Hari Ke-2 trip kami. Semalam kami sudah set ni ari kita mesti gerak jam 6 am, supaya awal sampai ke Ranau. Sebenarnya kalo ikut itinerary, pagi ni kami pigi Taman Pertanian Tenom ba tu, tapi bilang En. Rafi, lambat buka tu Taman Pertanian Tenom, macam jam 9.00 am kali baru dia buka. Jadi kalo mo pi sana, lepas tu baru pigi Sabah Tea macam lewat sudah owh. Pigi Ranau ambil masa juga kira2 3jam 14 minit. Masuk Taman Pertanian tu mau2 2 jam juga kali kasi abis masa sana, na jam 12 baru gerak p Sabah Tea. Lewat sudah tu. Jadi Semalam kami discuss ndapaya pigi Taman Pertanian, terus p Sabah Tea, lepas tu saya bilang jom ba kita pigi Desa Castle. Mr. Cheah, Cgu Norah pun Ok. Jadi lepas pigi Sabah Tea, pigi Desa Castle pula. Padahal bukan sia nda pernah p sana tu, balik2 sudah tapi sajuk ba sana, itu la sia suka. Tapi confirm nda akan nampak puncak gunung Kinabalu sebab sudah petang memang berkabus tu. Kalo mo tengok gunung datang pagi, uinaaaa.....siuk tu begambar background gunung macam di New Zealand owhhh.....😂
|
Ladang teh yang menghijau.... |
Semalam set konon gerak jam 6 am kan. Manada...tu driver kami awal sudah bangun kasi start engine. Kami yang perempuan memang ikut jam, bahh....takut kana tinggal kan. Tapi sekali kami keluar kasi masuk beg...tu geng lelaki balum lagi siap. Ada lagi yg baru mau mandi. adihhhh.....Sekali kana tanya kenapa lambat, bilang dorang..."eh bukan jam 6.30 ka jalan konon....." heheheh...pandai ba drg spin kan? Begitu-begini, jam 7 juga la kami betolak. Ndapa la, biasa la tu lelaki kan. Lagi pun santai saja baini, jangan stress2 bilang orang. Sudah siap kami pun gerak. Hujan renyai2 owh....awal lagi ni, kedai pun belum buka. Ni ari kami akan guna laluan Tenom-Keningau-Tambunan- Ranau.
Sia pernah lalu sini tp satu kali ja ikut kawan. Tapi lupa sudah sia jalan dia. Derang bilang ni jalan lama. Jarang sudah orang lalu sejak ada jalan baru, tapi kalo org dari sebelah keningau, Tenom tetap lalu sini juga, lagi dekat. Bagus juga la tidak jem. Kalo jalan sama kawan2 banyak tempat ble singgah, ada air terjun Mahua, sia pernah pi sana sekali. Cantik tempat dia. Lepastu ada Tugu Mat Salleh. Dipendekkan cerita kami sampai ke Tambunan jam 9++ pagi. Jarak dari Fatt Choi Cain ke Tambunan ni 101 km saja dan masa diambil kira2 1H43M. Kami gerak santai saja jadi sampai dlm jam 9 gitu ok la ngam2 masa untuk breakfast. sia kalo awal betul makan makanan berat, nda ble sakit perut sia. Jadi singgah la kami makan di Restoran Nur'ain. Sia makan nasi goreng kampung sedja. Banyak owh, ble makan 2 orang. Bilang Cgu Norah, bawa kamu air mineral sorang satu a, nanti sana nda paya order air, kalo mau minum air, bayar sendiri...hehheheh. Betul juga, banyak jimat disitu. Mula2 pigi, kami kana bayar RM150. Cgu saja la pelajar nda tau. Kalo ada lebih bilang cgu Norah dia akan kasi pulang. Lawatan ni memang ada guna duit koperasi tp in case nda cukup, bajet lari kan, baru guna tu duit kutipan dr pelajar dan guru. tapi betul owh, balik dr Sabah, cgu Norah kasi pulang RM100, maksudnya kami bayar RM50 sedja. Memang jimat banyak di homestay Sabah Tea, sudah cancel. Can't order drinking water, if order juga pay for own, bilang tu cgu. Hahahha.....Sia order sendiri air nescafe panas. Nda ble sia kalo nda minum air panas. Bilang cgu Norah Niena, u tidak mau ambil ni mineral water? No Teacher. Belagak ba sia. Hahaha....Sia nda berapa ni minum air putih. Betul. Bukan sia sombong, tapi lain tu rasa dia ditekak ni. Padahal sama saja baitu. Mau juga air yang ada rasa. Sia minum juga tapi kurang la, cemana tu a? Bahaya ni mau kena rotan ni baru kali minum air putih. Kalo di sekolah sia bawa bekal air teh owh, Tukar2 la, kadang bawa milo, nescafe....tapi wajib bawa. Pernah satu kali air sia tinggal di rumah, terus emosi sia down. Terus sia bilang sama budak, "Ni ari kamu jangan nakal a, sia bad mood ni". Hehehhe, macam sedih betul, macam ada terkurang dalam hidup saya pagi tu. Padahal ada ja batu di cafe, order ja la. Lol.
Jarak dari Tambunan p Sabah Tea, kira2 75 km, dalam 1H34M sampai la. Tiba di Sabah Tea kira2 dalam jam 12.30. Happy budak2 ni, turun2 ja terus menonong p begambar. Teacher Norah sama Mr. Cheah p mengurus. Ohya sebelum kami sampai tu T. Norah sdh call derang di Sabah Tea, mo cancel tu penginapan. Derang bilang ok. Sia check di website, agak mahal juga la. Ada 3 jenis penginapan derang sana, Sabah Tea Longhouses, Sabah Tea Cottages, Camp Grounds. Camp ground memang tolak sudah tu biar pun dia paling murah, kena bawa tent sendiri pula tu. Cottages pun tolak sbb mahal. Kalo kami jadi (tinggal sini) pilihan dia Longhouses la tu. Ini paling murah. Harga 1 bilik dalam RM 140 pernight. Kami 18 orang....mau2 RM840 juga owhhh.. Tapi kan, pada pendapat saya, jika harga bukan halangan, bagi yang nak merasai keindahan alam semula jadi yang segar tanpa pencemaran, menghirup udara segar dari hutan dara, saya memang mengalu-alukan tempat ni sebagai salah satu pilihan terbaik. Dari sini ble nampak gunung Kinabalu. Udara sejuk, sepi....pagi2 ble tengok orang kutip daun teh...Kenapa kami tolak tempat tu? Sebenarnya selain harga, tempat tu agak jauh sbb esok nya kami mo p MKM Sabah di KK. Lepastu mo p Imago. Jadi semalam sudah set mo cari homestay yang ada disekitar Kundasang. Banyak sini homestay yang lebih murah dan berbaloi. En. Rafi suruh kami call mana satu yang kami mau, dia ada bagi no tel suruh kami call. tapi bilang T. Norah nanti la sampai sana kita cari.
Ohya lepas tu kami pun di bawa melawat Kilang pemprosesan daun teh. Sebenarnya tidak ble ambil gambar tapi sebab kami lawatan sekolah, jadi dia kasi benar 2 saja kamera yg ble ambil gambar. So sia sama Cgu Irwan la yg jadi cameraman. Ladang Teh Sabah ni bermula tahun 1984, dirasmikan oleh Tun M. Lepas diswastakan pada tahun 1997, satu syarikat yang berpangkalan di Ipoh iaitu Syt. Yee Lee berjaya memperolehi keseluruhan sahan Sabah Tea. Terletak 2,272 kaki dari paras laut, dan dikelilinggi oleh hutan hujan tropika yang bersia 130 juta tahun.
|
Kilang Pemprosesan teh |
|
Dengar taklimat dari guide dulu sebelum masuk |
|
Dibawa ke kawasan dimana daun teh dilayukan |
|
Daun teh yang sudah dipetik di letakkan di sini untuk proses pemilihan daun secara manual kemudian dilayukan. Ini penting untuk menghilangkan terbuangnya air dari daun dan untuk meminimalkan oksidasi.
|
Ada banyak peringkat untuk memproses daun teh. Bermula dengan proses menuai, dimana daun teh yang dipilih akan diletakkan di rak khas bagi membolehkan udara yang dikondisikan mengalir melalui dan disekeliling daun untuk menyerap kelembapan dan menumpukan jus di dalam daun. Peringkat ke-2 ialah proses rolling. Daun teh yang sudah dilayukan akan dilepaskan melalui mesin yang berputar dan memerah jus ke permukaan daun. Seterusnya daun teh akan dihantar ke proses penapaian, iaitu proses untuk mengoksidakan jus teh. Tempoh penapaian berbeza bergantung pada keadaan luaran dan terdapat perubahan warna dan aroma yang berbeza. Proses ni paling penting untuk menjadikan teh yang dihasilkan menjadi lebih enak. Selepas proses penapaian teh akan di hantar ke proses pengeringan. Ia diletak dalam mesin pengering yang kemudiannya akan mengeluarkan kelembapan yang masih terperangkap semasa proses penapaian tadi. Dalam proses pengeringan ini, teh akan berubah dari warna coklat coppery ke warna hitam. Siap semuanya baru teh akan dihantar ke proses sorting. Ini merupakan proses terakhir iaitu kita buat grading zarah teh ke gred yang berbeza mengikut bentuk dan ukuran untuk mengenalpasti oleh pelbagai pakar yang terlibat dalam mencicipi, membeli dan mengeksport teh. Kemudian baru kita buat pembungkusan.
|
Daun yang layu kemudiannya dilepaskan melalui mesin yang berputar dan memerah jus ke permukaan daun. |
|
Rolling |
|
Pembungkusan |
|
Pembungkusan |
|
cantik kotak nya |
|
ni pun. Teh dulu2 ni |
|
yang tengah tu pernah tengok masa kecik dulu. |
|
Teh yang ada di pasaran di Malaysia |
|
Ladang teh |
|
I Love Sabah Tea |
Bersambung.....
Rujukan:
http://www.sabahtea.com.my
No comments:
Post a Comment