Monday, November 19, 2018

Lawatan Koperasi SMKL ke Sabah (Part 3)


Panjang betul entry tadi, so sia kasi split. Biar tenang ketika membaca, kunu....😝 Lepas pigi Sabah Tea kami bergerak ke Luanti Fish Spa. Tempat apa tu? Tempat mo urut kaki oleh si ikan kaloi...😂 Bayaran masuk RM5 saja. Kalo mo beli makanan dia tambah lagi RM 1. Sia tidak pigi, sebab sudah pernah. Geli owh tu ikan patuk2 kaki, dia teda gigi, rumpang saja, jangan kamu takut a....heheh. Oh ya ni ikan tidak ble ditangkap untuk dipancing. Ikan ni memang hidup dalam sungai tapi ada kasi simpan penghadang. Ada beberapa km la, jadi ni ikan tidak akan pigi ke ke hulu atau ke hilir. Situ2 ja dia berenang. So kami yang tidak pigi tu lepak saja di bas. Sia p beli buah2an, makan2 di bas, sia memang suka ni bab2 makan buah ni. Sia mo beli salak, tapi harga dia dalam RM10-13 perkg. Inda jadi sia p beli. 

Muka selamba kunu, padahal menjerit tu geli. Hehhe...Nampak sangat tidak berani tu di siring2 saja derang ni. Cuba la p tengah sikit, baru la. 
Ni budak kan dia ja paling besar sini T5, jd dia jalan sama budak perempuan ja tdk kawan sama 2 budak lelaki lain tu. heheh....sampai kami bilang sepa diantara derang ni ko suka. Macam ada owhhh....dia suka antara 6 gadis tu. 😂
acah2 berani kunu kasi hulur tangan pada si ikan. keluar urat tangan menahan geli 😂
Puas dorang p be spa di Luanti, terus kami gerak naik gerak pi Desa Castle. Tapi sebelum tu ni Bas singgah pi Walai Tokou. Kalo singgah sini, kamu tau la tu kan drg tengah riki2 la tu homestay malam ni. Sia nda pernah stay sini tapi derang kakak sia pernah. Sebenarnya banyak ni homestay di Walai Tokou (WT). Derang guna 1 nama besar WT, tapi dalam ni banyak owner dia. Kami tanya Cgu Norah, ok ka? ok la...dia bilang. Padahal dia pun belum tinguk tu dalam dia. Heheheh....Bah jadi kami terus la p sana Desa Castle. Dalam Bas derang sudah set mo bagi2 bilik, sia sebenarnya lebih suka 1 bilik sama cgu2 semua supaya siuk becerita. Kalo ada budak nda siuk kita becerita. Kadang2 ada cerita yg budak nda ble dengar ba kan. Bukan cerita 18xx la, maksud sia macam cerita peribadi pasal kita, kalo sama kawan ble la cerita tp kalo sama budak nda ngam. Itu la maksud sia. 

Bah pendek cerita kita sampai di Desa Castle, cuaca macam nda berapa mo bekompromi. Hujan renyai2. Sia teringat di atas ni di area Mensilau ada beberapa Homestay yang cantik dan barangkali agak selesa. Macam Kiram, littlehut, hounon dll...kan ramai org cerita tu cantik. Ada pula tu Taman kucing sini. Mula sudah tu terasa sejuknya. Confirm teda nampak puncak kinabalu. Kami datang tidak ramai orang, siuk pula tidak sesak. Belari kami pigi tempat beli aiskrim. Hehhehe....sejuk2 pun makan aiskrim. Nda lama lepas tu datang 2 bas budak sekolah rendah, terus penuh ni ruang. Sia ingat budak2 dari sekitar Ranau, rupanya dari sekolah SK sekitar Penampang. Lupa sia nama sekolah. Jauh derang jalan owh. Budak2 ramai, cgu dia pun ramai, Jaga budak2 kecil ni payah juga kan. tapi derang sudah bagi2 kumpulan sia tengok, 1 cgu jaga kali 6 orang gitu.  

Na hujan tapi tu orang nda peduli kan...hheheh. Sempoi.
Kawan sia Kak Ramlah mo pindah sudah. 
Ngam kami datang jam 3 masa untuk proses pemerahan susu lembu. Bau dia bukan main menusuk. Yakk....
Ada lembu meragut rumput dalam hujan sana belakang sia
Sia menahan nafas saja ni. Walaupun tempat tengok ni bertutup semua tapi naik juga tu bau. 
Dalam hujan, terpaksa sia sorok kamera dalam tudung. 
Padahal sia mengigil kesejukan ni, tu sebab jadi tiang bendera. 
ok itu saja la, kami tunggu tu budak2 begambar dalam hujan. Kasi can saja la bukan selalu kan. Lepas tu baru panggil bas turun ambil kami si bawah ni. Masuk bas baru lega. Turun saja singgah beli buah. Sia suka ni sbb di sini ada buah cinta. Sia suka makan rasa dia macam ciku + durian. Sia beli ciku, salak, buah cinta. Sebut pasal salak teringat kebun salak si Farid di Jogja. Hehehh.....Lepastu singgah tapau makanan. Nasi Paprik, Cgu Teo lapar sudah di bilang sebab last kami makan di Tambunan. Cgu lelaki nda mau tapau, derang bilang nanti derang turun p bawah. Ni Homestay kan atas bukit. Di bawah tu ada gerai, segala urusan penginapan dibuat di bawah tu, kali di gerai tu ada office dia. 

Oleh sebab hujan, sia tidak ada mood mo ambil gambar. Sebenarnya sia agak kecewa dengan ni Homestay. Macam yang sia cakap di atas tadi, di Walai Tokou ni memang banyak homestay dengan owner yg berbeza. Ada juga yang cantik dan agak selesa tapi kali yang kami ni kebetulan tekana yang nda berapa ok. Tapi nda tau yang mana satu, tapi pigi belakang lagi dari gerai tu. Tempat parking dia sempit sebab rumah derang sini sangat rapat2. Macam lepas homestay tempat kami tinggal ni teda lagi rumah lain sbb dibelakang tu bepagar sudah. Ada homestay lain lagi tapi bukan WT punya. Mesti korang cakap sia cerewet ni kan? Bukan cerewet tapi kalo dia bida sekali pun sia masih ble terima, tapi dia kurang bersih. Macam kami di Fatt Choi semalam, sia bilang kurang selesa kan? Tapi sia tidak cakap apa benda yang buat sia tidak selesa, kekurangan dia sikit saja yang lain ok. itu sebab dia jadi seimbang. 

Minta maaf ya kalo ada owner WT yang terbaca. Kami 4 orang sebilik. Bilik kecil ja, 1 orang tido di bawah, ada tilam extra dia bagi. Masih ada ruang untuk solat tapi sebenarnya dia ada sediakan surau di luar. Jadi ble solat di surau la. Ohya kenapa sia rasa kecewa? Bilik ni kurang bersih, atas tilam bepasir, bantal dia bekutu (bepeta ba), malam tu sia lapis (alas) tu bantal sama tudung sia. Bilang Kak Ramlah, mari kita kasi sapu2 dulu ni katil, gatal nanti kita tidur. Hehehh.....Ohya lepas tu yang dapat tilam extra, dia tidak bagi cadar dan selimut extra ya. Bantal memang banyak dalam bilik ni jadi, cukup la. So Cgu Teo req. tdo bawah, jadi kami bagi dia selimut Cgu Norah untuk buat cadar dan selimut satu kali. kami 3 share selimut tapi sia perasan cgu Norah tidak tidur beselimut, tahan tu Cgu Norah, kami kesejukan dia masih ble pakai baju lengan pendek. Malam tu sia mengigil terus pakai sweater dan stokin. Tidak ada tuala disediakan, sabun ada, yang kecil tu tapi sia rasa semua orang travel bawa toiletries sendiri ba kan. Dan sia rasa banyak yang perlu dia perbaiki. Bilik mandi dia tersumbat, air lambat turun. Terus sia geli mo masuk bilik mandi. Eiii...Nasib semalam saja, menahannnn...saja sia ni. Ada 1 Soket dia di atas katil macam terlonggar penutup dia, malam tu sia tidur bawa soket yang longgar. Bedoa sia moga2 tidak guruh dan kilat malam tu. Tapi ada juga kebaikannya, Bilik ni ada banyak soket, di bawah TV, jadi kita ramai2 tidak la berebut mo charge hp, power bank dll. satu lagi sini dia sediakan iron, sesuai untuk orang yang macam kami pakai tudung. Sia bagi * bintang untuk bilik ni. Harga bilik, Rm90 pernight, rata2 homestay sini akan naik harga bila weekend dan cuti. 

So sia minta maaf dulu ya pada warga Walai Tokou, sia tidak akan mention owner tapi harap review ni akan buat kalian buat penambahbaikan dari masa kesemasa. 

Bersambung.......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...