Wednesday, February 23, 2022

Mengejar si Aki: Magical Garden & Kampung Libang, Ranau (Part 5)

Magical Garden

Hari ni kami checkout sudah di Big Rock Homestay. Jadi plan kami hari ni ialah kami akan menghantar KT ke Kg. Libang iaitu di rumah kakaknya. KT akan tinggal di sana dan tidak join kami sudah pada hari seterusnya. Tapi sebelum menghantar KT, kami singgah dulu ke Arnab Village, Kg. Purakagis Kibbas. 17 km dari Big Rock Homestay. Lokasinya terletak di laluan antara Kundasang dan Ranau. Bila sudah sampai simpang Kg. Kibbas tu kena masuk dalam lagi. Jauh sikit masuk ke dalam. Kawan2 saya tidak minat tengok arnab, kucing dan sebagainya sebab dorang bilang itu untuk kanak2 ngam la...😅 Saya selalu pigi sini ni sebab membawa anak2 buah, ya la kanak2 memang dorang suka ni tengok benda2 yang comel. Kenapa saya bawa pigi sini, walaupun dorang tidak suka tengok arnab?? Sebab, di sini ada Magical Garden. Biar la dorang merasa pigi sini, kalo ada orang Tawau tanya nanti, ada juga yang boleh di kasi cerita pengalaman jalan2 di Kundasang..😃

Si kawan main piano....
Ala-ala di Jepang kan....
Selain daripada arnab ada juga haiwan lain seperti hamster, kucing, itik dan lain-lain. Setiap satunya berbeza tempat dan bayaran masuknya juga berbeza. Saya hanya pernah pergi ke tempat arnab saja. Tempat arnab ni banyak tempat bergambar. Antaranya Arca kek, kasut aladin dan banyak lagi....semuanya bersaiz gergasi. Yang penting bertemakan cerita kartun kanak-kanak la. Memang kanak-kanak enjoy kalo pigi sini. Boleh bagi makan arnab, boleh makan aiskrim, macam2 lagi la....tapi panas saja. Jangan lupa bawa payung. Kamu boleh berkunjung ke website dorang : https://kundasang.my/arnab-village-kundasang/ untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang ada di sini. 
Untuk hari ni kami skip tu semua tempat haiwan2 comel. Jadi kami pigi ke Magical Garden saja. Masih di area arnab Village tapi dia di hujung sekali. Bayaran masuk ialah RM10 kalo saya tidak silap. Saya, KH dan KHana tidak masuk. Saya pernah sudah pigi sini masa depavali tahun lalu, sama anak buah. Tapi masa tu saya rasa tidak semahal begini bayaran masuknya. Ke masa tu promosi?? Mungkin la kan sebab baru buka lepas PKP tu. Kalo masih murah tu saya masuk juga, tapi saya rasa mahal sudah. Mungkin sebab ada banyak penambah baikan di dalam tu sebab tu dia kasi naik bayaran masuk. Untuk makluman, kalo kamu pigi sini jam 9.00 pagi dan cuaca cerah, sila la bawa payung, kalo tiada kamu boleh sewa di tempat mendaftar tu. Saya tidak ingat berapa harga sewa payung. Tapi daripada rentung, baik la melabur sedikit untuk kesihatan yang berpanjangan. Nanti kemurungan tengok kulit sudah menjadi arang. 😅 Oh ya, kamu juga boleh menyewa baju Kimono untuk lelaki dan perempuan beserta aksesori dia seperti samurai. Kalo tidak mau kimono, pakaian tradisi masyarakat Sabah pun ada. Harga sewa? Boleh datang ke sini untuk mengetahui lebih lanjut. 
Kalo mau datang sini kena, kalo boleh pigi awal pagi, sebab agak ramai orang yang datang ke sini terutama bila cuti sekolah. Berbaris kereta menunggu untuk masuk ke dalam ni. Bila sudah penuh parking di dalam, dorang tidak sudah bagi kita masuk. Jadi kena menunggu jika ada kereta keluar, baru di bagi kita masuk. Sekiranya pada hari tersebut kita ada hajat lain yang perlu cepat, contohnya mau balik KK atau pigi sandakan pada hari tersebut, saya rasa tidak berbaloi menunggu. Pigi lain kali saja la. Kami yang tidak masuk menunggu dorang di kerusi buluh. Panas dan rasa haus pula....kalo ada aiskrim ni ngam betul, tapi apa kan daya tempat jual aiskrim itu agak jauh. 


Kampung Libang, Ranau

Kami meneruskan perjalanan ke Ranau, tepatnya ke Kampung Libang, Ranau. 32.8 km dari Arnab Village, kira2 1 jam memandu kereta. Jalan dari sini menuju ke Ranau, tidak banyak sudah bukit yang menjulang tinggi. Hanya bukit rendah dan kebanyakannya rata. Tapi kena hati2 saja dengan jalannya yang sedikit bergelombang. Sebelum sampai rumah Kakak KT, kami singgah dulu makan tengahari di Pekan Ranau. Tapi saya tiada ambil gambar sebab lapar sudah. selesai baru kami bergerak ke Kg. Libang. KT bilang kampung kakak dia ada sawah padi, "Bergambar kita nanti", bilangnya. Bila dia cakap pasal sawah padi teringat pula di Perlis....Untung orang sini boleh bergambar di sawah padi. Kalo pagi2, cantiknya tu bergambar di sawah padi dengan bertalar belakangkan gunung kinabalu. 
Ini la sungai kecil tu, saya ingat dalam airnya...rupanya cetek saja
Nampak ikan berenang riang...kalo di kampung saya tiada sudah ikan tu berenang, habis kana pancing.
Bukit bukau di belakang sana tu, kalo pagi2 nampak gunung Kinabalu. 
Ketika kami sampai, kebetulan juga abang KT yang punya kereta myvi ni baru sampai. Dia pun dari KK naik motor. Memang KT ada cakap yang dorang adik beradik akan datang ke Ranau cuti ni. Best nya ba dorang kan....Sebab tu KT akan tinggal di sini beberapa hari sebelum balik Tawau. Baiknya la... kakak KT, dia hidangkan air kelapa pandan, nescafe panas, nasi beras kampung, tuhau goreng campur ikan bilis....aduii sedapnya tu. Jujurnya saya tidak pandai makan tuhau yang dimasak agak "basah" sebelum ini. Maksud saya basah ni, tidak digoreng garing seperti serunding tuhau tu. Kalo serunding tuhau tu saya pandai makan. Tapi yang ini sedap. kami makan macam makan keropok. Nasib masih tersisa rasa malu tu, kalo tidak mau habis kami ratah tu serunding tuhau. 😆

Tinggal kami 3 sebab si A, mau jalan kaki sama KT balik rumah...
saya suka tengok gambat KHana ni.....happy betul dia jumpa sawah
Tiba2 hujan renyai2. Aduhh...macamana ni mau pigi tengok sawah padi??A cakap kita kasi sampai hajat la. Nasib juga hujannya tidak begitu lebat. Jadi sudah macam cerah2 sikit kami pun pigi. Sebenarnya sawah padi tu di belakang rumah saja, jalan kaki pun boleh tapi kalo jalan kaki, kena limpas (lalu) sungai kecil. Jadi kami pakai kereta si A. Oh ya, kalo ikut plan asal si A, sepatutnya akan balik ke Tuaran hari ni tapi tidak jadi sebab dia mau tengok sawah padi. Dia sudah call ibunya mau sambung lagi 1 hari bercuti. 
KT sama anak buah dia
Bunga Ordid kakak KT

Jaslinah Homestay
Sudah petang, kami pun minta diri. Lokasi terakhir yang kami mau pigi ni ialah Jaslina Homestay, Kundasang. Sebenarnya kami mau menginap di Vanilla Lodge, tapi pagi tadi saudara KH call, bagitau tiada air di sana. Kalo tiada air, tak boleh la diteruskan menginap di sana. Kenapa kami baru tau pasal tiada air ni sebab, semasa kami berada di Mesilou, hp KH tiada line...masa kami turun di bawah, di Pekan Kundasang baru hp dia boleh call, wsapp dan lain-lain. Jadi kami pun cari homestay yang ada di sekitar Kundasang ni. Saya sendiri ada wsap Ilmie Homestay dan D'Permai Homestay tapi penuh sudah. Jadi saya cakap dengan KH, cuba cari Walai Tokou. Di sana tu banyak Homestay. Saya kan tengah drive, jadi KH la mencari. Mula2 dia call 1 homestay tu tapi penuh sudah....orang tu bilang nanti dia tanyakan di group. Betul la, tidak lama tu ada orang call KH maklumkan yang rumah dia ada kosong. Dia cakap Jaslinah Homestay. Bilik saja harga RM100 kalo saya tidak silap. Atau RM 150, begitu la....Jadi kami pun cofirm kan mau mabil sudah ni. KH pun siap bagi nama sudah, ok bilang si aunty tu. Sempat KH tanya," tinggi ka tempat homestay kita"? "Tidak juga tinggi", bilang si aunty. 
Dari balkoni bilik kami. Rumah warna maroon ni pun Jaslina punya dan boleh masak2...
Si Aki nampak agak besar dan dekat betul tapi lokasi bilik ni tidak begitu strategik untuk ambil gambar
Jadi sebelum pegi ke Homestay Jaslinah, kami singgah dulu di KFC, Kundasang. Mau menapau makanan. Sebab kalo sudah masuk rumah saya malas sudah mau turun, konon....Ehh...kebetulan pula kami terjumpa si Marsha di luar KFC tu. Saya bilang sama si A, Macam si Marsha kan....walaupun dia pakai mask tapi suara dia tu agak dikenali. Tapi mulanya tidak juga pasti, cuma bila saya sampai di bilik, saya nampak IG RemDambul bergambar sama si Marsha. Saya tengok dia punya baju sama macam yang si Marsha pakai masa di KFC tadi. Tapi kami tidak la kebaruan sangat mau menyerbu orang. Biasa saja, orang lain pun saya tengok tidak juga ada menganggu dia. Ok balik cerita pasal Jaslinah Homestay ni, kadang2 bila diingat balik lucu juga. Kamu memang tau ba kan kedudukan Walai Tokou ni di mana. Walai Tokou ni sebenarnya bukan 1 tapi dia satu nama besar dan di bawahnya banyak homestay yang bernaung di bawahnya. Salah satunya ni Jaslina Homestay la. Tidak ada gambar saya ambil sebab sudah agak petang, berkabus dan hujan renyai2. Gambar di bawah ni ialah gambar pada keesokan hari nya semasa kami turun. 
Ini jalan yang saya cakap saya reverse dari bawah tu semalam. di sebelah kanan ni bawah bukit sudah...Muat 1 kereta saja ni. 
dari simpang Jaslina H, kamu tengok jalan tu macamana dia punya kecondongan...memang tinggi
Dalam gambar tidak begitu ketara kan dia punya curam...
Si A bilang taubat saya tidak mau sudah naik di sini 😆
Sebenarnya banyak kali juga kami salah masuk simpang, ingatkan sudah sampai rupanya belum lagi. Saya mau bagitau kamu bahawa jalan masuk ke Walai Tokou ni ( yang tempat kami bakal menginap) di punya bukit tidak alang-alang ya. Jalan dia terus meninggi tiada sudah jalan rata. Kalo rata pun sikit saja kemudian naik lagi. Dan berdoa la semoga tiada kereta dari atas mau turun. Payah betul mau menepi. Silap2 boleh terjatuh...jauh paliss....Jadi kalo orang sini bilang "Tidak juga tinggi", kamu jangan pecaya. 😅 Simpang terakhir yang kami salah masuk tu betul2 di bawah homestay Jaslinah. Jalan sempit..dan naik bukit lagi. Kamu bayangkan kek yang dipotong 3 segi. Jadi kedudukan kereta kami dengan simpang yang mau naik ke Jaslina H. tu macam hujung (penjuru) kek tu. Susah betul mau corner sbb sempit dan jalannya meninggi. Kamu tau cemana saya naik? Saya reverse sampai pagar Jaslina H. Perghh....Semua surah saya baca sebab takut. tapi dalam takut2 saya yakin juga boleh lepas sbb tu ada edikit keberanian. Percaya saya si Myvi ni kuat betul. 
Masa kami sampai pun ada drama juga. Sudah la sampai macam gelap-gelap sudah. Belum maghrib lagi tapi sebab mau hujan dan berkabus pula macam jam 7 sudah saya rasa. Ada adik tu tanya kami sudah booking ka, bilang kwan saya sudah. Dia kata tiada nama kakak di sini. KH kata aik, baru saja saya bercakap sama aunty tu tadi....dia kata ok. Rupanya ada misscomunication antara dorang la ba ni. si aunty tadi tu, mama kepada si adik ni. Yang ambil tempahan biasanya si adik, isteri dia sama mama dia...tapi bertindan la pula. Bilang si adik ada 1 bilik saja lagi tinggal family room tapi dia takut ada sudah orang menempah. Mama dia bilang, kau bagi saja tu tempat dorang....😆 Ok mummy tapi pastikan tiada sudah orang booking ya. Lucu ba si aunty, begitu saja dia selesaikan masaalah. saya rasa ada 1 kereta lagi di belakang kami baru sampai, kereta warna unggu. Dia pun ada masaalah macam kami kali yang akhirnya dorang tidak dapat bilik, sebab saya tidak nampak sudah kereta tu esok paginya. Mustahil dia bergerak awal pagi sebab kami paling awal bangun. 

Walupun begitu, saya puji juga bilik ini agak besar, ada 2 katil Q, Selimut agak tebal.agak bersih juga. Tandas dalam bilik, ada pemanas air tapi tiada iron.  Bilik ni saya kata agak besar kan. kalo ada 2 lagi tilam Q di hampar di lantai masih selesa lagi. Sebab tu harganya RM200....Ok la...saya sambung lagi nanti ya.....

Bersambung......

Tuesday, February 22, 2022

Mengejar si Aki: Berayun ke Langit- Mesilou 3 Sixty Peak.... (Part 4)

 31 Jan 2022

Masa kami bersembang2 petang tu sambil menonton TV, bilang KHana..."Kita ni duduk2 saja begini ka, tidak jalan2 lagi?" Macam siuk (seronok) pula bersantai sambil tengok TV...hehhe.. Saya tengok jam. Pukul 4 lebih sudah. Saya bilang "bah bersiap la"... Memang petang ni kami merancang pigi naik ke Mesilou 3 Sixty (360). Tapi sebelum tu pigi tempat lain dulu. Sebab kalo naik ke 360 tu, mau kena ada/ nampak sudah si Aki, baru cantik ambil gambar. Saya tengok goggle map, Mesilou Highland Strawbery Farm tu macam dekat saja. Jadi kami ke sana dulu.

Mesilou Highland Strawbery Farm & Cafe (MHS)

Jarak dari Big Rock Homestay ke MHS ni ialah 950 meter, 4 Minit saja melalui Jalan ke Padang Golf. Kedudukannya atas sedikit dari Sulap...di simpang sebelah kanan. Ada signboard di luar. Tapi tempat ni tidak nampak dari luar, kena masuk ke dalam sedikit. Biasanya ada pekerja dia jaga di luar, yang akan bagitau kita samada parking di dalam sudah penuh atau belum. Kalo penuh kena parking di luar dan kita jalan kaki ke dalam. Jalan masuk ke dalam ni tidak juga rata sangat, macam biasa la bergelombang. Tapi masih boleh terima. Cantik tempatnya. 
Kalo pagi2 nampak gunung Kinabalu, gagah betul di belakang sana.
Wajib ambil gambar sini...
Cafe dorang....di belakang cafe ni ada dorang punya kebun strawberry. Macam2 baka ada, dari Australia, Jepun, Korea pun ada....
Rumah oren tu pun dorang punya juga ni....
Macam tempat orang putih ba kan. Cantik...Kamu nampak ka rumah putih di belakang tu? Itu D'Sayang Lodge.....Yang itu bilik2 saja. Tapi ada lagi 1 D'Sayang Homestay tapi tempatnya bukan di area ni tapi di bawah dekat simpang 3 Kg. Mesilou tu, yang itu boleh memasak.
Rumah biru ni saya rasa bukan untuk disewakan. Mungkin rumah tuan punya tempat ni atau rumah pekerja. Itu bunga2 dorang jual ya. 
Kami depan cafe
Ini salah satu tempat penginapan yang strategik untuk melihat gunung Kinabalu ya. Tidak tipu ni...dia punya lokasi juga dekat dengan Mesilou 360 tu. Jalan kaki pun boleh. Rumah dia pun cantik, tengok dari luar pun tau selesa ni. Tapi harga dia saya tidak pasti la pula, kamu boleh cari no tel dorang di FB. Bayaran masuk ke sini ialah RM3 sahaja. 
Port ambil gambar. Tapi hati mau kental dan kebal seperti aisberg. Depan ayunan ni cafe, jadi kau bayangkan saja la bila duduk di sini semua mata tertumpu pada kau. Terasa seperti artis...😝 
Saya pun ada ambil gambar di sini. Tapi saya ni pemalu tetapi ada sedikit perasan. Saya rasa banyak mata memanah pada saya, masa duduk di sini (Padahal tiada pun orang pandang, orang sibuk mau makan...😝), jadi saya senyum tu terasa cangung dan muka rasa tebal 1 inci. Saya tengok pun macam juga bukan saya tapi macam Miss Universe 😝, saya takut terRIAK, jadi biar la saya simpan sendiri. Kalo nasib baik kamu boleh tengok gambar saya yang seperti "Miss Universe jatuh longkang" tu di IG saya...Nanti saya bagi link IG saya ya...😆

Jangan kamu meluat ya, saya bergurau saja ni, Biasa la saya ni penulis baru nak up, sengaja buat lawak supaya panjang celoteh saya. Jadi tidak la gambar saja di tengok, tetapi ada juga terselit sembang2 santai. 😅
Di belakang saya tu kebun strawberry...Tapi masa kami pigi ni tiada buah strawberry dia. Mungkin belum musim atau baru kena tuai...Baru saja kami konon2 mau petik strawberry, bikin kudapan sambil tengok TV malam nanti...
Dalam kebun, kemas dan teratur guna kaedah fertigasi.
Saya tidak pasti ini baka dari negara mana
buah yang tinggal
Bunga strawberry
saja saya ambil gambar mana tau satu hari nanti saya mau berkebun strawberry...
Lawatan sambil belajar

Mesilou 3 Sixty Peak

Ini la dia aktiviti yang kami tunggu2. Dari kemarin lagi bagai melambai2, bikin saya rasa tertanya2...."Apa ba dorang buat di atas tu?" Jadi lepas kami pigi di MHS tadi kami terus pigi sini. Tempat ni dekat betul dengan MHS. 2 minit saja sudah sampai, kami parking kereta di tepi jalan. Terus pigi tempat pendaftaran dia. KHana tidak ikut, dia tunggu di kereta saja. Bukit ni tidak begitu tinggi, jarak dia dari bawah tu sampai puncak lebih kurang 600 meter la. Lokasi dia bersebelahan dengan Mesilou Hill. Saya tidak pasti bila dia dibuka tetapi KT pernah pigi sini beberapa tahun yang lalu. Saya rasa sebelum PKP, mungkin pada tahun 2019. Jadi baru sangat tidak juga, adalah dalam 2,3 tahun sudah. Betul kan sekiranya saya silap ya kawan2. 
Kawan saya bergambar berlatar belakangkan gunung kinabalu yang masih berkabus
Starting point dia di sini..
Sebelum naik WAJIB membayar dulu di sini dan scan Mysejahtera
Ambil gambar sini dulu. Jangan lupa bawa air ya. Kalo rajin bawa la jajan2, tapi macamana mau kurus kalo asyik makan saja??
Tangga untuk di daki
Pemandangan cantik dari atas. Gambar ini diambil separuh perjalanan sebelum sampai atas. 
Rumah comel di atas bukit. Untuk dia setiap hari boleh tengok orang-orang di bawah sana....
Beberapa homestay nampak dari sini...
Kalo mau hiking di sini, boleh datang bila-bila saja tanpa perlu booking macam ke Maragang tu. Sebab bukit ni tidak begitu tinggi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Masa kami naik ni ada juga saya tengok kanak-kanak naik sini....tapi mungkin pertengahan jalan, bapa dia la yang dukung kan. Orang tua yang masih kuat kekuda dia pun boleh naik tapi kalo sakit kaki/ lutut tidak digalakkan. Kalo kamu tengok gambar yang saya post di atas tu, ada tangga kan? Sebenarnya tangga itu hanya separuh perjalanan saja....selepas itu tiada sudah tangga kayu tu. Kena hati2 saja la, terutamanya selepas hujan mesti tanah dia licin. Saya sendiri banyak kali berhenti, menghilangkan kapus-kapus (termengah-mengah). Sambil-sambil tu saya ambil gambar, kemudian minum air...Kalo yang biasa hiking 30 minit boleh sampai sudah di puncak. Tapi kalo macam kita-kita ni 45 minit la....😆
100 meter mau sampai puncak, tiada sudah tangga kayu...
Berkabus....
Mungkin kami ni terlalu awal sampai sehinggakan si Aki masih diselubungi kabus. 
Bersebelahan dengan Mesilou 360* ni terletaknya padang Golf. Tapi kita tidak dibenarkan melangkau ke sebelah sana biarpun dekat sangat. Ada cctv dia kali ya....
Anjung Tinjau. 10 orang saja boleh naik sini dalam satu2 masa.
Di puncak Mesilou 360* Peak ni, selain dari pemandangan yang cantik, terdapat juga anjung tinjau. Boleh nampak pemandangan 360* dari segenap penjuru. Cewahh....Kalo kamu lupa bawa air, jangan risau ada orang berjualan makanan ringan di sini, contohnya kopi panas....mungkin maggie pun ada. Masa kami naik ni sudah petang, kawan saya tanya ada apa yang di jual, dia kata tinggal kopi panas saja. Dorang pun mau berkemas sudah. Saya tidak pasti kalo di atas ni boleh berkhemah, tapi tiada air la pula. Penjual tu pun mungkin angkat air dari bawah. Tapi ada 1 lagi aktiviti yang sangat istimewa di sini, iaitu ayunan (buaian) gergasi. Sesuai kepada mereka-mereka yang berhati waja, tidak penakut dan gayat seperti saya. Kamu tengok ni kawan saya 2 orang ni memang wanita besi berani 😅 Saya abadikan detik2 mereka berayun di sini ya....😁
Ada ciri2 keselamatan dia ya. Inshaallah......
Ehhh....terRomantik pula....😂 Ada orang tolong pasang dan bukakan nanti belt dia tu ya...
Kawan saya tu check dulu pemegang tu terlock sudah ka belum....
Muka cuak mau kana ayun. Sedang baca doa ni, jangan kacau......saya suruh dorang ✌ pun tidak dilayan 😅 Oh ya.....ayunan (buaian) ini tidak auto terayun ya, ada tukang tolak dia. Hehehh.....Kuat ni si adik baju hitam. Sebelum kawan saya ni ada 2 orang lelaki yang dia tolak ayunan, dia sendiri rasa kepenatan tapi kuat la dia tolak...
Ni orang yang sebelum kawan saya kena ayun. Sampai buka selipar dia, sebab takut terpelanting.....hehhe
Ni dorang kawan saya. Sesuai tajuk dia Berayun ke langit....kalo kamu tidak gayat, masa kana ayun tu sila buka mata. gunung kinabalu tu seperti boleh digapai. Jangan cuba2 tengok di bawah dan jangan fikir bukan2....😁
Banyak ni orang berbaris menanti giliran. Bayarannya RM5. Dia akan tolak ayunan ni dalam 10 kali, begitu la. Tapi kalo kamu mau berhenti lebih awal dia akan berhenti. Tapi adik ni memang sporting.
Selesai sudah...
Senyum sudah tercapai impian berayun ke langit......😅


Orang ambil gambar kami, aduh kesian tidak nampak tu signboard dia

Bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...