Monday, September 14, 2020

Panggilan Pulau: Day Trip Pulau Mabul & Kepalai (Part 4)

22 Ogos 2020

Selepas subuh, sengaja kami duduk di balkoni menanti matahari terbit di kaki horizon. Suhu agak sejuk, kalo pekena kopi panas sedap ni, kataku. Seolah2 faham,  KT bangun membancuh nescafe. Bancuhan KT memang tak boleh disangkal lagi, Sedap! Sukatan gula & nescafe nya memang padu, ngam dengan citarasa kami. 2 gelas dikongsi 4, tak ada bantahan! 😅 Aku capai plastik dukong, dibeli dijalanan semalam. Hadap juga biarpun agak masam sedikit. Sebab tu lambat habis. KM buka kuaci berperisa kari. Duduk la kami menikmati kudapan sederhana sambil menanti mentari pagi.

Entry kali ni mungkin agak panjang. Aku malas nak bagi 2 bahagian. Pegi 3 hari, cerita sampai part 10... amboii! Kalo tak nak baca, tengok gambar je pun boleh....😄
Awan hitam berserakan di langit pagi....
Sambil menitip doa semoga perjalanan kami hari ni tidak dihambat hujan deras
Si mentari sudah mula mengintai di sebalik awan
Sinarnya sudah mula menampakkan garang
Kosong
Di bawah sana masih kelihatan tenang dan sepi dari deruan enjin mahupun hiruk piruk manusia
Selepas bersarapan di Restoran Ariff, kami pun berjalan menuju ke Jeti.
Ramai betul orang. KH call si J, rupanya bukan Jeti ini tempat kita berkumpul. Jeti yang dia maksudkan jeti di belakang Hotel Sipadan Inn. J bawa kami ke Jeti yang dimaksudkan. Selain kami ada lagi group lain yang amik pakej dengan..  *
Sampai di Jeti belakang Hotel tu, J minta KH berurusan dengan H untuk Check nama. Kalo masih ingat, dalam entry lepas aku ada maklumkan yang sepatutnya kami pegi pulau ni adalah semalam 21hb, tapi kami tukar tarikh sebab tak nak kelan kabut keluar dari Nusakuya. Hal ini juga sudah dimaklumkan kepada J. Bila check nama, tak ada.... Pakej yang kami pilih ni pegi 3 pulau: Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan. Deposit juga sudah dibayar (Ini prosedur biasa). H suruh tunggu sebab katanya mungkin nama kami ada pada rakannya yang sekarang berada di Jeti Pelancong.
Kat sini tempatnya. Ini dah berkurangan orangnya. Ramai dah yang naik bot.....
Kanak-kanak memperlihatkan kemahirannya terjun ke dalam laut 
Untuk mengelakkan kekeliruan, aku nak maklumkan awal-awal aku cerita ni, langsung tidak menyalahkan siapa2, jangan salah faham pula ya ✌Mungkin masalah ni berpunca sebab kami tukar tarikh pegi pulau. Kan sepatutnya pergi semalam, tapi tukar ke hari ni. Mungkin nama kami ada dalam senarai semalam, depa tak sempat tukar. Tapi Ok la depa bagi pilihan tukar tempat lain, sekurang-kurangnya mereka masih bertanggungjawab dan tak lepas tangan dan yang penting duit deposit tak hangus begitu saja.
Kami sebenarnya ada 4 orang tapi, rakan yang 1 lagi tak suka ambil gambar...jadi ini je yang ada. 



Akhirnya H, maklumkan pada kami trip ke Bohey Dulang dibatalkan sebab aktiviti mendaki tidak dibenarkan atas faktor keselamatan (hujan lebat di pulau, malam sebelum tu, katanya).  Jika nak ke sana boleh tapi hanya bermain2 di bawah saja. Jadi H minta kami pilih pakej ke pulau lain. Setelah berbincang kami sepakat pilih Mabul dan Kepalai sebab ramai orang kata 2 pulau ni sangat cantik. H minta kami tunggu lagi untuk dia uruskan permit. Antara 3 pulau (Pilihan awal kami) iaitu Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan... Aku teringin sangat nak ke Bohey. Orang kata Bohey Dulang ni ala2 Raja Ampat. Nak dapat gambar yang cantik, gambaran seperti Raja Ampat dengan lapisan 3 warna pada air laut, kena naik atas bukit tu. Jadi kalo tak naik bukit, rugi la. Walaupun mungkin Mantabuan dan Sibuan pun tak kalah cantik. Tak pe...biar kita postpone dulu pakej Bohey Dulang ni, kita pegi lain kali. Pegi jangan alang2, biar berbaloi urang Sabah bilang 😅. Dari tadi bilang Raja Ampat. Siapa tu??? Itu bukan Raja Bersiung ya, itu nama tempat. Sebuah pulau yang ada di Indonesia.. 😃
Rombongan Cik Kiah. Tak ramai lagi ni, Pegi Singgahmata Resort pula ambil orang. 
Gelap pula gambo ni
Rombongan Cik Kiah makin ramai
Singgahmata Resort. Cantik juga tapi kedudukannya yang masih dekat dengan bandar, tak begitu menarik hati ku untuk menginap di sini. 
Kami semua
 Perjalanan dari Pekan semporna ke Pulau Mabul mengambil masa kira-kira 40 minit. Agak jauh juga la. Tak berombak, ok je....Aku ingat kalo berombak, pasti ramai yang muntah 😅

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Antara pulau yang terkenal di Sabah kerana pantai dan dasar lautnya yang cantik dan kedudukannya yang berdekatan dengan Pulau Sipadan. Mempunyai saiz yang agak kecil, kelihatan melengkung (jika dilihat dari udara) dan kaya dengan pelbagai jenis batu karang yang boleh dijumpai disekitarnya. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya yang tidak begitu dalam dan berada di kawasan pentas benua Laut Sulawesi menjadi pilihan ramai penyelam. Mengikut rekod, kedalamannya adalah sekitar 25-30 meter sangat sesuai untuk aktiviti menyelam. Jika berhajat untuk mneyelam, semua peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga yang sangat berpatutan.
Pemandu bot sabar menanti penumpang masing-masing 
Jernihnya la air tu...
Kanak-kanak kecil2 sudah pandai berkayuh...
Kelihatan beberapa orang mengayuh sampan,  menghampiri bot pelacong untuk menjual kelapa atau ada juga yang menjual ikan dan pelbagai kerang-kerangan segar
Untuk berkunjung ke Pulau Mabul, perjalanan pergi-balik setiap penumpang diwajibkan mempunyai permit lawatan. Tapi jangan risau bukan kita yang menguruskan itu semua, agent yang buat untuk kita. Jadi kita tunggu je sampai dipanggil untuk naik bot. Untuk semua trip ke pulau (bot pelancong dan mungkin juga penduduk setempat) tidak dibenarkan melepasi jam 4 petang, ini kerana selepas jam 4 petang, terdapat bot pihak berkuasa (escom, marin dll) akan mengawasi perairan. Jika ditahan kemungkinan kewarganegaraan kita akan dipertikaikan. Sini PATI ramai, nanti kita dituduh salah seorang daripadanya...

Tiba di Jeti Mabul Water Bungalow
Akhirnya kami sampai.... Mabul Water Bungalow merupakan sebuah resort yang dibina terapung di atas air. Resort yang berstatus 4* ini dimiliki sepenuhnya oleh Sipadan-Mabul Resort (Sabah) Sdn. Bhd. (SMART). Pulau Mabul antara destinasi yang menjadi idaman para pelancong kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan (Pulau yang terkenal di dunia), hanya berjarak 15 minit perjalanan dengan bot laju. Mabul Water Bungalow yang dibina dengan kayu sepenuhnya mempunyai 24 unit dan kesemuanya dibina di atas air. Setiap banglo dilengkapi dengan hiasan kontemporari yang cantik, penghawa dingin, kipas siling, bilik mandi peribadi / pancuran mandian air panas / sejuk, balkoni peribadi yang luas menawarkan pemandangan laut biru, TV warna dengan saluran satelit, mini bar, peti keselamatan (dalam bilik) danWIFI percuma. Selain itu terdapat juga kemudahan termasuk restoran yang luas, kedai cenderamata yang menjual pelbagai t-shirt, aksesori dan hadiah, pusat menyelam dan pejabat yang mengurus pendaftaran tamu, penagihan dan outlet spa kesihatan.




Untuk naik ke Mabul Water Bungalow, pelancong yang tidak menginap di sini dikenakan bayaran sebanyak RM30 seorang. Bayaran tersebut termasuklah untuk mengambil gambar di kawasan resort. Kat atas ni ada dibina beberapa port menarik untuk mengambil gambar. Guide bagi masa 30 minit untuk ambil gambar kat atas ni sebelum makan tengahari dan aktiviti snorkeling. Pada mulanya aku bercadang untuk naik tetapi fikir punya fikir aku rasa agak mahal dan tak berbaloi dengan masa 30 minit yang diberikan. Mungkin dilain kali aku boleh datang sini balik dengan kawan-kawan dan menginap di sini. Lebih berbaloi, lebih banyak masa, boleh makan2, ambil gambar dan boleh berenang dengan puas. Selain kami ada juga yang tak naik, 2 rakan baru dari Semenanjung yang bekerja di Lahad Datu. Katanya mereka juga pernah menginap di sini..

Alan kata, kalo air laut pasang dia boleh bawa kami pergi pantai tapi sekarang tak boleh sebab air cetek, nanti bot tersangkut di pasir. Kami ajak Alan bawa kami pusing satu pulau, jadi tak la terasa bosan. lama tu 30 minit. Alan bagitau boatman, jadi dua2 pun ok. Sporting la depa 2 orang ni....

Kat tempat resort kawan Alan
Alan ajak pegi Resort 1 lagi, sebab dia kata ada kawan dia kerja kat sana. Mana tau boleh naik, ble la lepak2 sana. Naik tak ada bayaran. Untuk makluman kat Pulau Mabul ni terdapat banyak resort dengan pelbagai jenis bintang, katanya yang paling cantik Mabul Water Bungalow tu la tadi. Nampak dari luar pun memang dah agak... sesuai la dengan harga dan perkhidmatan yang ditawarkannya. Sementara tunggu Alan, kami lepak dalam bot. Ehhh....nampak pula sang Ul* lepak bawah jeti tu. Eiii...geli! badan belang-belang besar pula tu. Akhirnya Alan sampai, katanya kawan dia tak ada di situ. Resort ni tutup pada hari tersebut sebab tak ada penginap pada hari tersebut. Kami bagitau tentang *Ul tu pada si Alan. Dia boleh kata, Ular tu tak bahaya. Kalo dalam laut kita jumpa ular masa menyelam dia tak ganggu kita katanya. Entah ya....betul ke tidak.
Cari benda tersembunyi.
Antara resort yang ada di Pulau Mabul
Alan rancak bercerita
Ni cerita pasal pengalaman dia menyelam

Akhirnya boatman bawa bot perlahan-lahan mengelilingi pulau. Boatman kami tak pasti nama apa, tapi agak pendiam. Tapi inshaallah baik. Alan yang bertindak sebagai guide sementara, banyak bercerita. Tak bosan kami mendengar sebab dia agak peramah. Alan kata dulu dia bekerja sebagai diver. Nampak macam "Wow"......Bukan murah buat lesen menyelam tu. Tapi rasanya tak mustahil bagi orang-orang yang duduk dekat sana kan. Dalam 1 hari kadang2.. 2 atau 3 kali mereka akan menyelam. Bukan menyelam saja2, bawa orang biasanya. Mereka menyelam di Pulau Sipadan, untuk bawa orang yang buat kajian. Katanya arus kuat di Pulau Sipadan tu. Silap-silap boleh hanyut kalo tak alert dengan dive master. Ye la kat bawah tu macam-macam ada... kadang2 ada yang terkasima dengan pandangan cantik dasar laut... terhayal, tak sedar rupanya dia dah jauh dari orang lain.. lama2 hilang tak jumpa kawan. Sekarang Alan dah tak kerja jadi diver dah. Ada sebabnya.....

Perkampungan di Pulau Mabul
Pemandangan Pulau Mabul dari laut
Uncle Chang Resort. Nak cuba la satu hari nanti menginap di sini, tapi nampak macam dekat sangat dengan penempatan orang kampung. 
Dari jauh
Ohh.....kenapa Alan berhenti kerja jadi diver tu? Satu hari macam biasa mereka menyelam, bawa orang yang buat dokumentari. Dia dan 1 lagi rakan bertindak sebagai dive master. Betul ke istilah yang aku guna tu? Betulkan jika salah tau......😅 Kawan dia kat depan dan dia pula berada di belakang. 2 orang yang buat dokumentari tu kat tengah. Aku bagi nama si A dan si B la untuk 2 orang yang buat dokumentari tu. Tiba-tiba ada ikan pari besar. Saiz dier macam besar bot tu. Aku macam tak percaya mulanya. "Kau biar betul Alan, ada ke pari besar macam bot ni"? Selalunya kalo tengok TV tu tak nampak pula pari besar bot. "Iyaaa"! Bilang tu si Alan.. bersungguh2 dia menyakinkan kami.  Kali dalam hati dia, apa la si cewek ni, menyangkal lagi, macam dia pernah pigi masuk dalam laut tu! Kau ndak percaya, kau pigi masuk la sana dalam laut! Mengkali kan dia bilang gitu....😅 Ok sambung cite... Lepastu dia kata, kehadiran pari tu menutup pandangan dia pada si A dan si B. Dia berusaha untuk memaklumkan kehadiran pari tu pada si A dan Si B. Pari tu tak kacau orang dia berenang macam biasa cuma kena berhati2 takut ekor dia terkena penyelam.

Mabul Water Bungalow dari kejauhan 
Cantik kan

Tanpa sedar dia berenang jauh ke dalam laut, Tiba-tiba "Tuppppppp"!! Aku ingat dia cakap "Tupp" tu dia tertusuk ekor pari. Suspen la citer si Alan ni. Berdebar tunggu dia habis kan cerita. Lepastu dia macam tersentak, hilang semua pendengaran. Tak dengar 1 apa pun. Rupanya dia menyelam melebihi had yang sepatutnya. Dia kata hampir setahun juga telinga dia asyik keluar air, sekarang dah ok tapi kesannya dia hilang pendengaran dalam berapa peratus, dan sekarang dia tak boleh menyelam terlalu dalam. Badan dia tak mampu. Tak mampu dari segi apa, hanya orang yang biasa menyelam saja yang tau. Dia kata kat Pulau Mabul ni pemandangan di bawah sana sangat cantik dan berwarna warni. Kita tengok je ada pantai tapi sebenarnya pantai tu tak luas dan tak landai. Lepas pantai tu terus batu dan air dalam.. Mungkin di situ la mulanya dasar pentas benua kan. Dia kata untuk penyelam baru, mereka hanya akan menyelam di tebing-tebing batu sahaja.

Nampak tak kanak-kanak ni? Dia duduk dekat penutup bekas simpan ikan tu. Umur dia aku rasa dalam 3-4 tahun. Dia bukan keseorangan, ada abang dier menyelam di situ juga. tak tau dier tengah tangkap apa. Tapi apa yang aku nak cerita pasal kanak-kanak seawal usia sudah mula bermain air di laut, ini la dunia dan tapak permainan mereka. Tidak ada ketakutan...
Rambut asli perang ya....
Ikan2 berenang riang
Lagi di sekitar Pulau Mabul
Alan sambung cerita lagi, sebenarnya ada banyak lagi cerita pasal menyelam. Tapi diwar-warkan saja. Ini yang menyelam di Pulau Sipadan. Ada yang mati lemas dalam laut. 3 hari baru mayat timbul, itu pun badan semua dah bengkak. Peha besar pelampung. Ada yang lepas menyelam, jadi lumpuh separuh badan, jalan pakai tongkat. Bila dengar cerita si Alan ni, seram pula. Tak pe la, aku tengok pemandangan dasar laut dalam TV je la.

Pada mulanya aku ingatkan ini pelantar minyak. Rupanya resort juga ya. Nama nya ialah Seaventures Dive Resort. Biasanya para penyelam memang suka tinggal di sini. 






Alan kata Pulau Mabul ni tak jauh dengan sempadan antara Filipina dan Indonesia. 2 Jam je dah sampai. Aku tanya pernah tak masa korang tangkap ikan tersasar sampai ke perairan Indonesia atau Filipina. Dia kata tak pernah. Tapi memang ada nelayan Malaysia yang masuk ke perairan Indonesia tanpa disedari. "Jadi macamana la"? Soalan tak logik kan 😝 "Kena tangkap la, apa lagi". "Tapi dorang dipenjara Indonesia tu, malam ja tidur dalam lokap. Siang dorang bebas keluar bekerja. Ada yang kerja jadi petani, kerja cuci pinggan apa saja yang boleh mendatangkan duit". "Kenapa begitu?" Sebab pihak penjara tidak sediakan makan untuk siang, malam saja jadi siang cari makan sendiri".

Baru kita tau begitu kan. Dalam hati terfikir juga, tak ada la kejam sangat. Masih lagi ada perikemanusiaan. Kiranya ada je peluang untuk lari tapi mereka memilih untuk bertahan. Lagipun itu  salah satu cara untuk mereka mengutip pengalaman hidup, membuka mata dan minda, membina jiwa yang kental, seterusnya menjadi seorang yang lebih kreatif dalam hidup....

Allahu, panjangnya cerita, nanti aku sambung balik. Terpaksa buat part 5 pula lepas ni.....Jumpa lagi.

Bersambung.....

Rujukan:
en.wikipedia.org/wiki/Mabul_Island
http://www.mabulwaterbungalows.com/en/

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...