Wednesday, July 3, 2024

Trip Santai ke Korea: Dari Pyeongchang ke Myeongdong lalu singgah ke Kimseri Restorant (Part 6)

Link part 5:  https://nienatama.blogspot.com/2024/07/trip-santai-ke-korea-main-salji-di.html

Ok sambung cerita. Kami bergegas turun ke bawah sebab, menurut info yang didapati mengatakan bas balik ke Jinbu Station adalah pada jam 2.30-2.45 pm. 

Turun saja dari cable car kami laju2 turun, sebab bangunan stesen cable car ni tidak sama dengan tempat parking bas, kena jalan kaki lagi. 
Walaupun bejalan laju, sempat saya jepret satu dua gambar 
Sudah sampai dalam bangunan
Di sini la tempat parking bas tu, tapi kami tengok semua bas kosong. Macamana ni? Kami tunggu juga beberapa minit.....tapi tiada tanda2 bas mau jalan, atau ada orang tunggu bas. Akhirnya kami masuk semula ke dalam bangunan dan di dalam tu kami nampak ada kaunter tiket bas. si I tanya tentang shuttle bus yang mau menuju ke Jinbu Station. Tapi orang yang ada di dalam kaunter tu kata dia tidak tau jadual syartikat bas lain. Tapi syarikat bas dorang ada bas terus dari Pyeongchang ke Myeongdong. Tapi jalan jam 5.30 petang kalo tidak silap. Makanya kami ambil keputusan untuk membeli tiket bas itu saja. Mudah tidak payah turun naik, tau2 sudah sampai Myeongdong. Tapi saya tiada pula ambil gambar proses pembelian tiket itu. Lupa kali ya...
Urusan tiket balik sudah selesai, maka baru la kami pigi cari makan, tadi mula2 sampai kami nampak restoran kebab halal. Kami terus menuju ke sana. Saya beli kebab dan cola, itu saja yang ngam di tekak. Gambar restoran adalah sumber dari google kecuali kebab. Indatau la kenapa saya tidak ambil gambar restoran, padahal ini penting untuk blog saya. Sambil2 makan kami tanya owner restorant, ada ka mereka menyediakan ruang untuk solat, dia kata tiada. Maka selepas makan kami cari tempat strategik untuk solat. Akhirnya selepas pigi toilet, kami jumpa satu bilik untuk tukar baju. Bilik tu ada 2 buah. Maka di situ la kami bersolat. Bilik tu kecil saja, hanya muat seorang saja. Sempit tapi boleh la untuk solat. Bilik itu macam tidak begitu ramai orang guna (pada hari tersebut la). Ada beberapa minit juga kami limpas2 di sana, tiada orang masuk. Tiada gambar bilik persalinan tu. Tapi bilik tu dekat dengan tandas.
Yang dibelakang kami tu cafe juga cuma tidak halal
Lepas solat saya cari2 si I, dalam bangunan tapi tiada. pigi mana dia ya? Kalo si A, pasti la dia sedang solat. lepas tu saya keluar mau ambil gambar, ohh saya nampak dia di luar, saya pun pigi sana
Tadi tidak sempat begambar di sini. sekarang baru la, masih banyak masa sebelum naik bas jam 5.30 petang. Makin lebat ni salji owhh...
Siuk tapi sejuk. Kau tengok tangan saya tidak pakai glove tu. Itu jari2 saya sudah luka sebenarnya. luka sebab terlalu sejuk
Ada sudah si A, begabung la kami
Turunan salji tu on-off...ada masa macam ada matahari keluar, maka tiada la turunan kerpasan tu. Kalo mendung nanti turun lagi...
Masa untuk naik bas. Handsome budak ni, kawan saya pun ambil gambar dia..heheh
Pemandangan dari dalam bas. 
Tebal kan salji tu
Akhirnya kami sampai di Myeongdong. Saya tidak ingat berapa jarak dari Pyeongchang ke Myeongdong tapi kami sampai tu, kira2 jam 7.30 malam. Bas turunkan kami di tepi jalan. Bukan kami saja tapi ramai yang turun di Myeongdong. Kami tidak terus balik ke hotel, tapi kami menyinggah dulu di Kimseri Restorant.
Ketika kami sampai, ramai orang di dalam restorant. Tapi masih ada meja kosong, kebetulan dorang pun sedang membayar, mau keluar sudah. Rombongan itu ialah geng cikgu2 dari Kolej Vokasional, saya kurang ingat samada KV Tawau atau KV LD. Sebab meriah betul dorang bejumpa sama orang Sabah pekerja di Kimseri. Oh ya sudah duduk kami pun order makanan. Order semua melalui online. Kimseri ni katanya, dipunyai oleh orang Malaysia. Usahasama orang Kelantan dan Orang Sabah. Kebetulan kami jumpa mama yang dari Sabah. Kawan saya si I ni kan dari Tawau, jadi becerita2 la dorang sama si mama. Katanya dulu dorang tinggal di Esbok, Tawau. Tapi sudah pindah ke KK bila anak2 sudah besar. Si mama ni berada sebulan di Korea, melawat anaknya sambil2 tolong kerja-kerja di dapur. Anaknya tu kawin sama orang Korea. 
Ini makanan kawan kami. Ayam masak lemak cili api. 
Yang ini pasti la saya punya. Nasi goreng 
Bersambung.....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...