Wednesday, January 9, 2019

Kembara Jeju: Selamat Pagi Jeju.....(Part 3)

2 Dec 2018
Ahad

Selamat pagi Jeju....

Pagi ni kami bersiaran terus dari Jeju Island...😛 Buka je pintu balkoni, angin sejuk dah menyampaikan salam mesra. Perghhh, lain macam dier punya sejuk......seram2, dingin menyapu lembut kulit tipis ku. Siapakah yang menyapa aku dari balik pulau kecil itu? Adakah Sunan, Pahlawan Melayu terbilang itu? atau Maharani dari Pulau Utara?? Gitu aku bermonolog ala2 Novel Cinta Sang Ratu. Aku buka pintu sebab Kak D tengah masak. Nak bagi keluaq bau semerbak. Aku hairan, kenapa sunyi sepi? Bila ingat2 balik rupanya hari ahad. Cuti kot......orang tengah tarik selimut lagi. Siang ni baru aku nampak pemandangan disekitar. Cantik, di belakang tu ader laut, rupanya dekat dengan pantai. Dalam hati berkira2, esok lusa sebelum balik, nak gi jalan kaki la ke pantai sana.

ROL yang tak berapa nak menjadi
Yang ada bumbung putih tu semua pokok limau mandarin/ tangerin (Eh tak sama ye?) yang sedang berbuah lebat dan masak. 
Lagi pemandangan belakang rumah sewa.
Hari ni paling lambat siap ialah Kak D, sebab dier pagi2 akan memasak. Selaku driver kami dier tak risau untuk ketinggalan, sbb kalo lambat pun kete tak kan bergerak kemana-mana. Hehehe....Tak de siapa berani bawa kete selain dier. Kalo kat NZ aku ble lagi, yang ini tak ble sbb drive belah kidal. Dah tu sistem jalan rayanya juga aku tak paham. Apa lagi nak jadi co-pilot. Hanya S yang mampu mengalas tanggungjawab tu. Pasangan serasi adik beradik. Pilot & Co-Pilot. Mantapp....! Pagi tu Uncle tuan rumah tolong kami set kan GPS dan bagi kami cadangan tempat mana yang kena pergi dulu berdasarkan itinerary. Isterinya pula bekalkan kami Tengerin, 1 plastik.....Baiknya la depa ni. Terus berangan nak dapat mentua orang Korea....😝

Soesokkak Estuary (쇠소깍)

Ini la dier tempat pertama yang kami jejaki. Aku baru belajar dari S, (jika guna GPS yang semuanya guna bahasa korea, tak ada BI ye), nak cari tempat kat Korea ni kena masukkan no tel tempat yang bakal dituju. No. Tel. tu kena betul, kalo tak...tah kemana2 GPS tu bawa kiter. Dan....No. Tel yang ada di website sesuatu tempat tu tidak semestinya betul, kadang2 depa tak update. No. lama, jadi tak ble digunapakai sebab kiter tak paham tulisan Korea. Kalo paham tu, lain cerita ye. Jadi Pilihan ke-2 guna Waze. Cuma kalo guna phone ni nampak kecik je, org belakang tak ble tolong tengokkan jalan, kalo co-Pilot terlelap. Tapi kalo guna GPS yang sebesar alam, kami yang duduk belakang pun ble ingatkan pilot......"ok kak, simpang depan sikit masuk kiri"....Gitewww 

Tengok Tengerin tu, tepi jalan pun berbuah. Rasa nak peti je, tapi takut pula nanti kena sumpah.
daun pokok kekuningan
tebingan batu yang berasal dari lava gunung berapi 
Lalang cantik menguasai persekitaran


Muara Soesokkak terletak di kawasan Seogwipo, Pulau Jeju dimana Yeongcheon dan Hyodoncheon Streams bertemu sebelum mengalir ke lautan. Pada asalnya ia dipanggil 'Soedun', yang bermaksud lembu berbaring dan lama kelamaan ia lebih dikenali sebagai 'Soesokkak', dikalangan masyarakat tempatan. 'Soe; bermaksud seekor lembu, manakala 'So' bermaksud 'kolam air' dan 'Kkak' pula bermaksud 'akhir '. Berkunjung ke sini memberi peluang untuk kita melihat pokok2 kayu yang cantik dan tebal serta batuan unik di sekeliling Soesokkak.

Tak nampak orang mandi manda....ohh, sebab sejuk mungkin...😛 Lupa....
Siapakah dia? pemancing, pemantau atau pelancong?
air yang tenang, jernih dan biru
Jambatan dibina agar memudahkan pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat
Daun kuning
pokok jenis lain pula
buah hutan
Kemudian kami berjalan kaki menuju ke pantai dimana mengalirnya air dari Soesokkak ke laut lepas. Dari jauh kelihatan rumah api gagah berdiri. Bagi depa yang sangat mencintai K-Pop agak teruja melihat icon Rumah Api. Ini mengingatkan depa pada drama Korea yang pernah ditonton di TV sebelum ini. Masing2 bercerita imbas kembali drama tersebut dimana si polan berlarian bekejaran bersama kekasihnya menuju ke Rumah Api tersebut. Hehehhe.....Entah cite mana satu, sebab aku bukan peminat drama Korea. Untuk aku pula, Rumah Api ni mengingatkan kembali kisah pengembaraan kanak2 dalam novel terjemaahan Enid. Yang mana Orang jahat selalu guna Rumah Api untuk aktiviti hitam mereka. Tengok, betapa terpengaruhnya aku untuk citer tu. Sape penah baca? aku sedang cari buku tu, siapa ada aku nak beli. 

Berjalan santai menikmati angin laut
Kak T, salah seorang peminat Cite Korea, minta dijepretkan gambar kenangan di tepi pantai berlatar belakangkan Rumah Api
Terjumpa sesuatu....
Rupanya dekat Rumah Api tu ader sesuatu yang menarik. Trick Art Photozone! 150 m berjalan kaki. Akhirnya Kak D kembali amik kete kemudian park berdekatan Photozone, yang lain jalan kaki je. Bagus juga jalan kaki ni, bole bakar lemak yang dah menepu. Seperti mana di Soesokkak Estuary, Parking di kawasan Trick Art Photozone juga adalah percuma. Oleh kerana terasa sunyi sepi kami berjalan dengan penuh hemah tanpa membuat bising demi menghormati masyarakat sekitar. Gitewww.....

kami
sepatutnya berdiri kan baru nampak kiter berdiri di tempat yang tinggi.....Emm....Gagal jadi pelakon!
Rumah Api putih di sebalik batu
Rumah Api Merah...Aku tak pasti apa rasionalnya letak Rumah Api lebih dari 1 di tempat yang berhampiran...
kawasan sekitar
ini office depa kot, sunyi sepi je, sbb hari ahad....
macam tak de reaksi langsung orang tu kejar....
Ini baru real
Tingginyer jurang.....
Kami 
Kak T bg makan burung
oppssss.....

Bersambung.....

Monday, January 7, 2019

Kembara Pula Jeju: Part 1

30 Nov- 1 Dec 2018 
Jumaat 

Perjalanan kami ke Jeju bermula hari ni. Aku dan Z dah sampai KL semalam lagi. Biasanya aku memang akan amik flight awal sehari, untuk mengelakkan kekangan yang tak disangka2 berlaku. Labuan ni sukar dijangka, hanya ada MAS dan AA saja yang boleh disandarkan harapan untuk terbang ke Semenanjung. Pilihan aku tetap pada AA, walaupun hanya ada 2 penerbangan ke KL setiap hari. MAS tak payah cakap, mahalllllll.....

Kembara kali ni kami pilih Vietnam Air, KUL-Hanoi-Busan. Busan-Jeju naik JejuAir. Perjalanan dari  KLIA2- Noi Bai International Airport, Hanoi mengambil masa kira2, 3 jam 15 minit. Transit 3 jam kemudiannya berlepas ke Busan. Dipendekkan cerita kami tiba di Busan pada jam 6.10 pagi waktu Korea. Mereput la kami di sini sehingga jam 3.45 pm. Baru la terbang ke Jeju. Kak D dan S yang sudah 4 hari bertandang ke Busan mengkhabarkan, cuaca agak sejuk di Busan, biar pun belum ada rintik salji yang turun. Memang benar apa yang dikata, ketika mereput di airport kami berjalan2 ke luar bangunan, memang angin sejuk menerpa ke wajah kami. Oh ya, oleh kerana nak ke Jeju, kami kena bergerak ke domestic airport Busan. Tak jauh hanya berjalan kaki kira-kira 300m saja menghala ke kanan international airport. Kami turun ke tingkat bawah dan berjalan kaki saja.

Tempoh perjalanan dari Busan ke Jeju mengambil masa 1 jam je. Nampaknya flight JejuAir ni agak selesa. Ruang antara kerusi pun agak luas. Tup2 dah sampai Jeju......Yeahhh..Tak ada apa yang menarik sangat di hari pertama ni. Kami tiba di Pulau Jeju kira2 jam 4.30 petang

Pulau Jeju dari udara
Bergambar dulu....
Untuk kembara Jeju ni kami telah menyewa kereta, untuk memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Bayaran keseluruhan kereta sewa untuk 6 hari ialah RM 1762. Sorang bayaq RM 221 setelah digenapkan. Tempahan itu dibuat daripada orang ke-3, jadi kalo tempah terus dari agent kereta tu mungkin boleh murah lagi. Bila tiba di Jeju, kena naik shuttle bus untuk sampai ke tempat kereta sewa tu, iaitu di Mujigae. Dah selesai urusan Imigresen, kami pun keluar menapak menuju ke shuttle bus. Caranya ialah keluar ikut Gate 3.

Dah jumpa Gate 3, keluaq ikut pintu ni. Kemudian menyeberang jalan pergi ke parking bus. 
Bus yang akan bergerak ke Mujigae berada di tiang No. 8, Petak No. 1. Tu dia kat depan. 
Petak No. 1
Takut salah, tunjuk address pada driver bus. dier kata betul itu bas nya. 
Baru la masukkan beg. 
Aku tak berapa perasan berapa minit masa diambil dari Airport ke Mujigae ni. Sampai2 je, dah remang2 senja.

Office Mujigae, Syarikat sewa kereta tu
Turun dari bas, angkut beg memasing. 
Kak D dan Kak T mengurus di kaunter, sebelum ambil kereta.
Pekerja Mujigae set kan GPS untuk pergi ke rumah sewa kami. 
Rumah sewa kami studio style. Ble la dan agak selesa juga untuk kami 4 orang, 4 lagi rumah sebelah. 
Setelah selesai urusan menilik body kete, amik gambar, video segala bagai, kami pun memulakan perjalanan. Macam agak jauh juga rumah sewa kami dari Mujigae ni. Kira2 1 jam lebih juga la, kan Kak D? 1st time bawa kete di Jeju ni pun perlu ambil kira juga, Kak D bawa kete secara berhemah dan sopan santun, maklum la malam dan pelancong katanyer. 😜..Tiba di rumah sewa tu kami di sambut tuan rumah. Depa tengah makan malam bersama keluarga. Sampai rumah sewa dah gelap gulita, tak dan nak amik gambaq rumah. Entry akan datang aku selit gambaq rumah. Tuan rumah ni sangat baik, dier tengok kami semua gegirl, dier dan anaknyer tolong kami angkat beg naik tingkat 3. Uhhh....berat tu. Kemudian bagi kami beras (tapi untuk malam ni sahaja ye...heheehh), kemudian bagi kami rice cooker berjenama Cuckoo. Malam tu sempat pula masak nasi walaupun kepenatan.....


Jadi kiranya hari ni, satu hari habis masa di perjalanan sahaja. Kembara kami bermula 2hb sebenarnya......Jumpa lagi untuk hari esok yang menyeronokkan.....😍

Monday, November 19, 2018

Lawatan Koperasi SMKL ke Sabah (Part 3)


Panjang betul entry tadi, so sia kasi split. Biar tenang ketika membaca, kunu....😝 Lepas pigi Sabah Tea kami bergerak ke Luanti Fish Spa. Tempat apa tu? Tempat mo urut kaki oleh si ikan kaloi...😂 Bayaran masuk RM5 saja. Kalo mo beli makanan dia tambah lagi RM 1. Sia tidak pigi, sebab sudah pernah. Geli owh tu ikan patuk2 kaki, dia teda gigi, rumpang saja, jangan kamu takut a....heheh. Oh ya ni ikan tidak ble ditangkap untuk dipancing. Ikan ni memang hidup dalam sungai tapi ada kasi simpan penghadang. Ada beberapa km la, jadi ni ikan tidak akan pigi ke ke hulu atau ke hilir. Situ2 ja dia berenang. So kami yang tidak pigi tu lepak saja di bas. Sia p beli buah2an, makan2 di bas, sia memang suka ni bab2 makan buah ni. Sia mo beli salak, tapi harga dia dalam RM10-13 perkg. Inda jadi sia p beli. 

Muka selamba kunu, padahal menjerit tu geli. Hehhe...Nampak sangat tidak berani tu di siring2 saja derang ni. Cuba la p tengah sikit, baru la. 
Ni budak kan dia ja paling besar sini T5, jd dia jalan sama budak perempuan ja tdk kawan sama 2 budak lelaki lain tu. heheh....sampai kami bilang sepa diantara derang ni ko suka. Macam ada owhhh....dia suka antara 6 gadis tu. 😂
acah2 berani kunu kasi hulur tangan pada si ikan. keluar urat tangan menahan geli 😂
Puas dorang p be spa di Luanti, terus kami gerak naik gerak pi Desa Castle. Tapi sebelum tu ni Bas singgah pi Walai Tokou. Kalo singgah sini, kamu tau la tu kan drg tengah riki2 la tu homestay malam ni. Sia nda pernah stay sini tapi derang kakak sia pernah. Sebenarnya banyak ni homestay di Walai Tokou (WT). Derang guna 1 nama besar WT, tapi dalam ni banyak owner dia. Kami tanya Cgu Norah, ok ka? ok la...dia bilang. Padahal dia pun belum tinguk tu dalam dia. Heheheh....Bah jadi kami terus la p sana Desa Castle. Dalam Bas derang sudah set mo bagi2 bilik, sia sebenarnya lebih suka 1 bilik sama cgu2 semua supaya siuk becerita. Kalo ada budak nda siuk kita becerita. Kadang2 ada cerita yg budak nda ble dengar ba kan. Bukan cerita 18xx la, maksud sia macam cerita peribadi pasal kita, kalo sama kawan ble la cerita tp kalo sama budak nda ngam. Itu la maksud sia. 

Bah pendek cerita kita sampai di Desa Castle, cuaca macam nda berapa mo bekompromi. Hujan renyai2. Sia teringat di atas ni di area Mensilau ada beberapa Homestay yang cantik dan barangkali agak selesa. Macam Kiram, littlehut, hounon dll...kan ramai org cerita tu cantik. Ada pula tu Taman kucing sini. Mula sudah tu terasa sejuknya. Confirm teda nampak puncak kinabalu. Kami datang tidak ramai orang, siuk pula tidak sesak. Belari kami pigi tempat beli aiskrim. Hehhehe....sejuk2 pun makan aiskrim. Nda lama lepas tu datang 2 bas budak sekolah rendah, terus penuh ni ruang. Sia ingat budak2 dari sekitar Ranau, rupanya dari sekolah SK sekitar Penampang. Lupa sia nama sekolah. Jauh derang jalan owh. Budak2 ramai, cgu dia pun ramai, Jaga budak2 kecil ni payah juga kan. tapi derang sudah bagi2 kumpulan sia tengok, 1 cgu jaga kali 6 orang gitu.  

Na hujan tapi tu orang nda peduli kan...hheheh. Sempoi.
Kawan sia Kak Ramlah mo pindah sudah. 
Ngam kami datang jam 3 masa untuk proses pemerahan susu lembu. Bau dia bukan main menusuk. Yakk....
Ada lembu meragut rumput dalam hujan sana belakang sia
Sia menahan nafas saja ni. Walaupun tempat tengok ni bertutup semua tapi naik juga tu bau. 
Dalam hujan, terpaksa sia sorok kamera dalam tudung. 
Padahal sia mengigil kesejukan ni, tu sebab jadi tiang bendera. 
ok itu saja la, kami tunggu tu budak2 begambar dalam hujan. Kasi can saja la bukan selalu kan. Lepas tu baru panggil bas turun ambil kami si bawah ni. Masuk bas baru lega. Turun saja singgah beli buah. Sia suka ni sbb di sini ada buah cinta. Sia suka makan rasa dia macam ciku + durian. Sia beli ciku, salak, buah cinta. Sebut pasal salak teringat kebun salak si Farid di Jogja. Hehehh.....Lepastu singgah tapau makanan. Nasi Paprik, Cgu Teo lapar sudah di bilang sebab last kami makan di Tambunan. Cgu lelaki nda mau tapau, derang bilang nanti derang turun p bawah. Ni Homestay kan atas bukit. Di bawah tu ada gerai, segala urusan penginapan dibuat di bawah tu, kali di gerai tu ada office dia. 

Oleh sebab hujan, sia tidak ada mood mo ambil gambar. Sebenarnya sia agak kecewa dengan ni Homestay. Macam yang sia cakap di atas tadi, di Walai Tokou ni memang banyak homestay dengan owner yg berbeza. Ada juga yang cantik dan agak selesa tapi kali yang kami ni kebetulan tekana yang nda berapa ok. Tapi nda tau yang mana satu, tapi pigi belakang lagi dari gerai tu. Tempat parking dia sempit sebab rumah derang sini sangat rapat2. Macam lepas homestay tempat kami tinggal ni teda lagi rumah lain sbb dibelakang tu bepagar sudah. Ada homestay lain lagi tapi bukan WT punya. Mesti korang cakap sia cerewet ni kan? Bukan cerewet tapi kalo dia bida sekali pun sia masih ble terima, tapi dia kurang bersih. Macam kami di Fatt Choi semalam, sia bilang kurang selesa kan? Tapi sia tidak cakap apa benda yang buat sia tidak selesa, kekurangan dia sikit saja yang lain ok. itu sebab dia jadi seimbang. 

Minta maaf ya kalo ada owner WT yang terbaca. Kami 4 orang sebilik. Bilik kecil ja, 1 orang tido di bawah, ada tilam extra dia bagi. Masih ada ruang untuk solat tapi sebenarnya dia ada sediakan surau di luar. Jadi ble solat di surau la. Ohya kenapa sia rasa kecewa? Bilik ni kurang bersih, atas tilam bepasir, bantal dia bekutu (bepeta ba), malam tu sia lapis (alas) tu bantal sama tudung sia. Bilang Kak Ramlah, mari kita kasi sapu2 dulu ni katil, gatal nanti kita tidur. Hehehh.....Ohya lepas tu yang dapat tilam extra, dia tidak bagi cadar dan selimut extra ya. Bantal memang banyak dalam bilik ni jadi, cukup la. So Cgu Teo req. tdo bawah, jadi kami bagi dia selimut Cgu Norah untuk buat cadar dan selimut satu kali. kami 3 share selimut tapi sia perasan cgu Norah tidak tidur beselimut, tahan tu Cgu Norah, kami kesejukan dia masih ble pakai baju lengan pendek. Malam tu sia mengigil terus pakai sweater dan stokin. Tidak ada tuala disediakan, sabun ada, yang kecil tu tapi sia rasa semua orang travel bawa toiletries sendiri ba kan. Dan sia rasa banyak yang perlu dia perbaiki. Bilik mandi dia tersumbat, air lambat turun. Terus sia geli mo masuk bilik mandi. Eiii...Nasib semalam saja, menahannnn...saja sia ni. Ada 1 Soket dia di atas katil macam terlonggar penutup dia, malam tu sia tidur bawa soket yang longgar. Bedoa sia moga2 tidak guruh dan kilat malam tu. Tapi ada juga kebaikannya, Bilik ni ada banyak soket, di bawah TV, jadi kita ramai2 tidak la berebut mo charge hp, power bank dll. satu lagi sini dia sediakan iron, sesuai untuk orang yang macam kami pakai tudung. Sia bagi * bintang untuk bilik ni. Harga bilik, Rm90 pernight, rata2 homestay sini akan naik harga bila weekend dan cuti. 

So sia minta maaf dulu ya pada warga Walai Tokou, sia tidak akan mention owner tapi harap review ni akan buat kalian buat penambahbaikan dari masa kesemasa. 

Bersambung.......

Sunday, November 18, 2018

Lawatan Koperasi SMKL ke Sabah (Part 2)

Hari 2
Salam.
Hari Ke-2 trip kami. Semalam kami sudah set ni ari kita mesti gerak jam 6 am, supaya awal sampai ke Ranau. Sebenarnya kalo ikut itinerary, pagi ni kami pigi Taman Pertanian Tenom ba tu, tapi bilang En. Rafi,  lambat buka tu Taman Pertanian Tenom, macam jam 9.00 am kali baru dia buka. Jadi kalo mo pi sana, lepas tu baru pigi Sabah Tea macam lewat sudah owh. Pigi Ranau ambil masa juga kira2 3jam 14 minit. Masuk Taman Pertanian tu mau2 2 jam juga kali kasi abis masa sana, na jam 12 baru gerak p Sabah Tea. Lewat sudah tu. Jadi Semalam kami discuss ndapaya pigi Taman Pertanian, terus p Sabah Tea, lepas tu saya bilang jom ba kita pigi Desa Castle. Mr. Cheah, Cgu Norah pun Ok. Jadi lepas pigi Sabah Tea, pigi Desa Castle pula. Padahal bukan sia nda pernah p sana tu, balik2 sudah tapi sajuk ba sana, itu la sia suka. Tapi confirm nda akan nampak puncak gunung Kinabalu sebab sudah petang memang berkabus tu. Kalo mo tengok gunung datang pagi, uinaaaa.....siuk tu begambar background gunung macam di New Zealand owhhh.....😂

Ladang teh yang menghijau....
Semalam set konon gerak jam 6 am kan. Manada...tu driver kami awal sudah bangun kasi start engine. Kami yang perempuan memang ikut jam, bahh....takut kana tinggal kan. Tapi sekali kami keluar kasi masuk beg...tu geng lelaki balum lagi siap. Ada lagi yg baru mau mandi. adihhhh.....Sekali kana tanya kenapa lambat, bilang dorang..."eh bukan jam 6.30 ka jalan konon....." heheheh...pandai ba drg spin kan? Begitu-begini, jam 7 juga la kami betolak. Ndapa la, biasa la tu lelaki kan. Lagi pun santai saja baini, jangan stress2 bilang orang. Sudah siap kami pun gerak. Hujan renyai2 owh....awal lagi ni, kedai pun belum buka. Ni ari kami akan guna laluan Tenom-Keningau-Tambunan- Ranau.

Sia pernah lalu sini tp satu kali ja ikut kawan. Tapi lupa sudah sia jalan dia. Derang bilang ni jalan lama. Jarang sudah orang lalu sejak ada jalan baru, tapi kalo org dari sebelah keningau, Tenom tetap lalu sini juga, lagi dekat. Bagus juga la tidak jem. Kalo jalan sama kawan2 banyak tempat ble singgah, ada air terjun Mahua, sia pernah pi sana sekali. Cantik tempat dia. Lepastu ada Tugu Mat Salleh. Dipendekkan cerita kami sampai ke Tambunan jam 9++ pagi. Jarak dari Fatt Choi Cain ke Tambunan ni 101 km saja dan masa diambil kira2 1H43M. Kami gerak santai saja jadi sampai dlm jam 9 gitu ok la ngam2 masa untuk breakfast. sia kalo awal betul makan makanan berat, nda ble sakit perut sia. Jadi singgah la kami makan di Restoran Nur'ain. Sia makan nasi goreng kampung sedja. Banyak owh, ble makan 2 orang. Bilang Cgu Norah, bawa kamu air mineral sorang satu a, nanti sana nda paya order air, kalo mau minum air, bayar sendiri...hehheheh. Betul juga, banyak jimat disitu. Mula2 pigi, kami kana bayar RM150. Cgu saja la pelajar nda tau. Kalo ada lebih bilang cgu Norah dia akan kasi pulang. Lawatan ni memang ada guna duit koperasi tp in case nda cukup, bajet lari kan, baru guna tu duit kutipan dr pelajar dan guru. tapi betul owh, balik dr Sabah, cgu Norah kasi pulang RM100, maksudnya kami bayar RM50 sedja. Memang jimat banyak di homestay Sabah Tea, sudah cancel. Can't order drinking water, if order juga pay for own, bilang tu cgu. Hahahha.....Sia order sendiri air nescafe panas. Nda ble sia kalo nda minum air panas. Bilang cgu Norah Niena, u tidak mau ambil ni mineral water? No Teacher. Belagak ba sia. Hahaha....Sia nda berapa ni minum air putih. Betul. Bukan sia sombong, tapi lain tu rasa dia ditekak ni. Padahal sama saja baitu. Mau juga air yang ada rasa. Sia minum juga tapi kurang la, cemana tu a? Bahaya ni mau kena rotan ni baru kali minum air putih. Kalo di sekolah sia bawa bekal air teh owh, Tukar2 la, kadang bawa milo, nescafe....tapi wajib bawa. Pernah satu kali air sia tinggal di rumah, terus emosi sia down. Terus sia bilang sama budak, "Ni ari kamu jangan nakal a, sia bad mood ni". Hehehhe, macam sedih betul, macam ada terkurang dalam hidup saya pagi tu. Padahal ada ja batu di cafe, order ja la. Lol.

Jarak dari Tambunan p Sabah Tea, kira2 75 km, dalam 1H34M sampai la. Tiba di Sabah Tea kira2 dalam jam 12.30. Happy budak2 ni, turun2 ja terus menonong p begambar. Teacher Norah sama Mr. Cheah p mengurus. Ohya sebelum kami sampai tu T. Norah sdh call derang di Sabah Tea, mo cancel tu penginapan.  Derang bilang ok. Sia check di website, agak mahal juga la. Ada 3 jenis penginapan derang sana, Sabah Tea Longhouses, Sabah Tea Cottages, Camp Grounds. Camp ground memang tolak sudah tu biar pun dia paling murah, kena bawa tent sendiri pula tu. Cottages pun tolak sbb mahal. Kalo kami jadi (tinggal sini) pilihan dia Longhouses la tu. Ini paling murah. Harga 1 bilik dalam RM 140 pernight. Kami 18 orang....mau2 RM840 juga owhhh.. Tapi kan, pada pendapat saya, jika harga bukan halangan, bagi yang nak merasai keindahan alam semula jadi yang segar tanpa pencemaran, menghirup udara segar dari hutan dara, saya memang mengalu-alukan tempat ni sebagai salah satu pilihan terbaik. Dari sini ble nampak gunung Kinabalu. Udara sejuk, sepi....pagi2 ble tengok orang kutip daun teh...Kenapa kami tolak tempat tu? Sebenarnya selain harga, tempat tu agak jauh sbb esok nya kami mo p MKM Sabah di KK. Lepastu mo p Imago. Jadi semalam sudah set mo cari homestay yang ada disekitar Kundasang. Banyak sini homestay yang lebih murah dan berbaloi. En. Rafi suruh kami call mana satu yang kami mau, dia ada bagi no tel suruh kami call. tapi bilang T. Norah nanti la sampai sana kita cari.

Ohya lepas tu kami pun di bawa melawat Kilang pemprosesan daun teh. Sebenarnya tidak ble ambil gambar tapi sebab kami lawatan sekolah, jadi dia kasi benar 2 saja kamera yg ble ambil gambar. So sia sama Cgu Irwan la yg jadi cameraman. Ladang Teh Sabah ni bermula tahun 1984, dirasmikan oleh Tun M. Lepas diswastakan pada tahun 1997, satu syarikat yang berpangkalan di Ipoh iaitu Syt. Yee Lee berjaya memperolehi keseluruhan sahan Sabah Tea. Terletak 2,272 kaki dari paras laut, dan dikelilinggi oleh hutan hujan tropika yang bersia 130 juta tahun.

Kilang Pemprosesan teh
Dengar taklimat dari guide dulu sebelum masuk
Dibawa ke kawasan dimana daun teh dilayukan
Daun teh yang sudah dipetik di letakkan di sini untuk proses pemilihan daun secara manual kemudian dilayukan. Ini penting untuk menghilangkan terbuangnya air dari daun dan untuk meminimalkan oksidasi.

Ada banyak peringkat untuk memproses daun teh. Bermula dengan proses menuai, dimana daun teh yang dipilih akan diletakkan di rak khas bagi membolehkan udara yang dikondisikan mengalir melalui dan disekeliling daun untuk menyerap kelembapan dan menumpukan jus di dalam daun. Peringkat ke-2 ialah proses rolling. Daun teh yang sudah dilayukan akan dilepaskan melalui mesin yang berputar dan memerah jus ke permukaan daun. Seterusnya daun teh akan dihantar ke proses penapaian, iaitu proses untuk mengoksidakan jus teh. Tempoh penapaian berbeza bergantung pada keadaan luaran dan terdapat perubahan warna dan aroma yang berbeza. Proses ni paling penting untuk menjadikan teh yang dihasilkan menjadi lebih enak. Selepas proses penapaian teh akan di hantar ke proses pengeringan. Ia diletak dalam mesin pengering yang kemudiannya akan mengeluarkan kelembapan yang masih terperangkap semasa proses penapaian tadi. Dalam proses pengeringan ini, teh akan berubah dari warna coklat coppery ke warna hitam. Siap semuanya baru teh akan dihantar ke proses sorting. Ini merupakan proses terakhir iaitu kita buat grading zarah teh ke gred yang berbeza mengikut bentuk dan ukuran untuk mengenalpasti oleh pelbagai pakar yang terlibat dalam mencicipi, membeli dan mengeksport teh. Kemudian baru kita buat pembungkusan.

Daun yang layu kemudiannya dilepaskan melalui mesin yang berputar dan memerah jus ke permukaan daun. 


Rolling

Pembungkusan
Pembungkusan




cantik kotak nya
ni pun. Teh dulu2 ni
yang tengah tu pernah tengok masa kecik dulu.
Teh yang ada di pasaran di Malaysia
Ladang teh
I Love Sabah Tea
Bersambung.....

Rujukan:
http://www.sabahtea.com.my

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...