Andai ini Jalannya
Di kiri jalan berliku
Di kanan lautan nan biru
Di hadapan menanti takdir & waktu
Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Wednesday, September 9, 2020
Panggilan Pulau: Seharian di Pekan Semporna...(Part 3)
21 Ogos 2020
Saja aku share Lagu Sempurna & Terbaik ni, sambil layan gambar sambil tu dengar lagu 😎
Caption di setiap gambar....
Dipertengahan jalan antara Nusakuya-Pekan semporna Jumpa ni. Tempat menternak ikan rasanya..
Air laut yang agak cetek, bot bergerak agak perlahan untuk mengelak kipas enjin tersangkut di batu karang
Antara resort yang ada. Boleh nampak dari Pekan Semporna
Sebuah keluarga sedang mendayung sampan.
Close up, aku tanya Dwan, dia kata Egang-Egang....
Ehh...sampai dah?? baru nak rasa dibuai angin tadi....tiba2 dah sampai 😅 Kami terus berjalan kaki ke Sipadan Inn 2 Hotel. Kedudukannya benar-benar di tepi laut. Memang strategik untuk mengambil gambar
Check in jam 2, jadi kami simpan barang lepastu jalan2 cari makan. Pun jalan kaki je sebab parking yang KM dapat tu strategik, takut nanti bila keluar tak dapat dah parking paling dekat dengan hotel. Ini kat bilik hotel..dapat bilik T5, spontan aku tanya "ada lift tak ni?" 😅 Masih fobia dapat bilik T4 kat Asakusa. Kelelahan mengheret beg naik atas tu masih terasa.....😂 . Kat Malaysia ni jarang sekali la hotel tak ada lift..kan..
Dragon Inn dari atas bilik kami. Petang nanti nak p situ
Jangan lupa ambil gambar
Panasnya kat luar sana. Duduk memerhati bot lalu lalang agak menyenangkan.....
Bot berlabuh. Depan tu Jeti Guru tau.....Jangan main2 cikgu pun ada jeti sendiri 😅
Dalam perjalanan nak p Dragon Inn, saja amik gambaq senja kat situ....
Magsukul= Terima Kasih. Betulkan jika salah
Nak p pasar malam tapi awal sangat la pula....Orang baru nak buka payung..
Bot lagi......Cantik gambar ni aku suka...Ehhh!! Angkat bakul la 😝
Pegi Pusat Pelancongan Semporna. dalam ni menempatkan Dragon Inn....Masuk dalam ni tak perlu bayar....
Tu antara bilik yang ada di Dragon Inn. Menarik juga tapi belum terasa nak menginap di sini, sebab kedudukannya masih di bandar.
Dalam ni ada restoran Mutiara.. Nak makan sini boleh juga...
Senja
Pegi pasar malam pula. Yang lucunya lepas amik gambar kat depan ni, tak perasan ada adik tu duduk kat situ nak check suhu, kami menonong je masuk dalam tanpa singgah dulu tulis nama ke. Dier pun tak panggil kami. Kau tau bila aku perasan kewujudan dia? Bila aku tengah baring2 nak tido sambil tengok gambar, baru aku perasan meja dan budak tu ada kat situ 😅 . Tapi yang aku seram depa ni tak begitu menitik beratkan pemakaian mask. Kita risau kena saman RM 1k. Depa selamba je.... hati kau memang kental Azura! Githewww.....
Kawan aku yang tak gayat. Aku tengok depa menyandar kat pagar kaca tu, kaki ni dah bergegar, seram sejuk.
Sepatutnya hari ni aktiviti kami ialah berkunjung ke pulau tapi kita ubah ke hari esoknya, sebab malas nak bergegas2 dari NusaKuya tadi. Berenang dulu baru balik ke Pekan....😅
No comments:
Post a Comment