17hb Dec 2018
Hari ke-7
The Chocolate Factory
Kami tiba di Chocolate Factory sudah remang senja. Tak berapa berminat juga sebenarnya cuma Pakcik dah bawa sebab katanya dah ada dalam iti. Sporting juga Pakcik Harris ni, tak nak borong Coklat, amik gambar aje la katanya. Dier pun sama happy je, walaupun dier penat.
Kilang coklat ni sebenarnya berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai, cuma sedikit ke utara dari pintu masuk Taman Negara. Ia dibuka sejak tahun 2013 lagi dan kemudiannya melebarkan sayapnya ke Pattaya dan satu cawangan lagi di Hua Hin. Selain dari kilang di sini juga menempatkan restoran yang menghidangkan pelbagai makanan Itali dan Thai, coklat buatan sendiri pencuci mulut dan banyak lagi. Ada juga kedai menjual barangan coklat untuk dibawa sebagai ole-oleh untuk orang2 yang ditinggalkan di Malaysia 😁
Bangunan Kilang ni dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bengkel Coklat dan Kilang Coklat. Bahagian pertama adalah ruangan berdinding kaca untuk pemprosesan coklat. Pengunjung boleh melihat bagaimana proses pelbagai coklat dihasilkan. Bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan coklat diimport khas Belgium, Perancis, dan Switzerland. Antara keluaran kilang coklat ini ialah pelbagai jenis kreasi yang lazat, biskut, kacang bersalut coklat dan banyak lagi produk makanan berasaskan coklat boleh didapati di sini.....Bukan itu saja, malah produk penjagaan kulit, seperti lotion dan scrub badan yang diperbuat daripada mentega koko, juga boleh dibeli di sini.
352 Moo 2 Thanarat Rd. T. Musee Pakchong Nakhon Ratchasima 30130
Tel: 092 443 8881
Waktu beroperasi:
Dibuka setiap hari dari 0930 am-930pm
Mid Winter
Ini tempat terakhir kami singgah di remang senja ni. Pada mulanya aku ingatkan ini Palio, reka bentuk bangunannya mirip Palio, rupanya bukan. Tempat ni ialah Mid Winter Green. Sama seperti Palio dan My Ozone, reka bentuk bangunan di Mid Winter Green juga menampilkan ciri2 Eropah. Mid Winter Green ni terkenal dengan restorannya yang anggun, padu dengan hidangan lazat dari benua Eropah, diselang seli juga dengan citarasa Thailand. Kita boleh memilih untuk makan di ruang dalam yang lebih sepi, romantis githewww......atau memilih duduk di kawasan terbuka yang lebih santai sambil menikmati suasana malam yang cantik dengan limpahan lampu berwarna warni.
Kami hanya berjalan santai melihat suasana malam dan mengambil gambar. Tak makan di sini, oh ya mungkin ada juga makanan halal, itu tak pasti. Selain restoran, terdapat juga kedai yang menjual peralatan memasak, membuat kek, manisan dan banyak lagi. Oleh sebab kami datang pada waktu malam kedai jual periuk segala benda ni tak ada, dah tutup. Pada pendapat aku, suasana malam lebih cantik di sini berbanding datang pada waktu siang. Lebih sejuk, santai dan selesa.
Open Hours : 10.00 – 22.00, Friday – Saturday : 10.00 – 23.00
Address : Nong Nam Daeng, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand
Phone : +66 44 365 288
Sebelum balik singgah pula ke gerai makan halal. Bersebelahan je dengan pasar malam tu. Kat Pasar malam memang buah aje la ko boleh beli. Gerai makanan halal tu ada 2 je. Kemudian sebelahnya pula ada kedai Halal Friendly, macam kedai runcit la jual barangan kering.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment