Saturday, September 9, 2023

Bercuti ke Turki: mencari Kuliner khas Indonesia di Restoran Nusantara, Istanbul (Part 19)

21 Dec 2022

Hai...Boleh berkenalan?? 😀 Gambar tak ada kaitan dengan tajuk 🙊
Penulis mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Gerome Panorama, Cappadocia. 

Restoran Nusantara

Pada mulanya kami salah tempat. Mengikut info awal yang diperolehi oleh KH, Warung Nusantara itu terletak di Merkezefendi. Lokasinya dalam Mall. Katanya boleh nampak dari stesen tram Cevizlibag -Aoy. Dongak kepala je dah nampak dah nama Warung Nusantara, katanya. Kami ni, tak cukup sorang, tiga2 sekali p mendongak terpusing sampai 360* cari nama Warung Nusantara. Kot la tengok sorang mungkin dia rabun, tapi kalo dah sampai 3 orang cari pun tak nampak, alasan rabun tak boleh diterima. Bayang Mall pun tak nampak. Akhirnya tanya balik kat cik Goggle, rupanya dah pindah ke lokasi baru. Makanya alamat yang di tulis di bawah ni dah tak valid ya. Jauh juga kami membuang masa ya, 44 minit dari Sultanahmet. Demi sepinggan nasi nusantara...😅

Sudah berpindah dari lokasi ni. 
Warung Nusantara 
Merkezefendi, Mevlana Cd. 42/3, 34019 Zeytinburnu/İstanbul, Türkiye

Alamat Baru: 

Warung Nusantara

Şehremini, Kerpiçhane Sk. 2A, 34104 Fatih/İstanbul, Türkiye

Kami pun bergerak ke lokasi baru iaitu kena turun di Capa-Sehremini. Kali ni perjalanan menaiki tram hanya la 7 minit je dari Cevizlibag- Aoy.  
Sampai di Capa- Sehremini, pergi ke arah deretan kedai2 di sebelah kiri, sampai sama ambil arah ke sebelah kanan dan jalan lurus sampai jumpa kedai kat bawah ni. 
Kalo dah jumpa nama cafe "Sariyer Borekcisi" ni bermakna laluan kau dah betul. Warung Nusantara tu betul2 bersebelahan dengan Cafe ni. Nampak tak tulisan kedai, nampak sipi2....malu2 je dia mengintip kita dari sini. Gambar ni nampak macam dah nak malam kan....Ye memang betul la dah nak malam. Gambar ni di ambil masa kitorang dah nak balik. Sebab masa datang tadi tak dan amik gambar, sebab semua kebulur.....menonong je masuk kedai sampai lupa bagi salam. Ehh...Assalamualaikum, kami datang nak makan....
Ni dia Warung Nusantara. Ia dimiliki oleh Meily Aristia Ozdemir yang berasal dari Pontianak. Meily mengusahakan Restoran ni bersama suaminya iaitu Seyhmus Ozdemir, seorang warga Turki. Menurut ceritanya, Meily yang pernah menjadi sukarelawan semasa tsunami di Aceh dan bekerja di Rumah Sakit Zainal Abidin (RSUDZA), Banda Aceh, bertemu suaminya ketika Ozdemir berada di Jakarta. Wowww..... N, bukan main kau datang sampai interview tuan punya restoran!! Ehhh...bukan, jangan salah sangka. Aku tak jumpa pun Puan Melly ni, aku dapat maklumat ni dari sini: https://aceh.tribunnews.com/2015/11/27/ingat-kampung-makan-di-warung-nusantara-istanbul? . Haa...tak yah wow sangat la...

Antara menu air yang dijual di Warung Nusantara. Aku ingatkan aku snap menu makanan, rupanya air. Lupa la tu...
Sementara menunggu makanan sampai...
Kebanyakan pekerja di Warung Nusantara adalah pelajar2 Indonesia yang belajar di Turki. 
Masih kosong sebab resoran ni baru buka. Kitaorang nak order sate tapi katanya belum disiapkan lagi. 
Dekorasi bercirikan nusantara menghiasi dinding restoran. Sempat sembang dengan pekerja restoran, katanya depa baru je pindah dari Merkezefendi, beberapa bulan yang lalu.

Menu ringkas macam ni biasanya aku punya. Kat Warung Nusantara ni macam2 makanan Indonesia dia jual. Antaranya ialah Soto Bandung, Sate Madura, Nasi Ala Padang, Nasi goreng dan macam2 lagi. Kalo tak ingat esok masih ada, macam aku nak tapau je 1 menu lagi bawa balik hotel. Tapi mengenangkan perut aku ni tak la besar mana, terus aku beristighfar. Alhamdulillah, lepas tu insaf terus.

Ni kawan aku punya. Meriah dia punya pinggan, siap ada cucur udang lagi. Cucur udang ke cucur sayur ye, aku lupa....Tapi nak cakap, sambal dia tu...Perghh sedap beb! Padu! Rasa macam, tiba2...ehh macam kau kat Indonesia 😅 Aku punya menu tu sebenarnya tak de sambal terasi, itu je yang atas sayur....salad. Tapi aku tarik mangkuk kaca sambal kawan aku punya, konon nak meriahkan set makanan aku tu biar nampak sempurna dalam gambar😅
Lepas makan, dilancarkan pula perjalanan makanan tadi dengan coklat panas ni. Perghh.... Sedap! Rasa macam dugong kekenyangan, macam nak tido je kat dalam restoran ni. Kat luar tu sejuk gills, walaupun tak de salji. Tapi memikirkan nak p Hagia Sophia, digagahi juga kaki ni melangkah. Jom la p solat dulu. Kita tanya kat mbak yang bekerja di restoran ni, kalo2 ada musola disediakan di restoran ni. Katanya tak ada, tapi ada masjid selang 2,3 buah kedai dari Warung Nusantara. Masa ni dah ramai pengunjung yang datang nak makan. Rata2 nya yang datang dengan pakej pelancongan dari Indonesia. 
Ini map yang menunjukkan kedudukan Masjid Geylani Tekke Cami. Ia terletak di blok sebelah dari Warung Nusantara. Ketika kami keluar dari restoran ni, kami ditegur oleh seorang wanita. 

"Assalamualaikum...."...
"Waalaikumussalam"....
"Dari mana?" 
"Dari Sabah"...
"Ohh.. ingatkan tadi orang Brunei, ingat nak tegur tadi tapi tak nak ganggu. Nak kemana lepas ni?"
"Nak pegi Hagia Sophia, tapi nak p solat dulu, katanya ada masjid kat sini?"...
" Aha, kat situ... Jom, saya pun nak ke sana"
Gambar dari Goggle map
Masjid Geylani tu terletak di sebelah kedai Cakia Yufka. Yang ada tulis WC tu adalah pintu masuk menuju ke masjid. 
Gambar diambil dari goggle map
Tu la halaman masjid. Kalo kat luar biasanya kita nampak simbol WC, bermakna ada tandas. Ya betul la kat masjid ni ada tandas. Ada tempat ambil wudhu yang selesa. Kawan tadi maklumkan kami nanti lepas ambil wudhu, lap kaki dengan kertas ni ya. Kita faham maksud dia, orang luar tak suka basah2 lantai. Kertas tu macam tisu juga, lebih baik daripada tisu sebab dia mudah serap air dan tak mudah koyak. Tak dan amik gambar kat tempat wudhu sebab nak cepat. 
Ruang solat. Kecik je. Lepas solat kita tunggu sampai masuk waktu maghrib...baru kita keluar. Rupanya kami salah masuk, ini ruang untuk lelaki rupanya. Patut la masa orang masuk depa pandang2 je. Sampai la ada seorang lelaki muda memaklumkan kami bahawa tempat solat wanita ada di lantai atas, dia tunjukkan tangga. Kami pun keluar menuju ke atas. Kat atas ni ada 2 orang wanita yang juga menunggu untuk solat maghrib. Kita senyum dan angguk kepala je. Rasanya macam orang Malaysia yang belajar di sana. 
Cantik, bersih dan kemas
Selesai semua urusan, baru sempat berkenalan. Nama kawan ni Yeni Dogan. Beliau merupakan salah seorang yang aktif dalam group Road To Turkey. Nak tanya apa2 soalan tentang Turki, dia antara yang akan menjawab soalan kita kat dalam group tu. Oh ya beliau juga ada buat perkhidmatan bas/ van penghantaran dari aiport-hotel di Istanbul. Barang2 souvenir pun dia ada jual. Akhirnya kami mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan dengan Yeni. Nak panggil kakak, macam tak kena pula. Entah2 sebaya. Kan kita ni baru 22 tahun....😝 Oh ya lupa sebelum tu dia juga ada cakap bahawa, selang beberapa kedai dari Masjid ni ada restoran Malaysia yang baru buka. Dia ajak kami ke sana, hanya sekadar berkenalan...Nak makan balik, macam dah tak muat perut ni. Lain kali kalo ke Istanbul boleh datang ke sini. Nama Restoran ni ialah Teratak Istanbul. Tak dan juga amik gambar sebab dah gelap.
Akhirnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Hagia Sophia.....

Bersambung....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...