7 Mac 2024
Hari ni awal kami bangun sebab hari ni mau jalan jauh.
Destinasi kami hari ni ialah ke Pyeongchang atau juga dikenali sebagai Yongpyong (Dragon Valley). Pyeongchang-gun terletak di rantau pergunungan Taebaek, yang merupakan lokasi tumpuan para peminat sukan ski kerana ia merupakan pusat peranginan ski dan papan salji terbesar di Korea. Bila tiba musim panas, tempat ini akan menawarkan perkhidmatan bermain golf. Sebenarnya semasa kami pigi sidi pada bulan mac itu sudah mula masuk musim panas, tapi di Pyeongchang, sebab ia terletak di kawasan tanah tinggi, masih lagi menerima turunan salji lebat. Cantik gills tempat ni. Sebenarnya Pyeongchang tiada dalam itinerary kami, tapi kawan kami I, mencadangkan untuk pigi ke sini. Dalam group Road To Korea, ramai yang memaklumkan bahawa di Pyeongchang sedang rancak gugurnya bunga-bunga cinta. Eh bukan, sedang turun salji dengan lebatnya. Secara jujurnya, walaupun saya pernah pigi ke luar negara pada musim sejuk tapi belum pernah merasa gugurnya kerpasan menyapa ke wajah saya. Betul. Pijak tinggalan ais yang menghitam terkena lumpur, ya pernah tapi pijak salji tebal yang memutih belum pernah lagi. Makanya bila si I mencadangkan mau pigi ke sini, kami semua setuju. Dari hari pertama kami di sini, kawan kami si I sudah mencari maklumat perjalanan menuju ke Pyeongchang, dan semalam dia kasi murni lagi carian di internet berkaitan Pyeongchang.
|
Seoul Station. Beli tiket menuju ke Jinbu di kaunter depan tu. Tidak banyak gambar kami di Seoul Station rupanya. |
Dipendekkan cerita, dari Myeongdong kami naik subway menuju ke Seoul Station. Kenapa perlu pigi Seoul Station? Sebab Seoul Station merupakan hab sistem pengangkutan Korea menuju ke mana-mana destinasi jauh dan dekat di seluruh Korea. Berikut ialah perjalanan kami menuju ke Pyeongchang.
|
Kami dalam train menuju ke Jinbu Station dari Seoul Station |
Myeongdong Station- Seoul Station- Jinbu Station--> Naik bas menuju ke Pyeongchang
Setibanya kami di Seoul Station, rakan kami memaklumkan bahawa mereka tiada duit cash untuk beli tiket train menuju ke Jinbu. Maka mereka mau ambil duit dulu di ATM. Jadi kami belum boleh beli tiket train. Bukan tidak boleh dulukan duit kita, boleh saja. Tapi nanti di Pyeongchang mau naik cable car, mau makan, perlu juga duit cash sebagai langkah berjaga-jaga. Mana tau ada kedai yang tak mau terima kad. Lebih baik cari mesin ATM sementara masih lagi berada di Seoul. Mereka pun cari mesin ATM. Lama dorang cuba tapi tak dapat, kad debitnya di tolak. Ada seorang Ahjussi bagitau dorang, untuk ambil duit menggunakan kad debit dari luar negara, mereka kena cari mesin ATM global, yang menerima kad debit dari luar negara. Mesin ATM yang ada di depan mereka sekarang, hanya menerima kad debit tempatan sahaja. Maka sekali lagi mereka pigi cari mesin ATM yang dimaksudkan.
|
Tiba di Jinbu Station |
|
Train ini akan terus menuju ke Gangneung |
|
Ambil gambar di sini dulu. Bukti sudah sampai di Jinbu....😅 |
Secara peribadi, untuk saya sendiri. Jika ke luar negara, saya tidak berani bawa cash cukup2 makan dan bergantung sepenuhnya pada kad debit. Saya seorang yang masih berfikiran "old school", biar pun saya belum tua lagi, 😅 Saya tidak punya kad kredit. Walau diasak dari pelbagai sudut, dihasut dengan cara halus oleh orang bank, kad kredit ni banyak kebaikan dia, begitu, begini...😅Saya tetap berkata TIDAK pada kad kredit! Tapi saya ok dengan bigpay dan wise. Saya pernah apply bigpay, tapi saya lupa password, maka tidak boleh guna sudah. Saya pernah apply wise tapi saya tidak guna juga. Saya simpan saja, siapa tau satu hari nanti saya perlu gunakan. Satu2nya yang saya ada kad debit saja. Makanya kalo ke luar negara, saya tukar duit siap2 dari Malaysia. Berapa duit poket yang saya perlukan untuk trip tersebut, itu la jumlah yang akan saya tukar. Maka perbelanjaan saya terkawal dalam jumlah itu saja tanpa saya perlu keluarkan lagi duit di ATM di luar negara. Sebab saya ni bukan boleh percaya, selagi ada peluang selagi itu saya kelabu mata mau berbelanja sesuka hati. Jadi kalo duit cash saya semakin menipis bermakna saya perlu kawal perasaan untuk berbelanja sakan. Tidak ada istilah menyucuk duit.😆Tapi akhirnya terpulang pada keselesaan dan kemudahan masing2. Ini cara saya berfikir dan saya selesa dengan cara ini.
|
Di luar bangunan Jinbu Station |
|
tengok tu ada kerpasan di muka saya 😀 |
Bukan apa, kad debit ni kadang2 ada risiko dia. Mencari mesin ATM tidak semudah yang kita bayangkan seperti mana kita di Malaysia. Ada Mesin ATM, kad kita pula tidak diterima. Lagipun setiap kali kita mengeluarkan duit, ada pula dia punya charge bank. Ini menyusahkan kita, dan kawan2 juga.
Saya pernah cuba bawa sedikit cash dan bergantung pada kad debit semasa pigi Turki. Orang bilang kalo kita keluarkan duit dari ATM di sana, tukaran dia lebih baik daripada kita tukar di Malaysia. Mula2 saya tukar duit, ok boleh diterima. Sekali tiba kali ke-3 tidak dapat sudah. Berdebar kencang sudah saya. Rupanya kena tekan kad kredit baru dapat keluar duit. Biarpun saya guna kad debit. Dari situ saya tau duit cash juga la yang terbaik.
Panjang pula melalut. Ok la pendekkan cerita.....Selesai dorang ambil duit, maka kami pun membeli tiket menuju ke Jinbu Station. Sebenarnya tiket train ini boleh juga di beli online, tapi sudah alang2 kita di Seoul Station, beli saja la di kaunter. Harga tiket ialah $22 won seorang dan ada seat. Lepas beli tiket kami menunggu masa train berlepas. Kita boleh tengok di skrin yang terpapar besar di dalam station ni, Macam di airport tu la, no berapa gate kita dan jam berapa dia buka. Jika kita mau pigi Jinbu Station, nama Jinbu ni tidak akan keluar di skrin tersebut. Sebab ia bukan station terakhir train ini berhenti. Station terakhir ialah GANGNEUNG STATION. Maka kalo nampak di skrin nama Gangneung Station, itu la kita punya train menuju ke Jinbu. Perjalanan menuju ke Jinbu dengan menaiki train KTX mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit.
Setibanya kami di Jinbu Station, kami dihidangkan dengan pemandangan yang cantik. Turunan kerpasan terbuai-buai ditiup angin. Semua teruja. Kami ambil gambar dulu di sini sebelum naik bas menuju ke Pyeongchang. Menurut maklumat yang si I dapat, ada bas dari Jinbu Station ni menuju ke Pyeongchang. Maka kami berjalan menuju ke tempat ramai orang pigi tadi. Boleh tengok gambar di bawah. Kami nampak macam ada bayang bas depan sana tu. kalo tiada bas pun mungkin kami akan naik teksi jika ada di sana. Sudah sampai di hujung tu, ada nampak bas tapi tidak pasti adakah ia menuju ke Pyeongchang. Pemandu bas ada becerita2 sama kawan dia. Dia lambai kami, Si I tanya...Pyeongchang? Dia angguk. Pemandunya seorang lelaki yang agak berumur. Kami mau tau berapa harga tambang menuju ke sana, si I bagi tunjuk hp yang ada translate bahasa Korea. Pemandu tu baca, dan kemudian dia buat sign silang tangan. Bermakna tiada tambang. Bas ini free maknanya. Maka kami pun naik. Saya tidak ingat berapa minit untuk sampai ke MonaPark Yong pyeong, tapi agak lama juga la.
|
Masih di Jinbu Station. Bas itu ada dihujung sana. |
|
Akhirnya kami tiba di Monapark Yongpyeong. Bas berhenti ditempat parking. Ramai orang jalan laju2. dorang masuk melalui pintu yang paling dekat. Maka kami pun ikut. Sampai di dalam kami kehilangan arah. Mana sudah orang yang ramai2 tadi? Kami mencari kaunter tiket cable car sebenarnya. Lalu si I bertanya seorang lelaki yang kebetulan lalu di depan kami. Orang tu bilang, "saya juga mau ke sana, ikut saya." Lebih kurang begitu la dia punya ayat..... |
|
Rupa-rupanya stesen cable car tu bukan di bangunan ini tempatnya. Kena jalan kaki lagi ke bangunan di tempat lain. Ada la dalam 5 minit kali ya menuju ke stesen cable car tu. Sempat saya ambil gambar lembu ni. Nampak ka pintu di belakang tu? Kita kena pigi pintu tu untuk pigi ke bangunan stesen cable car tu. |
|
Keluar dari pintu tadi tu, kita akan jumpa laluan berbumbung hijau ni. Kita jalan ja menyusur laluan ini. |
|
Sempat saya ambil2 gambar. Cantiknya pokok ni......Orang yang kami ikut tu, laju betul dia berjalan. Berlari2 kami. Saya rasa dia jalan macam biasa saja, tapi sebab kaki dia panjang, maka nampak macam laju dia jalan. |
|
Nampak ka laluan macam jalan raya putih di gambar di atas tu? Itu tempat orang meluncur salji. Gambar di bawah ni pula itu cable car |
|
Mona Yongpyong ni merupakan tempat penginapan. Kalo kita menginap di sini, maka untuk naik cable car menuju ke puncak gunung Balwangsan, adalah percuma. Berhadapan kompleks penginapan MonaYongpyong, adalah taman mini yang dipenuhi dengan salji tebal nan memutih. Jika malam tiba pasti tempat ni cantik dengan lampu berwarna warni |
|
Sempat saya ambil gambar org sedang bermain.... dorang baru belajar menyesuaikan diri kali ya, sebelum meluncur dari atas gunung. |
|
Ini ada bangunan tiket office kan. Tapi masa ni tempat ini tutup. Gambar di sebelahnya tu pula, kelihatan beberapa orang bermain ski. Rasa nya ini untuk orang yang baru belajar. Bila kita tengok orang main ski ni, teringin mau belajar...Macam best. Tapi tunggu jumpa oppa handsome dari Korea😅 |
|
Banyak papan ski dan tongkat dia tu disusun elok di tempatnya, di pinggir2 jalan. Gambar Sebelah kanan di bawah tu adalah gambar orang yang sedang menyuci papan ski. Rupanya lepas main, dorang kena bersihkan, papan ski tu dengan menggunakan water jet pump untuk buang salji yang melekat dekat papan tu. Sebelah bangunan bertiang tinggi la pintu masuk ke bangunan yang menempatkan stesen cable car.
|
|
Ini la pintu dia....Masuk dalam dan cari escalator. Naik atas....sebelah kiri akan nampak kaunter tiket cable car. |
|
Ini la dia kaunter tiket. Pintu berwarna kuning tu pula ialah pintu menuju ke stesen cable car. |
|
Selesai membeli tiket, masuk pigi toilet dulu. Di sini ramai kita nampak orang yang pakai sut lengkap untuk bermain ski. Lelaki, perempuan, kanak2 pun ada. |
|
auto handsome oppa yang pakai baju bemain ski tu. Apa ba nama baju tu...? |
|
Selesai semuanya baru kami bersedia naik cable car. Masuk pigi pintu kuning tadi, yang ada disebelah kaunter tiket. Naik cable car ni tujuannya menuju ke Gunung Balwangsan. |
|
Masuk sekali 5 orang |
|
Tengok tu ramainya orang bermain ski.....Jika kamu perasan, cable car yang di sana tu tidak sama dengan yang kami punya. Yang itu kerusi terbuka saja tidak ada penutup. Saya rasa yang itu hanya orang2 yang ingin bermain ski saja yang boleh naik dan dia boleh turun di beberapa tempat. Kalo macam kita yang tidak punya baju kacam dorang, kalo naik cable car yang itu mungkin kita terus keras beku bila sampai di atas ...😅 |
|
Pemandangan dari dalam cable car. Nampak tak betapa panjangnya trek cable car ini |
|
Nampak tak betapa lebatnya salji turun di luar sana. Macam dalam drama korea tu kan......
|
|
Mula-mula saya ingat trek cable car ni dekat saja. Macam di Langkawi tu, rupanya jauh ehh. Kalo orang gayat teruk, beku kali ya. Hehehh... Trek di Balwangsan ni dikatakan laluan terpanjang di Asia. Merentang sejauh 7.4 km dari bawah. Ia menawarkan pemandangan Gunung Balwangsan yang cantik. Cumanya kalo waktu musim sejuk ni hamparan putih saja la yang kelihatan. Tapi tetap cantik dengan orang yang main ski di bawah sana....Pemandangan Mona Yongpyong di puncak gunung pun, tidak kurang hebatnya. Sumpah Cantik!
|
|
Akhirnya kami tiba juga di atas gunung. Masuk-masuk saja jumpa Mt. Balwangsan Skywalk. Jom kita cari artis dulu. Mana dia aaaa...... |
|
Ni nah dorang....handsome nya. Katanya lokasi ni pernah menjadi set pengambaran beberapa drama Korea. |
|
Sudah jumpa artis apa lagi, jangan kasi lepas peluang untuk bergambar. Bukan senang ni mau jumpa dorang...😅 |
|
Lepas tu turun lagi ke tingkat bawah. Jumpa lagi ini.....Ala-ala kapal titanic, kalo berdiri di hujung tu, kau depa tangan, sambil pejam mata! Perghhh....betul2 macam si Rose dalam cerita Titanic itu! Malangnya tidak boleh kita pigi sampai hujung sana tu. Ada rantai sauh kapal menghalang pemergian kita ke hujung sana. |
|
Ruang masuk ke kapal Titanic |
|
Tebalnya la salji di bawah sana tu. Yang di bawah tu ialah stesen cable car yang tiada penutup. Kerusi saja. Khas untuk para pemain ski |
|
Kawan saya sedang diambil gambar oleh para wartawan hiburan Korea. Perghhh ramai peminat kawan saya ni rupanya..😅 |
|
Ok kemudian kami turun lagi ke tingkat bawah. Nah di sini kami jumpa pemain-pemain ski dari seluruh Korea. Smart owhh dorang...Kami keluar dari pintu ni. Tapi tak kacau la dekat dengan dorang main ni. nanti jatuh. Kami terus pigi ke Taman Astakona.... |
|
Kau tengok ibu peri berposing. Abis muka dia merah kesejukan. Sebenarnya dia ni salah bawa baju sejuk. Tidak ngam baju yang dia pakai ni. Dengan tidak bawa glove. Nah belakon seperti badang, padahal bibir habis kebas. Jemari luka. |
|
Sebenarnya Taman Astakona tu panjang lagi laluan dia, cuma kami tidak tahan sejuk. Maka kami berpatah balik. Kami ambil gambar dekat2 dengan bangunan. Nanti kira-kira kalo sejuk boleh berlari masuk dalam bangunan. Sebenarnya bibir saya kebas sudah. Rasa tebal macam kana bius. Hilang deria rasa. Tapi tetap senyum...hehehh |
|
Bangunan ini ada beberapa tingkat. Di sini la tadi tempat kami bejumpa artis Korea tu tadi. Di sini juga menempatkan stesen perhentian cable car, di tingkat 3 rasanya...yg paling atas. |
|
Sebelum masuk dalam bangunan, sempat saya menjepret orang baru turun dari cable car dan terus meluncur pergi. Yang ini pasti sudah pro. Kamu tau, dorang ni meluncur dari atas sampai pigi turun di kaki gunung di bawah sana tadi. Laluan dia berliku2 dan sudah pasti curam. Kita boleh nampak dari atas cable car masa turun balik. |
|
Beberapa spot menarik yang ada di Monapark |
|
Yang ini sudah dalam bangunan. Kami mau naik cable car mau turun balik ke bawah. Smart kan dorang.... |
Panjang pula saya punya entry kali ni..
Saya sambung di cerita seterusnya ya...
No comments:
Post a Comment