CATAN BIRU (II)
Telah kuberikan pensil dan kertas..
Lukislah semahumu, biar saja kuperhatikan
Gambarkan hitam dan putih kehidupanmu
Kerana ku tahu lambat laun, dengan sedikit tabah kau akan pandai melakar,
Gelap hitam itu telah kau kenal, begitu juga putih yg mengisi ruang.
Jangan menanti kerana aku tidak bercadang membelikanmu pensil warna
Dan tidak perlu juga ku ajar tentang kebijak sanaan
Mengenal perbezaan biru langit dan laut agar suatu hari kau mampu
Membezakan warna pasir dan pantai ,
bila perlu kau birukan bulan di kaki horizon
dan mengerti pasang surutnya laut.
Keindahan itu berkait dengan hati yang bersih dilakar di kanvas damai
Menghalusi setiap inci ruang hingga kau siapkan.
Seterusnya dibingkai dan digantungkan di tengah laman
Bukan dibiar kusam atau hilang begitu saja dilayang angin.
Carilah dirimu dalam lukisanmu.
Kerana dengan mencari baru kita bisa mengenal untuk mentafsir
Lalu menilai dari gugusan ilmu, erti secalit warna di kanvas kehidupan.
Shahizan Desa
Kangar, Perlis
9 Ogos 2012