Saturday, September 9, 2023

Bercuti ke Turki: Hagia Eirene & Blue Mosque (Part 18)

 21 Dec 2023

Hagia Eirene

Bangunan luar Hagia Eirene yang masih kukuh. 
Masih hari yang sama. kawasan istana Topkapi ni sangat luas. Memang kena peruntukkan masa 1 hari di sini. Matahari dah memancar terik tapi suhu sejuk membantu kami merasa nyaman dan tak rasa lapar. Dalam beg kami dah siap ada bekal jajan dan buah-buahan. kesian kan, jalan2 pun kena bawa bekal macam pegi sekolah. 😅 Maklum la pengembara poket tipis. Restoran dan cafe ada je di sini. Banyak. Tinggal kau nak masuk atau tidak je. Kami belum bercadang untuk keluar makan sebab kami ingat nak makan di Restoran Nusantara nanti dan kemudian solat di sana. Kami meneruskan perjalanan menuju ke bangunan seterusnya iaitu Hagia Eirene. 
Hagia Eirene merupakan sebuah gereja dari mazhab Kristian Greek Eastern Orthodox yang dibina oleh Empayar Constantine I. Ia berfungsi sebagai gereja utama di Constatinople sebelum Hagia Sophia dibina pada tahun 360 M.  Tidak seperti Hagia Sophia yang ditukar kepada Masjid, Hagia Eirene kekal sebagai bangunan gereja. 

 Hagia Eirene dibina pada awal abad ke-4 membawa maksud Holy Peace

Pintu masuk ke Hagia Eirene. Tak ada bayaran masuk ke sini. Bangunan asal Hagia Eirene pernah terbakar semasa rusuhan Nika yang berlaku pada tahun 532. Namun dibaiki semula semasa zaman pemerintahan Justinian. Pada tahun 740 M, sekali lagi Hagia Eirene mengalami kerosakan teruk disebabkan gempa bumi. Semasa Constantinople ditakluki (nama lama Istanbul) Ottoman, tapak bangunan Hagia Eirene turut termasuk di dalam kawasan pembinaan Istana Topkapi. Struktur bangunan kekal seperti asalnya, namun beberapa tahun kemudian ia digunakan sebagai gudang penyimpanan senjata semasa  pemerintahan Ottoman dan seterusnya pada tahun 1908-1949 bangunan ini digunakan sebagai muzium tentera. 
ketika kami masuk ke dalam Hagia Eirene, ia sedang dalam proses renovasi. Bangunan ni macam dah tak digunakan lagi, tapi tak pasti pula jika ia digunakan pada hari2 tertentu saja ya.  
Menurut Cerita lagenda, Hagia Eirene dibina untuk didedikasikan kepada seorang wanita muda bernama Penelope. Seperti kebanyakan orang Romawi yang lain, Penelope datang ke Constatinople. Dia adalah seorang penganut kristian yang taat dan berusaha untuk menyebarkan agama kristian kepada orang-orang Romawi. Namun orang Romawi yang mempercayai paganisme, menolaknya.   
Mereka menghukumnya dengan melemparnya ke dalam perigi yang dipenuhi dengan ular. Namun Ular tu tak menganggu dan menyentuhnya. Kemudian mereka menuduhnya melakukan sihir dan mengikatnya ke arah kuda dan menyeretnya berjam lamanya. Namun akhirnya Penelope diselamatkan oleh salah seorang orang Romawi. san akhirnya pemerintah Constatinus menyatakan bahawa Penelope tidak bersalah dan dia adalah orang suci. Maka di bina satu gereja yang diberi nama Hagia Eirene/ Irene yang bermaksud "Kedamaian suci" untuk menghormati Penelope
Tadi aku kata Hagia Eirene ni macam tak digunakan lagi lagi kan? Menurut info yang didapati dari cik Google, pada masa-masa tertentu Hagia Eirene akan digunakan sebagai tempat untuk Festival Muzik Klasik Internasional yang sering diadakan pada musim panas sejak tahun 1980. 

Tangga menuju ke ruangan atas, tetapi ditutup untuk kunjungan umum. 
Sebahagian ruangan sedang direnovasi
Ruangan utama di dalam gereja. Ini saja untuk Hagia Eirene. Tak ramai yang masuk ke sini, mungkin orang dah tau tak ada bahan pameran di sini. Tak berlama-lama, kami keluar dan mencuba nasib untuk masuk ke Hagia Sophia. Kenapa aku cakap "mencuba nasib"? Sebab kalo dah tengahari macam ni memang ramai gilerr orang nak masuk. Jom kita tengok...
Eh jumpa pula toilet. Singgah dulu.....😆
Bangunan Hagia Sophia
Hagia Sophia dari tepi. Ehh...kosong la boleh masuk ni.....Jom p depan
Ha kau...ni dia Q nya. Ini baru sebahagian. Belum masuk lagi ke pintu utama. Barisan ni dah membentuk huruf U. Kebanyakannya pelancong yang datang menggunakan pakej agensi pelancongan. Ok kita mengalah la, datang lagi malam nanti. Orang kata masa terbaik untuk datang ke sini ialah masa subuh atau masa maghrib. Sebab masa solat ia akan ditutup kepada lawatan umum. 
Cewah...mengalah kononnya. Pantang anak melayu gugur sebelum berjuang! Yang sebenarnya kekuda ni dah macam bergegar2, alignment macam tak stabil ni. Sayup2 aku dengar macam bunyi muzik keroncong, berselang seli dengan muzik gamelan. Sape pula yang berjoget lambak ni? Tak boleh jadi, aku cakap kat depa... "Weh korang, seluar aku longgar la. lupa nak pakai belt, nak kena kasi ketat balik ni, jom pergi Nusantara"! Heheh...ok tipu. Takdenyer aku nak bermadah pujangga nak ajak orang makan. Rupanya depa pun lapar juga, tapi malu2 lagi. Cehh.... 😛
salah satu bangunan yang ada di sini. 
Hagia Sophia dari kejauhan

Blue Mosque

Masjid Biru dari kejauhan. Kedudukannya sebenarnya berhadapan dengan Hagia Sophia. Cuma gambar tak berapa nak ok masa ni sebab aku menghadap matahari, gambar jadi gelap.
Masjid biru yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed I, pada tahun 1609-1616. Mendapat jolokan Masjid Biru kerana dinding di bahagian dalam masjid ini menggunakan jubin yang berwarna biru. Walaupun dikatakan Masjid Biru namun kubah masjid tidak kelihatan biru jika dilihat dari jauh, kalo nak tengok dia warna biru kena pergi dekat2. 
Sultan Ahmad I memberi tanggungjawab meeka Masjid Biru kepada seorang arkitek bernama Sedefkar Mehmet Aga. Beliau merupakan anak murid kepada Mimar Sinan, iaitu ketua arkitek semasa pemerintahan sultan Suleiman I, Selim II, dan Murad III. Sultan meminta agar Sedefkar membina satu masjid agung tanpa memikirkan kos pembinaannya. Masjid yang berukuran 53 x 51 meter ini mempunyai struktur dasar bangunan yang membentuk seperti kubus. Pada mulanya Sultan ingin menara masjid dibuat daripada emas. Emas dalam bahasa Turki ialah Altin. Namun Sedefhar salah tanggap, dia ingat Sultan kata Alti yang bermaksud 6. Maka dia pun buat la masjid dengan 6 menara. Bila Sultan tengok, baginda bekenan pula tengok 6 menara yang unik tu sebab ia bukan kebiasaan pada rekabentuk pada zaman ottoman. Uhhh...nasib baik Sultan tak murka. Untuk membangun Masjid Biru, ia mengambil masa 7 tahun untuk siap sepenuhnya pada tahun 1616. Namun, Sultan Ahmad menerima kritikan akibat membina menara masjid yang sama jumlah dengan menara Masjidil Haram di Makkah. Maka untuk menyejukkan keadaan baginda sultan dikatakan menyumbang dana untuk membina menara ke-7 untuk Masjidil Haram. 
Di sebelah barat masjid, sengaja diletakkan sebuah rantai besi yang berat di atas pintu gerbang masjid. Pada zaman dahulu hanya Sultan yang boleh masukke kawasan masjid dengan menunggang kuda. Tujuan rantai ini dipasang supaya apabila Sultan melintas pintu gerbang baginda akan menundukkan kepalanya. Kalo tak tunduk karang terhantuk pula. Disebalik itu, maksud tersirat pada pemasangan rantai besi itu adalah simbol kepada kerendahan hati penguasa di hadapan Allah SWT. Sultan Ahmad mangkat pada usianya yang masih muda iaitu ketika berumur 27 tahun, setahun selepas pembinaan masjid biru selesai. Semua keluarga Sultan dimakamkan di  halaman masjid. 
Eh tadi kata nak makan, kenapa singgah sini pula?? Dah alang2 dekat dengan Masjid Biru maka kaki kami memesong masuk sini dulu. Sementelahan tak ramai orang. Di pintu masuk ada tertulis masjid sedang direnovasi. Patut la tak ramai orang. Dalam kami berteka-teki samada boleh masuk atau tak, tiba2 ada beberapa orang geng Malaysia keluar dari dalam masjid. Kita tanya " Kak boleh masuk ke?". "Aha boleh" katanya. Kita pun masuk. 
Masid Biru dihiasi dengan 20000 seramik dari Iznik yang berwarna biru, hijau, unggu dan putih. Terdapat 200 tingkap kaca patri dengan pelbagai rekabentuk membolehkan kemasukkan cahaya dari luar dibantu oleh hiasan lampu siling. Dalam lampu siling sengaja diletakkan telur burung unta untuk mengelakkan labah2 bersarang di sana. Terdapat juga hiasan khaligrafi ayat suci Al-Quran yang dihasilkan oleh Seyyid Kassim Gubari iaitu salah seorang khaligrafi terbaik pada ketika itu.
Ruangan membaca berdekatan dengan tempat solat wanita. 
Masjid Biru masih berfungsi sebagai tempat beribadah hingga ke hari ini. Masjid ini sentiasa menerima kunjungan masyarakat ketika hari jumaat, solat aidilfitri, aidiladha untuk menunakan solat. Ia boleh menampung 10 ribu orang pada satu2 masa. Oleh kerana ia masih berfungsi sebagai tempat ibadah maka, ketika masuk waktu solat, pelawat tidak dibenarkan masuk dari pintu utama disebelah barat, Pintu utama hanya diperuntukan khas kepada orang Turki atau kepada mereka yang ingin menunaikan solat. Tapi bukan bermakna tak boleh masuk langsung, semua pelancong samada muslim atau muslim, ketika waktu solat boleh masuk dari pintu utara. 
Untuk menghormati masjid, Pengunjung  harus memakai pakaian sopan ketika masuk ke dalam ruangan masjid. Wanita perlu menutup kepala menggunakan selendang. Hal ini akan selalu diingatkan oleh penjaga di pintu masuk masjid. Tak banyak yang dapat dilihat sebab masa ni Masjid Biru sedang dalam proses renovasi. Ruangan yang dibuka kepada kunjungan umum juga sangat terhad. Ini saja yang dapat di lihat di dalam Masjid Biru. 
Kalo hati cepat koyak tak payah bei aiskrim ni. Macam aku memang tak boleh sebab aku tak penyabar orangnya😅
Jom pergi Nusantara....Yeahhhh.. Makan!!

Bersambung....

Rujukan:
https://azziamd1.blogspot.com/2022/08/2022-turkey-2nd-visit-bhg-19.html
https://alindrahaqeem.com/sejarah-blue-mosque-masjid-biru-turki/

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...