Tuesday, July 23, 2013

China_Mei 2013: (2) Tersalah Station dan Misi Mengenal jalan......

29 Mei 2013

Sampai aje ke Lohou Station, kami pun menapak keluar. Aku tanya KH, betul ke kiter turun di sini..? KH kata, seingat dier bukan di Lohou, tp kena tukar line 1 lagi, baru sampai ke hotel tu.....mcm ader bunyi shaibu...heheheh....ok...ok...tak pe. kiter tgk dulu aper ader kt sini, sbb aku tgk alamat hotel tu, ader perkataan Luaho.



Dongmen Central Road Garden Inn

2066 Dongmen Middle Road, Luohu-Dongmen, Shenzhen, China 510100



Kan......?? Kami keluar ikut kata hati (hehehhe.......) keluar di pintu D.....ehhhh...sekali kan.....pandang kiri kanan, pandang KH, KH pandang aku...dua2 gelak...kak macam tak penah nampak ni jalan kan? iyaaaa.....betul la nanie d shaibu tu, aku ingat sdh.....ok...ok ndapa kita duduk2 dulu sini. Hehhe......kalo stesen tu betul, sepatutnyer kami menapak keluar ikut tangga tinggi then keluar nampak pokok2, bangunan2. Yang ni tangganyer ader signboard HONG KONG.......dah sah salah. Tapi ader baiknyer juga kami tersalah stesen ni. Sbb aper tau......maser tgh lepak hilangkan penat tu kami nampak bangunan Shenzhen Railway Station. Di tingkat atas, bersebelahan ajer dgn bangunan Luohu Station ni. Atleast kami tau di sini letaknyer SRS utk ke Ghuangzho esok...:). Tapi ntah......nape tak beli terus tiket.....Hehhehe.....sbb kami ader beg kot, malas nak mengangkut sana sini. berat.


Dah hilang penat kami pun mengalas beg masing2 untuk membeli token baru. Urusan pembelian token dilakukan oleh KH. Aku tukang gambo. yg 2 org lagi pengawal bertauliah.....hehheheh....joke je, jan mara ye....Kali ni kami beli tiket dr. Luohu terus ke Shaibu. Harga tiket ntah aku tak ingat....tp tak mahal mana.....setiap 1 stesen tu Y1/ Y2 aje.

Luohu-Laojie (sampai Laojie kena tukar line 3 (Blue: Longgang Line)- Shaibu

Walaupun masyarakat China kebanyakan nyer tak leh cakap Bahasa Inggeris, tapi kiter tak yah risau giler pasal subway ni, sbb kan....kat stesen ni masih ada signboard dlm BI. Kiter ikut jer laluan, insyaallah sampai...:). Kalo kiter tengok kat SS. Map ni ader beberapa stesen khas untuk pertukaran line atau dlm bahasa mudahnyer nak betukar subway. Contohnyer stesen Laojie ni. Oleh sebab itu la, pd waktu puncak, stesen ni sangat padat dengan orang. Poning kepalo den deh, tengok orang berlari n berjalan pantas.....uhhhhh... 


Dari Luobou Line (Hijau), kami bertukar ke Longgang Line (Biru) untuk dapatkan metro ke Shaibu. Gambar atas ni adalah laluan menuju ke Longgang Line. Sangat menarik, stesen metro di Shenzhen ni bertingkat2. Nak menuju ke satu2 line, senang je....samada naik atas atau turun bawah. lagi satu kat lantai ader banyak petunjuk arah siap dengan warna Line. Jadi tak sesat punyer......
Nampak je stesen ni bertingkat2 kan...tapi kami langsung tak dengar bunyi bising metro sedang lalu atas gerabak. Sungguh moden...Bangunan ni dibina dibawah tanah. Maka tak heran la kalo nampak tangganyer tinggi giler.....Patut la org china kebanyakan slim2 belaka. kaki pula cantik je sbb tiap ari senaman naik tangga....:) Akhirnyer kami sampai ke stesen Shaibu...:) Horeeeeeyyyyyyy!!!


nak g hotel Garden Inn tu klua ikut pintu A1



cilok from goggle. Ini la hotel Garden Inn tu.

Ader 3 jejantas kat area ni, dr stesen Shaibu td. Kalo tak silap ini jejantas pertama. Dalam keadaan kiter pandang PHut tu, belah kiri ader 2 lagi jejantas. Memudahkan para pengguna menyeberang jalan dengan selamat untuk pg ke Dongmen Street.
Nak cari Hotel ni senang je. Dah sampai stesen Shaibu, klua ikut pintu A1. Pastu naik tangga tinggiiiiiiiiiiii. Dah kluar nampak bumi.....jalan terus je hala ke depan. Jalan dlm 5 minit kalo gaya santai. kalo gaya laju dikejar anjing...ader la dlm 3 minit. heheheh........Kalo tak jumpa juga hotel ni, sambil korang jalan tu, tengok ke kanan, kalo dah nampak Pizza Hut, Watson......dah dekat dah tu n cepat2 tgk kiri pula. hotel ni berdepanan dgn Pizza Hut n Watson, dipisah jalan raya je. Betul2 depan hotel ni ader Bus stop n tangga jejantas....

Klo korang dah nampak Pizza Hut tu cuba toleh belakang pula, kat situ la letak nyer Garden inn Hotel. Betul2 depan tangga n Bus Stop tu.....
oh ye, kami booking hotel ni guna agoda. Mudah. Tak nak tanggung risiko, bilik hotel penuh. Kali ni dapat bilik tingkat 6. Sangat bagus sbb dapat wifi free. Dulu dapat tingkat 9, tapi line wifi tak berapa nak bagus. Hotel ni antara yang termurah dan dekat sangat dengan Dongmen Street. Seberang jalan dah sampai Dongmen Street...harga bilik semalam dalam RM 88- RM 109 (belum termasuk charge perkhidmatan agoda). Ruangan dalaman bersih, selesa. Kategori 1-2*. ble la....cuma pintu bilik mandi hanya guna kain lagsir...hehhh. Sebenarnyer ader banyak hotel sekitar Dongmen. Sunon Hotel pun dekat juga. Yang ini mungkin 3-4*. Sangat selesa n mahal sket.

Setelah berehat2 sebentar n menunaikan perkara wajib, kami pon turun semula. Nak membeli tiket train ke Guangzhou katenyer...... Pengalaman mbaca blog org, maka dinasihati mbeli tiket lebih awal, takut tiket habis n adalah sangat penting untuk kiter tau jalan nak ke stesen tu spaya esok tak la kelan kabut lagi mcari. Train d China bertolak tepat pada masa nyer ye. So, jan amik risiko...:) Ntah cemana bole kami pegi sampai Futian Checkpoint utk beli Tiket Train. hehheheheh.....Tambang ntah berapa xingat. Yang bez nyer tu, setiap pertukaran line, tak perlu lagi beli token baru, janji masa beli tu kiter click destinasi terakhir yg nak dituju.

Shaibu- Hongling-Huaxin-Lianhuacun-Children's Palace (Tukar subway ke Longhua Line: Merah) - Gangxia North- Convention & Exhibition Center- Fumin- Futian Checkpoint



Di Stesen Futian Checkpoint.
Oleh kerana Futian Checkpoint ni dibahagian penghujung destinasi maka tak ramai sangat org kat sini. kami tanya kat kaunter CSC, kat mana beli tiket. katanya di Luohu. So, kami pun berpatah balik. salah2 jalan macamni ader baiknyer juga. Ble tgk kawasan lain dr yg biasa kiter pg. kalo ikut agent tak merasa la pg jauh sampai Futian ni. hehehe.....aku rasa ader sesuatu yg menarik di sini sbb aku ader nampak pamplet tentang kesenian China. Cuma kami tak singgah meneroka sbb tujuan utama, urusan pembelian tiket Train perlu diselesaikan dahulu sblm tibanya malam....

Shenzhen North Station tu satu line dgn Futian tp kami tak singgah di situ, sbb minda dah terset nak beli tiket d Luhou. Tak berani beli kat situ sbb takut nanti sampai Guangzhou kat stesen lain pula. Payah pula mcari jalan g hotel. Perjalanan semua ikut buku....xberani lg nak corner sana sini.....:D!

Futian Checkpoint- Fumin- Convention & Exhibition Center (tukar Luobao Line: Hijau)- Gangxia- Huaqiang Rd- Science Museum- Grand Theater-Laojie-Guomao-Luohu.

Tak ramai org di kaunter pembelian. Mungkin bukan musim perayaan atau bukan musim cuti sekolah...
Sampai je kat Luohu, tak yah kluar dr bangunan. Dlm ni ader kaunter pembelian Tiket Train ke mana2 destinasi seluruh China. Cewahhh......Nak beli tiket kena guna pasport ye.....Tambang Shenzhen-Guangzhou berharga Y79.50 (RM39.75). Perjalanan mengambil masa kira2 1j30m.

Boss tengah bagi2 pasport setelah dapat tiket. alhamdulillah.......

Yahoooooo....sdh dapat tiket. Huruf D tu jenis train. O5= mksdnyer gerabak 5. nti nak naik train sila pastikan kiter berada di gerabak yg betul. 

 Menurut aper yg aku baca, Train di China terbahagi kpd beberapa jenis mengikut kelajuan. Ia dimulakan dengan permulaan huruf, yang mana huruf ini merujuk kpd kelas yang berbeza.

G=High Speed Unit. Ketapi berkelajuan tinggi untuk perjalanan jauh. Cth Shanghai-Nanjing. Lajunyer ble mencapai 350km/h....bayangkan! hebat tak hebatnyer. minta2 la jangan berlaku apape. Berkecai beb.....

C= Intercity EMU. Pun laju juga tapi digunakan hanya untuk perjalanan yang lebih dekat. cth, Beijing-Tianjin.

D= Electric Multiple Unit (EMU)/ Hexiehao/Harmony atau juga dikenali keretapi peluru di China. Sederhana laju walaupon digelar keretapi peluru. Lajunyer tak la mcm peluru.....hehhehe. aku rasa dia compare dgn train Z tu. kalo tu mmg patut la dier kalah laju. sbb Z tu train jenis lama. ok yg ni la yg kami naik. kelajuannya hanya 250km/h. Tetapi jadual perjalanan sangat kerap untuk pergi ke destinasi bandar2 utama. cth, Beijing-shanghai. Shanghai- Suzhou dan lain2.

Z n T= Direct express n Express. Masing2 mempunyai kelajuan 160km/h- 140km/h. salah satu train yg ble digunakan sekiranya train moden atas tu dah abih.


Selesai urusan pembelian tiket kami balik semula ke shaibu. Kali ni pegi makan di restoran Pak Aji (Kembar Usz. Azhar Idrus). Letaknyer di sekitar Dongmen Street. Menu yang aku pilih tak lain tak bukan nasi putih bersama telur masak tomato. Kenyang je perut terus kami berjalan santai d Dongmen Street. Tujuannyer untuk memberi gambaran kpd Kyan n KNoor tentang selok belok DS, supaya nanti drg ble g sendiri shopping apape yg patut...:) Memasing tak nak beli lg sbb nak k Gz esok. Satu hal pulak nak mengangkut barang...

Kepenatan melanda, kami terus balik hotel untuk berehat. Esok bersedia untuk menempuh perjalanan ke Gzh. Tempat yang tak penah dijejaki.....harap semuanya ok. Jumpa nanti di entry akan datang. 
Salam Ramadhan........

* Malas tepek gambo rest muslim Pak Aji, sbb dah ader kat entry sblm nye.....kalo sudi jom le singgah ke (KLIK)....Makaseh...:)




Sunday, July 21, 2013

China_Mei 2013: (1) Bercuti ke Shenzhen seperti Balik Kampong.....

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.....

29 Mei 2013

Dah masuk Julai yeee??.......hheheh....ok, yg ni cite Mei lalu. Flight from KK 9.30 am. Ini kali ke-3 aku ke sini. Selepas balik dari Shenzhen Mac ari tu. Cuti sekolah bulan Mei mmg xder perancangan nak ke mana2. Kak Hasnah nak join Kak Nurlia ke Vietnam, aku belum lagi teringin nak balik semula ke vietnam sbb dah p hujung tahun 2012. Kecuali kalo aku dh nak naik pelamin nanti, baru berkira2 akan ke sana beli kain....:) amboiiiii.....besaq hajat......^____^. Kak Enai pula nak p Umrah. So aku akan lepak di Kampung. Beberapa minggu berlalu, kak Hasnah call, tanya nak x g Shenzhen, terus ke Guangzhou, katanyer nak beli LCD comel. Aku pula bila sebut nama Guangzhou terus teruja, sbb hajat ke sana tak kesampaian Mac lalu. K. Hasnah kata kiter cuba main redah aje, tak yah guna agent travel. aku pon ok je. janji yakin n berani.....kami pon mula dating ngan en. google, belajar aper yg patut ttg shenzhen-Ghuangzhou.

Kota Raya Shenzhen dari udara. Perghhhhh...tengok tu bangunan tinggi2 tersesun cantek....
Tak ramai sangat orang dlm flight menuju ke Shenzhen. Rata2 masyarakat cina (Sabah) Malaysia yang "balik kg"..:). Mungkin cuti kali ni ramai yg g Indo @ Vietnam. Jiran 1 kapal sempat menegur maser kiter Q nak cop pasport, "pandai juga kamuurg pigi China a".....:). "Balik kg" kali ni hanya disertai oleh kami ber4: Aku, Kak Hasnah, Kak Yan (kazen KH) n Kak Noor (kawan K.Yan). Mula2 jumpa kat Airport, aku ingatkan Kak Yan kje Imigresen. hehheh....Sebab aper tau......

1) aku teringat citer KH, drg baru sampai pg tadi naik bas dr Tawau mlm. Aku heran sbb KH jarang  naik bas. Katanyer KYan ader kje yang perlu disiapkan. Sbb tu tak leh naik flight, kena btolak lewat sket.

2) Aku tengok pakaian KYan, seluar biru, tudung biru, baju je hitam mcm unifm imigresen. dlm hati, oooo......dier ni balik kje terus ke stesen bas tawau (xsempat tukar baju).

Rupanyer....sangkaan aku jauh sangat meleset. hehhehe.......sape suruh pandai2 tafsir. KYan Tauke Sawit. haaaaa......jgn main2. Boss tu.....KH kata, kje KY yg dier mksdkan tak siap lg tu ialah, KY nak bagi gaji kat pekerja dier sblm dier bcuti....Salute pada kewibawaan seorang wanita..\--/

Ok sambung......elok je turun dr pesawat, ader bas menunggu untuk mbawa penumpang ke bangunan airport (kalo nak jalan kaki ble juga, tp jauh gilerr menapak n tak der dibuat dek pelancong....nti tak pasal2 digelek tayar pesawat....hehhehhe) selesai urusan cop pasport & amik bagasi, kami pun menonong keluar menuju ke stesen metro Airport East. Senang je nak cari, tgk sign board ader dlm bhs inggeris ataupun kluo je dr bangunan ketibaan tu, belok kanan untuk ke stesen metro....:). Pasal bagasi ni aku teringat 1 cite. lepas je cop pasport, memasing g singing room, kecuali aku terus g amik bagasi. Maser tu org dh kurang. aku cuma amik beg aku n beg KH. itu je aku kenal. maser tgh tgu drg kluo dr singing room, tu ader la sorg pak guard dgn seekor anjing. si anjng ni pula suka sangat hidu2 1 bagasi yg diletak tgh2 jalan. aku heran la juga apsal bagasi tu ader tgh2 jalan, aku syak ader org salah amik then tak letak balik kt tempat bagasi tu. Rupa2 nyer itu bagasi KY. xlama lepas tu ader la pegawai Imigresen tu dtg amik bagasi KY n terus bawa ke ruangan pemeriksaan. Aku tanya ader bw makanan ke? hehheh......selongkar punya selongkar, dier tak jumpa aper benda pun melainkan pakaian2 luan n dalam.....Lega!



WELCOME TO.....................................arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! tak nampak Shenzhennyer!

Perjalanan kami santai sajer, tak ader nak rushing mcm dikejar anjing. hehhehe......Nak beli token metro tu, kena guna duit kecik..:). Jadi kena cari Customer Service Center untuk pecahkan duit besar...:)



Dah dapat duit kecik, kiter pg pula beli token kat mesin ni. Mesin ni cuma ble terima duit Y5 dan Y10 ajer. Pun tak susah mana, ader arahan dlm bahasa Inggeris. Tambang dari Airport East ke Lohou Station, berharga Y9 (RM4.50) n perjalanan mengambil masa 90 minit, beh kurang.


comel je token....


 Dari Airport East tu lenggang je org dlm subway. Kiter pon mudah dapat tempat duduk. Sekali....tgk gambar di bawah. Dah mula penuh, baldi pon masuk...hehheh...


sementara menanti 90 minit utk sampai ke destinasi, elok kiter tido dulu, charge tenaga. Lepas ni kiter akan jalan cari stesen keretapi untuk ke Guangzhou esok. Dalam tido2 ayam tu, minda merangka perjalanan untuk hari ini dan mengingat semula perjalanan mac lalu. Tiba2.....eh betul ke Garden Inn Hotel tu letaknyer di Stesen Lohou????? arghhhh........nanti fikir. hehehhe......

ok jumpa nanti dalam citer tersesat stesen...:) Salam ramadhan..


Friday, June 21, 2013

Nota pagi ini....

Assalamualaikum.......
aku mmg salu bangun awal pagi. well....biase la pompuannnnnnn..........kannnnn..........:) sbb pagi2 kan anta anak2 gi skolah. 4.30 dah kejutkan drg bangun mandi. 5.30 dah gerak g skola. lambat jer...haaa...merasa la. jam teruk jln menghala ke bandar. Salu tu tak mandi lagi....hehheh tp ari ni aku mandi awal suboh sbb mmg dijangka air tak ader, pam air kat beaufort pecah...jd kalo tak mo bau busuk, mandi la awal....:) yg ke-2 sbb ari ni due date utk bayo saman......

den kena saman sbb lupe bawa lesen. biasa mmg bawak n salu tu tak kena tahan kete. ...tapi ari tu nasib tak baik la kot.......kebetulan pulo lesen tertinggai kat printer, aku tgh scan...pah tu lupo amik balik. aihyaaaaaa.......aku geram ngan polis tu sbb tu aku bayo pun lambat2. ari ni ngam sebulan baru bayo. kalo dlm tempoh 15 ari charge dier RM70....kalo lebih dr tu dier naik RM120.....so ari ni bayo jer la......melayang RM120......tp terus terang ni aku tak ikhlas bayar saman ni. mmg salah sendiri la kan tak bawa lesen tp...sumpah aku mmg lupa sangat hari tu. pastu dier siap serkap jarang  lagi...."ker mmg tak der lesen"......aku slumber badak jawab..."En. saya bukan muda lagi sampai tak der lesen"....maaf la aku mmg bagi sumpah berbakul2...

nasib baik cik kerani tu layan baik sangat, sejuk la sket. tp dah sebulan berlalu mmg dah sejuk pun.....
Lepas hantar anak2 g sekolah td, terus je g bandar. nak balik umh jauh lagi....aku g kedai beli barang basah sket....pastu bfast pepsi n bun.......lepak kat tepi laut, sambil menghirup udara tak berapa nak segar sbb jerebu, berteman sekawan burung yg jinak2 merpati, dipegang lari, mengintai, kot2 ader rezeki...ku tabur lebihan bun tak berinti. semua menyerbu. semua dapat. alhamdulillah......:)



Berpuluh2 kapal dagang berlabuh. Rasa macam zaman2 kegemilangan kota Melaka la pulak. :)
 Foto pakai samsung galaxy note jer...tu gambo tak berapa nak tajam.
Lepah antar anak2 sek rendah, g pula Kompleks Sukan. Anak yg sulung: Irfan sek drg ader sukan skolah.......Pah tu aku baru perasan bendalah ni ader. Sejak bila yer....?..........#dah memang jarang ko g sini nanie, cane nak perasan.........wekekekke...... Tapiiiiiii...nampak tak? Kosong kan? Maser kat China, seawal pagi semua taman meriah. Kebanyakannyer warga tua. Ada kumpulan menari, ader senaman taichi, macam2 lagi. Kemudahan yg disediakan diguna sebaik mungkin......Aku tabik part tu utk warga China. Sangat mengutamakan kesihatan....




Sabtu ni, ada program lagi. prog aper ntah, aku tak amik surat lg......br dengar dr kawan. Seminar. aku wakil PIBG. Sabtu ke-2 selepas cuti....arghhhhh.......benci la....aku dah berkira2 utk fokuskan ujung minggu ni pd kje2 mewarna....aku nak join pameran art geng 12 vs 12......Tapi aku terpaksa "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

Sekian......
:)

Tuesday, June 18, 2013

Assalamualaikum.........:)
Mood rindu ni....Rindu pd sape? pada dier ni la...:D:D:D
So comellllll.......aku suka dier senyum.....geram tgk....

Nama dier Aziz Najmuddin.
kalo dier tdo aku salu kacau....hehheh....
Pagi2 aku suka bawak dier jalan2 keluar umah menghirup udara segar pagi....
dier suka tgk ayam.....hehehe
sebulan ni aku tak kn jumpa dier sbb aku tak balik.....rindu dier.......

masa lahir....dier dah memang ada gigi.....:)
tu la yg dier dok pegang...
skg ni suka sangat hisap jari....







Wajah Senja Untukmu....


Photo By: Arief Afandy Yusuf
Jakarta, Indonesia

Sore itu aku duduk seorang diri di tepi pantai, 
memandang dunia yang terdiri dari waktu. 
Memandang bagaimana ruang dan waktu bersekutu, 
menjelmakan alam itu untuk mataku. 

Di tepi pantai, di tepi bumi, 
semesta adalah sapuan warna keemasan dan lautan adalah cairan logam 
meski buih pada debur ombak yang menghempas itu tetap saja putih seperti kapas 
dan langit tetap saja ungu dan angin tetap saja lembab dan basah, 
dan pasir tetap saja hangat ketika kuusapkan kakiku ke dalamnya.

Kemudian tiba-tiba senja dan cahaya gemetar.
Keindahan berkutat melawan waktu dan aku tiba-tiba teringat padamu.
“barangkali senja ini bagus untukmu", 

Maka kupotong senja itu sebelum terlambat, 
kukerat pada empat sisi lantas kumasukkan ke dalam saku. 
Dengan begitu keindahan itu bisa abadi 
dan aku bisa memberikannya padamu.

Monday, June 17, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Menghabiskan hari2 terakhir di Shenzhen....

Assalamualaikum.....
Jumpa lagi....:)

Hari ni kiter nak bg gambar bercerita....:)

di perkarangan hotel. Rutin hari2 sebelum bergerak ke destinasi, berkumpul dulu di laman hotel, sementra tunggu rakan2 yg lain masih bfast @ still dlm bilik.....





hotel tempat kmi menginap. 













sebelum balik baca doa perjalanan dulu. agar perjalanan balik lancar. doa di ketuai oleh ustaz. 

kami sume......geng ke shenzhen Mac 2013. tengok beg galas 4 kat depan ni.......hehheheh. Ustaz n cikgu Mazri punya. nasib baik lelaki. ble angkat dua2.....:) 
naik beskal depan hotel jew......


tangga serbaguna. 

makan kopok di beli di kedai Halal food Shenzhen.....sementara nunggu kapal tibe...

kak hasnah cari aper??? wekekkek.....smpai tak menyempat carik kerusi.....tu tengah jalan beb....hehehe

Klik2....cari reflection....









aku tinggalkan korang dengan pic teraher kat Happy Spring..............




wekekkekek......mus kata "over"..........
 Tamat sudah maraton entry Shenzhen Mac 2013 hari ini. Alhamdulillah.....Uhhhh...lega. Selama seminggu di sini, mata sentiasa memerhati jalan, nama stesen, pintu masuk, amik gambar....takut sesat. hehehhe......Pada pendapat aku melancong hanya di satu tempat saja selama seminggu terlalu lama n sedikit rugi. Tapi kalo fokus pada shopping, tempoh itu sungguh memadai. Teringat kembali selama seminggu di sini. seronok juga.....cuma macam tak puas hati masa kat wow....hujan turun dgn lebatnyer menyebabkan kami terkandas di pondok di negara australia dekat sejam. kiranya nak datang balik hari ke-4. sekali balik hotel tgk poket....duit tak cukup untuk masuk semula ke sna. telan air liur je la........Juga macam sedikit kecewa sbb tak jadi ke Guangzhou. Tempat ni juga merupakan salah satu sbb aku nak join trip ni. tapi apa kan daya.......tiket train habis.....

Rasa2 macam ader yang tertinggal.........aku diam ajer. Balik mesia seminggu berlalu kak hasnah call,

"Weh...jom balik Shenzhen"....
"bpe org?"
"kiter 2 je"
"agent?"
"nope..kiter cuba, main redah jer, berani?"
"ok, yakin je. study lebih tempat ni. releks jgn cepat panik n tak menyalahkan antara 1 sama lain."

hehheh..........sikit intro sblm citer Mei masuk. aku dah syak bukan aku saja yg nak balik semula tu. kak hasnah pon.....ok jumpa nanti Shenzhen-Guangzhou: Mei 2013....
Bye....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...