Friday, May 3, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Damneon Saduk Floting Market & Chang Puak Camp (Part 6)

14 Dec 2018
(Jumaat)



Semalam, balik dari makan KD tanya kat lobi hostel, tanyakan tentang pakej ke Maeklong Railway Market. Jadi depa dah arrange 1 van untuk kami. Selesai Breakfast, rupanya Pakcik tu dah ader depan hostel. Dier kenalkan diri dengn nama Harris/ Halis. Seorang muslim. Baik orangnya. Peramah. Sebenarnya nama Thailand dier lain, nak sebut payah jadi kami panggil dier Pakcik Harris je.

DAMNEON SADUK FLOATING MARKET. 

Destinasi pertama kami hari ni ialah ke Damneon Saduk Floating Market. Terletak di Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi, kira-kira 100 km ke barat daya Bangkok. Ia dikatakan sebagai salah satu floting market paling terkenal di Bangkok. Mulanya aku macam malas nak join, sbb ader kawan yang tak nak join juga. Apa lagi katanya bayaran untuk bot sahaja 500 Bath seorang. Ok la jalan2 sekitar tebingan je la, malas nak naik bot (Konon). Sekali sampai, tak de aper ditebingan ni melainkan orang yang bekerja di sini yang mengurus perjalanan bot, para driver yang menanti penumpang yang sedang berlayar dengan cruise bot, dan....ya, kalo aku duduk aje kat sini, rentung aku menanti 2 jam. Nak tak nak join juga. Teringat aku ayat2 cinta dari FB: "Kalo tak de duit, tak payah sibuk nak mengembara, duduk kampong tanam jagung". Malu sendiri aku ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ..... Jimat itu penting untuk kelangsungan hidoppp.....gitewwww! Sebab, kalo mengembara, aku dah tetap kan bajet sendiri. Kalo itu jumlahnya, itu la yang dibelanjakan.

Gambar atas tu bersama Pakcik Harris yang baik hati.
Gambar Bawah: Lepas abis merempit bot, dapat gambar tersenyum terus padahal tadi tak nak pegi....๐Ÿ˜
Gambaq atas bot, kan main lagi senyum sampai telinga sebab dapat driver comel....๐Ÿ˜…
Comel, tapi comel sangat payah juga...pantang ada masa membelek cermin je, tengok jerawat dier. Siap buh bedak baby johnson's pink lagi, sumpah aku tak tipu!....๐Ÿ˜‚
Klong Damnoen Saduak merupakan terusan lurus terpanjang di Thailand. Ia dibina atas inisiatif kerajaan semasa pemerintahan Raja Rama IV atas tujuan untuk menghubungkan sungai Mae Klong dan sungai Tha Chin. Ia mengambil masa lebih 2 tahun untuk digali, dan akhirnya selesai dibina dibawah pemerintahan Raja Rama V. Terusan Damneon Saduk sepanjang 32 km panjang ini mempunyai lebih dari 200 cawangan, yang kebanyakannya digali sendiri oleh penduduk kampung. Selepas pembinaannya aktiviti perniagaan dari bot semakin rancak. Kemuncaknya popularitinya adalah sekitar tahun 1971-1973 dimana para petani menjual barangan pertanian mereka dari atas bot. Sampai sekarang pasar terapung ni masih kekal hingga ke hari ni. Tapi masa pegi ni, tak ramai pula orang berjualan atas bot, mungkin sebab hari jumaat.




Ada beberapa tempat kitorang singgah tapi tak de membeli pun. Tak pasti orang lain ya. Aku memang tak membeli. Tempat tumpuan pelancong macam ni biasanya mahal mencekik. Jadi cuci mata aje la kita ye. Tak ada yang berkenan dihati sebenarnya. Yang menarik di mataku cuma lukisan2 cat minyak yang banyak terpamer di kedai di tepian terusan. Sapuan berus yang halus, teratur kemas, sudah tentu lahir dari kejujuran dan minat yang tinggi dalam berkarya.





Tengok lukisan harimau tu, teringat aku tajuk kerja kursus seni 3 tahun yang lalu. 
Amik gambar je. 
Akhirnya selesai 2 jam, kami pun balik. Yang aku geram si comel ni, masa nak balik tu.....bukan main lagi dier merempit. Rasa nak terpelanting je ke sungai. Aku takut je masa dier merempit tu, terlanggar dengan bot kat depan. Nauzubillah.......Seram aku. Aku rasa bukan aku sorang je berdoa dalam hati, depa 3 orang ni pun sama........ke korang seronok kena tiup angin?? Hehheheheh..... Taubat aku, lain kali kalo pegi tempat macam ni, tak ble pakai tudung bawal, kena pakai tudung saji bokitta. Hilang ayu bila tudung penyek! Nasib baik tadi tudung aku tak terbang, kalo tak abih si comel ni gelakkan aku. Kuang hajaq kau comel!! ๐Ÿ˜‚ Bila naik dengan selamat kan, tetiba ada pula gambar kau atas pinggan, tengah senyum simpol, ayu. Terus nak beli.....kalo gambar tudung penyek tadi, tak dan aku nak beli. Dua2 gambaq aku cantik. So beli 2 pinggan, dengan harga 500 Bath. Ehhh....ehhhh......tadi bukan nak berjimat giler ke??

Jom tengok tepi sungai pula.....

Mesti sejuk ni kan....
Binaan yang kemas
Rumah atas air? tak ada halangan untuk kau tanam bunga. 
Cantik kan?
Bunga kertas....
Rumah tinggal
Berehat sebentar bersama kit kat

Mencari rezeki


CHANG PUAK CAMP, DAMNEON SADUK, BANGKOK

Destinasi ke-2 kami ke sini pula. Ingat tak hari tu kat Hatyai kami ader ke Chang Puak Camp? Rupanya kat Bangkok pun ada juga. Pakcik Harris bawa ke sini. Dier ingat kiter nak naik gajak kot na?? Tempat ni dekat je dengan floting market tadi, kira2 2 km sahaja. Memandangkan tempat ni masuk adalah percuma, jadi kami layan je tengok gajah. Ye, masuk adalah percuma....memang tak salah dengar dah tu, bayar jika kau join aktiviti yang depa tawarkan. Contohnya naik gajah ke, amik gambar dengan haiwan, atau nak bagi makan pada haiwan. 
Saje letak gambaq ni ataih sekali ๐Ÿ˜Ž
Tengok harga pakej. 
Aktiviti menembak pun ada. Kat sini bukan gajah je ada ye.....harimau, monyet pun ada.
Duduk2 sambil tengok harimau....
amik gambaq macam ni tak bayar. Tapi awas.......gajah kat belakang tu nakal, pandai menyondol punggong orang.....๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™Š
Kesian gajah ni....
Macam biasa kitorang tak de nak join aktiviti, kecuali kawan aku ni ha...... dapat anak angkat, sopan ayu gitewww.....๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Comel je. Yang ini aku tak pasti berapa bayaran dier, aku lupa. Di satu sisi memang nampak lucu, comel, pintar.....kan. Satu sisi lagi, kesian sangat. Dier tak dapat menjalani kehidupan di habitat asalnya, berkawanan dengan monyet lain dan macam2 lagi. ๐Ÿ˜ช



Bersambung......

Rujukan:

Thursday, May 2, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Hallo Bangkok (Part 5)

13 Dec 2018
Khamis

Tak ada yang menarik sangat cerita kali ni. Hari ni masa banyak dihabiskan diperjalanan saja. Dari Hatyai fly ke Bangkok. KH kata kalo naik train, jauh giler, harga tambang juga lebih kurang je dengan flight, biarpun dier murah puluh ringgit tapi faktor masa tu perlu diambilkira. Jadi kami sepakat ke Bangkok menggunakan laluan udara. Aku tengok kos train ke Bangkok di sini. Kalo ada banyak masa, boleh juga kan sekadar untuk merasa pengalaman naik train ke Bangkok. Riki punya riki dapat la kami tiket paling murah ke Bangkok dengan harga RM156, dapat la merasa naik Thai Lion Air. Masa perjalanan dari Hat Yai International Airport ke Don Mueang International Airport, Bangkok mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Flight kami berbeza untuk semua orang. Paling awal KH dan S, paling lewat pula Z dan A.

Masa nak pulang kunci tu, ader keluarga dari Malaysia, tak dibenarkan keluar selagi depa tak susun semula kedudukan katil seperti asal. Haaa.....jangan main2. Kalo dah tarik sana sini tu pandai2 la susun balik ye. Karang tak pasal2 orang tahan kiter. Oh ya, kami keluar dr hotel jam 10 lebih kurang, sekali dengan Abg Pok sebab dier terbawa kunci hotel dalam poket. Heheh......kan ada2 je, aku pelik sbb KL punya flight jam 1.50 PM, tapi dier check out awal giler dan gerak ke airport sekali dengan KH dan S jam 8.00 am. Mungkin itu sebabnya Abg Pok terlupa nak pulang balik kunci. Jdi kami ikut je la Abg Pok kata kita naik grab la ke airport.  Murah sikit dari tuk2 pagi tadi katanya. Kat airport Hatyai tu ader je kedai jual makanan halal jadi, kalo tak sempat makan....jangan risau beli je kat airport.
Dalam Thai Lion Air

Dah sampai....
Bila sampai Bangkok aku wsap KL, sbb tadi dah janji nak naik grab sama2 ke hotel. Tapi dier tak jawab pun, Rupanya dorang KT, KH, S pun masih ader kat airport Bangkok ni. Hehehh...Ingat kan dah bersantai di hotel. KH kata tak yah tunggu KL sbb depa dah naik bas. Ehhh.....bukan tadi berjanji????? Aku dan KD pun ambil teksi. Turun tingkat 1 di bangunan departure (International) kemudian keluar ambil arah kiri- jalan sampai hujung sekali. Lepastu masuk dalam bilik tu, ambil nombor dan kemudian pegi kaunter. Kat kaunter nanti depa akan bagi no teksi dan tunjukkan driver sekali.

Masa dalam teksi driver tu tanya dalam bahasa Thailand, tapi kitorang tak faham mulanya. Yang aku paham dier sebut "highway". KD tanya highway ader tol ke, dier tak ble jawab, pastu muka ketat gilllsss......Setelah diandai2kan, rupanya dia tanya, nak lalu highway ke atau amik jalan kampong. Kalo highway ader tol, kalo jalan kampong tak de tol tapi jauh. Bila kami tak dapat jawab, dier bawa je lalu jalan highway. Sibuk dier membebel sendiri2, mengata kami la tu...hehehhh. Tak pe, jangan bagi kami paham, sudah... Aku dah siap2 buka goggle map, takut dier colek bawa p tempat lain......Ko tengok aku punya penakut tu ๐Ÿ˜…

Akhirnya sampai juga kami ke Monomer hostel. Tambang teksi 250 Bath + 70 Bath tol=320 Bath. Dalam RM41.32. Boleh la kan.....Grab lagi mahal, 340 Bath.

Checkin. Hostel kami bangunan satu lagi.
Aku suka hostel ni. Selesa dan bersih
Pintu Bathroom dier klasik
Bersih

Tak kedekutz....
Katil bawah. 


Kitorang amik dorm, dalam ni ada 6 katil, jadi satu tu kosong, sebab kami 5 orang je. 4 orang lagi amik bilik lain. Menurut penilaian jujur, iklas dari hati. Aku suka hostel ni, bersih. Toilet ada dalam bilik. Kalo travel berkeluarga kiranya sesuai sangat. (Nanti diakhir part aku akan rumuskan kos hangus trip ni). Dekat dengan metro station, Dekat dengan restoran muslim. Ruang antara katil juga agak luas berbanding bilik hostel kami di Xian dulu. Simple breakfast ada disediakan, dan kalo korang macam aku yang suka minum panas diwaktu malam, ble minta air panas kat dapur dalm hostel ni. Perkhidmatan dobi juga disediakan. Dia kira per bakul, satu bakul 150 Bath. Dier minta kiter hantar di lobi hostel, petang dah ble amik. Selesai semuanya kami keluar makan. Kat area Ratchadewi ni memang banyak restoran halal sebab ianya berdekatan dengan masjid. Malam ni kami makan di Fareda Fatornee. Sedap, ble tahan.

SEbelum keluar makan, melantak durian dulu, ntah sape beli aku lupa....
Menanti makanan tiba...
Amboi seriusnyer.....hehheh
Bersambung.......

Kos abih ari ni:

Grab (Lee Harden Hotel- Airport): $240 /2 =$130 (RM16.84)
Mangga: $40 (RM 5.18)
Wrapping: $300 (RM38.85)
Teksi (Bangkok Airport-Monumer Hostel: $320/2=$160 (RM20.72)
Makan: $140 (RM 18.13)
Asamnoi: $55 (RM7.12)

Jumlah: RM106:90

*Angka sudah dibundar kepada nombor paling hampir


Thursday, April 18, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Ronda-Ronda Kota Hatyai | 3 Destinasi ...(Part 4)

 12 Dec 2018
Selasa

The Great Serpent Nag


Hujan masih turun renyai2 ketika kami meninggalkan Restoran. Kami meneruskan perjalanan ke Arca kepala naga di tepi laut. Katanya ini juga termasuk di kawasan Pantai Samila. Tapi perjalanan menuju ke sini rasa macam jauhhhh je. Ketika kami sampai cuaca masih mendung, tapi tak hujan. Arca naga ni juga merupakan salah satu tarikan pelancong. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan juga ekor. Uniknya binaan ini ialah ketiga-tiga bahagian ini sengaja di bina berjauhan antara satu sama lain. Kami hanya pegi tengok kepala naga yang mengeluarkan air dari mulutnya. Sekali pandang ala2 arca singa kat singapore.

Dimana2 je ada penjual aiskrim kelapa tu
Kapal
Ini je la aktivitinya
lagi.....
Seperti mana Arca Duyung, Tikus dan Kucing tadi yang punya cerita lagenda, si naga ni pun ada juga kisahnya. Menurut kepercayaan masyarakat setempat Naga ibarat dewa penjaga di wilayah selatan Thailand. Mereka sentiasa mengharapkan agar Naga memberikan mereka rezeki, kebahagiaan dan memberkati kehidupan seharian mereka. Air yang sentiasa keluar dari mulut arca naga dipercayai selalu memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada masyarakat selatan Thailand. Setiap bahagian arca naga tadi mempunyai maksud tertentu. Misalnya kepala naga melambangkan kebijaksanaan dan kebajikan, badan naga melambangkan kemakmuran, manakala bahagian ekor naga pula melambangkan karisma dan kekuatan seluruh masyarakat setempat. 

Pengorbanan seorang photografer...jaga jatuh bang
Dataran naga
Masjid Songkla dari kejauhan
Batuan 
Songkhla Aquarium

Lepastu Driver tuk2 bawa kami ke Songkhla Aquarium yang terletak di hujung Son On Cape, Daerah Bor Yang, Muang. Dibuka pada jam 9.30 pagi-4.30 petang. Bayaran masuk adalah 300 Bath (dewasa)/ 200 Bath (kanak-kanak). Oleh kerana masa dah nak hampir tutup, ketika kami sampai, maka kami hanya berlegar2 di perkarangan bangunan. Mengambil gambar sekeping 2 buat kenangan. 

Banyak arca kat sini
Kalo kat sekolah ada macam ni kan bagus......
Rangka burung
KT diantara burung dan nemo
Mercu tanda Songkhla Aquarium. Benda ni ble berpusing 360*
S bersama si Nemo
Kuda laut
Uittt...korang membawang aper ni?? 

Songkhla Aquarium ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran Songkhla untuk dijadikan sebagai pusat pembelajaran biologi marin. Terdapat pelbagai pameran di akuarium termasuk terowong ikan, pameran ekologi, gunung, sungai, air tawar, hutan paya, pantai, haiwan laut, penggunaan sumber laut, ruang pameran, bilik seminar, restoran dan kedai-kedai cenderamata.

Mana KD eh...tak nampak, KL pun tak de. 
lagi.....๐Ÿ˜‚
Dengan si penyu pula....
Dalam perjalanan ke Asean Market, nampak si Baby Boss ni.....hehehheh
Asean Market
Baik juga ye driver tuk2 kami ni. Nampak macam tak berkira. ker harga dier minta tu memang mahal? Tak pe la kan, anggap je itu rezeki dier.... Driver tuk2 hantar kami ke destinasi terakhir iaitu ke Asean Market. Dibuka dari jam 5.00 pm- 10.30 pm. Lepas turunkan kami, dier kata dier nak balik rumah jap, mandi manda......katanya akan datang semula pada jam 8.30 malam, ambil kami. Ketika kami sampai tak banyak lagi kedai yang buka. 





Rojak maggie, kami pun mencicip juga tu makanan depa ni....๐Ÿ˜‚
Baru perasan ini je gambar yang ada. Mustahil.....hehehhe. Memang berbaloi shopping di sini. Murah dan lawa2 pulak tu. Makanan toksah cakap, kalo tak memikirkan hal perut, macam nak cuba semuanya. Tak cukup makan di sini kami menapau lagi untuk makan di hotel. Tamak tak?? ๐Ÿ˜‚

Perbelanjaan sepanjang hari ini:

Makan di Pantai Samila: 142 Bath/ RM 18.50
Aiskrim di Pantai Samila: 65 Bath/ RM 8.50 (Mahal sikit dari yang ada di depan hotel)
Mangga di pantai Samila: 20 Bath/ RM 2.60
Mangga di Asean market: 40 Bath/ RM 5. 20
Udang di Asean Market: 100 Bath/ RM 13.00
Udang depan hotel: 150 Bath/ RM 19.50
Baju 2 helai Asean Market: 400 Bath/ RM52.10
Pakaian: 170 Bath/ RM 22.10
Tuk2: 170/ RM 22.10
Bayar masuk Magic Museum: 400 Bath/ RM52.10

Jumlah keseluruhan: RM 215.70/ 1655.32 Bath

*Jumlah sudah dibundarkan 

Bersambung.......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...