihak kerajaan menaikkan notis "Dilarang untuk membunuh diri". Ada cerita yang mengatakan mereka memilih hutan ini sebagai tempat pengakhiran hidup mereka atas beberapa sebab. Dikatakan pada abad ke-19, ada satu tradisi kejam yang dipanggil sebagai ubasute iaitu membuang orang tua yang sudah uzur dan tidak mampu bekerja ke dalam hutan ini. Biasanya mereka yang dari keluarga miskin membuang orang tua mereka di sini kerana faktor ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menjagai orang tua mereka. Akhirnya orang tua yang dibuang akan mati akibat kelaparan. Moga kita dijauhi dan dihindarkan daripada sikap yang tak berperikemanusiaan ini. Ingat! Tidak akan sesekali kita jatuh miskin kerana berbakti kepada kedua ibu bapa kita malah Allah SWT akan meluaskan pintu rezeki untuk anak2 yang berbakti kepada ibu bapanya! Emosi aku... 😓

Tak perasan rupanya hari sudah lewat, takut kami dah tak de bas nak mengutip kami balik ke Fujikawaguchi

Bila bas sampai, berlarian kami, takut ketinggalan padahal bas tu tunggu je semua orang naik.
Ok berjaya meloloskan diri biarpun terpaksa berdiri
Akhirnya kami tiba di Stesen Kawaguchiko. Ambil beg kat Plaza Inn dan bersedia memulakan perjalanan balik ke Tokyo.

Bas cantik dihiasi anime
Ambil beg di plaza Inn
Sempat merakan kenangan dari sudut yang lain
Hotel Plaza Inn
Senja di Kawaguchiko
Sekitar stesen train
Bangunan Stesen Kawaguchiko
Dalam train menuju ke Otsuki
Melepas lelah di bahu bangku
Tiba di Otsuki Stesen
Pegi sebelah untuk naik train menuju ke Shinjuku
Arahan comel di tangga, nak turun lalu sini
Naik lalu belah sini
Daam train menuju ke Shinjuku
Tokyo yang sentiasa hidup di malam hari
Tiba di shinjuku station
Perkara pertama yang kami buat setelah sampai di Shinjuku Station ialah pergi ambil beg di locker. Perlahan2 aku menghantar isyarat di minda agar menguatkan hati, tenaga, kudrat selepas ini dengan beban beg yang mengila. Terbayang2 di ruang mata, tangga tinggi yang menyeramkan...Bila ambil beg kena bayar pula 800 yen lagi, baru boleh buka. Ke sebab kami sampai tu dah malam jadi dikira 2 hari? kan.....Selesai, kami terus bergerak menuju ke Asakusa dimana terletaknya Seven Garden Hostel.

Shinjuku Station: Chuo Line (Local Tokyo, 9 stops, Platform 13)--> Kanda Station: Ginza Line (Local Asakusa, 6 stops, Platform 2)--> Asakusa Station

Kos tambang ialah $340 yen sehala bersamaan RM12.80. Oleh sebab perjalanan menuju ke Asakusa masih dalam lingkungan rangkaian JR maka kami menggunakan JR Pass sepenuhnya. Apabila tiba di Asakusa, sekali lagi kami sesat sekejap mencari jalan pulang  ke hostel. Kami keluar ikut gate 6, padahal masuk 1 lorong aje dah sampai hostel. Jalan punya jalan, macam makin jauh je map ni bawa, terus tanya pada orang. Dier tunjukkan kemudian, sampai......



Dah lewat malam, urusan check in dibuat di restoran sebelah ni. Selesai semuanya dier tunjuk pintu nak masuk...buka2 aje....sekali lagi kami mengeluh berat bila mana nampak tangga berputar2. Menambahkan sesak di dada, kepala semakin berputar laju, tambah pula dapat bilik tingkat 3 dan 4. Ingatkan dapat la bilik tingkat 3, aku dah kelelahan. Nan ado......4 rakan yang lain lagi vateran dari aku yang memerlukan bilik tingkat 3, terpaksa mengalah, mengheret lagi naik ke atas. Naik tingkat atas rupanya ada 2 bilik aje yang dihuni oleh geng kami sahaja dan tingkat 4 ni ader dapur yang dikongsi bersama dengan penghuni yang lain. Ini la hikmah yang Allah bagi biarpun kau terpaksa naik ke tingkat 4. Bab makan ni pengubat hati yang lara.Githewwww.......

Kata2 semangat yang menjengkelkan....😫 aku nak lift!!
Rujukan: 

Thursday, February 6, 2020

Niena Di Japan: Fujiyoshida (Part 10)

16 Dec 2019 (Ahad)
Hari-8



Macam biasa bangun awal, S kata macam tak ble mandi je dalam tu, sebab masih tersumbat. Jadi pagi2 lagi ketuk bilik depa nak tumpang mandi. Bilik KH besar sebab depa 4 orang dalam tu dan depa tdoq atas lantai. Ader toto disediakan. Dan yang bestnyer dari jendela bilik ni boleh nampak gunung fuji. Cantik sangat....Sempat breakfast ala kadar aje ari ni, makan jajan....sbb maggie dah abih. Hehehe....Ingat tak semalam kitorang share maggie sebungkus 3 orang?? 😅 Kami turun ke bawah lebih awal, siap2 checkout, tumpang simpan barang dalam stor dan kemudian apa lagi....amik gambar la kan. Oh ya pagi ni kami akan ke Fujiyoshida dan kemudiannya berkunjung ke Tasik Kawaguchiko. Malamnya pula akan terus balik ke Tokyo. Sekejap kan? Gantung!

G1,2,3: Hotel Plaza Inn
G4: Kami maklumkan pada uncle tu yang bilik air kami tersumbat. Petangnya bila kami ambil beg, hotel ni dah tak amik penginap lagi. Jujurkan sebab depa nak membaiki paip yang rosak. 

Fujikawaguchiko merupakan sebuah bandar yang terletak di selatan Yamanashi, Jepun. Oleh kerana kedudukannya yang berdekatan dengan gunung fuji, maka Fujukaguchiko merupakan antara destinasi pilihan para pelancong tempatan dan luar, kerana ia menyajikan pemandangan indah gunung-ganang dan menghijau dengan pohon-pohon yang masih belum terusik. Mempunyai iklim lembap sepanjang tahun dan purata suhu tahunan di Fujikawaguchiko ialah 10.3 ° C. Masa terbaik untuk melawat ke Fujikawaguchiko ialah pada waktu musim panas kerana cuacanya dan juga pada ketika itu bunga-bungaan sedang tumbuh mekar. Semasa musim sejuk suhu persekitaran boleh jadi sangat sejuk. Pada tahun 2003, bandar Kawaguchiko dan kampung Katsuyama serta Ashiwada bergabung membentuk bandar baru yang dinamakan sebagai Fujikawaguchiko.
3 orang tak ader dalam gambar
Menuju ke stesen train Kawaguchiko. Malam tadi tak nampak sebab dah gelap, Rupanya Gunung Fuji belakang tu je.
Masih dipersekitaran stesen train
Seperti yang aku maklum di awal tadi, pagi ni kami akan pergi ke Fujiyoshida, tepat nya ke Chureito Pagoda. Chureito Pagoda adalah bangunan kuil 5 tingkat yang terletak di tanah tinggi yang menghadap bandar Fujiyoshida dan Gunung Fuji dari kejauhan. Pagoda ini adalah sebahagian daripada kuil Arakura Sengen yang dibina sebagai perjanjian damai pada tahun 1963. Mendaki sehingga ke atas bukit, membolehkan kita menikmati pemandangan indah Gunung Fuji. 2 minggu sebelum kami tiba di sini, kawasan ni dibanjiri oleh limpahan warna merah-kuning dedaun pokok. Sangat cantik! Tapi tak de rezeki untuk kami menikmati keindahannya, kebanyakan pokok sudah togel. Yang masih ada bertahan, satu 2, pokok sahaja lagi yang tinggal. 

Kawaguchiko Station: Fujikyuko Line (Local Otsuki, 4 stops)--> Shimoyoshida Station

Harga tiket sehala ialah $310 Yen bersamaan dengan RM11.75. Kami bayar menggunakan suica card. Sampai di Shimoyoshida Station kena jalan kaki, ikut je kemana ramai orang pergi. 

eh...eh tuan tanah nak buat love tak menjadi 🙊
Mula mendaki......Rasa macamtak naik je, penat. Tapi gagahkan juga kaki ni melangkah. Mulut kata jangan tapi kaki tetap melangkah.
Fujiyosida juga merupakan salah satu bandar yang ada di Yamanashi. Kepadatan penduduk dianggarkan 400 orang setiap 2 km. Ia terletak di pangkalan utara Gunung Fuji dan ia sebenarnya wujud di atas aliran lava lama. Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan Gunung Fuji, maka ia dianggap bandar tertinggi di Jepun iaitu terletak pada ketinggian 2140-2800 kaki dari aras laut. Sama seperti di Fujikawaguchiko, Fujiyoshida juga mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Purata suhu ialah 9.1"C

G. Fuji disebalik reranting
Lagi G. Fuji yang cantik
Ramai yang datang ke sini kerana Gunung Fuji. Bak kata orang, tak sah kalo ko ke Jepun tapi tak pegi tengok Gunung Fuji. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun, terletak di sempadan antara Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Kedudukannya berhampiran perairan Pasifik Di pusat Honshu. Dikelilingi oleh 3 bandar iaitu Gotemba di sebelah timur, Fujiyoshida di sebelah utara dan Fujinomiya di sebelah barat daya. Gunung Fuji sering dijadikan simbol kepada Jepun. Pendek kata bila tengok gambar Gunung Fuji, walaupun tak ada nama, kita tau itu simbol Jepun. Ia sering digambarkan dalam karya seni dan sering juga menjadi buruan bagi para pengemar fotografi, selain cenderung dikunjungi oleh pendaki dari seluruh dunia.
Kebanyakan pokok dah togel
Tak mampu naik tangga kami melencong guna laluan lain
Gunung Fuji dikatakan terbentuk kira2 10,000 tahun yang lalu. Ia sebenarnya merupakan gunung berapi yang masih aktif, namun potensi untuk meletus itu sangat rendah. Menurut sejarah, kali terakhir Gunung Fuji meletus ialah pada tahun 1707. Terdapat 5 buah tasik di sekeliling Fuji iaitu Tasik Kawaguchiko, Yamanaka, Sai, Motuso dan Shoji. Menurut rekod, terdapat lebih kurang 200,000 orang pendaki G. Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah terdiri dari orang luar. Dicadangkan masa paling sesuai untuk mendaki ialah pada 1 Julai- 27 Ogos iaitu ketika musim panas.
lagi....harap tak bosan

Perjalanan balik menuju ke Stesen Shimoyoshida
Apa yang menariknya tentang Gunung Fuji atau Fujisan ialah salji yang sentiasa kekal sepanjang tahun di puncaknya. Macam pakai topi je kan....Terdapat 5 tasik di sekitar Gunung Fuji, tetapi salah satunya yang sangat popular ialah Tasik Kawaguchi. 


Macam dekat nak di gapai tapi jauh
Perjalanan balik ke Stesen train
Rumah orang kampung, cantik pokok tu
Bunga kobis
Kalo tinggal kat sini tiap hari nampak gunung fuji
Jam sentiasa ada di setiap stesen
Lagi rumah orang kampong.....cantik je. 
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Fuji

bersambung.......

Tuesday, February 4, 2020

Niena Di Japan: Hello Tokyo.....(Part 9)

 15 Dec 2019
(Sabtu)

Hari ke-7

Bakal memulakan perjalanan yang panjang hari ni sejauh 515 km menuju ke Tokyo. Semua orang bangun awal, bersiap, kemas rumah, buang sampah dan sebagainya. Sempat kami bawa bekal nasi sorang satu, maklum la pengembara poket tipis macam ni la....😅 Jauh di sudut hati, rasa sayang nak tinggalkan rumah ni, sangat selesa, bersih... kawasan kejiranan yang senyap sunyi, rasa tenang aje. Tapi kena akur, begini la kita, singgah sebentar, kemudian berlalu pergi meninggalkan sesuatu yang sudah mula kita rasa selesa dengannya. Seperti mana aku sayang tinggalkan kampong halaman ku di NZ! 😅

Dobutsuen-Mae Station: Midosuji Line --> Shin Osaka (Shinkansen Hikari, platform 25)-->Tokyo..

Sekarang baru faham sikit, sikit aje la.... aper beza Shinkansen Nozomi, Kodama Lion dan Hikari. Untuk Nozomi, bagi pemegang JR Pass, dier dah maklum awal2 "not covered by JR Pass", So tak ble naik. Kalo ternaik juga, bersedia la untuk bayar harga penuh bila dier check tiket nanti. Nozomi ni hanya berhenti di 4 station besar sahaja, sebab tu kot dier laju gillsss sampai ke Tokyo.....Adik dier Hikari pula, berhenti di 8 Station, manakala adik bongsu dier si Kodama pula terpaksa mengalah dengan abang2 dier. Semua 15 station dier sapu singgah amik penumpang. Sebab tu dier terpaksa amik masa yang lama untuk sampai.

Smart driver train tu...Kalo kat Malaysia macam tu, kan best. Cantik je dimata. Gambaq kat bawah tu, kami sabar menanti si abang ngah. Kebetulan tengah Q tu, ader si "berudu" landing punya baik. Apa lagi jepret la...sebab kan biasa dapat shoot tang body je. Kepala tak sempat sebab berdesup laju je pergi....😅
Oleh kerana si Kodama mogok pada jam tersebut maka kami sabar menanti si Abang Ngah Hikari. Biasanya kat skrin tu kiter boleh tengok, train apa yang akan landing sekejap lagi. Tak perlu beli tix, kiter main tunjuk je JR Pass dan kiter punya ni ordinary car, so maknanya kena masuk non-reserved coach. Ble tengok kat lantai dier lekat kat situ, contohnya dari coach 1-3 (non-reserved). Kat dalam tu boleh duduk ikut sukahati, selagi kosong kau boleh duduk.

KH shoot dari dalam train otw to Tokyo. Aku bantai tidoq separuh jalan, rasa macam di buai2....
Tiba di Tokyo Station, amik train pula ke Shinjuku. Ke sana sebab nak p amik suica card. Seperti yang aku dah cite di part 1, suica card ni antara yang kami dah beli awal di Malaysia. Beli melalui klook dengan harga RM84. Sama seperti ICOCA card, dier cuma bagi kiter bar code. Bar code tu simpan, masa nak amik kad sebenar dier akan scan bar code tu.

Tokyo Station: Chuo Line (Rapid Tachikawa), Platform 1---> Shinjuku Station

Perjalanan ke Shinjuku mengambil masa 15 minit sahaja. Harga tiket ialah 200 yen sehala bersamaan RM 7.48. Pada aku mahal, itu baru sehala. Kalo sehari, 2,3 kali tukar train, tak masuk lagi tersesat ke hujung dunia. Boleh pengsan dibuatnya! Oleh sebab Rapid Tachikawa masih dalam rangkaian train JR makanya kiter guna JR Pass kiter. Best kan....dapat jimat banyak! 😅
Tiba di Shinjuku
Mencari locker
Bila tiba di Shinjuku, kami kena cari locker dulu untuk simpan barang2 ni, sebab lepas ni kitorang akan terus ke Kawaguchico. Bawa barang sikit je. Oleh sebab hari ni adalah hari sabtu, ramai yang balik kampong gamak nyer. Ke hulu ke hilir cari locker semua penuh. Kalo setakat bawa beg banyak ni ok je kalo semua tempat tu ader lift/ escalator ke....tapiiiii, tangga lagi banyak dari lift/ escalator!! Perghh.....Menyeramkan. Terus taubat..."ok cukup dah beli barang, tak nak tambah lagi". Begitu aku berikrar dalam hati. 😅 Setelah berhempas pulas turun naik tangga, akhirnya jumpa, nun.... diceruk bangunan, itu pun kena naik tangga. Sewa untuk semalam ialah 800 yen. Share dengan kawan ok la.

Selesai simpan beg baru la kami bergerak ke Shinjuku Takashimaya, tingkat 11 untuk amik suica. 4 minit jalan kaki. Guna goggle map la kan....apa lagi. Suica kad ni dalam dier memang dah ada duit sebanyak 500 yen. Dah termasuk dalam harga kad ni.

Suica Card pick up
Ok selesai sudah. Sekarang masa untuk pegi ke Kawaguchico.....Yeahhhh!! Tapi sebelum tu, kena pegi office JR dulu untuk amik reserved seat ticket. Yang ini tak perlu bayar, nanti kat kaunter tunjuk je kiter puya JR Pass. Harga tiket sehala ialah $2,360 Yen bersamaan dengan RM 88.50. Perjalanan ke Otsuki mengambil masa 1 jam dari Tokyo.

Shinjuku Station: Limited Exp. Trains on the Chuo Line (Kaiji), Platform 10, 3 stops--> Otsuki Station
gigih, simpan lagi tix ni 😅
Tunggu train kat platform 10. 
Stesen Otsuki merupakan stesen terdekat untuk ke Kawaguchiko. Samada nak pegi ke Tasik Kawaguchiko atau ke Gunung Fuji di sini lah tempat untuk pertukaran train JR ke train Fuji Kyuko. Dipendekkan cerita, setelah 1 jam perjalanan kami pun sampai ke Otsuki Station. Kami turun dan terus berjalan ke hadapan untuk berkumpul sekali dengan 3 rakan yang lain. Sebenarnya kami terpisah gerabak. Kami di gerabak 4, 3 rakan yang lain di gerabak 1. Terpisah sebab masa amik reserved seat tix tadi depa 3 orang dah pegi awal.. Kami 5 orang pula agak terkebelakang. Cari punya cari memang depa 3 orang tak ada. A call KH: "Pok mana kamu?". KH: "Ya?"...mamai2 dier jawab....😅 A: "Kami sdh sampai ni, cari kamu tiada" ....KH: Ohh? laaa....terlepas la kami ni.
Stesen Otsuki
kecik je Stesen Otsuki ni, tapi sangat bersih 
Memang sah dah depa bertiga terlepas stesen Otsuki tu. Tertido! 😅 Sudah nyer depa beli tix baru menuju ke Otsuki pada jam 5.20 pm. Tapi rezeki depa, dapat tengok air terjun kat stesen yang depa berhenti tu tadi. Best kan...lain kali kalo pegi lagi, nak la ke sana. Makanya menanti la kami di sini. Nasib baik waiting room dier panas, tak de la kami menggiggil.
Sambil menanti depa pegi topup suica dan layan snapchat 😅
Masih di Otsuki
Akhirnya mereka sampai. hari sudah gelap di luar sana. Sangat sejuk....bila train dah ada kami terus masuk aje dalam train walaupun masa nak bergerak lambat lagi. dalam ni agak panas dan sangat selesa.

Otsuki Station: Fujikyuko Line (Local Kawaguchiko, 17 stops)--> Kawaguchiko station.

Perjalanan menuju ke kawaguchico mengambil masa kira2 1 jam 30 minit dan harga tiket adalah $1170 Yen, bersamaan dengan RM 44.70 sehala. Oleh sebab local train Kawaguchico ni JR tak cover, makanya kami bayar guna suica card ni. So tutup mata ya.....😅

Dalam ni panas dan bersih. Rasa macam nak baring aje atas lantai, nasib masih ada rasa malu...😅
Train yang akan membawa kami ke Kawaguchiko
Dah sampai di Kawaguchiko
pekan yang comel... 
Teksi
Tix Office
Nak p naik train lalu hat ni dlu
Train lama dijadikan hiasan.
Malam ni kami menginap di Plaza Inn Hotel. Jaraknya hanya 1 minit jalan kaki dari stesen train Kawaguchiko. Dari sini boleh nampak gunung fuji yang sangat cantik di siang hari. Aku ingat hotel ni hotel lama tapi ok je, selesa, bersih tapi satu je spoil, bilik mandi dier sumbat. Malam tu kiter basuh bekas makan, lepastu air turun memenuhi lantai.. Eiii...geli! Esok pagi terpaksa ketuk pintu  bilik sebelah tumpang mandi 😅

Malam tu kami makan maggie share 3 orang. Ko rasa kenyang ke tak?? 😅 Itu la padahnya, sombong sangat. Sebenarnya aku ader je kembara meal tu tapi bijak sangat bila tinggalkan dalam locker sekali dengan barang yang lain. Haaa.....sudahnya tak berapa nak kenyang. 😅

walaupun lama, at least ader lift ok
Kalo rasa kaki tu masih kuat boleh naik tangga. 
Bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...