Monday, August 31, 2020

Panggilan Pulau: Nusakuya Resort (Part 1)

MALAYSIAKU MERDEKA!!
MALAYSIA PRIHATIN

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 63
Gigih aku menyiapkan entry ni, agar dapat diabadikan pada tarikh 31 Ogos. 😅

Kenapa aku ke Tawau? 
Ini la sebabnya....Panggilan Pulau. 
Tahun ni macam tak ada harapan untuk aku guna buku merah, jadi kita mulakan dengan cuti-cuti Malaysia dulu. Bermula di Sabahhhh........💙

Perjalanan dari Tawau ke Semporna, sejauh 93 KM, memakan masa kira-kira 1 jam 20 minit dengan pemanduan berhemah rakan kami KM selaku pilot kami hari ni. Tiba di Pekan Semporna, parking kereta berdekatan jeti, kemudian berjalan kaki ke Jeti Umum Pekan Semporna. Dalam risau meninggalkan kereta di tempat awam, aku pasti KM tawakal saja dengan berserah kepada Allah SWT agar kereta itu selamat sehingga kami balik semula ke darat. 
Tiba di pintu masuk Pekan Semporna. Cantik Paly Hotel tu. Ownernya seorang yang "Berani", cuba mencari kelainan dari identiti asal Semporna yang bercirikan lautan. Untuk menarik perhatian masyarakat beliau menggunakan warna kontras hijau-kuning pada bangunan. Tidak cukup dengan itu, beliau letakkan pula kereta volkswagen sebagai penegasan di situ. Perghhhh.....Cuma mungkin beliau perlu menambahbaik lanskap dipersekitaran bangunan
Jeti Umum Pekan Semporna. Kat sini la kami tunggu bot yang bakal membawa kami ke NusaKuya Resort. Agak menyeramkan bila tengok depa selamba tak pakai mask 😅 
Banyak bot berlabuh di sini. Bukan hanya bot pelancong, tetapi juga bot milik masyarakat yang tinggal di pulau berhampiran. 
Bendera Malaysia dan Bendera Sabah kelihatan meriah diletakkan di bot masing-masing
Ini kali ke-3 aku jejak kaki ke pekan Semporna, Tetapi ke Pulau, ini kali pertama. Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar yang terletak di Pantai Timur Sabah. Ia  juga sebenarnya adalah sebuah pulau tapi ramai yang tidak menyedarinya, termasuklah aku 😛 . Pulau Semporna dipisahkan oleh Sungai Pegagau dengan wilayah lain. Oleh itu dibina sebuah jambatan bagi menghubungkan pulau Semporna dengan daratan. Seperti yang kita tahu, Semporna terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik hati pelancong. 

Suasana agak tenang di pagi khamis, di Jeti Semporna
Rata-rata penduduk pulau pasti mempunyai bot sendiri sekurang-kurangnya 1.
Masyarakat sekitar menjalankan urusan harian seperti biasa. Barangan keperluan harian di bawa ke pulau dengan menggunakan bot. 
Menurut sejarah, Pada pertengahan tahun 1887, seorang Gabenor Inggeris bernama W.M Crocker dan rakan-rakannya serta seorang pedagang China bernama Toonah menemui daerah ini. Lalu beliau menamakannya sebagai Semporna. Semporna sebenarnya berasal dari perkataan "Simporna" yang bermaksud "tempat untuk berehat". Namun pada zaman dahulu Semporna lebih dikenali sebagai Tong Talun yang bermaksud "Hujung Hutan" dalam bahasa Bajau. Masyarakat Bajau merupakan kaum terbesar yang mendominasi daerah Semporna. Uniknya kaum Bajau di Semporna dipecahkan lagi kepada beberapa sub etnik. Yang paling besar ialah Bajau Kubang yang mana mereka merupakan penduduk asal daerah Semporna. Yang lain adalah etnik Bajau Ubian, Simunul, Balangingi, Mapun, Jomo Sama dan lain-lain lagi.  
Aku dan rakan-rakan
Agak lama menunggu bot dari NusaKuya. Rasanya dalam 1 jam juga la, diakhirnya baru kami tau rupanya bot mereka rosak. Tak lama tu ada orang maklumkan bot dah sampai dan agak teruja, bersama kami adalah bos Nusakuya. Beliau juga dalam perjalanan menuju ke NusaKuya. Agak ramah orangnya, dalam ceritanya beliau maklumkan NusaKuya itu dibangunkan bersama adiknya. Adiknya mengambil tugas di bahagian pengurusan resort. Manakala beliau lebih kepada pembangunan. Dan pada hari itu beliau membawa beberapa orang tukang kerana mereka dalam rangka menambah fasiliti yang ada di NusaKuya.

Salah seorang daripada mereka adalah boss NusaKuya
KT ceria dan gembira menaiki bot.
Bot bergerak perlahan untuk mengelak batu karang. 
Oleh sebab bot bergerak perlahan, membolehkan aku mengambil gambar perkampungan yang terdapat di persisir laut
Pemandangan yang sangat cantik
Bau laut yang segar
Kanak-kanak bermain air
Akhirnya kami tiba di NusaKuya Resort. Ia merupakan sebuah resort terapung, terletak di lokasi terpencil berdekatan dengan pulau Bum-Bum. Baru sahaja dibuka pada Oktober 2019, namun sambutan sangat mengalakkan daripada pengunjung. Pada mulanya aku membayangkan NusaKuya ni dibina di atas sebuah pulau yang sedikit besar, macam Pulau Mabul atau Pulau Sipadan... ada pasir putih yang kita boleh jalan2 menyusur pantai. Tetapi rupanya bangunan utama yang menempatkan bangunan Restoran dibina di atas batu karang yang membentuk pulau. Sangat kecil sebenarnya. Kemudian dari pulau batu karang tersebut dibinakan jambatan bagi menghubungkan bangunan cafe tadi dengan bilik penginapan. Rekabentuk bilik penginapan juga sangat cantik, direka dan dibina oleh orang tempatan sendiri.
Nampak dalam peta ni macam jauh, tapi sebenarnya perjalanan dari pekan semporna ke NusaKuya mengambil masa hanya 15 minit sekiranya air pasang. 
Kelihatan beberapa resort lain di hadapan NusaKuya. Nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh. 
Seperti biasa kena check suhu dulu dan tuliskan maklumat di buku yang disediakan




Untuk penambahbaikan, pada pendapat aku penyambut tetamu di jeti ni, mungkin perlu memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan resort ni kepada pengunjung yang datang. Contohnya apa yang boleh dan tak boleh dilakukan di sini. Kawasan mana yang dibolehkan pengunjung untuk berenang selain dikawasan bilik penginapan, kat resort ni ada jual udang galah, ketam, sotong fresh yang boleh di jual kepada pengunjung. Kadang-kadang ada orang yang mungkin tak sempat baca review yang ada di FB Nusakuya. Jangan cakap pula malas membaca, mungkin ada la kekangan yang menyebabkan orang tak sempat membaca.

Sampai-sampai aje, terus memonong pegi cafe nak makan. Semua lapar, beg pun ditiggal je di jeti, sampai adik tu kata, tak pe kak nanti kami hantar pegi bilik...😅
Jambatan ni menuju ke Restoran NusaKuya. 
Ketika kami sampai air sangat cetek. Dari atas jambatan boleh nampak tapak sulaiman atas pasir. Boleh nampak juga ikan-ikan kecil berenang riang. Kalo sanggup rasanya boleh je jalan-jalan atas pasir ni tapi cuaca sangat panas. Nanti nampak sangat la pula "kebaruan"😅

Bangunan utama Restoran NusaKuya dibina di atas batu karang.
Ruang Restoran
Bilik
Kebanyakan hotel dan resort di Sabah menawarkan promosi besar-besaran sempena Domestic Tourism yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, tidak terkecuali NusaKuya. Ia berlangsung sehingga 31 Oktober 2020 sebelum pelancong asing dibenarkan masuk ke Malaysia. 
Sekarang NusaKuya tengah buat promosi Gaiss.....
Pakej yang ditawarkan di NusaKuya ialah makan 3x sehari, bot transfer, snorkeling, aktiviti melihat penyu di waktu malam, sunset deck dan bermacam lagi. Dah petang-petang air mula naik...tak sabar-sabar kami nak berenang...😅
Bestnya berenang. kali terakhir aku berenang pada tahun 2018 di Medan 😅




Menikmati senja sambil berenang di laut 

Bersambung.....

Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Semporna

2 comments:

Unknown said...

Salam, boleh saya tau brp pakej harga yg puan/cik amik ye? kalau x keberatan bleh share.cntik sngat pulau ni..thnks info kat blog ni sgt mbantu

Niena said...

Salam. Maaf lambat membalas.
Harga triple room: RM575.
Boat Transfer: RM 55/Per1
Extra bed: RM 125
Inc.:Bfast/lunch/dinner
Harap dapat membantu.. Selamat bercuti... 💐💐

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...