Saturday, November 16, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Golden Triangle (Part 23)

22 Dec 2019
Hari-12

Hari sudah menginjak ke tengahari. Jackie kata jom pegi makan dulu sebelum ke Golden Triangle. Kami setuju aje, sebab bab makan ni tak ble nak tolak. 😅  Makan2 kat restoran ni dah masuk dalam pakej. Aku tak ingat berapa. Bermula 19 dec, memang aku dah tak ingat senarai bajet kami mengikut hari. Aku simpan dalam note kat hp lama, tapi terhilang bila adik aku ter format kan hp tu. Jadi....Ya begini la. Ketika kami tiba, restoran ni kosong je. Belum ada orang pun lagi. Ini restoran halal, namanya aku tak tau sebab tulisan semua dalam huruf Thailand. Tak ada banyak gambar pula amik kat sini, lapar kot ye sampai tak dan nak amik gambar. Yang meyakinkan kami ini restoran halal, kat dinding kaca tu ada logo halal. Alhamdulillah. Kat sini juga ada di sediakan musolla, dipisahkan ruang untuk lelaki dan juga wanita. Lepas makan kami terus pg musolla tu, dan masa tu ada beberapa kumpulan dari Malaysia juga datang makan dan seterusnya solat kat sini. Makanan nya juga sangat sedap dan puas hati la.


kat hujung selepas tandas tu terletaknya musolla. 
Aku lupa nak citer pasal Chiang Rai ni kan. Pada mulanya kami bercadang untuk bermalam di Chiang Rai, tetapi dibatalkan saat akhir sebab apa ya, aku lupa, mungkin sebab kami tersilap tarikh beli train dr Ayutthaya tu. Kiranya macam terlebih hari kat Ayuttaya. Jadi pg Chiang Rai balik hari je. Chiang Rai merupakan bandar paling utara di Thailand. Ia dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Raja Mangrai, pada tahun 1262. Perkataan 'Chiang' bermaksud 'bandar' dalam bahasa Thailand, jadi Chiang Rai bermaksud bandar/ kota Rai. Terletak 860 km dari Bangkok dan 200km dari Chiang Mai. Chiang Rai mempunyai iklim tropika iaitu basah dan kering. Musim sejuk agak kering dan hangat. Suhu naik sehingga bulan April, yang panas dengan purata maksimum harian pada 34.9°C. Musim monsun berlangsung dari akhir April hingga Oktober, dengan hujan lebat dan suhu agak sejuk pada siang hari, walaupun begitu ketika malam tiba suhu tetap panas. 

Golden Triangle ke kiri
Buah nenas memenuhi belakang hilux
Akhirnya kami tiba di jeti. Kalo tak nak naik bot pun, boleh je jalan2 amik gambar sekitar jeti. Kami pun pada mulanya macam malas nak naik bot, sebab kena bayar $500 baht. (Ini tak termasuk dalam pakej si Jackie ni), Sementelahan bila baca blog orang memang tak ada yang menarik sangat pun untuk ke sempadan Laos tu. Tapi dah alang2  sampai pegi je la. Jackie kutip semua pasport untuk diserahkan kepada minah yang buat tiket tu. Mata ni tak lekang tengok pasport tu dok mana. Bahaya owhh.....

Dapat tiket, harus amik gambaq dulu. Itu la si Jackie yang peramah tu. 


Oleh sebab kami ramai, jadi satu boat tu kami je tak de campur dengan orang lain. 
Golden Triangle atau dalam bahasa Thailand, Saam Liam Thong Kham terletak di Wilayah Chiang Rai, di utara Thailand. Ianya adalah pertemuan/sempadan 3 negara, antara Laos, Myanmar dan Thailand. Namun bagi masyarakat tempatan, menamakan kawasan ini sebagai Sop Ruak, mengambil sempena Sungai Mekong bertemu dengan Sungai Ruak. Menurut sejarahnya pada zaman dahulu kawasan ini terkenal dengan kawasan penjualan candu. Candu di seludup masuk samada ke Laos, Myanmar dari Thailand. Sekarang tidak ada lagi penjualan candu dijalankan. Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong telah membentuk sempadan semulajadi antara 3 negara iaitu Laos (Di sebelah timur Sungai Mekong, Myanmar Di utara Sungai Ruak dan Thailand di sebelah barat sungai Mae Khong. Bila jejak kaki ke sini baru aku tau, Myanmar dan Thailand itu "Setanah", berbeza dengan Laos kita perlu menyeberang sungai untuk sampai ke Laos. 
Bot
Pembangunan rancak di negara Laos. 
Jika dahulu 3 nagara saja yang berada dalam segi 3 emas ni, tetapi kini, negara China yang terletak betul2 bersebelahan dengan negara Laos turut tidak mahu ketinggalan. Kelihatan pembangunan sedang rancak berlaku di sebelah tanah China. 3-4 tahun akan datang, jika berpeluang untuk ke sini lagi, mungkin kita dah boleh pegi ke sebelah China tu pula. Bot ni akan bawa kita menyusur ke sungai Mekong dan masuk sedikit ke Sungai Ruak. Hanya di Bibir sungai Ruak tak masuk dalam pun. Mulanya Aku ingat kan kita masuk sampai dalam Myanmar, tentok2 apa ada dari sungai tapi rupanya tidak. Kemudian bot akan bawa kita ke sempadan Laos pula. Kat sana baru turun.  

Ini di Jeti Laos.
Untuk jejek kaki ke sempadan Laos ni, kita tak perlu kan cop pasport. Melainkan jika kau teringin bergerak jauh sedikit sehingga ke bandar Laos....haa, itu wajib. Tiba di jeti Laos, kita dikenakan bayaran sebanyak $30 baht seorang. Antara 3 buah negara ni yang paling maju adalah negara Thailand. Ini belum masuk negara China ya. Jadi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara mereka, maka Myanmar dan Laos telah mendirikan kasino yang besar di sempadan negara masing2. Di sempadan Laos ni, kawasan nya tak besar mana. Hanya menempatkan bangunan yang menjual pelbagai barangan cenderahati, rokok, beg, pakaian, cafe dan macam2 lagi. Mungkin harganya juga tak la semurah mana. Aku pernah baca blog orang, kalo nak dapat harga murah lagi, kena bergerak ke atas sikit ke bandar Laos, kerana di situ lebih banyak pilihan. Selain daripada bangunan gerai tadi di bina juga taman untuk orang ramai bersantai. Aku tak ada membeli barang di sini melainkan merembat satu keychain sahaja. Itu pun sebab orang tu kata beli 3 $10 bath, jadi beli la sekali dengan kawan2. Jackie beli handbag untuk isterinya. Tapi sebab dier lelaki jadi dier main beli je tanpa check dulu keadaan bag tu, bila dier tunjuk pada kami, baru perasan dia punya nama beg tu tertanggal 1 huruf. bila nak tukar rupanya semua beg pun macam tu ada beberapa huruf yang tertanggal, jadi kau tau la kan kualiti nya macammana. 
Kat sini ada gerai kecil menjual barangan cenderahati, makanan dll
Makcik mengambil kesempatan menari tango dihadapan penggunjung
 

Antarabarangan yang dijual di sini
Tuan tanah di tanah Laos
Selepas 40 minit kami pun kembali ke Thailand. Di sana sebelum balik sempat amik gambar dulu. Hairan kami si Jackie tak tau mercu tanda 3 segi tu. Kiranya kalo nak ikut si Jackie, sampai aje terus balik, tapi kami berkeras nak amik gambaq juga kat tempat tu. Siap tunjuk gambar pun dier tak tau akhirnya kami pegi cari sendiri, dier pun ikut sekali, lepastu bila jumpa dia pun kata, dier baru tau kewujudan mercu tanda tu. Ehhh...dier ni kan! 
Besi berbentuk 3 segi menunjukkan tentang anak sungai di sebelah kiri menghala ke Negara Myanmar, yang ke kanan membawa kita ke negara Laos. 
Wajib amik gambaq kat sini

Bersambung.......

Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Chiang_Rai

2 comments:

Azian Elias said...

Salam kenal..

seronok nya jalan ramai2. lagi seronok kalau sekepala kan..
lama u travel.

niena said...

Salam Kenal juga Azian. Tq sudi singgah dan follow saya :) Ya kami pg ramai2 dalam 8 orang, lebih kurang 2 minggu bermula dari hatyai hingga ke chiang Rai. Sangat seronok, setiap satu tempat tu ada kelebihan dan ada kekurangannya, yang penting kita dapat belajar budaya setempat dan melihat tempat orang. :)

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...