Tuesday, October 23, 2012

Terima Kasih Atas Aura Mesra Yang Disebarkan....



Terima kaseh atas penerimaan baik kalian pd saya. Sebetulnya sy ari ni rasa terkedu bilamana kalian nampaknya "mbuka ruang mesra" pd sy. sbb nyer sblm ini bila sy msk, sy mcm syok sendiri senyum padahal org tak pandang pun awak msk n awak senyum :) Jika kebetulan mata kita bertembung pandang, ader la org balas senyum tp hambar kemudian tunduk. atau kdg2 bila kiter tanya sesuatu, jawapannya acuh xacuh.



Saya ingat tu, "tu nampak tu, ats almari, nampak?" , "Photostat sendiri ble tak?" "sy tak pandai, ble ajarkan sy?" "meh la kertas tu sy photostat, awak duduk la di sini!". awak tarik kertas tu & berlalu pergi, xsempat sy nak bagitau "sy nak 5 keping". Awak tau tak, di tempat lama sy tak pernah dibuat begini. Bukan awak ajak sy masuk ke dalam & ajarkan saya cara menggunakan mesin photostat tu. Saya yakin sy ble buat sekiranya awak ajarkan sy. Mungkin awak ingat sy sengaja nak menyuruh2. Ahernyer sy pandai guna juga n xperlu menyusahkan awak, itu pun pakcik Bilik Cetak tu yg ajarkan saya. Terima kasih Pakcik..:) Awak tau tak, betapa malunya saya, maruah sy bagai dipijak2. kawan awak semua pandang saya terkulat2 kena marah dek awak. sy nampak awak tak hormatkan saya sebagai rakan sekerja yg baru.hehehh....sekarang saya ketawa tp dulu sy menangis :)



Atau kdg2 bila saya msk, semacam saya dipandang dr atas kebawah. :) Err...kenapa? saya pakai tudung terbalik ke, baju saya berkedut seribu? Tidak juga. oh..rupanya sy sedang "dinilai". Berapa hargakah kain yg membaluti tubuhnya? Hehheh……Br sy faham. Kalian pandang penampilan seseorg br ble dijdkan kawan & hanya kwn yg patut dihormati kemudian ditolong.....aduhh. Saya harap "faham" sy itu biar la tersasar. Takpe la. Mmg saya tak pandai bergaya, seperti kalian. Kain saya kain murah, tudung saya tudung ketinggalan zaman…. :) tapi saya yakin & tak perlu rasa malu sbb saya tampil dalam keadaan kemas & selesa. Saya sangat yakin tu (sbb dah bercermin 2,3 kali :) 10 bulan sy di sini, br arie ni sy terhidu aura mesra dr kalian, membuatkan sy terfikir, kenapa? Kenapa tiba2 saja ia berubah? adakah kerana borang pink tadi? ya sy yakin sbb itu. Kerana itu tadi yg membawa kalian bergurau bersama saya, kemudian kita sama2 ketawa. Mesra & penuh keikhlasan. Jangan risau, balik nanti kalo ader lebih saya akan bagi awak souvenir 1 sorg… :)



Terima Kasih. Saya tak mengharapkan banyak perkara daripada kalian, hanya saya mengharapkan kita saling hormat menghormati, bekerja sebagai satu pasukan, walaupun kita dari bidang yang berlainan namun saling berkaitan & yang penting kita bernaung dibawah satu label yang sama...:)

Izinkan Ku berbaring di di hamparanmu wahai pasir....

Photo:
Nanie Amat
Pohon Batu Beach
Labuan F.T


'...aku tidak mampu lagi untuk menentang angin, setelah sekian lama, hanya mengelus akar ku, kiini aku disorak sorai ombak, kadang membelai aku, kadang menolak aku ke tepian, aku berkawan dengan mu ketam dan kerang-kerangan, kau berteduhlah di tubuhku ini, biar ketuaan ini tetap berbakti kepada kalian, kalau dahulu senja mengundang camar beristerahat di ranting ku hijau, aku tahu ia kini tetap mengintip hingga pada sisa maghrib, aku mengucapkan salam kepada tetanggaku...'

Yatim Ahmad
Kota Kinabalu

APA KALIAN SELALU BICARAKAN

Photo By:
Nanie Amat
Pohon Batu Beach
Labuan F.T


APA KALIAN SELALU BICARAKAN

kalian awan, sudah bersengkokol dengan angin untuk menerpa daratan, gelombang pula mengumpul bala tenteranya dan sebentar, ribut akan bermaharajalela, tapi langit biru berkata: jangan ganggu aku bercermin di belantara ini, pergi lah bermain di tepian ku sahaja, esok aku panggil bermesyuarat untuk mengerumunii bumi dengan temasya bencana

Kemudian pasir berpesan pada pokok Rhu, kalian tanamkan akar sedalam mungkin, kelak kalau aku ikut mereka menerpa daratan, kamu masih ada untuk tempat kami berteduh

KOTA KINABALU

Thursday, October 4, 2012

Sepasang Mata Indah

Untuk Sahabat yang dihormati: Shahizan Desa



Sepasang mata indah
Merenung jauh ntah kemana
Tapi aku yakin, 
sepasang mata itu ibarat sebuah video camera
Merakam selautan subject matter yang tak mampu lari dari kecekapan matanya bergerak
Memory mindanya mengambil tempat
Memuat segala macam objek dari abstrak ke realistik
Disusun kemas kiri dan kanan, bertingkat-tingkat
Dipahat kukuh, dipaku dengan ingatan jangka panjang
Agar nanti bila tiba masa bertemu si kanvas putih
Komunikasinya lancar tak tersangkut-sangkut
Dek si lupa yang sentiasa mencari ruang mengacau-bilaukan idea ….:)


Nanie Amat
Labuan F.T

Saturday, September 22, 2012

India & Kashmir

Semalam rakan aku Miss T, tanya samada aku berminat nak ke India/ Kashmir? Lalu beliau unjukkan 1 tentatif. Baru plan. Arge dalam Rm 4480/=. Bila sebut India aku teringat seorang kawan yang aku baru kenal mase traveling ke HK 2010 dulu, Kak Nana. Dia penah kata teringin nak ke India...:)

So malam tadi aku mula contact kawan2 yang memang kaki travel. Kak H, Kak N.....Kak S. salah sorang mesti la kak nana. Kak N, tak berminat. tp kalo pg negara Kanggaroo baru dier berminat. Kak H, on je, kak E pun. kak Nana tak nak join sbb dier baru balik dr Indo tarikh nak p tu, lain kali saja, katanya. ok, ader rezeki ble pg lain kali. 

Aku salu dengar beberapa potong ayat dr sahabat2.....yang kadang2 aku tak berapa nak setuju

Cth 1: 
"Kenapa India"? ada apa di sana? 

Cth 2: 
aku:  teringin la nak pg beijing......
Frenz: apa yg ko nak sangat g sana tu? Kiter dah penah g korea. Pesen muka drg sama je. mata sepet. cuaca pun sama mcm tempat kiter. pg la tempat yg lain dr tempat kiter penah lawat. 

Ya...secara peribadinya aku memang tak setuju pendapat tu. (tapi.....ahhh itu kan pendapat dier, terpulang la kan, aku nak sentap apsal). heheh....aku bukan nak menyentapkan diri tp oleh kerana ayat tu ditanyakan balik pada aku, aku kena nyatakan pendirian sendiri. Sebenarnya kena balik kepada niat masing2 kenapa nak melancong. kenapa tempat tu kiter nak p? Pada aku sendiri, yang menjadi keutamaan aku pg ke satu2 tempat adalah untuk meluaskan pengetahuan, mengetahui cara hidup, budaya masyarakat, sejarah, seni reka bangunan, kesenian.........Shopping? itu perkara terakhir yang ada dalam kepala aku. kalo kata tak beli langsung tu tipu la. kalo pg mana2 tempat ada la juga beli sesuatu untuk kenang2an. 

Yupp....Beijing memang salah satu dari wilayah China. Aku penah pegi HK, Shenzen, Korea. Wajah, mata sepet, kulit putih kapas, kiter akan jumpa di sana. Persoalannyer adakah wajah figura saja yang kiter nak tengok? barangkali kesenian yang ada di Shenzen tak sama dengan yang ada di Beijing. Kalo tak ke HK barangkali aku tak penah tau (sbb tak nak amik tau) bahawa, ada orang yang sanggup berenang merentasi sungai yang luas untuk menyeberang ke HK, Semata2 nak mencari rezeki di HK. Menurut Jessica, tidak ramai yang akan berjaya menyeberang sungai. kalo pun ada itu barangkali 1 bonus. Selalunya cubaan itu kecundang, kalo tak di baham buaya, ada yg akan ditembak. Itu semua pengalaman/ ilmu yang sangat berharga. 

Sebahagian photo tentang India.....(Ehsan Cik Goggle): sblom pg kena cari sebanyak mana info dulu.....:)




Cantik sangat.

Proses pembelajaran tu sebenarnya banyak. Melalui pembacaan, Pemerhatian, mendengar....tinggal kiter nak pilih mana 1 je. Jangan kiter menyempitkan ruang pembelajaran tu, kalo itu berlaku kiter yang rugi. 1 Lagi yang aku fikirkan, kalo ada rakan yang ajak pg, kebetulan ader rezeki, jangan tolak pelawaan tu. Sebabnyer kalo kiter tolak sekarang tak tau bila masa lagi nak p. ble je pg ikut travel agent tp kalo tak de geng tak best juga. Lain la kalo kiter pg backpacker, itu lain cerita. Setakat ni aku dah rugi 2 trip sbb tak join kwn2. Beijing n Jepun. Salah 1 tempat yang memang kaya dengan pemandangan yang cantik, kesenian yang memukau. (Ini mesti pengaruh maser blajaq dulu, sbb buat kajian seni oriental, banding budaya dinasti ni dgn dinasti sblom @ selepas :)). Takpe la....kalo ader rezeki, insyaallah dapat pegi. Mana tau dapat bakal2 (H) yang sama minat, kaki travel, ble ajak dier pegi...:p....



Taj Mahal, nak tengok ni kalo jadi pegi....

Nak tengok jugak dr dekat makanan ringan yg popular di India

Kak Hasnah kata mase pg tu nanti, india dah mula kepada peralihan musim...


Salu tengok kat Tv je dalam cite hindustan. 

Seni bina yang mengkagumkan

Photo2 ni membuatkan aku lagi tambah teruja nak ke sana. Insyaallah........
Aher sekali, aku nak share ayat ni. Pendapat dari seorang rakan. aku suka n setuju sangat.....

"Sesekali kita perlu pegi melawat tempat yang kurang maju dari segi ekonomi, infrastuktur tetapi kaya dengan kebudayaan negara bangsa kerana dari situ kiter dapat belajar tentang erti kehidupan yang sebenar2nya"....

*ayat diolah sedikit tanpa mengubah maksud asal supaya lebih manis didengar...:)

Sekian....

Tuesday, September 18, 2012

Wi-Fi Free

Salam..
Wah lama betol aku menyepi. Bukan apa, cuti banyak sangat...:) (cuti la banyak mase kan...alasan!) err...selebihnyer berukban ni lambat sangat. Tak tau la, aku tak paham atau dier ni mmg nak makan duit org je lebih?? dulu aku amik pakej RM 68 sebulan. pastu dah lambat sangat, banyak kali jugak la topup GB. salu tu 1gb la. RM15 beb......emm pastu baru2 ni aku upgrade kan pg pakej RM 98 (lebih kurang, aku tak ingat) baru pakai tak sampai sebulan dah lembap balik n suh aku top up kalo nak laju. aish aku pelik bin ajaib okeh.....sebab kata cik yg keje kat celcom tu elok amik pakej 98 saja. ni dier yg syorkan) sbb kalo nak yg 100 ke atas tu cam tak berbaloi. sbb kalo cuma nak cari bahan, on9 fb tak banyak bazir gb. kecuali kalo download movie. Tang ni aku pelik. aku tak penah dload movie. tetiba jd lembap. aihhhh...ni yg aku cepat bosan. 

ok...tinggalkan cite menyakitkan hati. Td aku tertekan pg Wifi. sblm ni aku tak paham, sekali tetiba kluar daftar wifi KTW (kg tanpa wayar) aku pun tekan2 ikut arahan......sekali boleh pula guna. yahooooooo....sekarang ni aku dah tak risau kalo BB buat hal..... 
sblom ni aku salu nampak signboard Kg Tanpa Wayar. Aku tak paham.....(lembap sangatkan) o...rupanya ini la maksudnyer....:) 

harap lepas ni kiter salu juma di sini @ di fb @ di yahoo @ d Hotmail.........yeaaaaa.

itu saja. bye.....

Thursday, August 16, 2012

3 Suara Miming (Lagu Raya)



Lawak aidilfitri.......hehheheheh

Kreatif juga la mamat 3 orang ni. memang lucu. mula dapat dari kawan FB Zul PK.

Paling lucu tengok baju merah tu. ngam betul. lembut jer badan dier menari. yg 2 tu comel je, muka pun sama. adik beradik kot. aper pun mmg kreatif......:) tahniah....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...