Sunday, October 6, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Melawat tinggalan sejarah Ayutthaya (Part 18)

19 Dec 2019 (Rabu)
Hari-ke-9


Ayutthaya

Ayutthaya merupakan sebuah bandar yang terletak kira2, 85 km ke utara Bangkok. Mula diasaskan pada tahun 1350, menjadikan ia sebagai ibukota kedua Siam selepas Sukhothai. Kedudukannya yang strategik di antara China, India dan Kepulauan Melayu memberi laluan kepada Ayutthaya menjadi sebuah pusat perdagangan Asia dan juga dunia yang terkenal pada satu masa dahulu. Pada tahun 1700, Ayutthaya muncul sebagai sebuah bandar terbesar di dunia dengan jumlah penduduknya mencapai 1 juta orang! Kegemilangannya menyebabkan ramai pelayar dari beberapa negara seperti Arab, China, India, Jepun, Portugal, Belanda dan Perancis datang berdagang ke Ayutthaya sehinggakan mereka menobatkan Ayutthaya sebagai sebuah bandar terbaik. Kehebatan kotanya saja dapat dilihat dengan senibina istananya yang sarat dengan emas, kapal2 pedagang terapung diperairannya mengambarkan betapa rancaknya urusan perdagangan di Ayutthaya ketika itu. 

Tapi sayang seribu kali sayang. Negara maju dari pelbagai aspek memang menjadi idaman semua orang. Ia bermula dengan konflik yang berlaku pada jirannya iaitu Burma. Pada tahun 1752, Dinasti Konbaung aktif memperluaskan jajahannya sehingga ke sempadan Tenasserim, yang terletak di selatan Burma. Ini merisaukan Ayutthaya, takut Burma masuk pula menyerang Ayutthaya, dah dekat sangat dah tu Tenasserim dengan Ayutthaya. Mereka bermesyuarah, lalu kata putus diambil. Untuk melemahkan Konbaung, Ayutthaya perlu berpihak kepada pihak pemberontak yang terdiri daripada kaum Mon di wilayah Tenasserim. Apabila mengetahui berlakunya pakatan antara kerajaan Ayutthaya dengan Tenasserim, maka Konbaung menghantar bala tenteranya menyerang Tenasserim seterusnya masuk ke Ayutthaya. Konbaung berjaya menakluki Tenasserim tetapi tidak sempat menjatuhkan Ayutthaya kerana Raja Konbaung iaitu Alaungpaya meninggal dunia, lalu bala tenteranya mengundur diri dari Ayutthaya. 

1765, Konbaung sekali lagi menyusun strategi untuk menyerang Ayutthaya. Kali ni dari 2 penjuru. Satu dari Tenasserim, satu lagi dari Chiang Mai. Strategi bijak ini membuahkan hasil apabila Konbaung berjaya mengalahkan Ayutthaya. Bukan mudah sebenarnya Konbaung menakluki Ayutthaya. Sebagai negara maju, Ayutthaya sudah mempersiapkan benteng pertahanan berupa tembok tinggi lengkap dengan tentera yang bersiaga dengan mariam dan senapang. Tapi akhirnya runtuh jua kerana pihak tentera Ayutthaya semakin kelaparan. Konbaung membakar bangunan2 di Ayutthaya, patung Buddha dihancurkan dan emasnya diambil. Maka dengan itu tamat lah riwayat kerajaan Ayutthaya yang gemilang itu.

Macamana pula lahirnya kerajaan moden di Thailand?? Burma ke membentuk kerajaan moden tu atau ada orang dalam?? Sebelum Ayutthaya benar2 jatuh ke tangan Burma, salah seorang jeneral Ayutthaya iaitu Taksin telah berjaya melarikan diri ke tenggara Thailand. Di situ, beliau mengumpul pengikutnya sendiri untuk dibentuk menjadi satu pasukan. Lalu denga pasukan kecil itu lah Taksin berhasil menawan kembali Kota Ayutthaya. Namun disebabkan Ayutthaya masih lagi bagai padang jarak padang tekukur maka, Taksin terpaksa menjadikan Thon Buri menjadi ibukota kerajaan barunya. Sayangnya Taksin dikuasai oleh rasa ketamakan, beliau tidak puas hanya dengan menyatukan wilayah Ayutthaya, lalu memperluaskan lagi tanah jajahannya hingga ke Loas, Kemboja dan utara Melaka. Ini membuatkannya lupa diri, sesiapa yang menentangnya akan dibunuh. Sikapnya itu membuatkan orang bawahannya menentang dalam diam. Akhirnya Taksin dibunuh. Timbalan jeneral yang bernama Chakkri diangkat menggantikan tempatnya. Apabila Chakkari diangkat sebagai Raja, itu lah petanda bermulanya dinasti moden Thailand. Raja yang ada sekarang adalah dari keturunan Raja Chakkari.

Menurut sejarah, dahulunya Ayutthaya merupakan sebuah kerajaan islam. Boleh rujuk di sini berkenaan cerita tu: https://silverheritage.blogspot.com/2015/04/sejarah-yang-tersembunyi-kerajaan-islam.html

Wat Phra Mahathat

Wat Mahathat merupakan salah satu kuil Buddha paling penting di Ayutthaya. Menurut sejarahnya Wat Mahathat mula dibina pada tahun 1374 iaitu semasa pemerintahan Raja Borommaracha Rachathirat I. Wat Mahathat adalah sebuah kuil Diraja yang terletak berhampiran istana. Raja akan melakukan upacara penting di sini, seperti upacara Royal Kathin. Pada tahun 1767, Burma telah menyerang Ayutthaya. Wat Mahathat dibakar dan sebahagian besar Ayutthaya telah musnah.

Reka bentuk seni bina Wat Mahathat sebenarnya mengambil konsep kuil-kuil kuno Khmer di Angkor, Kemboja. Ia dibina untuk mengambarkan pandangan Hindu dan Buddha tentang alam semesta.

Menara seperti lonceng masih ada kelihatan
Bangunan yang masih kekal hingga sekarang
Jepret dari luar je sebab tak masuk. Yang ini ada kat luar kawasan yang berbayar tadi.
 Wat Mahathat dibuka setiap hari dari jam 800-500 petang. Bayaran masuk adalah 50 Baht. Aku tak masuk hanya skodeng dari luar aje. Yang masuk Kak D dan KH. 

Kawasan yang sangat luas. kami terpisah dari pagar
Kepala patung Buddha di belakang kak D, terletak elok dicelah2 akar pokok ara
Keunikan Wat Mahathat ini ialah di dalamnya terdapat kepala patung Buddha di celah2 akar pokok Banyan. Apa tu pokok Banyan? Kalo kat Malaysia kita panggil pokok ara, akarnya menjalar kemana-mana. Malam2 mesti terbayangkan sesuatu yang menyeramkan. Aku kira ini lah salah satu yang menjadi daya penarik pengunjung untuk datang ke sini dan melihat sendiri bagaimana keadaannya. Macamana ya kepala patung Buddha ada kat sana? Tak ada siapa yang tahu. Menurut cerita lisan, semasa Ayutthaya dibakar oleh Burma, kepala patung Buddha terpisah dari badannya. Ada juga yang mengatakan bahawa ada orang yang cuba untuk mengambil kepada patung buddha yang terpisah dari badannya, malangnya kepala patung tersebut tidak boleh dibawa melepasi dinding kuil maka mereka terpaksa membuangnya disebalik pokok.

Patung buddha yang masih kekal elok ditempatnya
Pintu masuk. Ada pengawal yang akan tengok tiket kat dalam ni
Bangunan kuil yang ada di luar kawasan berbayar
Patung Buddha duduk yang sudah tidak ada kepala. 
Tinggalan arca patung
Kebanyakan arca patung buddha di luar tidak mempunyai kepala, berkemungkinan rosak semasa diserang Burma
Kesan runtuhan
Salah satu mercu tanda kerajaan besar Ayutthaya satu ketika dulu
Berhadapan dengan kuil Mahathat ini terdapat sebuah tasik. Kelihatan para pekerja berehat sebentar melepaskan lelah ketika waktu rehat
taman
Menara di sebalik tembok
Menara yang masih berdiri gagah
Menara. Aku tak pasti samada boleh naik atau tidak. 
candi
Menunggu geng lain...
Wihan Phra Mongkhon Bophit

Kemudiannya kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke Wihan Phra Mongkhon Bophit, tidak jauh dari Wat Mahathat tadi. Wihan merupakan sebuah dewan yang menempatkan Phra Mongkon Bophit iaitu patung budhha yang terselamat dalam serangan Burma. Patung buddha yang berketinggian 1245 m ini diperbuat daripada bata dan gangsa. Kat sini pun tak masuk, hanya sekadar mengambil gambar di hadapan bangunan. Cuaca sangat panas menyengat, ditambah pula lapar. 
Bangunan wihan
Kami semua...
tuk2 yang setia menannti peumpang
Wat Yai Chai Mang Khon

Wat Phra Chao Phya yang juga dikenali sebagai Wat Yai Chai Mongkol, terletak di tenggara dari bandar Ayutthaya. Memiliki keluasan 6210 km persegi dengan menggunakan 28144 tan batu bata. Terdapat sebuah candi besar yang boleh dilihat dari jauh. Ia dibina oleh Raja Ramathibodhi I yang bertujuan untuk menguburkan mayat kedua orang puteranya iaitu Chao Kaeo dan Chao Thai yang meninggal dunia akibat kolera. Kemudiannya pada tahun 1357, Raja Ramathibodhi I memerintahkan agar mayat kedua orang puteranya digali semula untuk dibakar. Biara ini keudiannya didedikasikan kepada para sami yang telah mempelajari ajaran Buddhisme secara praktikal di Ceylon. Apabila kumpulan itu menjadi terkenal, Raja kemudiannya melantik ketua mazhab untuk menjadi Somdet Phra Wannarat. Akibat serangan Burma, kuil ini antara yang terlibat dengan kemusnahan. Namun akhirnya ia dibina semula semasa pemerintahan Raja Naresuan atas kemenangannya ke atas Burma. 
Keunikan kuil ini ialah di dalamnya terdapat beratus arca patung buddha yang dibina sejajar. Terdapat juga arca patung buddha yang sedang berbaring. Bayaran masuk ialah 50 baht. 



Yang ini kami masuk dari pintu belakang, terus jumpa ni.
Rumah kayu dibina cantik
Gugih aku memanjat tembok nak amik gambar ni. Ini di ambil dari luar ya bukan aku sekodeng masuk.....😎
Kat sini aku tak masuk. Yang masuk sini cuma KH, S, KN. Kami yang lain hanya diluar menyusur dari tepian tembok. Mengambil gambar dari luar ni juga mengasyikkan sebab bangunannya tinggi dan boleh dilihat dari luar, terdapat juga taman yang redup disepanjang laluan ini hingga kami tak sedar yang kami menyusur hingga ke hujung tembok, rupa2nya ada laluan masuk yang terbuka yang menghubungkan dengan taman di dalam. Aku hairan, kalo ini dibiar lepas bebas terbuka macamni, apa gunanya mengenakan tiket di hadapan sana?? Hati berperang untuk jujur tapi kaki tetap melangkah masuk. Nampaknya kata hati tidak seiring dengan perlakuan.  Ehhhh.....😬

Ok Masa yang ditunggu2 telah tiba. Akhirnya Pakcik Tuk2 tu bawa kami ke gerai makan muslim. Ini dia tapi aku lupa nama restoran ni. Makanannya ok juga, menepati selera. Yang paling penting kena ada tomyam.....😋
Makcik dah tunggu depan pintu
Amboi serius KD, lapar banget gamaknyer. Hehehehhe
Lepas makan apa lagi, balik la ke pangkal jalan.....Balik untuk merehat sekejap, buat apa yang patut. malam karang katanya nak p pasar malam Ayutthaya....


Askar balik dari berperang....😁
Special thanx and credit to:
https://www.re-tawon.com/2018/02/sejarah-runtuhnya-ayutthaya-berdirinya.html
https://www.renown-travel.com/historicalsites/ayutthaya/wat-mahathat.html
https://ayutthaya-history.com/Temples_Ruins_ViharnMongkhonBophit.html
https://moonfleetasia.blogspot.com/2017/07/18072560-wihan-phra-mongkhon-bophit.html
https://wikitravel.org/en/Ayutthaya

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...