Friday, September 25, 2020

Panggilan Pulau: Hari terakhir di Tawau (Last Part)

Uhhh......berpeluh nak abiskan entry ni walaupun cuma pergi 3 hari je...😃Chayo...Chayo...💪💪 Sebenarnya aku tak sabar untuk menulis berkenaan 1 buku yang aku baca. 

Sebaik saja tiba di Jeti Umum Semporna, kami terus menuju ke kereta, simpan barang, ambil pakaian bersih dan berjalan kaki menuju ke Semporna Ocean Tourism Center. Dalam ni ada restoran Mutiara. Tujuan utama kami bukan untuk makan sebenarnya. Kami nak pinjam toilet nak tukar baju. Dah kau nak pinjam toilet orang tak kan free2 gitu aje kan, balas la dengan menikmati makanan depa ni kan. KH tanya kalo2 depa ada bilik untuk solat. Orang tu bagi kebenaran guna ruangan VVIP (bersebelahan restoran ni) untuk bersolat. Ruangan terbuka sebenarnya tetapi lebih kecil daripada ruang makan untuk umum ni. Tak ada ambil gambar dah sebab dah gelap. 

***********************************************************************************

23 Ogos 2020

Malam nanti aku akan balik ke KK semula menaiki bas Trans Edar pada jam 745 malam. So siang ni kawan aku p bawa jalan2 sekitar pekan Tawau. Tempat pertama yang aku kira wajib pegi ialah Pasar Payang. Kat sini la tempat untuk kita cari apa jua barang bercirikan "Tawau". Aku pegi cari barang yang dikirim abang aku. Makanan sebenarnya. Bentuknya macam gula2. Produk dari Indonesia. Kat Tawau je ada, kat KK...kau cari la ceruk mana pun mesti tak jumpa. 😅.....Dah jumpa tu aku pegi turun tingkat bawah, pegi tengok kerepek pula. Kat sini bayak kerepek di jual. Contohnya keropok emplang tu. Kat KK memang ada emplang dijual di pasar tapi rasanya tak sama macam yang ada di Tawau ni. Rasa emplang Tawau lebih ummhppp, lebih sedap berbanding yang ada di KK. Selain dari kerepek banyak lagi barangan di jual, macam tikar, periuk belanga cap helang... Pakal aje aku naik bas, kalo tak memang aku rembat tikar, alas macam tilam tapi lebih nipis, (Aku pun tak tau nama dia apa). sana harga dier dalam 35-45 je. Kat sini RM 70 pun ada. Rembat periuk, gegawi.....😂 So kalo korang pegi Tawau jangan skip tempat ni. Tak ada gambar sebab aku sibuk beli kerepek!

Lepastu kitorang pegi tepi laut. Pemandangan biasa je tapi boleh la untuk menenangkan fikiran

cantik, aku suka..
Ni wajib amik gambar kat sini, tanda kau dah pernah ke Tawau 😝
aku berdiri kat sini bukan saja-saja tau amik gambar pasar. Tapi aku nak amik gambar mural belakang tu....Selekeh je minah ni pakai selipar Jepun!
Pastu pegi sekolah kawan aku..

projek lanskap
library
luas gilerr...
lepas tu pegi makan kat sini. Restoran Titingan...
Sup ketam....Perghhh! Sedap
Sawi ini biasa
Ini Beb.....Sedap giler. Kahanga, sejenis hidupan laut, sepupu sotong. Jangan tanya aku halal ke tak. Sat gi aku panggil owner kedai p smackdown korang! 😅
ikan kerapu masak 3 rasa....
tengahari tu kami berpisah haluan dengan KH. aku ikut p rumah KT sebab nanti depa tolong antaq kat terminal. Sebelum p terminal depa bawa p Bukit Payung. Tinggi weh tempatnya....
bayaran masuk Rm10. sebab dalam tu ader beberapa port amik gambaq


Tamat.....

Thursday, September 24, 2020

Panggilan Pulau: Mabul & Kepalai (Part 5)

 Sambungan Part 4: Klik sini

Tak sedar dalam rancak bersembang rupanya kami dah sampai ke Jeti Pulau Mabul semula. Terasa lapar la pula. Rupanya semua bakul berisi makanan tadi dah dibawa naik ke atas. Jadi kami menunggu lagi dengan sabar, belum nampak bayang geng yang naik ke atas tadi. 
Tempat yang cantik, sesuai dengan harganya
Kanak-kanak menjual barangan menggunakan perahu

Mabul WB Resort dari kejauhan
Sisi lain, bot pelancong datang dan pergi
Pemandu bot berehat sementara menanti tetamu mereka menyelesaikan aktiviti di sini
Dah habis baru teringat nak amik gambar. Lapar benar nampaknya...😅
Sambil menikmati makanan, sambil menikmati keindahan cantik di sini
Port amik gambar di MWB
Bot pelancong yang datang berpusu-pusu juga merupakan lubuk rezeki bagi kanak-kanak ini..
Moga kamu terus dilimpahkan rezeki atas perjuanganmu yang tak pernah lelah ini 
fresh dari laut
Lagi penjual kelapa
aktiviti selepas makan, mandi manda dan berenang di sini
kawan aku teruja walaupun yang sorang tu tak pandai berenang. hehheh
Aku rasa macam nak terjun tapi segan. Hehheh...
Aku tak tau apa benda yang lucu sangat sampai dier tergelak sakan budak ni. 
yang ini group lain, depa belajaq guna peralatan menyelam agaknya..
best pula tengok..
tengok dier pegang apa?
mesti starfish tu pening-pening lalat kena baling...😇
ralit tengok dier pasang bendalah tu, tong oksigen eh?
budak tu memang ceria orangnya. Ketawa je memanjang. Mesti gelakkan KT
kawan aku berenang pakai stokin, mesti dier tak perasan.....😂 Ini ok lagi, mula2 tu dier terjun sekali dengan mask sekali 😂

Yang ini di Kepalai Resort. Tak banyak gambar sebab batri habis.. Kat Kepalai ni aktiviti snookling je. Tak ada aktiviti naik ke resort, jalan2 ambil gambar semua tu tak ada. Bot berlabuh agak jauh dari jeti. So ini je gambar yang sempat di ambil di Kepalai.... 



Ni dier ambil aktiviti menyelam...menyelam tempat cetek, bukan laut dalam 








kawan 1 bot kami, depa nak amik gambar dalam perahu tu tapi tak ada dayung...

sebenarnya kat belakang ada orang tolong pegang 😅


bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...