22 Dec 2019
Hari ke-12
Mengembara adalah untuk kita membuka mata dan minda
Mencambah ilmu, mengenali budaya dan adat resam
tanpa mengadai iman yang sudah terpasak kukuh dijiwa
Sekadar mengkagumi dari perspektif kesenian: rekabentuk, idea, ukiran, penggunaan material
Yang positif kita ambil jadikan pengetahuan dan panduan,
selagi ia tidak memesong pegangan masing2
selagi ia tidak memesong pegangan masing2
Sama-sama kita saling menghormati adat, budaya dan agama lain...
White Temple (Wat Rong Khun)
Seterusnya kami bergerak ke White Temple. Ini antara tempat yang memang ada dalam itinerary asal kami. Dari Singha Park Tea Plantation ke White Temple ni tak jauh, 6.4 km je, kira2 7 minit perjalanan. Kalo dari Chiang Rai, jaraknya 14 km. Misal kata kita dari Chiang Rai, kiter boleh ambil teksi dengan kos 500 baht. Minta dier tunggu barang sejam. Selain dari teksi boleh juga naik bas dari stesen bas Chiang Rai, kos nya lebih murah iaitu 20 Baht sahaja.
Bangunan Kuil yang di lihat dari luar pagar. |
Ukiran berseni dapat dilihat di mana2.... |
White Temple merupakan kuil milik persendirian. Pemiliknya merupakan seorang artis visual terkenal Thailand, iaitu Chalermchai Kositpipat. Beliau la yang mereka dan seterusnya membina kuil ini. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1997. Tidak keterlaluan rasanya untuk mengatakan, apabila kita berdiri di hadapan bangunan White Temple ini, membawa kita seolah2 melihat pameran seni kontemporari. Selain bangunan utama, terdapat 9 lagi bangunan termasuk ruang kosong, dewan untuk menempatkan peninggalan Buddha, dewan meditasi, galeri seni dan tempat tinggal para biarawan. Pada tahun 2014, Chiang Rai dilanda gempa bumi yang sangat kuat. Ini menyebabkan bangunan kuil ini rosak teruk, namun Chalermchai tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan untuk membaikinya semula menggunakan wang sendiri. Dikhabarkan beliau telah membelanjakan sebanyak $1080 juta baht.
Ruang dalam tu kecik aje sebenarnya. Di bahagian tengah bangunan ada tempat sembahyang masyarakat Budhha, pengunjung akan berjalan di tepi dan kemudian terus keluar. |
Kalo kita meneliti reka bentuk bangunan White Temple ni, setiap satunya membawa maksud tertentu. Bangunan kuil ni ada tasik kecil di hadapannya. Jadi dibina sebuah Jambatan merentangi tasik tersebut, untuk menghubungkannya dengan bangunan kuil. Sebenarnya jambatan itu sendiri membawa makna tentang "kelahiran semula". Simbolik dari alam kematian kepada kelahiran semula. Di hadapan jambatan, terdapat beratus-ratus arca tangan yang "mengapai ke udara". Ia melambangkan keinginan yang tidak terkawal. Kan.... kadang2 manusia ni tamak sikit, ada iklan 11.11 kat shopee...dah tergoda nak beli barang, padahal poket kering tu. Contohh saja ya. Jadinya tangan2 ni mewakili penderitaan manusia dan neraka. Jambatan itu melambangkan bahawasanya, untuk mencapai kebahagiaan itu adalah dengan menjauhi godaan, ketamakan dan keinginan yang bukan2. Di sebelah tasik dibina 2 Kinnaree yang kaya dengan ukiran yag sangat halus. Kinnaree, dalam mitologi Buddha adalah makhluk separuh manusia dan separuh lagi adalah burung.
Kemudiannya, selepas kita melepasi jambatan, kita akan tiba di pintu masuk kuil. Menurut kepercayaan ajaran Budhha pintu itu dilambangkan sebagai "Pintu Syurga" yang dijaga oleh dua makhluk besar yang mewakili Kematian dan Rahu. Apa itu Rahu, boleh rujuk di sini: https://id.wikipedia.org/wiki/Rahu. Di hujung jambatan ini juga terdapat beberapa imej Buddha yang berada dalam kedudukan bermeditasi.
Ini bahagian belakang kuil tu, keluar ikut sini... |
Ramai kan... |
Gambar kat atas tu, bangunan tandas tau...Semua warna emas dengan tidak mengabaikan nilai estetikanya |
Salah satu bangunan yang paling penting di kuil ini ialah dewan pentadbiran, yang berwarna serba putih dengan serpihan kaca cermin yang tertanam di luar bangunan. Bangunan dewan ini mennyelitkan unsur reka bentuk dari seni bina klasik Thailand seperti bumbung tiga tingkat dan penggunaan ukiran naga yang banyak. Manakala di ruang dalam kuil pula, hiasannya kelihatan nilai pergerakan di situ, daripada warna putih suci ke warna panas api, lukisan mural menggambarkan api jingga dan wajah syaitan yang berputar, diselingi dengan lukisan wajah artis barat seperti Michael Jackson, Neo dari The Matrix, Freddy Krueger, dan Terminator T-800. Gambar-gambar peperangan nuklear, serangan pengganas seperti serangan World Trade Center, dan pam minyak yang terbakar merosakkan manusia yang ada di bumi. Kemudian ia diimbangi pula oleh gambar Harry Potter, Superman, dan Hello Kitty.....( mungkin ini watak penyelamat)
Tu gambar pereka bangunan ni... |
Kalo haus, ble singgah sini minum2 kat sini |
Ini pintu keluar daripada white temple tu |
sisi lain |
Sampai kon ni pun ader karektornya |
Ini laluan jambatan menuju ke pintu masuk ke White temple. Sila buka kasut ye |
Boleh beli cenderahati di sini.... |
Masa beroperasi adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pengunjung digalakkan berpakaian sopan (tidak terlalu terdedah), membuka kasut apabila masuk ke dalam bangunan kuil utama, tidak dibenarkan mengambil gambar. Terdapat Sebuah galeri khas menjual karya seni Chalermchai Kositpipat. Galeri ini ditutup pada jam 5.30 petang. Terdapat juga kedai Cenderamata, gerai menjual minuman dan makanan ringan.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment