Uhhh......berpeluh nak abiskan entry ni walaupun cuma pergi 3 hari je...😃Chayo...Chayo...💪💪 Sebenarnya aku tak sabar untuk menulis berkenaan 1 buku yang aku baca.
Sebaik saja tiba di Jeti Umum Semporna, kami terus menuju ke kereta, simpan barang, ambil pakaian bersih dan berjalan kaki menuju ke Semporna Ocean Tourism Center. Dalam ni ada restoran Mutiara. Tujuan utama kami bukan untuk makan sebenarnya. Kami nak pinjam toilet nak tukar baju. Dah kau nak pinjam toilet orang tak kan free2 gitu aje kan, balas la dengan menikmati makanan depa ni kan. KH tanya kalo2 depa ada bilik untuk solat. Orang tu bagi kebenaran guna ruangan VVIP (bersebelahan restoran ni) untuk bersolat. Ruangan terbuka sebenarnya tetapi lebih kecil daripada ruang makan untuk umum ni. Tak ada ambil gambar dah sebab dah gelap.
***********************************************************************************
23 Ogos 2020
Malam nanti aku akan balik ke KK semula menaiki bas Trans Edar pada jam 745 malam. So siang ni kawan aku p bawa jalan2 sekitar pekan Tawau. Tempat pertama yang aku kira wajib pegi ialah Pasar Payang. Kat sini la tempat untuk kita cari apa jua barang bercirikan "Tawau". Aku pegi cari barang yang dikirim abang aku. Makanan sebenarnya. Bentuknya macam gula2. Produk dari Indonesia. Kat Tawau je ada, kat KK...kau cari la ceruk mana pun mesti tak jumpa. 😅.....Dah jumpa tu aku pegi turun tingkat bawah, pegi tengok kerepek pula. Kat sini bayak kerepek di jual. Contohnya keropok emplang tu. Kat KK memang ada emplang dijual di pasar tapi rasanya tak sama macam yang ada di Tawau ni. Rasa emplang Tawau lebih ummhppp, lebih sedap berbanding yang ada di KK. Selain dari kerepek banyak lagi barangan di jual, macam tikar, periuk belanga cap helang... Pakal aje aku naik bas, kalo tak memang aku rembat tikar, alas macam tilam tapi lebih nipis, (Aku pun tak tau nama dia apa). sana harga dier dalam 35-45 je. Kat sini RM 70 pun ada. Rembat periuk, gegawi.....😂 So kalo korang pegi Tawau jangan skip tempat ni. Tak ada gambar sebab aku sibuk beli kerepek!
|
Lepastu kitorang pegi tepi laut. Pemandangan biasa je tapi boleh la untuk menenangkan fikiran |
|
cantik, aku suka..
|
|
Ni wajib amik gambar kat sini, tanda kau dah pernah ke Tawau 😝 |
|
aku berdiri kat sini bukan saja-saja tau amik gambar pasar. Tapi aku nak amik gambar mural belakang tu....Selekeh je minah ni pakai selipar Jepun!
|
|
Pastu pegi sekolah kawan aku..
|
|
projek lanskap
|
|
library
|
|
luas gilerr... |
|
lepas tu pegi makan kat sini. Restoran Titingan...
|
|
Sup ketam....Perghhh! Sedap
|
|
Sawi ini biasa
|
|
Ini Beb.....Sedap giler. Kahanga, sejenis hidupan laut, sepupu sotong. Jangan tanya aku halal ke tak. Sat gi aku panggil owner kedai p smackdown korang! 😅
|
|
ikan kerapu masak 3 rasa....
|
|
tengahari tu kami berpisah haluan dengan KH. aku ikut p rumah KT sebab nanti depa tolong antaq kat terminal. Sebelum p terminal depa bawa p Bukit Payung. Tinggi weh tempatnya....
|
|
bayaran masuk Rm10. sebab dalam tu ader beberapa port amik gambaq
|
Tamat.....
2 comments:
thx u koz penuh ngn info..lepas 2 thn x travel..dah mcm xtahu apa2 sudah..bila mbaca blog puan.terus terasa nak travel semua n ade idea.thx u puan koz rajin menulis ngn penuh maklumat.
Sama2 Puan Elly. Terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog saya. Semoga bermanfaat. Selamat Bercuti... 💐💐
Post a Comment