Thursday, October 31, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Selamat Pagi Chiang Mai (Part:20)

21 Dec 2019 (Jumaat)
Hari-21

Aku terjaga bila kak D kejutkan untuk solat subuh. Bangun, cuci gigi, basuh muka, amik wudhu dekat singki di hujung gerabak. Kelihatan si comel pramugara sedang sibuk menyusun katil penumpang, menukarkannya menjadi kerusi dan mengasingkan cadar dan sarung bantal kotor. Sangat cekap, sopan dan menghormati penumpang, sesekali dia melihat hp dan menaip sesuatu....hehheh.... Kami tiba di Chiang Mai kira2 jam 7.00 pagi. Aktiviti masayarakat Chiang Mai sudah pun bermula walaupun pagi masih awal benar.

Sempat pula amik gambaq dengan si comel. Gigih tunggu dier abih keje 😅
Masih di Stesen Keretapi Chiang Mai....
Lagi...perkataan Chiang Mai itu wajib di cari...😝
Di luar perkarangan Stesen Keretapi Chiang Mai. 
Kami dalam tuk2, sumbat ramai2....Nasib tuk2 ni jenis besar. beg semua simpan atas bumbung...
Di Chiang Mai kami akan menginap 3 malam di The Grace House, berjarak kira2 2.8 km dari stesen train tadi, dengan menaiki tuk2 hanya 10 minit perjalanan diperlukan. Tuk2 hanya bergerak santai di pagi hari jumaat itu, jalan yang agak lenggang kerana masih awal pagi lagi. Sambil2 tu kami menikmati udara pagi hari di Chiang Mai.

Chiang Mai merupakan bandar ke-2 terbesar yang terletak nun jauh di utara Thailand. Berjarak kira2 700km di barat laut Bangkok. Chiang Mai dilintasi oleh Sungai Ping, yang merupakan salah satu hulu Sungai Chao Phraya. Sejarah Chiang Mai bermula di bawah pemerintahan  Raja Mengrai pada tahun 1296. Ia dibuka bagi menggantikan Chiang Rai sebagai ibu kota Kerajaan Lannathai. Dengan pembukaan kota baru ini, Raja Mengrai melengkapinya dengan pembinaan tembok kota serta parit yang berbentuk bujur sangkar mengelilingi kota untuk melindunginya dari serangan luar, terutama Kerajaan Burma.
Kak T di hadapan The Grace
Cafe ni kat depan bangunan, rumah kami kat belakang cafe ni je ha....
Papan kenyataan......ramai yang menitip memo sambil pin duit dari negara masing2. Dolar Brunei pun ader tu....
The Grace House tersenarai dalam agoda
Sementara menanti bilik siap, rehat kejap di ruang tamu
Tuan rumah dier p pasar, jadi kena tunggu dier balik...
Ok sambung cite......Apabila Kerajaan Lannathai semakin lemah, Chiang Mai sempat dikuasai oleh kerajaan Burma. Pada tahun 1767, perang antara Kerajaan Burma dan Ayutthaya semakin parah, ramai penduduk Chiang Mai lari meninggalkan tempat sendiri. Akhirnya 7 tahun kemudian Chiang Mai berjaya direbut kembali oleh Raja Taksin yang berjaya mengusir Burma dari Chiang Mai dan kejayaan rampasan semula itu adalah petanda rasmi, Chiang Mai menjadi sebahagian daripada milik Siam. Chiang Mai tumbuh dan berkembang menjadi pusat kebudayaan, ekonomi dan perdagangan serta berfungsi sebagai ibu kota tidak rasmi di utara Thailand dan menjadi kota terpenting di Thailand selapas Bangkok.

Sudah dapat bilik. Sebelah menyebelah je dengan depa yang lain. Bilik ni agak kecil tapi masih selesa dan ada ruang untuk solat. 
Dalam bilik ni ada 2 lagi bilik kecik, 1 toilet, 1 lagi menempatkan singki sahaja. ok juga...boleh juga cuci pakaian, dan jemur kat situ.....dan ianya cepat kering!!
Oleh kerana kedudukan geografi Chiang Mai yang berada di penghujung utara Thailand, maka suhu persekitaran lebih sejuk berbanding kawasan di sebelah selatan. Min suhu sepajang tahun adalah 28* C, Suhu paling panas adalah pada bulan april iaitu 36*C, manakala paling sejuk dicatatkan pada bulan Dec, sehingga mencapai 14*C pada malam hari. Selain kerana suhunya yang agak sejuk dan nyaman, Chiang Mai mucul sebagai salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong kerana nilai budayanya yang masih kekal hingga ke hari ini.

Bila dah dapat bilik kami berehat sekejap, selepas solat jumaat kami menyusur jalan menuju ke muslim street. Pastinya di situ banyak makanan halal di jual.

cantik.....ada gaya Inggeris
Banyak restoran di tepi jalan ni
Israel punya ke??
Orion Bar tak buka lagi. Aku suka part kerusi dier tu.....Tong gas yang diubah suai jadi kerusi. Kreatif!
menjimatkan....


sempoi je, tak geli pun....
Ada banyak kuil lama juga kat Chiang Mai ni, tapi tak pegi sebab kat Ayutthaya dah pegi melawat kuil. Cukup la tu buat penambah ilmu. Oh ya target kami petang ni selain untuk jalan2 cari makan, adalah untuk mencari tour packages ke Chiang Rai esok. Jadi kami skodeng la agent travel yang menawarkan perkhidmatan tour ke Chiang Rai.

Tuan punya syarikat.....
Muka monyok sebab lapar...😝
Sesi perbincangan....
Selesai perbincangan, kami meneruskan perjalanan.....tak lama tu jumpa masjid
Ruang bangunan masjid. 
Kat luar masjid ramai orang jual makanan
Ahernya jumpa kedai makan halal....Yang ini Sophea.....Tengahari tu tak makan kat sini
Makan kat kedai ni....apa nama ye?
Aku terperasan rata2 wanita dan lelaki yang punya gerai makan di Muslim street ni bermata sepet ala2 cina. Bila kita baca sejarah, rupanya Thailand juga mempunyai penduduk Islam. Yang duduk di sebelah utara ni komuniti islamnya berketurunan Cina Hui yang rata2 nya mendiami kawasan bandar. Kebanyakan orang Cina Islam di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Chin Ho atau Haw dalam bahasa Thai. Namun tidak semua orang Chin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Chin Ho merupakan golongan pendatang yang membawa bersama tradisi mereka dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Baan Haw.

Lepas makan, jalan2 jumpa pula orang jual beg ni tepi jalan. 
Berdepan dengan gerai tepi jalan tu ada ni, Nightbazaar Chiang Mai...KL pg cucuk duit kat ATM, ader benda dier nak beli kat gerai tadi tu...Jadi sementara tu kami turun ke bawah skodeng apa yg ada di sini




Kalo jalan2 di Chiang Mai, pasti akan terperasan banyak nyer kedai massage. Kebanyakan geng kami ni memang suka pg massage. Aku tak suka bukan aper, geli nyer......hehheh! Boleh pilih nak kaki saja atau seluruh badan. Harga pun berbeza, bermula dari 100 baht- 1000 baht perjam. 
Kalo jalan terus akan membawa kita ke masjid....


Aku suka kedai makan Sophia ni, nasi dier berasa....
Sunyi je kan...mungkin malam baru ramai orang
Bangunan rendah2 aje...



antara hotel yang ada di Chiang mai
sape boleh baca?
Parit yang mengelilingi tembok kota
Setelah puas berjalan2, kami kembali semula ke hostel. Rasanya macam tak banyak kami explore bandar Chiang Mai ni......Sebab tak nampak pun tembok kota. Mungkin lain kali perlu pergi lagi. Malam tu kali pergi pasar malam Chiang Mai.....Perghhhh....ramainya umat manusia. Bergerak pun perlahan, jem teruk! Dalam keadaan ni, sempat aku berangan...kalo la aku tinggi macam Mat Salleh, alangkah bagusnya....Kebarangkalian terpisah dari kawan2 pun ader ni. Akhirnya kami mengalah, tak nak teruskan perjalanan sampai ke hujung pasar malam. Semput tak selesa bernafas. Kami menepi mencari jalan pulang. Yang tinggal KL dan suami dier...kami semua balik. S dan Z, sakit kepala depa p naik tuk2 balik hostel. Kami jalan kaki, lepas tu sempat pula singgah kedai makan Sophia, makan malam katanyer. 😂

Esok kena bangun awal sbb trip ke Chiang Rai bermula jam 6 pagi!

Bersambung......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...