Thursday, July 11, 2024

Trip Santai Ke Korea: Cara pegi ke Namsan Tower menaiki bas Dari Myeongdong (Part 7)

Pemandangan kota Seoul dari atas bukit di Menara Namsan
Lepas kami makan di Kimseri kami terus pigi ke Namsan Tower. Masih awal lagi ni, makanya kami meneruskan perjalanan menuju ke Namsan Tower. Kita mula dari Kimseri ni saja. Kalo kita masuk group RTK tu, memang banyak maklumat perjalanan kita perolehi dari sana. Contohnya info tentang ke Namsan ni, kita dapat dari Fid Firdaus. Terima kasih ya Encik Fid, maklumat yang encik kongsikan memang terbaik dan mudah difahami. Andaikan kita berdiri di luar pintu Kimseri tu. Depan Kimseri tu ada jalan raya, jadi kita kena melintas ke seberang jalan raya tu. Pigi saja jalan lurus ke depan. Macam dalam gambar ni saya sudah berada di seberang jalan. 
blur gambar ni. Dari Kimseri tadi jalan terus saja ke depan, sampai la kita jumpa jalan agak berbukit sikit. di sebelah kanan jalan sudah ada macam tembok. Tengok gambar di atas ni, ada tembok ba kan sebelah kanan tu. Jalan sikit lagi, sampai kita nampak zebra cross sebelah kiri. 
Ini la zebra cross tu, kita melintas jalan sampai ke seberang sana. Didepan tu ada kedai nama SEJONG. Tapi jangan pigi kedai tu. Sudah kita sampai diseberang, jalan tu sudah bepagar, (jadi jangan kita lompat pagar pula), pusing kanan dan jalan terus.  
Tengok signboard ni, dia tunjuk Namsan 1 tunnel. Kita pigi tempat tu. Lalu ikut jalan di bawah ni ya, kalo laluan sebelah kanan agak berbukit tu, akan bawa kita pigi Namsan Park. 
Jalan terus lagi kita akan melalui ini, yang macam rumah...inda tau apa ni. Jangan peduli jalan terus saja. disebalik bangunan macam rumah ni kita akan nampak sudah tunnel tu
Nah ini la tunnel/ terowong tu. jalan terus masuk dalam tunnel ni. 
Bila sudah masuk dalam terowong, dari jauh kita akan nampak escalator ni, tapi jangan naik ini. Jalan terus saja. 
Ada juga signboard di lekatkan di tiang. Kita ikut ja signboard tu
Jalan terus saja .....kalo kamu perasan, di dinding tunnel ni ada tulisan
Nah ini dia signboard rupanya, ok mudah kita jalan terus ja ikut signboard tu
Jalan terus lagi sampai kita jumpa pintu. tengok di depan sana ada macam cahaya keimanan, kita pigi situ. 
Masuk saja di pintu kaca di sebelah kiri kita, kita akan nampak ini. Apa tu a, rambu ba rambu ramba di atas tu?? Ahhh, jangan peduli la. kita tengok saja signboard, dia bilang bus di sebelah kiri. Jadi kita ikut pi sana
Kalo kita ikut jalan di atas ia akan membawa kita ke sini. Namsan Shuttle bus dia bilang, Kau keluar pintu ni
Ok di sini la kita tunggu bas. Ada 2 jenis bas di sini iaitu 01A dan O1B. Dua2 pigi Namsan, bezanya 01A banyak betul stesen dia berhenti. Manakala 01B tidak banyak stesen dia berhenti. Waktu operasi bas ialah dari jam 6.30 pagi- 11.00 malam. Kekerapan bas adalah setiap 7-10 minit bagi bas No. 01A. Manakala bagi No bas 01B kekerapan perkhidmatan ialah 15-18 minit.  
Kebetulan bas ini yang duluan sampai, jadi kami naik ini saja. Kos tambang ialan $1400 won (01A dan 01B). Pembayaran hanya menggunakan T-Money sahaja. Cash tidak diterima
Menara Namsan atau juga dikenali sebagai Menara N Seoul merupakan mercu tanda bagi Seoul. Ia dibina di kawasan tanah tinggi dan sangat strategik untuk melihat pemandangan bandar Seoul. Ia merupakan menara serbaguna pertama yang dibina di Korea yang mana ia 
memainkan peranan sebagai menara gelombang radio am pertama Korea sejak tahun 1969. Bas akan turunkan penumpang di Bus stop. Dari Bus stop kami jalan kaki naik ke atas. Oleh kerana menara ni berada di kawasan tanah tinggi maka, jalan naik ke atas tu pun agak berbukit juga. Kalo tidak mau penah, boleh juga la naik cable car. Sambil2 bejalan kami dihiburkan.....(wahhh....dihiburkan! 😁) dengan imej bunga-bungaan yang dipantul ke atas jalan. Cantik ba. Kalo kita datang waktu siang tidak nampak ni. 

Saya bergambar dihadapan menara. Ada kalanya kami ternampak kesan salji di jalan. Mungkin siang tadi hujan di bandar Seoul menjadikan suhu menjadi lebih sejuk. Namsan Tower dibuka sepanjang tahun dengan waktu operasinya pada jam 12.00 tengahari- 10.00 malam (Hari bekerja), manakala pada hujung minggu pula, dibuka dari jam 1.00 pagi hingga jam 10.00 malam. 
Nah cantik kan....Untuk naik ke balai cerap bayaran masuk ialah $16000 won untuk dewasa dan $12000 won untuk kanak-kanak. Tapi masa kami sampai untuk naik ke menara sudah tutup, maka kami jalan2 di bawah saja. Kalo setakat jalan2 di bawah ni, masuk percuma.
Masuk dari sini. Cantik. Dilimpahi dengan lampu warna warni
Kami naik sampai setakat tingkat yang atas signboard Seoul Tower Plaza tu saja. Yang naik menara tidak ble naik sudah. Lift sudah ditutup masa ni, jadi kami naik dan turun pakai tangga saja.
Lambakan kunci cinta banyak digantung di sini. Kau pun ble letak kalo mau...
Comel ni patung. Saya pun ambil gambar
Nah kami lagi
Berlatarbelakangkan Menara Namsan
Saya ambil gambar bersama si panda dan lambakan kunci ni dengan harapan semoga bertemu oppa handsome....😅
Akhirnya kami pun balik sebab kana halau sudah. Dorang mau tutup sudah...😅
Tempat air minum
Sambil2 tunggu bas sampai saya ambil gambar kota Seoul
Tempat tunggu bas
Sampai di hotel lewat kami tidur sebab mau kemas barang. Esok kami mau balik Sabah sudah. Makanya urusan menyusun barang wajib diselesaikan malam ini juga. Esok pagi kami mau jalan2 dulu pigi melawat istana. Selesai nanti kami terus saja ke airport.

-Bersambung-



No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...